Semasa

Melihat Situasi UEL Ketika ini, Netizen Korek Najib Razak Pernah ‘Update Status’ Mengejutkan

Sejak beberapa hari lalu kembali hangat diperkatakan di media sosial video aksi lvcah didakwa mirip seorang pendakwah terkenal.

Tidak hanya setakat itu, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung menerusi Telegram mendedahkan rakaman suara dan perbualan lvcah didakwa milik UEL.

Jika anda masih ingat lagi, pada Julai lalu penyanyi rap Caprice berkata dia tidak akan berdiam diri lagi memandangkan banyak ugvtan diterimanya serta mengatakan selama ini satu Malaysia telah ditipu.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Caprice meminta agar UEL memohon maaf secara terbuka kepadanya dan orang lain.

Kata Caprice lagi, setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan serta mendoakan individu tersebut kembali bertaubat.

Turut berkongsikan video memotong gelang kuarantin hari ini, Caprice berkata dia tidak akan berhenti selagi individu itu tersebut tidak dibawa ke muka pengadilan.

“Hari ini adalah permulaan perang saya melawan predator seksual, pedofilia dan orang-orang munafik.

“Saya tidak akan pernah berhenti selagi orang itu tidak meringkuk dalam penjara. Ingat itu,” katanya.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Caprice turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menggangap ugutan bunuh sebagai satu jenaka.

“Korang tunggu. Saya seorang yang penyabar dan takkan mengalah. Apabila kebenaran dirungkai, saya harap kalian bersedia dengan Google Maps atau Waze untuk cari saya di padang mahsyar nanti.

“Dekat dunia, yang berani ugut, kita ada undang-undang. Jumpa Caprice depan-depan dahulu baru selesai,” tulisnya.

Terdahulu, susulan pendedahan tersebut Firdaus Wong berkata dia dan pasukannya sudah bersedia jika ada pihak mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang.

“Terang-Terang Nampak Burung, Tapi Masih Ada Yang Kata Deepfake”

Malah, penyanyi rap Caprice turut didakwa mengajuk aksi lucah dilakukan oleh lelaki didakwa mirip pendakwah terkenal semalam menerusi satu entri di Instagram.

Menjelaskan videonya mengajuk aksi lucah berkenaan, Caprice berkata tindakan individu terbabit jauh lebih melampau berbanding tindakannya itu namun tiada siapa bercakap mengenai perkara itu.

“Menganjing (mengajuk) benda paling minimum yang saya buat.

Apa yang melampau apabila seorang ulama, seorang ustaz yang sepatutnya menyebarkan ajaran Islam telefon seorang gadis dan melayangkan aksi ciuman.

“Melampau apabila sesorang menghantar mesej kepada seorang wanita tanya ‘hang punya suami ada sebelah atau tidak’. Itu melampau tapi adakah kalian cakap tentangnya?,” soalnya.

Dalam pada itu, Caprice turut memberikan contoh mengenai seorang ahli politik negara yang pernah dimasukkan ke dalam penjara meskipun bukti kurang jelas.

Ujarnya, berbeza dengan video tular itu yang sudah terang lagi bersuluh namun ramai yang mengatakan ianya palsu.

“Kalian tahu apa yang gila, dulu ada seorang ahli politik masuk penjara sebab dituduh main buntut. Video tak jelas, buntut pun tak nampak tapi boleh masuk penjara.

“Yang ini, sudah terang kalian boleh nampak burung (alat sulit) namun masih ada yang kata benda ini ‘deepfake’ (suntingan).

Malaysia, sejak bila burung pun boleh ‘deepfake’,” katanya.

Dalam pada itu, di akhir video tersebut Caprice turut mengingatkan bahawa dunia sekarang berada di fasa akhir zaman.

“Kalau kalian baca al-Quran dan hadis, orang yang betul tak nampak betul dan orang yang tak betul nampak betul. Selamat datang ke akhir zaman.

“Kalau kalian tak faham Inggeris, saya faham tapi sekurang-kurangnya tolonglah faham al-Quran dan hadis,” katanya.

“l Stand With U..” – Najib Razak

Melihat di laman facebook mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Najib Razak mula memuat naik status menyatakan sokongan padu terhadap UEL.

Dan mempersoalkan kenapa UEL dikritik disaat baru kehilangan ayahnya yang tersayang.

“Ustaz baru sahaja kehilangan arwah ayah tersayang. Kenapa pula hendak kritik dia pada ketika ini?

“I stand with you, UEL” – tulisnya.

Terbaru, heboh di laman tiwitter dan facebook, apabila paparan perbualan seorang bekas pekerja pasaraya UEL dedahkan kepincangan dalam pengurusan.

Menurutnya, terlalu banyak gaji dipotong tanpa kerelaan, dan tanpa menyelidik terlebih dahulu.

Di bawah ini dipaparkan tentang perbualan penuh bekas pekerja tersebut.

RK

Leave a Reply