Semasa

Akhirnya Maryam Sendiri Buka Mulut, Mawar Kongsi Video Sedih Lepas Balik Bercuti dgn Ayahnya

Usahawan Mawar Karim dituduh tidak ‘move on’ gara-gara berkongsi sekeping foto yang kelihatan anaknya, Wan Maryam bersendirian.

Ia berlaku ketika bercuti bersama bekas suaminya Fizo Omar di Johor Bahru baru-baru ini.

Akhirnya Maryam Sendiri Buka Mulut, Mawar Kongsi Video Sedih Lepas Balik Bercuti dgn Ayahnya

Mawar berkata, dia mengakui sukar untuk ‘move on’ apabila melibatkan soal anak.

Apatah lagi anaknya sempat mengadu seolah-olah merajuk selepas pulang dari percutian tersebut.

“Saya tanya sendiri Maryam kata, ‘Mummy, Maryam merajuk sikit’. Nak kata saya tak move on? Ya bab anak memang saya tak move on.

Bab lain lantak p, takkan la saya nak jaja cerita saya ni dah kahwin ke, siapa pasangan saya. Sebab masing-masing dah ada kehidupan sendiri,” tulisnya.

Sementara itu, Mawar turut berkongsi video luahan Maryam atau mesra dipanggil Cikyam yang dilihat seolah-olah ‘merajuk’ apabila ditanya berhubung percutian berkenaan.

Untuk info, Mawar berkahwin dengan Fizo yang juga pelakon pada 2013 sebelum bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor pada tiga tahun lalu.

Selepas dua tahun menduda, Fizo kemudiannya bertemu jodoh dengan bekas pramugari Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober lalu.

Sumber: Instagram Mawar Karim

Leave a Reply