Semasa

“Bukan dosa pun cium..” Terpalit Video Panas, Kekasih Syafi Tee Akhirnya Dedah yg Dia Bukan Perempuan

Sejak beberapa hari lalu, kecoh mengenai rakaman video memaparkan pelakon Syafie Tee didakwa berpelukan dan mencium seorang wanita sehingga tular di aplikasi TikTok.

Terbaru, memetik laporan Cari Forum, seorang pengguna laman Twitter @arifeddy12 mendedahkan bahawa wanita tersebut bukan perempuan tulen sebaliknya adalah seorang transgender.

Meninjau ke Instagram ‘wanita’ terbabit, banyak posting foto dan video yang agak mencolok mata dan kurang bersesuaian untuk dilihat oleh netizen.

Menerusi ciapan itu, @arifeddy12 juga berkongsi tangkapan skrin memperlihatkan  sebuah akaun Instagram didakwa milik ‘wanita’ berkenaan.

Pada ruangan bio akaun tersebut, ‘wanita’ itu secara terang-terangan mengaku dan menyatakan dirinya seorang ‘mak nyah’ selain turut meletakkan bendera ‘pelangi’.

Walau bagaimanapun sehingga kini, pelakon berusia 29 tahun itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi panas tersebut.

Semalam, bapanya pendakwah dan penceramah bebas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengakui dirinya tidak sempurna dan sudah mendidik anak-anak dengan baik.

Malah tambah Ridhuan, dia berterima kasih kepada semua individu yang prihatin selain berharap ujian menimpanya dapat dijadikan pengajaran untuk semua pihak.

Sumber: Cari Forum , Twitter @arifeddy12 , Instagram @apink9161

Leave a Reply