Semasa

Melihat Lana Teruk Dihntam Netizen, Akhirnya Rita Menyokong Kenyataan Lana

Petang tadi, pelakon Lana Nodin menggesa Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan menerusi perkongsian di InstaStory miliknya.

Memetik laporan Astro Gempak, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin mendakwa Dr Noor Hisham hanya ‘berlakon’ semata-mata dengan berbekalkan wajah kasihan dan keletihan.

Menerusi InstaStory tersebut, pelakon berusia 41 tahun itu memuat naik sedutan video.

Ia memaparkan beberapa petugas yang lengkap pakaian perlindungan diri (PPE) dipercayai sedang menguruskan kontena jenazah.

Ini terjadi pada ig lana

Bagaimanapun, terdapat salah seorang lelaki berbaju hitam tidak memakai PPE.

Ia disifatkan olehnya seperti ‘seorang pengedar menghantar bekalan roti di kedai’. Menurut Lana, Covid-19 kan bahaya?

“Tengok laki baju hitam tu macam pergi hantar roti kat kedai je. Kata bahaya sampai kalau jenazah meninggal, ahli keluarga tak dapat kebumikan.

“Yang lain bukan main PPE, nasib baik tak buat drama jatuh penat sebab angkat mayat pulak.

Kalah cerita hindustan. Wake up la, tak habis2 bagi rakyat fear mongering,” tulisnya.

Selain itu, Lana turut berkongsi tangkap layar yang diterima menerusi ‘direct message’ (DM) dimana terdapat individu menyokong kenyataan daripada pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.

Ini terjadi pada ig lana

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga berkongsi satu lagi tangkap layar seorang pengguna Facebook yang mendakwa tidak diendahkan oleh Dr Noor Hisham ketika terserempak dengan beliau di Pejabat Menteri Kesihatan.

Ini terjadi pada ig lana

Rita Sokong Kebebasan Suara Lana

LANA Nodin tidak keseorangan dalam tindakannya menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk meletakkan jawatan.

Ia gara-gara kes jangkitan Cvid-19 di negara ini yang terus membimbangkan.

Kelantangan Lana mendapat sokongan aktres Rita Rudaini, 45, kerana menurutnya pelakon itu mempunyai hak untuk menyatakan pendapat seperti rakyat Malaysia yang lain.

“Saya berkongsi kenyataan Lana Nordin seperti yang disiarkan oleh beberapa portal kerana beranggapan ia hak peribadi saya.

“Saya tidak melihat sebarang kesalahan berdasarkan apa yang dikongsikan Lana di Instastory dia.

Bagi saya, itu adalah pendapat dan hak bersuara Lana sebagai rakyat Malaysia.

“Malah ada berjuta lagi pendapat yang sama daripada rakyat Malaysia.

Cuma disebabkan kenyataan itu daripada Lana yang juga selebriti, jadi ia sengaja diperbesarkan oleh netizen,” katanya kepada mStar.

Ritasokong pandanganlanaRita Rudaini sokong pendapat Lana Nodin.

Tambah Rita, pendapat yang diutarakan Lana adalah berdasarkan pemerhatian aktres itu sepanjang dua tahun pandemik Covid-19 melanda negara.

Saya tidak melihat sebarang kesalahan berdasarkan apa yang dikongsikan Lana di Instastory dia.

“Malah isi dan fokus yang disebutkan Lana juga jelas. Tidak sama sekali menjurus kepada sebarang bentuk salah laku, hasutan dan sebagainya.

“Saya menyokong tindakan Lana kerana dia antara selebriti yang berani bersuara… dia bersuara bukan untuk menghentam semata-mata.

Tapi ingin menyampaikan realiti sebenar apa yang terjadi dengan fakta yang jelas.

“Rasanya ada banyak lagi perkongsian yang lebih dahsyat dibuat orang ramai,” ujarnya lagi.

Ritasokong pandanganlanaPerkongsian Lana di Instastory.

Sebagai rakan artis, Rita turut meluahkan perasaan kesalnya terhadap netizen yang turut mengaitkan pendapat Lana itu dengan kehidupan peribadi pelakon tersebut.

“Lebih malang apabila pendapat kami diputar belit selain dilemparkan dengan kata-kata kesat.

Itu belum lagi netizen yang sikapnya gemar membabitkan hal peribadi yang tidak ada kaitan dari topik asal dibincangkan.

“Dari dulu lagi saya jenis lantang untuk apa saja perkara yang dirasakan tidak betul atau tidak kena… baik dalam kerjaya atau perkara di sekeliling.

“Kalau warna ada putih dan hitam, begitu juga kehidupan yang tidak semua sama.

Sepatutnya, apa yang diperlukan adalah saling meraikan pendapat… bukan hentam membabi buta seolah-olah tiada iman dalam diri,” kata Rita lagi.

Rata-rata netizen kurang senang dan menganggap pelakon berkenaan terlalu biadab dan menjejaskan imej petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus menyelamatkan pesakit Cvid-19.

Malah ada yang beranggapan Lana bukan individu yang layak berkata demikian berikutan tidak berada di tempat anggota kesihatan itu.

“Saya hormat orang tak ambil vaksin sebab semua orang ada pendapat. Tapi sis try hard sangat nak cari salah kerajaan dan frontliner.

Bercakap macam kalahkan doktor buat research bertahun-tahun. Nanti kalau sakit jangan cari doktor sebab you kata mereka semua berlakon.

“Pi balik negara suami awak… menyemak je duduk sini. Frontliner punya bergadai nyawa, kau bercakap pakai kepala lutut. Hang turun la jadi doktor.

“Terkejutnya tengok bahasa sis Lana. Dulu kita support you sangat… kesian sebab anak you sakit. Kesian frontliner, sis jgn buat macam kita semua tahu,” antara komen netizen.

Penting sangat ke dia ni

Dah lama x muncul macam ni lah

Senang je guna org lain bagi kenal balik

Tambah Lana lagi, dia berasa simpati dengan nasib rakyat Malaysia yang menganggap Noor Hisham sebagai individu yang prihatin terhadap rakyat, namun mendakwa apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Sedih rakyat Malaysia kononnya kata kamu sangatlah prihatin kepada rakyat. Sedangkan?,” katanya.

Ini terjadi pada ig lanaLana berkahwin dengan David Mckienzie yang merupakan warganegara Amerika Syarikat pada 15 Mei 2015.

Sementara itu, pada posting yang lain, pelakon Aku Yang Bergelar Isteri ini dilabel sebagai anti vaksin dan cuba untuk menghasut orang ramai dengan mempersoalkan keberkesanan pelali yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

Anyway... hanya kerana vaksin ni aku masih was-was dah kena cop sebagai anti vaksin.

“Pelik sungguh pemikiran orang sekarang nak beritahu fakta apa yang terjadi dengan rakyat yang dah ambil vaksin kata aku menghasut,” katanya.

Bagaimanapun, usaha pihak mStar untuk menghubungi Lana bagi mendapatkan komen lanjut mengenai perkara ini masih belum menerima sebarang respons.

Lana berkahwin dengan David Mckienzie warganegara Amerika Syarikat (AS) pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 4 dan William Daud Mckienzie, 3. Pasangan ini kini menetap di Malaysia sejak setahun lalu.

Sekadar makluman, kes harian Covid-19 mencatatkan rekod baharu iaitu sebanyak 17,045 semalam sekali gus menjadikan jumlah kes positif secara keseluruhan mencecah lebih sejuta kes.

Sumber mStar

Leave a Reply