Connect with us

Terdahulu, KPM Telah Mengeluarkan Kenyataan Tentang Tarikh Pembukaan Sekolah

Murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.

Ini bagi yang belajar di negeri-negeri yang akan dikuatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) kedua akan meneruskan pembelajaran secara dalam talian di rumah.

Bagaimanapun, pelajar yang akan mengambil peperiksaan termasuk SPM, SVM, SKM, STPM, STAM dan DVM dan peperiksaan setaraf yang lain.

Mereka akan dibenarkan untuk meneruskan pembelajaran bersemuka.

Murid sekolah berasrama penuh dan asrama sekolah harian yang akan menduduki peperiksaan tersebut dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari 2021.

Berikut adalah kenyatan media KPM

Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengatakan tadika swasta yang berdaftar dibenarkan terus beroperasi secara bersemuka.

“Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan murid merentas negeri atau daerah untuk pulang ke asrama,” katanya.

KPM berkata, calon berdaftar bagi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ke Tingkatan Satu akan mengikuti pentaksiran antara 20 dan 29 Januari 2021.

Sementara itu, bagi kemasukan ke Tingkatan Empat pula, pentaksiran akan diadakan di antara 15 dan 25 Februari 2021.

“Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh KPM bagi membolehkan calon merentas negeri atau daerah.

Ini untuk hadir ke pusat pentaksiran yang ditetapkan,” katanya.

Bagi tujuan pengoperasian sekolah, KPM menjelaskan, semua guru dikehendaki kembali ke stesen tempat bertugas sebelum 20 Januari ini.

“Guru yang terlibat dengan peperiksaan SPM, SVM, SKM, STPM, STAM, DVM tahun 2020 dan 2021 di kawasan PKP.

Mereka perlu hadir ke sekolah untuk melaksanakan PdP secara bersemuka.

“Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan guru merentas negeri atau daerah untuk hadir ke sekolah,” katanya.

Bagi pelajar kolej matrikulasi di kawasan PKP yang telah berada di kolej perlu kekal di situ untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid.

“Bagi pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) di kawasan PKP, pengajaran dan pembelajaran bagi semua program pengajian akan dilaksana secara dalam talian mulai 17 Januari 2021.

“Di samping itu, semua tadika swasta yang berdaftar dengan KPM boleh terus beroperasi secara bersemuka,” katanya.

Menyentuh mengenai negeri dan kawasan yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

KPM berkata, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.

Ia termasuk sekolah antarabangsa adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing.

“KPM menyarankan agar semua ketetapan ini turut diikuti oleh sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM termasuk sekolah di bawah kerajaan negeri.

“KPM akan sentiasa mengambil langkah-langkah perlu selaras dengan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu, Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi dalam Norma Baharu serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pemantauan pengoperasian institusi pendidikan akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan aspek kesihatan dan keselamatan semua warga institusi pendidikan sentiasa diutamakan,” katanya.

Agong Perkenan lsytihar Darurat Pula Shg 1 Ogos 2021

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan.

Ia supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara.

Ini sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal.

Ini sekiranya angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Perkenan tersebut diberikan selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet.

Dan telah mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin perkenan darurat itu mengambil kira keselamatan diri rakyat dan kepentingan negara.

“Ianya juga berdasarkan statistik semasa COVID-19, khususnya kekangan kemudahan-kemudahan logistik mengikut negeri-negeri yang telah dipersembahkan semasa sesi taklimat tersebut.

“Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

“Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal,” katanya.

Menurut statistik, lima belas hospital COVID-19 mencatatkan kadar penggunaan katil

COVID-19 (bukan ICU) melebihi 70 peratus. Di Lembah Klang, penggunaan katil ICU untuk pesakit COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya telah mencapai 100 peratus, manakala di Hospital Sungai Buloh 83 peratus.

Kadar penggunaan katil ICU untuk pesakit COVID-19 di Perak, Selangor, Melaka, Terengganu dan Sarawak pula telah melebihi 70 peratus.

Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat jelata untuk bersama berdisiplin mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan semua perintah yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.

Ini semasa pelaksanaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Sekiranya tidak dibendung dan dikawal dengan berkesan, maka ianya akan memudaratkan kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara,” kata kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat supaya bertenang, tabah dan cekal menghadapi pelaksanaan darurat ini.

Dan patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan dan kepentingan bersama.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP di enam buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

PKPB pula akan melibatkan enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah Terangganu dan Kelantan, sementara PKPP akan dilaksanakan di Perlis dan Sarawak.

Pelaksanaan PKP itu dilakukan untuk tempoh 14 hari berkuat kuasa Rabu ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

Continue Reading

Semasa

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

Continue Reading

Semasa

Video: Siap BeIikan Sarapan, Cikgu Menangis Seorang Pelajar je yg Hadir Kelas Tambahan

Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah.

Pelbagai cabaran harus ditempuh dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid.

Menerusi satu perkongsian seorang remaja di kenali sebagai Ammar, dia telah menyampaikan rasa sedih ibunya.

Dia juga seorang guru apabila niat murni membuat kelas tambahan untuk para pelajarnya tidak dihargai.

Lebih memilukan, guru tersebut siap menyediakan sarapan pagi buat murid-murid namun hanya seorang sahaja yang hadir.

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

Menerusi tangkapan skrin yang dimuat naik oleh Ammar, ibunya menulis di status whatsApp.

Dia memaklumkan sepatutnya kehadiran pelajar adalah seramai 14 orang, tetapi hanya seorang sahaja yang menyertai kelas yang diadakan itu.

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

Melihat daripada posting yang dibuat pengguna Twitter berkenaan.

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan kurang senang dengan sikap sesetengah pelajar yang mengambil mudah usaha yang dilakukan oleh guru mereka.

Mereka juga memberi kata-kata semangat buat guru tersebut dan mendoakan agar pelajar yang hadir menyertai kelas berkenaan mendapat kejayaan dalam peperiksaan yang bakal diduduki.

Sumber: Ammar

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.