Semasa

Dihentam Kiri dan Kanan oleh Kawan² Seperjuangan, Sekali UEL Muatnaik Status Terus Terdiam Semua

Tutup Telinga, UEL Seronok Bercuti Dengan ‘Bidadari’ Di Langkawi

UEL dilihat tenang bercuti bersama keluarga tersayang di Langkawi.

Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook, Ebit Lew berkongsi sekeping foto bersama ‘bidadari’ tercintanya di Langkawi.

Walaupun sibuk dengan urusan kerja, namun pendakwah terkenal itu mengambil sedikit masa untuk meluangkan masa buat keluarganya sebelum meneruskan misi membantu orang ramai.

“Selalu sibuk. Beberapa hari ini dapat cuti bersama keluarga. Sebelum teruskan misi dan keluar di jalan Allah. Doakan ya. Hidup hanya nak reda Allah.”

Dalam pada itu, Ebit Lew juga memuat naik satu video di Instagram, memaparkan dia bersama isterinya menaiki jet ski di pulau peranginan berkenaan berserta kapsyen yang sungguh romantis buat isteri tersayang.

Muat Naik Status Buat Ramai Stuju

“Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita.

Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana.

Kasih sayang terbesar Allah beri Islam ini. Terima kasih ya Allah. Dialah Rab pemilik segala-galanya.

Bahagia di hati bila kita bersyukur. Syukur hadir bila kita kenal Tuhan. Kenal Allah.”

Muat Naik Status Buat Ramai Stuju

Pendakwah berusia 36 tahun itu juga menitipkan nasihat kepada orang sekeliling agar menghargai pasangan serta keluarga mereka kerana Allah SWT.

“Hargailah orang kita cintai kerana Allah. Hargai keluarga. Bidadariku, abang akan terus memegang tanganmu sehingga mendapat reda Allah.

Hidup hanya untuk Allah sayang. Reda Allah. Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah.

Maafkan semua orang. Doa keampunan. Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat lapan bilion manusia seluruh alam.

Kita tak datang dalam dunia. Kita dihantar oleh Allah sebagai sebaik-baik umat. Sambung kerja Nabi SAW. Bawa Islam dan kasih sayang.”

Sumber : ebitlew

Leave a Reply