Semasa

Khabar Duka, Dirempuh Pacuan 4 Roda, Saifful Nizam Mninggal Dvnia Di Tmpat Kejadian

Kluang: “Mangsa sempat memberi laluan bagi membolehkan kereta saya memotongnya.

Namun tidak lama kemudian dia dirempuh pacuan empat roda,” kata saksi kejadian kemalangan, Mohd Hanafiah Mohd Sarif, 61.

Dalam kejadian jam 5.30 petang semalam, penunggang motosikal, Mohd Saifful Nizam Mohd Dahalan, 40, parah dan meninggal dunia sejurus nahas di kilometer 83.8, Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam di sini.

Hanafiah berkata, sebelum rempuhan berlaku, mangsa baru sahaja berselisih dan memberi laluan untuk keretanyamemotong.

pacuan empat roda dalam kemaangan jalan rayapacuan empat roda dalam kemaangan jalan rayapacuan empat roda dalam kemaangan jalan rayapacuan empat roda dalam kemaangan jalan rayapacuan empat roda dalam kemaangan jalan rayapacuan empat roda dalam kemaangan jalan rayapacuan empat roda dalam kemaangan jalan rayapacuan empat roda dalam kemaangan jalan rayapacuan empat roda dalam kemaangan jalan rayapacuan empat roda dalam kemaangan jalan rayapacuan empat roda dalam kemaangan jalan rayapacuan empat roda dalam kemaangan jalan rayapacuan empat roda dalam kemaangan jalan raya

“Tidak lama kemudian, sebuah pacuan empat roda muncul dari arah hadapan dan cuba memotong kenderaan lain.

Namun cubaannya gagal sebelum kenderaan itu merempuh motosikal dinaiki mangsa,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Taman Setia Jaya, Simpang Renggam di sini, tadi.

Katanya, mangsa belum berkahwin dan bekerja sebagai pemandu lori kelapa sawit.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.40 petang kelmarin.

“Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengakutan Jalan 1987,” katanya.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan mangsa.

Leave a Reply