Semasa

Lana Nordin Selamat Sampai AS, Namun Komen Rita Rudaini Di IG Mengundang Reaksi Netizen

Komen rita di ig mengundang reaksi netzen

Pelakon, Lana Nordin dan keluarganya telah selamat tiba di Amerika Syarikat (AS), semalam.

Selepas menerima pelbagai kutukan dan hinaan daripada netizen, Lana dipercayai enggan terus mendiamkan diri.

Dan dia lebih suka memilih untuk memberi penjelasan panjang lebar di Instagram Storynya.

“Ni video khas aku buat utk yg selalu menghiina dan masih mencaci dan suka buat spekulasi sendiri tanpa tanya saya, tanpa selidik tanpa mengkaji kenapa dan apa yg sy buat!

Ada yg kata oh dia tak lepas airport apa lagi berjaya ke nak balik usa..kat usa sane lagi teruk semua tak boleh, dine in ke, riadah ke masuk mall ke atau masjid ke..

ok selama ni aku diam sebab org kat portal ramai yg mengutuk, menghina bahkan ada yg lebih tau pasal usa dari negara yang selalu aku keluar masuk dan negara asal suami aku sendiri…

ok ini video khas utk korang, jgn dm dm aku tanya itu ini, just tengok dan nilai sendiri!

Korang yg di fb dan portal2 yg sibuk mengata aku, sibuk suruh aku balik usa siap halau aku dari negara aku sendiri..

ok ni aku balik, aku buktikan apa yg korang yg cakap tu lebih tau dan teror pada aku!!!

Bile aku gan @ritrud727 share info kami di labelkan berbagai nama, padahal kami bagitau apa yg benar yg banyak yg tak telus di beritahu sehingga ramai jadi doktor tik tok, jadi polis pencen, jadi wartawan yg lebih tau pasal negara luar.

Skrg aku balik aku akan lihat sendiri siapa yg betul!!

Dari aku apply MTP, buat DOKUMEN YG SAH mengikut UNDANG UNDANG MALAYSIA dan bertolak ke airport klia sampai ke usa, alhamdullilah perjalanan aku sangat2 di permudahkan, tiada sebarang diskriminasi atau apa2 masalah!

Tiada sebarang cable,ni semua cable ALLAH SWT dan bile ALLAH kata kun fa yakun , jadi lah ia…siapa kite nak pertikaikan rezeki, ajal dan apa2 pun dari DIA???

Jadi jgn nak sesuka hati nak jadi polis pencen ke, wartawan ke atau doktor yg korang skrg dok buat di social media sedangkan korang tak tau mane yg sahih dan mane yg RUMORS!

STOP FEAR MONGERING dan live around viruuus! Cvd is real, its endeemic but not paandemic!

WAKE UP, LIVE YOUR LIFE TO FULLEST WHILE STILL HAVE CHANCE!

Semoga Allah swt melindungi kita! Stop discrimination and start respect others decisions!

Kepada sahabat, followers dan rakan2 artis yg selalu bersama sy, beri kata semangat dan doa pada saya,anda tau anda siapa, terima kasih dan teruskan perjuangan korang.

Semoga Allah lindungi korang, negara dan rakyat malaysia”

Rita Komen Sesuatu

Susulan daripada itu, pelakon, Rita Rudaini turut mencuri perhatian ramai.

Ini apabila dia memuat naik posting balas secara berseloroh dengan Lana Nordin berhubung setiap penjelasan yang diberikan.

Komen rita di ig mengundang reaksi netzen

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Rita Rudaini dilihat ‘repost’ kembali kesemua story Lana Nordin di akaun Instagramnya.

Pada masa yang sama, Rita dipercayai berseloroh dan bertanya kepada Lana mengenai dos vaksin yang mereka sekeluarga ambil sebelum terbang ke Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, netizen turut mendakwa kapsyen Rita seolah mengundang dan seakan seronok melihat telatah rakan baiknya itu.

Komen rita di ig mengundang reaksi netzen

Lana Nordin turut memuat naik sebuah video di mana mereka sekeluarga tidak perlu ‘scan’ My Sejahtera sewaktu dine-in di sebuah restoran.

Malah, suaminya dilihat melakukan bunyi ‘scan’ ketika mereka sekeluarga hendak masuk ke restoran tersebut.

Terdahulu, Lana mendakwa netizen suka membuat spekulasi terhadap dirinya sehinggakan ada yang berandaian dia tidak akan berjaya untuk ‘terbang’ gara-gara belum divaksin.

Namun begitu, Lana berjaya membuktikan bahawa perjalanannya untuk rentas negara itu mengikut undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Tegasnya, tidak wujud dia menggunakan ‘kabel’ untuk pulang ke negara asal suaminya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Sumber: Rita Rudaini & Lana Nordin

Leave a Reply