Semasa

Sambil Menangis Teresak², Vida Mohon Ampun, Dan Akan Tawar Projek Ini kpd Anuar Zain

Selepas viral isu usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida yang dikatakan menuduh penyanyi terkenal, Anuar Zain.

Ini kerana dia mengtakan yang Anuar Zain sebagai ‘g4y’ di IG live telah mengundang amarah netizen.

Sambil Menangis Teresak², Vida Mohon Ampun, Dan Akan Tawar Projek Ini kpd Anuar Zain

Selain Ziana, dakwaan tersebut mengundang marah netizen yang rata-ratanya mempertahankan penyanyi lelaki itu.

Tidak kurang juga ramai yang meminta Anuar untuk mengemukakan saman terhadap dakwaan tersebut.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima lebih 300,000 tontonan di TikTok.

Vida Mohon Maaf

Sedar diri teruk dikecam netizen di media sosial, Vida, 51 telah memuat naik satu video di media sosialnya dengan membuat permohonan maaf kepada Anuar Zain.

Serta keluarganya susulan keterlanjuran mengeluarkan tuduhan tidak berasas itu.

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan mahu bertemu dengan penyanyi berkenaan dan akan ada hajat besar serta projek besar untuk disampaikan kepada Anuar Zain.

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang respon daripada Anuar Zain ataupun ahli keluarganya dan ruangan komen di Instagram Dato’ Seri Vida juga ditutup.

Kenyataan berani usahawan berkenaan telah ditempelak oleh Ziana Zain apabila merasakan apa yang diucap oleh Vida sangat biadap.

Anak buah kepada Anuar Zain iaitu Ernie Zakri juga ada meninggalkan ciapan di Twitter meminta seseorang itu berfikir dahulu sebelum bercakap namun tidak merujuk kepada sesiapa.

Vida mohon maaf kepada Anuar Zain

Vida mohon maaf kepada Anuar Zain

Sumber: Instagram datoserivida, TikTok yus_dexter, Twitter Ernie Zakri

Leave a Reply