Connect with us

Warga emas yang ditular tinggal di rumah usang didakwa memiliki aset yang bernilai hampir RM1.7 juta.

Ini dengan mengambil kira hartanah dimiliki keluarganya.

Keluarga Rokhimah Ismail, 67 turut memiliki enam rumah dengan nilaian semasa hampir RM2 juta.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) pula memberitahu warga emas terbabit juga merupakan penerima bantuan zakat bulanan daripada pihaknya.

” Rokhimah atau dipanggil Mak Ngah tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Sebelum ini dia tinggal bersama saudara-maranya.

” Keluarganya juga mempunyai beberapa rumah yang lengkap dengan kemudahan asas terletak berhampiran rumah uzur yang ditularkan baru-baru ini,” kata LZNK.

Baru-baru ini tular seorang warga emas dikatakan terabai dan tinggal keseorang di sebuah rumah usang di Alor Setar.

LZNK turut menjelaskan ada di antara rumah milik keluarga tersebut masih tidak berpenghuni

Ini kerana dijadikan rumah sewa yang lengkap dengan bekalan elektrik dan air.

Bagaimanapun katanya Mak Ngah Rokhimah mengambil keputusan untuk tinggal semula di rumah usang bersebelahan rumah milik keluarga berkenaan.

” LZNK cuba memujuk warga emas itu supaya berpindah ke rumah lain milik keluarganya namun dia menolak,” katanya di sini.

Malah perkara itu juga diakui seorang anak saudara Rokhimah yang dikenali sebagai Shariman.

” Kami sudah cuba memujuk Mak Ngah untuk tinggal di rumah lain milik keluarga tetapi Mak Ngah berkeras nak tinggal di situ (rumah usang).

” Saya bagi pihak keluarga memohon supaya orang ramai tidak salah sangka dengan berita yang diviralkan di media sosial.

Ini kerana sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada imej kami sekeluarga,” katanya.

LZNK juga menjelaskan pihaknya turut menawarkan penduduk terbabit tinggal di sebuah Pondok Pengajian yang berada di bawah seliaan lembaga itu yang lengkap dengan kemudahan asas.

Namun malangnya warga emas terbabit menolak tawaran tersebut. Rokhimah merupakan penerima bantuan kewangan LZNK secara bulanan.

Ia sebanyak RM200 bermula sejak 2018 sehingga 2020.

Selain dia juga pernah menerima bantuan kewangan zakat sekaligus sebanyak RM300 pada Disember tahun lepas.

Menurut anak saudaranya Rokhimah turut menerima bantuan ‘Food Bank’ melalui Penolong Amil dan Imam Kariah Masjid.

Di samping itu Bantuan Warga Emas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah sebanyak RM500 sebulan.

Tular Tinggal di Rumah Usang. Sekali Lembaga Zakat Dedah Jumlah Aset Siapa Di Milik Makcik Ini

Terdahulu, pada 31 Januari lalu, kisahnya pernah tular di media sosial apabila terpaksa mendiami rumah pusaka yang daif.

Dan hanya menunggu masa untuk menyembah bumi di Lorong Ayer Puteh, Jalan Pegawai, Alor Setar.

Ketika itu, Rokhimah berkata, rumah yang didiami sejak 1973 itu semakin rosak dimakan anai-anai dan sebahagian besar bumbung rumah bocor.

” Saya selalu terjatuh akibat terpijak lantai rumah yang reput. Keadaan dalam rumah basah setiap kali hujan.

” Tapi apakan daya saya tidak mempunyai wang untuk bina rumah baharu.

Ini kerana hanya mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sebanyak RM350.

Dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) RM200 sebulan untuk kelangsungan hidup,” katanya.

Rokhimah berkata, wang itu hanya cukup untuk menampung kehidupannya membeli makanan.

Dan barangan keperluan serta membayar bil elektrik dan air.

Katanya, dia lebih senang tinggal di situ walaupun pernah diajak berpindah ke rumah salah seorang adiknya di Jitra.

” Saya pernah memohon rumah daripada LZNK pada Ogos tahun lalu dan sangat berharap rumah pusaka ini akan dapat diganti dengan rumah lebih selesa,” katanya.

Sumber:harakah dan hmetr0

Nabi Muhammad SAW juga telah membuat pengecualian, bahawa zakat masih boleh diberikan kepada orang-orang kaya.

Ini jika mereka memerlukan zakat, sesuai dengan kondisi diri mereka –

Yakni tidak sampai berlebih-lebihan dan mengabaikan hak fakir dan miskin.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Imam Ahmad dapat dijadikan sandaran dalam hal ini, iaitu Nabi Muhammad SAW menyatakan:

“Zakat tidak dihalalkan bagi orang kaya kecuali lima golongan ini, iaitu:

(1) amil; (2) orang yang memberi zakat dengan hartanya sendiri (mualaf);

(3) orang yang ikut berperang di jalan Allah SWT; (4) orang yang berhutang dan

(5) orang miskin yang menerima zakat daripada seorang kaya (dan) kemudian dia menghadiahkannya kembali kepada orang kaya itu.”

Para fuqaha misalnya Syafie dan Hambali menyatakan, dalil di atas membolehkan lima golongan kaya ini menerima zakat demi kemaslahatan diri mereka.

Ini kerana, masing-masing daripada lima golongan itu memerlukan zakat bukanlah atas kapasiti kemiskinan;

Melainkan memang perlu diberikan zakat atas tujuan tertentu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

Continue Reading

Semasa

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

Continue Reading

Semasa

Video: Siap BeIikan Sarapan, Cikgu Menangis Seorang Pelajar je yg Hadir Kelas Tambahan

Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah.

Pelbagai cabaran harus ditempuh dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid.

Menerusi satu perkongsian seorang remaja di kenali sebagai Ammar, dia telah menyampaikan rasa sedih ibunya.

Dia juga seorang guru apabila niat murni membuat kelas tambahan untuk para pelajarnya tidak dihargai.

Lebih memilukan, guru tersebut siap menyediakan sarapan pagi buat murid-murid namun hanya seorang sahaja yang hadir.

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

Menerusi tangkapan skrin yang dimuat naik oleh Ammar, ibunya menulis di status whatsApp.

Dia memaklumkan sepatutnya kehadiran pelajar adalah seramai 14 orang, tetapi hanya seorang sahaja yang menyertai kelas yang diadakan itu.

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

Melihat daripada posting yang dibuat pengguna Twitter berkenaan.

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan kurang senang dengan sikap sesetengah pelajar yang mengambil mudah usaha yang dilakukan oleh guru mereka.

Mereka juga memberi kata-kata semangat buat guru tersebut dan mendoakan agar pelajar yang hadir menyertai kelas berkenaan mendapat kejayaan dalam peperiksaan yang bakal diduduki.

Sumber: Ammar

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.