Semasa

Mereka Bertiga Bukan Sebarangan, Mereka Sanggup Berkorban Untuk Ummah, Tapi Mengapa Ada Sengketa

Sebelum ini, gara-gara kaedah kemasukan yang dilakukan oleh pasukan Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit IrawanIbrahim Lew ke Semenanjung Ga.za telah mencetuskan ketidakpuas hati beberapa pihak.

Ia dikatakan bakal memberi kesan besar kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain dalam memberi b.antuan kepada penduduk di PaIestin.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang kini tinggal di G.aza berkata, kaedah diamalkan oleh semua NGO yang beberapa kali masuk dan keluar ke Semenanjung G.aza adalah melalui pintu sempadan Rafah di Mesir.

Ini dengan melalui NGO antarabangsa, Miles of Smiles.

Katanya, dianggarkan kira-kira 200 hingga 300 orang sahaja yang dapat memasuki Semenanjung itu dalam masa setahun.

Mereka Bertiga Bukan Sebarangan, Mereka Sanggup Berkorban Untuk Ummah, Tapi Mengapa Ada Sengketa

“Jika sebelum ini banyak NGO boleh masuk melalui cara lama bersama Miles of Smiles, kini mereka terpaksa menggunakan cara baharu.

Iaitu dengan membayar kepada syarikat harga yang tinggi.

“Ini kerana hasil desakan dan kesungguhan pihak kerajaan membuat kerjasama Malaysia-Mesir hanya untuk melepaskan misi pasukan Ebit Lew.

Akhirnya mereka berjaya masuk ke Semenanjung Ga.za tanpa mengira kos yang perlu di bayar dan kesan besar selepas itu.

“Hasil desakan tersebut mereka berjaya masuk dengan syarat penggunaan khidmat syarikat Hala untuk masuk,” katanya dalam saluran Telegramnya, hari ini.

Mereka Bertiga Bukan Sebarangan, Mereka Sanggup Berkorban Untuk Ummah, Tapi Mengapa Ada Sengketa

Sebelum ini, timbul sengketa antara Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli dan Ebit Lew yang tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ia sehingga meraih pelbagai respons daripada masyarakat dan warganet.

Menurut Muhammad Nadir Al-Nuri, perkhidmatan syarikat itu bukan rahsia bagi penduduk di Gaza, bahkan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar kosnya.

“Sebanyak AS$ 1200 seorang untuk warga tempatan bagi perjalanan masuk dan keluar serta mendapat layanan istimewa tanpa perlu banyak berhenti.

“Untuk orang luar, pastinya bayaran yang dikenakan lebih mahal, lebih-lebih lagi kalau hendak diberi layanan VVIP dengan iringan kenderaan berperisai,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pihaknya menyeru supaya memperbaiki kelemahan atau kekurangan pada masa hadapan.

“Pimpinlah perjuangan kemanusiaan dengan pihak berkaitan, sama-sama berpegang untuk membantu.

Dan bukan dengan cara membuat kerja tanpa menoleh kiri kanan serta tidak menghiraukan kesan buruk yang terpaksa ditanggung badan-badan lain yang telah memulakan dan meneruskan perjuangan nafas panjang,” katanya.

Ebit Lew Buat Laporan PoIis

Semalam, Ustaz Ebit Lew telah melakukan sidang media berhubung fitnah-fitnah yang diterima sejak kebelakangan ini.

Sidang media tersebut dilakukan selepas membuat laporan polis mengenai tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh beberapa pihak dan laporan berkenaan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Beliau turut membuat siaran langsung di laman media sosialnya bagi menegaskan bahawa semua yang diperkata adalah fitnah terhadapnya.

Namun, pendedahan daripada Nadir Al Nuri pagi tadi benar-benar memberi tamparan kepada semua apabila beliau menulis berkenaan kontroversi misi kemanusiaan yang dijalankan oleh pihak pendakwah tersebut baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, pihak Ebit Lew telah menafikan hal tersebut sekerasnya dalam sidang media yang dilakukan selepas membuat laporan polis berhubung isu hangat ini.

Damaikanlah Ustaz Ebit Lew, Nadir al-Nuri, dan Firdaus Wong

-Petikan dari FB Abdul Muein Abadi-

Saya berani bersumpah Demi Allah betapa besarnya pengorbanan dan jasa ketiga-tiga insan ini untuk ummah.

Nadir al-Nuri kehilangan anak sulung kerana isteri yang sarat mengandung terpaksa merangkak di terowong bawah tanah yang dib0m rejim penjajah.

Ustaz Ebit Lew yang kehilangan ayah ketika sibuk membantu orang susah.

Firdaus Wong berkali-kali diugut bvnuh kerana usaha dakwah dan mencegah kemungkaran.

Pengorbanan ketiga-tiga insan ini hampir tiada taranya.

Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana sayangnya Ustaz Ebit Lew kepada golongan gelandangan dan pinggiran.

Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana Nadir al-Nuri keras berusaha membangunkan ekosistem kebajikan, pendidikan, dan perniagaan saudara kita yang dijajah dan diperangi.

Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana Firdaus Wong membimbing ramai saudara baru untuk kembali ke agama fitrah demi keselamatan dunia akhirat.

Sedang dalam masa yang sama mendepani golongan ekstremis.

Sungguh, tiada siapa pun antara kita yang layak menghakimi ketiga-tiga insan ini.

Kita selalu lupa betapa satu-satunya manusia yang sempurna dan bebas daripada dosa sudah pun wafat lebih seribu tahun yang lalu.

Tiada lagi insan sehebat Rasulullah yang memimpin negara dalam rumah yang kecil hinggakan untuk sujud pun isteri baginda perlu mengalihkan kakinya.

Tiada lagi insan sehebat Rasulullah yang mempimpin negara dalam keadaan kelaparan mengikat batu di perut baginda.

Tiada lagi insan sesempurna Rasulullah yang bersegera mengagihkan harta-benda baginda hinggakan wafat tanpa mewariskan kekayaan luar biasa kepada ahli keluarga baginda.

Kita selalu meletakkan neraca kesempurnaan dalam menghakimi orang lain, hingga ke tahap segala jasa dan sumbangan insan lain diperkecil-kecilkan.

Sebaliknya segala kekurangan mereka diperbesar-besarkan dan diulang-ulang.

Lebih parah, tanpa kita sedari api permusuhan dan kebencian ditiup dengan kencang hingga ke tahap melaga-lagakan insan-insan yang sedang sama-sama melakukan kebaikan.

Hakikatnya, Allah menuntut kita untuk sentiasa berusaha mendamaikan saudara kita yang saling bermusuhan.

Bahkan hingga ke tahap kita dibenarkan berbohong dan menipu demi mendamaikan antara dua pihak yang bertelagah.

Saya menyeru rakan-rakan untuk sama-sama kita menyeru usaha perdamaian secara baik antara Ustaz Ebit Lew dan Nadir al-Nuri ini.

Sungguh ruginya kita berpecah dan berpihak sesama kita dalam keadaan penjajah terus berkuasa membantai saudara kita.

Sungguh ruginya kita berpecah-belah dalam keadaan ramai antara kita yang terkesan dengan situasi hidup sekarang di kala masih ramai yang memerlukan perhatian dan sumbangan.

Betapa ruginya kita berpecah dan bertelingkah dalam keadaan saat ini wilayah kita dituntut kuasa besar China dan Filipina di PBB.

Ingatlah sungguh-sungguh pesanan Rasulullah ini kepada kita semua:

“Jauhilah sangka buruk, kerana bersangka buruk itulah ucapan yang paling dusta;
Janganlah mencari-cari isu; Janganlah mencari-cari kesalahan; Janganlah saling bersaing (dengan buruk).

Janganlah saling dengki-mendengki; Janganlah saling memarahi; dan Janganlah saling memusuhi!

Sebaliknya, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara”

Hadis riwayat Muslim

Sumber: FB Abdul Muein Abadi/Kosmo/Hmetro/Bharian

Leave a Reply