Semasa

Dikatakan Sedang Sarat HamiI, Sekali Neelofa Bagi Jawapan yg Sangat Mengejutkan

MASIH mahu peminat berteka-teki, pengacara Neelofa memberitahu dia tidak merancang untuk membuat pengumuman mengenai hal berkaitan kehamilannya itu.

Sebaliknya, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, hanya menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai sendiri keadaan dirinya jika bertemu di luar.

“Saya baru balik dari Langkawi dan jumpa ramai peminat. Orang yang jumpa saya di luar boleh menilai sendiri.

Neelofa ditemui pada majlis tandatangan kerjasama antara Neelofa X Tabung Haji X The Noor Apps di Th Hotel Kelana Jaya pada Rabu.

Lofa masih berdiam tntang khamilan diam je habis

“Secara jujurnya saya tiada plan nak buat pengumuman seperti itu. Saya hanya perlukan doa.

“Nak cakap lebih-lebih takut, kerana perkara ini sensitif bagi sesetengah pihak,” ujarnya kepada mStar.

Sementara itu Neelofa berkata, berkongsi tentang kelahiran lebih baik berbanding proses kehamilan.

“Untuk sesetengah orang benda ini perkara biasa, namun sesetengah pula sensitif sikit. Kalau nampak saya biasa… biasalah. Kalau nampak saya berbeza tu berbezalah.

“Kita digalakkan untuk kongsi tentang kelahiran daripada kehamilan sebab apa-apa boleh jadi sepanjang fasa itu.

Lofa masih berdiam tntang khamilan diam je habis

Neelofa harap orang ramai dapat mendoakan kebaikan untuknya.

“Kalau orang nampak atau tanya saya lebih suka minta mereka doakan sahaja,” ujarnya.

Pada 6 Oktober lalu, Neelofa yang memberitahu dia menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik kepada peminat-peminatnya.

Katanya, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang buruk untuk disorokkan.

Neelofa dan Haris, 26, mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

mStar

Leave a Reply