Semasa

Carl Samsudin Tampil Minta Maaf dgn Pakcik Hadi, Namun Ini yg Berlaku di Lokasi Kejadian

Video seorang usahawan dan juga influencer, Carl Samsudin yang didakwa meninggikan suara kepada seorang lelaki warga emas telah tular sejak semalam.

Selepas video seorang usahawan didakwa memarahi dan mempermalukan seorang warga emas di depan orang ramai tular.

Pelbagai maklum balas diterima di media sosial kerana geram atas tindakan sebegitu.

Namun, usahawan dan juga influencer tersebut sudah pun memohon maaf dan mengakui kesilapannya.

Dia juga memaklumkan akan segera bertemu semula dengan pakcik tersebut untuk memohon maaf diatas salah faham berkenaan.

Menerusi perkongsian video di Instagram Fedtri Yahya, pesonaliti TV3 itu telah memuat naik video temu bual ringkas bersama pakcik berkenaan di Pusat Transit Gelandangan.

Menerusi video tersebut, pakcik berkenaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mepertahankannya dan tidak mampu membalas jasa baik semua.

Dia juga menyerahkan semuanya kepada Allah S.W.T untuk membalas apa sahaja yang berlaku kerana turut mengakui bahawa apa yang diperkataan usahawan itu juga ada benarnya.

“Memang itu jawab dia betul, bukan Tuhan mengubah nasib kita, kita sendiri ubah,” kata pakcik tersebut dengan sayu.

Carl Samsudin Tampil Minta Maaf dgn Pakcik Hadi, Namun Ini yg Berlaku di Lokasi Kejadian

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, Fetri Yahya telah meninggalkan kapsyen dengan meminta warga emas berkenaan tidak berasa edih kerana ramai yang menghargai dia.

Rata-rata warganet di ruangan komen turut sama berharap pakcik itu bersabar dan mereka juga menzahirkan rasa sebak mendengar apa yang dikatakan lelaki tua itu selepas video dia dimarahi tular di sosial media.

Tampil Jumpa Mohon Maaf

Selepas teruk dihentam di media sosial, usahawan tersebut telah tampil di Instagramnya dengan membuat permohonan maaf pada awal pagi tadi dengan mengakui kesilapannya.

Dia juga memaklumkan salah faham yang berlaku dan berjanji akan segera bertemu dengan pakcik tersebut bagi meminta maaf diatas tindakan tular berkenaan.

Bagi menepati janji yang telah dibuat, Carl Samsudin memuat naik gambar dan video pertemuan dengan warga emas terbabit yang dikenali sebagai Pakcik Hadi di IG story.

Dia menulis kapsyen ringkas dengan meminta maaf kepada pakcik Hadi sambil gambarnya duduk mencangkung memandang warga emas berkenaan.

tampil bersemuka minta maaf

Selain itu, Carl Samsudin turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi yang sama-sama ada di dalam pertemuan tersebut.

Terdahulu, video yang menunjukkan Carl memanggil pakcik tersebut ke hadapan dan bercakap kuat menggunakan mikrofon telah mengundang rasa bengang netizen.

Mana tidaknya, tindakan usahawan tersebut membuatkan warga emas terbabit seakan tidak berkutik dan hanya memegang meja apabila ditanyakan perihal masa mudanya dahulu.

Walau bagaimanapun, suami kepada pengasas butik wanita terkenal itu telah menjelaskan hal tersebut di Instagramnya dan membuat permohonan maaf kepada semua pihak yang terasa dengan tindakannya itu

Adakah ini hanya strategi sampah?

Sumber: Instagram @fedtriyahya, Instagram Carl Samsudin

Leave a Reply