Kes seorang remaja berusia 19 tahun yang mengaku bersalah cuba mencvri tabung masjid dan disorokkan ke bilik mandi jenazah masih hangat diperbualkan.
Mana tidaknya, video remaja tersebut yang dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid telah tular di media sosial.
Pengajaran…..
Seorang remaja berusia 19 tahun yang videonya tular di media sosial kerana dimandikan seperti 'jenazah' akibat cuba mencuri tabung masjid, hari ini dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang.
?: Nur Aimidiyana Zuher / BERNAMA pic.twitter.com/PDoLwkXDJt
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 13, 2022
Atuk Tampil Dedahkan Sesuatu
Namun begitu, ‘plot twist’ berlaku apabila ada pihak mendakwa remaja berkenaan memang bermasalah.
Dan pernah bertindak menyer4ng datuknya dengan parang.
Susulan daripada itu, pihak Malaysia Gazette telah bertemu sendiri dengan datuk kepada Daniel Iskandar untuk mendapatkan penjelasan.
Menurut warga emas berusia sekitar 70an itu, dia sendiri yang meminta Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK) Masjid Al Islahiah membuat laporan keatas cucunya sebagai pengajaran.
Tambah warga emas itu lagi, Daniel sememangnya bermasalah kerana terlibat dengan penyalahgunaan ddh.
Dia juga beberapa kali mencvri di rumah dan tindakan membiarkan remaja itu ditahan adalah supaya dia tidak melakukan perkara sama kepada orang lain.
Daniel Iskandar sering mencuri di rumah dan saya tidak mahu dia lakukan kepada orang lain – Datuk remaja#malaysiagazette pic.twitter.com/pc0emRjajr
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) January 14, 2022
Selain itu, Malaysia Gazette turut mendapatkan penjelasan daripada Nazir Masjid Al Islahiah.
Menurut lelaki itu, atuk kepada Daniel sering sahaja mendapat bantuan daripada pihak masjid dan bukanlah seperti yang didakwa tertuduh semasa di mahkamah tempoh hari.
Dia juga memaklumkan tindakan memandikan remaja itu seperti jenazah disebabkan tertuduh berada dalam keadaan lalok serta khayal sewaktu ditahan.
Datuk Daniel Iskandar sering terima bantuan keperluan asas dari masjid dan kebajikan keluarganya sering dijaga – Nazir Masjid Al Islahiah#malaysiagazette pic.twitter.com/agTMXEcWM4
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) January 14, 2022
Orang Kampung Dedahkan Perangai Sebenar
Walau bagaimanapun, sejak berita remaja berkenaan tular di media sosial, ramai yang telah meninggalkan pelbagai komen mengulas mengenai penangkapan remaja tersebut.
Apa yang mengejutkan ada beberapa pihak meninggalkan komen dengan menyangkal kenyataan bahawa remaja itu membeli ubat untuk datuknya kerana dia sememagnya bermasalah.
Dakwaan tersebut diperoleh daripada komen-komen yang ditulis di ruangan portal berita setelah kisah remaja berkenaan tular.
Komen dari satu akaun Facebook menggunakan nama Tik Masak telah tular setelah di menceritakan perihal sebenar dari side imam masjid berkenaan.
Keluarga Imam Akan Ambil Tindakkan
Manakala, ramai orang kampung juga menyuarakan pendapat yang sama.
Sedar komennya sedang hangat menjadi perbincangan di media sosial, Tik Masak telah tampil menjelaskan perkara sebenar penulisannya yang viral di ruangan komen beberapa portal media.
Menurutnya, remaja tersebut dikatakan telah menjual cerita tentang membeli ubat datuknya yang sakit.
Hakikat sebenar ialah dia merupakan penagih dadah jenis syabu dan pernah cuba menyerang datuknya dengan parang.
Senang kata remaja tersebut memang sudah bermasalah.
Tik Masak yang juga merupakan rakan kepada anak tok imam tersebut menyatakan fakta yang di perkatakan di mahkamah kurang tepat.
Ini kerana penduduk sekitar kawasa tersebut kenal dengan remaja bermasalah itu.
Bercakap mengenai rakaman video pula, tok imam yang teruk dihentam netizen itu sama sekali tidak menyuruh sesiapa rakam.
Dan mereka hanya memandikan dengan kapur barus sebagai pengajaran.
Remaja itu juga bernasib baik kerana tok imam tidak membenarkan orang ramai membelasahnya dan terus diserahkan kepada pihak polis setelah dimandikan.
Tak hanya itu, disebabkan kecaman netizen, imam masjid tersebut juga sudah melepaskan jawatan.
Dalam kenyataan Tik Masak lagi, dia sedikit berasa kasihan dengan sesetengah pihak yang terus membuka tabung sumbangan untuk membayar denda remaja tersebut.
Walau bagaimanapun dia turut lega kerana berkemungkinan dari duit sumbangan itu remaja terbabit sudah tidak perlu mencuri lagi kerana sudah mendapat duit yang banyak.
Jadi, di akhir penulisan panjang lebar pengguna Facebook itu, dia berharap orang ramai berhenti menfitnah imam berkenaan.
Ini kerana pihak imam tersebut sedang berbincang untuk mengambil tindakan undang-udang.
Terdahulu, video remaja tersebut dimandikan seperti jenazah tular di media sosial kerana tindakannya cuba mencuri tabung masjid.
Apa yang menjadi perdebatan ramai adalah rakaman imam masjid yang dikatakan bertindak kasar sewaktu memandikan tertuduh dan sengaja mengaibkan remaja itu.
Sumber: Facbook Tik Masak, Twitter @jllmisai, kredit foto Bernama Nur Aimidiyana Zuher