Semasa

Lelaki Mengaku SaIah Teetak Pengawal Keselamatan Dengan Pedang Shg Meninggal Dunia

Update Terkini:

MANGSA KES TETAK DI BUKIT BANYAN, ISMAIL BIN AHMAD MENINGGAL DUNIA !

Dukacita dimaklumkan, mangsa kes serangan tetak berkumpulan di Bukit Banyan, Sg. Petani baru-baru ini, Ismail bin Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada jam 5:51 petang tadi di Hospital Sultan Abdul Halim.

Sebab kena tegur je Sebab kena tegur jeSebab kena tegur je Sebab kena tegur je Sebab kena tegur je Sebab kena tegur je Sebab kena tegur je Sebab kena tegur je Sebab kena tegur je Sebab kena tegur je Sebab kena tegur je Sebab kena tegur je

Tertuduh, R Subramaniam, 41, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut pertuduhan, Subramaniam yang berasal dari Kampung Sungai Puntar, Bedong dekat sini didakwa dengan niat menyebabkan cedera parah terhadap Ismail Ahmad, 58, menggunakan sebilah pedang di pos pengawal Tapak Projek Perumahan Siera 4, Bukit Bayan di sini pada 4.40 petang 4 Ogos lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfadzly Hassan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Roslan kemudian menetapkan 29 Ogos depan sebagai tarikh jatuh hukum kerana masih belum memperoleh laporan perubatan penuh mangsa.

Mahkamah turut membenarkan Subramaniam diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan dengan meminta tertuduh melapor diri setiap awal bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda sehingga kesnya selesai.

Dalam kejadian Khamis lalu, seorang pengawal keselamatan cedera di kepala dan tangan kiri selepas dilibas pedang oleh seorang lelaki yang tidak berpuas hati kerana ditegur mangsa ketika dia menunggang motosikal.

Susulan kejadian itu juga menyebabkan berlakunya penyebaran berita palsu di media sosial yang cuba dilakukan individu tertentu dipercayai sengaja mahu mencetuskan isu perkauman.

Mengulas mengenai perbuatan tidak bertanggungjawab itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita palsu terbabit.

“Berita disebarkan itu bercanggah dengan kejadian sebenar, kita khuatir ia boleh mencetuskan kegemparan awam dan polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebar berita palsu ini,” katanya.

Leave a Reply