Connect with us

Foto sekadar hiasan. Nak share cerita, ni fb kawan saya.

Laki saya mintak izin nak kawin lain. alasan? Sebab saya dah hodoh! Tak style macam dulu. Anak 4 org. All boys. Dulu saya secretary.

So selalu siap cantik. Tapi husb suruh behenti kerja, jaga anak.

Husb saya lebih dari mampu nak kawin 2 dari segi kwangan. Tapi lain2 saya tak berapa yakin.

Jadi saya bagi syarat, nak kawin boleh, amek cuti 2 bulan, jadi suri rumah. Jaga anak 4 org yang “active” ni.

Nak tengok dia boleh urus diri sendiri macam skrg tak. Still smart macam skrg tak. Sedangkan dia pun saya yang urus.

Dia izinkan saya pergi bercuti selama 2 bulan tu. Dia fikir konon amek hati la sbb saya boleh izinkan dia kawin.

Tak sampai 2 bulan, call merayu2 menangis suruh saya balik. Cakap tak mampu nak jaga anak sorg.

Meanwhile selama ni saya urus semua sorg diri.

Dia tau balik kerja, sambung buat keje kat rumah, tido. Tau tau bangun tido semua siap.

Saya tak nak balik, nak dia betul2 rasa bersalah dan buat keputusan bijak. Gf dia call saya marah2 cakap saya tak bertanggungjawap.

Saya gelak kan je dia. Bf dia tu yang baru tau erti tanggungjawap sebenar.

Bukan cari nafkah je. Lain tinggal terkongtang kanting kat bini.

Husb hari2 call merayu, facetime saya menangis2 mintak saya balik tolong tengokkan anak. Dia cakap dah putus dgn gf

dia dan baru sedar kesilapan dia selama ni. Dia yang salah tak tolong saya. Tak bagi saya ruang utak cantik kan diri.

Selama 2 bulan saya bercuti saya sempat manjakan diri, cantikkan diri. Baru dia sedar, saya hodoh sebab tak ada masa utak diri sendiri.

Semua masa saya untuk anak2 dan diri dia. Alhamdulillah kami bahagia semula.

husband betul betul berubah. Husband mula tolong sama2 jaga anak2, jaga rumah. Bawak saya dating.

Bawak saya pergi spa. Belikan saya baju baru. Senang cerita. Cantiknya isteri, disebabkan ada suami yang menyokong dibelakangnya.

Jadi suami, kalau isteri tak cantik, tanya diri sendiri! apa je yang awak lakukan utak cantikkan isteri???

Jangan tau nak cari lain je! selami apa yang isteri lalui hari2.

Btw saya pun menangis hari2 dalam masa bercuti 2 bulan tu sebab rindukan anak2.

Abdul Hakim –Ni lah silapnye lelaki. Bila wife dah xcantik mula lah nak kawin lain. Sebelum tu ade tak suami bagi duit belanja kat isteri?.

Duit untuk cantik kan diri?. Ni tau buat anak je. Setahun sekali bagi bini ngandung.

Duit belanja pun tak bagi. Macam mana lah bini nak cantik

Zaharah Zara – Ini lah first time saya dengar pengakuan/tindakan bijak seorang isteri.

Tahniah, awak buat yang terbaik. Salute awak. Moga jadi contoh ikutan para isteri kat luar yang mghadapi masalah Sama mcm awak.

Tindakan awak yang sgt2 rasional. Tanpa “Latah meluru” sangat Bagus untum ajar lelaki macam ni. Moga awak kekal bahagia sis.

Kimber Khoon –Dalam 2 bulan tu bole jer dia panggil maid temporary jaga budak2 dan kemas rmh, dia mana penat, and you bercuti 2bln mna tahu ade maid tolong.

So, caranya minta bagi sebiji rumah, minta ini itu at least you nampk dia bole ke tak bole buat. Tapi ook juga cara tadi tu…

Elreina Natasha –Puan memang bijak. Maaf saya ckp, sebilangan suami bkn semua ya.

Bila dh senang atau selesa lupa jasa isteri dibelakang takbir. Keperluan dia isteri siap sedia, jaga anak2 tunggang terbalik.

Bila buruk rupa paras isteri dikatakan hodoh. Tapi masalahnya isteri tak de masa utak diri sendiri semua ala kadar saja sbb hidup dia utak suami dan anak2.

Cuba bg masa untuk isteri, suami jaga anak2 kejap2 dh tanya bila nak balik. Anak2 buat perangai bagai.

Habis selama isteri jaga tu anak tak buat perangai ke? Suami isteri sepatutnya sama2 menggalas tanggungjawab rumahtangga bersama.

Bukan lepas kpd 1 pihak saja. Kalau rasa tak nak, tak payah berumah tangga. Menyusahkan anak orang saja.

Jeffrey Abd Wahid –Yang ni saya sokong 100% untuk memberi pengajaran dan pemahaman kepada suami2 yang tak paham2 dan saja tak nak paham kenapa isteri jadi macam tu.

Dah lah sanggup korbankan keadaan fizikal yang lawa kerana mengandungkan zuriat (kadang2 korbankan nyawa).

Korbankan masa dan tenaga jaga anak dan keperluan suami, kadang2 korbankan masa untuk keluarga sendiri.

Demi keluarga suami dan bermacam2 lagi pengorbanan yang dilakukan.

“SAYANGILAH SEORANG ISTERI YANG BANYAK BERKORBAN UNTUK KITA”

Sumber : Kisah Rumah Tangga Fans

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

“AlhamduIiIIah, Aku dah CERAl” Mengejutkan Punca Sebenar Anjou Berpisah Dgn Suami

Terdahulu, menerusi satu perkongsian di Instagram pelakon kontroversi Zarina Anjoulie mengakui hamil beberapa bulan.

Namun mengalami keguguran baru-baru ini.

Tetap tenang menerima ujian tersebut, menerusi entri itu Zarina turut berkongsikan mengenai bahaya dan kesan sampingan melakukan suntikan ‘filler’.

Kemudin memberitahu mengenai berita kegugurannya secara tidak sengaja.

“Beberapa bulan lepas Anju mengandung tapi gugur.

Bukan nak cerita kesian kat video ini cuma nak beritahu.

Tak ada rezeki kan tapi Anju cuba nak pregnant lagi,” katanya.

Berkongsikan pengalaman yang dilalui selepas menyuntik ‘filler’ di bahagian payvdaranya.

Zarina turut meminta mereka di luar sana tidak salah anggap kerana ia hanya untuk memberi kesedaran.

“Anju share apa yang anju lalui sekarang ni ye…Please don’t judge dan diharap anda semua terbuka dengan perkongian ini.

Tujuan Anju share bukan nntuk nak jatuhkan orang, tetapi untuk create awareness.

Anju sendiri tengah lalui benda ni, so Anju nak share with you guys,” katanya.

Zarina berkata ketika hamil beberapa bulan lalu, payudaranya membengkak dan sakit.

Perkara itu membuatkan dia terfikir akan kesan sampingan ‘filler’ jika hamil lagi.

Dan akan berjumpa dengan doktor pakar untuk mengeluarkan filler tersebut.

“Saya akan pergi bertemu Doktor Chiam untuk rawatan mengeluarkan ‘filler’ di bahagian dada.

Ini adalah plan sebelum saya hamil lagi nanti. Video ini dikongsi sebab sekurang-kurangnya korang tahu apa nak buat selepas ini.

“It was my choice untuk letak barang terlarang dalam badan aku.

Jangan salah anggap dengan video ini atau jangan salahkan tempat aku pergi buat ‘filler’ dulu ya,” katanya.

“AlhamduIiIIah, Aku dah CERAl”

Terbaru, kami menerima berita mengejutkan, baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu, perkongsian terbaru pelakon Zarina Anjoulie.

Berita ini mengejutkan ramai apabila memaklumkan dia sudah pun bercerai.

Menerusi satu perkongsian di Instagram itu, Zarina memberitahu hari ini merupakan hari paling bahagia dalam hidupnya.

Ini apabila mendakwa dia dan suaminya, Eilyas Azhar sudah berpisah.

Hasil tinjauan mendapati, gambar terakhir Zarina bersama suami dikongsikan sekitar Disember tahun lalu.

Ini ketika makan tengahari bersama rakan-rakannya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada penjelasan lanjut mengenai perkara itu oleh Zarina sendiri.

Malah, ruangan komen perkongsian itu juga ditutup.

Terdahulu, Zarina dan suaminya telah bernikah di Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan pada Julai 2020 selepas empat tahun bergelar ibu tunggal .

Punca Sebenar Didedahkan Netizen?

Continue Reading

Semasa

Sweet Qismina ‘Sound’ Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku Teks

Persekolahan sesi 2021 masih tidak dapat dijalankan secara biasa kerana majoriti murid perlu mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Ini kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dikenakan atas peningkatan jumlah kes C0V1D-l9 di Malaysia.

Oleh itu, untuk proses pengambilan dan penghantaran buku teks juga dijalankan dengan cara berbeza.

Mengulas perkara ini, pelakon Sweet Qismina telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya pada 26 Januari 2021.

Sweet Qismina ‘Sound’ Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku Teks

Perkongsian Sweet yang diambil daripada akaun Twitter beliau itu menegur proses pengambilan dan penghantaran buku teks yang dianggapnya kurang sesuai.

Ia setelah beliau mengalaminya sendiri bagi urusan itu untuk adik perempuannya.

Sweet Qismina ‘Sound’ Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku TeksSweet Qismina ‘Sound’ Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku TeksSweet Qismina ‘Sound’ Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku TeksSweet Qismina ‘Sound’ Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku TeksSweet Qismina ‘Sound’ Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku Teks

Melalui perkongsian itu, Sweet menyentuh tentang usia ibu bapa atau penjaga yang menggalas tugas untuk proses tersebut.

Ada di antara mereka yang sudah berusia dan cuaca yang panas pula menambahkan keletihan.

Selain itu, buku teks yang berat dikira menjadi beban buat mereka.

Isu tiada bantuan untuk pergerakan juga membuatkan mereka sukar untuk ke tempat yang sepatutnya dengan saiz sekolah yang agak besar.

Sweet juga mengakhiri perkongsian itu dengan memberi cadangan untuk penambahbaikan.

Buat ibu bapa atau penjaga yang mengalaminya pasti lebih tahu bagaimana proses berkenaan dijalankan di sekolah.

Sumber : Sweet Qismina / hotfm

Continue Reading

Semasa

Jemaah Surau Buat Jamuan Didnda 1K, Rupanya ‘Dia’ ni Salah Seorang yg Disaman

Mengikut surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Negeri Sembilan (JHEAINS) bertarikh 20 Januari.

Jamuan selepas aktiviti pengajian ilmu adalah tidak dibenarkan.

Ini memandangkan hampir semua negeri sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun begitu, masih ada juga pihak surau dan segelintir individu yang melanggar arahan yang telah dikeluarkan itu.

Di Facebook, viral beberapa foto di mana sekumpulan individu dipercayai sedang menikmati jamuan selepas selesai solat Maghrib.

Jemaah Surau Buat Jamuan Didnda 1K, Rupanya 'Dia' ni Salah Seorang yg Disaman

Moga kita sama-sama mengambil iktibar. Saman akibat tidak mematuhi SOP di Surau Matahari Height Seremban, Maghrib malam semalam (25.01.2021).

Mana-mana orang yang mengingkari, melanggar, membantah atau mencela kewibawaan dan titah perintah.

Ia daripada Yang di-Pertuan Besar sebagai Ketua Agama Islam, arahan Majlis atau fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa.

Ini adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman dnda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Atau pnjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Harap kita sama-sama bertanggungjawab menjaga SOP ya.

Menerusi Facebook Masjid Kariah Taman Bandar Senawang, beberapa orang jemaah Surau Matahari Height di Seremban.

Mereka telah dikenakan denda selepas dipercayai melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Mereka kelihatan melepak sambil menikmati air dan roti secara beramai-ramai.

Oleh sebab itu, kesemua mereka didnda sebanyak RM1000.

Jemaah Surau Buat Jamuan Didnda 1K, Rupanya 'Dia' ni Salah Seorang yg Disaman

Jemaah Surau Buat Jamuan Didnda 1K, Rupanya 'Dia' ni Salah Seorang yg Disaman

Jemaah Surau Buat Jamuan Didnda 1K, Rupanya 'Dia' ni Salah Seorang yg Disaman

Di ruangan komen, rata-rata netizen berharap semua individu mematuhi SOP tidak kira di mana jua mereka berada.

Antara yg dikenakan tindakkan saman itu termasuklah Pakcik ni.

Mereka juga berharap golongan pak cik- pak cik ini mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran.

Sumber: Masjid Kariah Taman Bandar Senawang

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.