Connect with us

Kebimbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1.

Ia bukan hanya kerana kemerosotan dana organisasi pengurusan tabung persaraan itu.

Tetapi juga atas pertimbangan kepada masa depan pencarum.

Ini kerana, mandat dan sasaran utama KWSP adalah menyediakan dana persaraan yang mencukupi buat setiap pencarum selepas persaraan.

Pakar kewangan, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, berkata kebimbangan KWSP adalah mengenai literasi pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat.

Ini kerana, katanya, hasil kajian mendapati hanya 35 peratus rakyat Malaysia termasuk pencarum KWSP mempunyai literasi pengurusan kewangan yang baik iaitu kadar masih rendah.

Kerajaan wajar utamakan KWSP terbabit projek pembangunan dan pelaburan.

“Di Singapura kadar literasi pengurusan kewangan ini tinggi hingga 75 peratus yang mana tidak timbul kebimbangan mengenai pengurusan kewangan rakyat.

“Dalam hal ini, saya berpandangan kebimbangan bukan kepada dana yang ada dalam KWSP itu saja yang kini bernilai RM900 bilion.

“Tetapi mungkin perlu diambil kira adalah kecukupan wang persaraan pencarum kelak.

Kecukupan wang caruman dalam bentuk tunai juga perlu pertimbangan.

Ini kerana ada yang digunakan dalam pelaburan ekuiti, dalam aset dan hartanah.

“Pelaburan sebegini memerlukan masa untuk dicairkan.

Begitu juga sistem serta polisi sedia ada, sama ada ia boleh dipinda dengan cepat.

Dan pantas tanpa mengakibatkan masalah lain,” katanya.

Beliau mengulas cadangan pelbagai pihak supaya kerajaan membenarkan rakyat yang kini terkesan akibat penularan COVID-19.

Mereka mengeluarkan antara RM5,000 hingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP mereka.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran itu.

Walaupun menyedari cadangan itu dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan wabak berkenaan.

Zaharuddin yang juga Profesor Adjung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Selangor (UNISEL) berkata, beliau setuju pada masa ini ada keperluan mendesak dalam kalangan pencarum.

Ini nagi yang perlukan wang untuk berhadapan kehidupan yang mencabar pada masa pandemik.

Namun katanya, jika hendak dibenarkan, lebih baik diberi secara bersasar.

Ini kerana tidak semua yang sangat memerlukan wang berkenaan bagi meneruskan kehidupan kerana ada yang masih boleh bertahan.

“Dibimbangi ada yang melaburkan wang terbabit ke dalam skim cepat kaya atau lain-lain yang tidak benar-benar mendesak.

Turut dibimbangi jika kebenaran pengeluaran secara terbuka diberikan walaupun pada kadar rendah.

Mungkin antara satu hingga 10 peratus sekali pun, ada kebarangkalian ada pihak menyalahgunakannya.

“Jika dibenarkan (secara terbuka) perlu ada pengendalian dan syarat yang sesuai dan tidak dibuka kepada semua.

Jika dibuka kepada semua tanpa dihadkan jumlah pengeluaran dibimbangi berlaku pengeluaran besar-besar yang akan mengganggu dana KWSP.

“Pada saya lebih baik tumpu pada skim pengeluaran sedia ada daripada kita mengambil daripada Akaun 1.

Skim sedia ada diperluaskan saja dan pengeluaran dihalakan terus kepada jenis-jenis tambahan penerima yang diiktiraf seperti bayaran hospital, makanan asasi dan pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Prof Madya Dr Yusof Saari, berkata jika pengeluaran Akaun 1 dibenarkan akan memberi sedikit kelegaan kepada pekerja.

Terutamanya bagi mereka yang masih belum mendapat pekerjaan atau pekerja dibayar gaji harian dan upah yang lebih rendah.

Namun, katanya ada risiko kepada pekerja dan negara termasuk menjejaskan simpanan pekerja untuk umur persaraan dan negara akan kehilangan dana pelaburan ekonomi.

“Dana pelaburan domestik akan terjejas yang seterusnya akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang.

“Selain itu, dana KWSP juga digunakan oleh pihak kerajaan sebagai salah satu sumber pinjaman dalam negara,” katanya.

Boleh Jadi Papa Kedana

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan sebanyak 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun.

Mereka mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun satu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, ini bermakna mereka akan menjalani kehidupan persaraan.

Ini berikutan pendapatan kurang daripada RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.

“Umum mengetahui purata jangka hayat rakyat Malaysia kini menjangkau usia 75 tahun.

Namun KWSP terus mengekalkan pengeluaran bagi akaun satu pada usia 55 tahun.

Jadi ada tempoh selama 20 tahun lagi selepas persaraan.

“Selain itu, sebanyak 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli berumur 54 tahun pada 2020.

Mereka mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan.

Iti dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun,”

Katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KWSP di sini semalam.

Menurutnya, daripada data KWSP itu, jumlah berkenaan sangat jauh daripada paras kemiskinan negara.

Iaitu RM2,208 untuk isi rumah dan RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas.

Ia seperti dinyatakan dalam kaji selidik oleh Social Wellbeing Research Centre.

“Katanya, pada masa ini pihaknya sedang memperhalusi dan memperincikan kemudahan.

Ini bagi tujuan pengeluaran daripada akaun satu seperti diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021 lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar.

Iaitu sebanyak RM500 setiap bulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban seramai kira-kira 600,000 ahli yang dibuang kerja.

Tunku Alizakri meminta pencarum menjadikan pengeluaran caruman KWSP akaun satu sebagai langkah terakhir.

Ini sekiranya terdapat kaedah lain bagi membantu kekangan kewangan yang dihadapi ketika ini.

“Pertama buat anggaran perbelanjaan ketika ini dengan tidak meletakkan keperluan semasa terlebih dahulu berbanding kehendak.

Lihat juga kepada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

Dan sekiranya ia tidak mencukupi barulah melihat kepada simpanan hari persaraan sebagai pilihan terakhir.

“Selain itu ahli juga boleh mendapatkan nasihat kewangan daripada Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” ujarnya.

Katanya, KWSP memikul beban yang berat untuk melihat situasi semasa.

Dan memainkan peranan bagi memastikan semua ahli mempunyai wang pada masa depan iaitu selepas hari persaraan.

Sumber Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

“AlhamduIiIIah, Aku dah CERAl” Mengejutkan Punca Sebenar Anjou Berpisah Dgn Suami

Terdahulu, menerusi satu perkongsian di Instagram pelakon kontroversi Zarina Anjoulie mengakui hamil beberapa bulan.

Namun mengalami keguguran baru-baru ini.

Tetap tenang menerima ujian tersebut, menerusi entri itu Zarina turut berkongsikan mengenai bahaya dan kesan sampingan melakukan suntikan ‘filler’.

Kemudin memberitahu mengenai berita kegugurannya secara tidak sengaja.

“Beberapa bulan lepas Anju mengandung tapi gugur.

Bukan nak cerita kesian kat video ini cuma nak beritahu.

Tak ada rezeki kan tapi Anju cuba nak pregnant lagi,” katanya.

Berkongsikan pengalaman yang dilalui selepas menyuntik ‘filler’ di bahagian payvdaranya.

Zarina turut meminta mereka di luar sana tidak salah anggap kerana ia hanya untuk memberi kesedaran.

“Anju share apa yang anju lalui sekarang ni ye…Please don’t judge dan diharap anda semua terbuka dengan perkongian ini.

Tujuan Anju share bukan nntuk nak jatuhkan orang, tetapi untuk create awareness.

Anju sendiri tengah lalui benda ni, so Anju nak share with you guys,” katanya.

Zarina berkata ketika hamil beberapa bulan lalu, payudaranya membengkak dan sakit.

Perkara itu membuatkan dia terfikir akan kesan sampingan ‘filler’ jika hamil lagi.

Dan akan berjumpa dengan doktor pakar untuk mengeluarkan filler tersebut.

“Saya akan pergi bertemu Doktor Chiam untuk rawatan mengeluarkan ‘filler’ di bahagian dada.

Ini adalah plan sebelum saya hamil lagi nanti. Video ini dikongsi sebab sekurang-kurangnya korang tahu apa nak buat selepas ini.

“It was my choice untuk letak barang terlarang dalam badan aku.

Jangan salah anggap dengan video ini atau jangan salahkan tempat aku pergi buat ‘filler’ dulu ya,” katanya.

“AlhamduIiIIah, Aku dah CERAl”

Terbaru, kami menerima berita mengejutkan, baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu, perkongsian terbaru pelakon Zarina Anjoulie.

Berita ini mengejutkan ramai apabila memaklumkan dia sudah pun bercerai.

Menerusi satu perkongsian di Instagram itu, Zarina memberitahu hari ini merupakan hari paling bahagia dalam hidupnya.

Ini apabila mendakwa dia dan suaminya, Eilyas Azhar sudah berpisah.

Hasil tinjauan mendapati, gambar terakhir Zarina bersama suami dikongsikan sekitar Disember tahun lalu.

Ini ketika makan tengahari bersama rakan-rakannya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada penjelasan lanjut mengenai perkara itu oleh Zarina sendiri.

Malah, ruangan komen perkongsian itu juga ditutup.

Terdahulu, Zarina dan suaminya telah bernikah di Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan pada Julai 2020 selepas empat tahun bergelar ibu tunggal .

Punca Sebenar Didedahkan Netizen?

Continue Reading

Semasa

Sweet Qismina ‘Sound’ Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku Teks

Persekolahan sesi 2021 masih tidak dapat dijalankan secara biasa kerana majoriti murid perlu mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Ini kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dikenakan atas peningkatan jumlah kes C0V1D-l9 di Malaysia.

Oleh itu, untuk proses pengambilan dan penghantaran buku teks juga dijalankan dengan cara berbeza.

Mengulas perkara ini, pelakon Sweet Qismina telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya pada 26 Januari 2021.

Sweet Qismina ‘Sound’ Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku Teks

Perkongsian Sweet yang diambil daripada akaun Twitter beliau itu menegur proses pengambilan dan penghantaran buku teks yang dianggapnya kurang sesuai.

Ia setelah beliau mengalaminya sendiri bagi urusan itu untuk adik perempuannya.

Sweet Qismina ‘Sound’ Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku TeksSweet Qismina ‘Sound’ Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku TeksSweet Qismina ‘Sound’ Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku TeksSweet Qismina ‘Sound’ Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku TeksSweet Qismina ‘Sound’ Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku Teks

Melalui perkongsian itu, Sweet menyentuh tentang usia ibu bapa atau penjaga yang menggalas tugas untuk proses tersebut.

Ada di antara mereka yang sudah berusia dan cuaca yang panas pula menambahkan keletihan.

Selain itu, buku teks yang berat dikira menjadi beban buat mereka.

Isu tiada bantuan untuk pergerakan juga membuatkan mereka sukar untuk ke tempat yang sepatutnya dengan saiz sekolah yang agak besar.

Sweet juga mengakhiri perkongsian itu dengan memberi cadangan untuk penambahbaikan.

Buat ibu bapa atau penjaga yang mengalaminya pasti lebih tahu bagaimana proses berkenaan dijalankan di sekolah.

Sumber : Sweet Qismina / hotfm

Continue Reading

Semasa

Jemaah Surau Buat Jamuan Didnda 1K, Rupanya ‘Dia’ ni Salah Seorang yg Disaman

Mengikut surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Negeri Sembilan (JHEAINS) bertarikh 20 Januari.

Jamuan selepas aktiviti pengajian ilmu adalah tidak dibenarkan.

Ini memandangkan hampir semua negeri sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun begitu, masih ada juga pihak surau dan segelintir individu yang melanggar arahan yang telah dikeluarkan itu.

Di Facebook, viral beberapa foto di mana sekumpulan individu dipercayai sedang menikmati jamuan selepas selesai solat Maghrib.

Jemaah Surau Buat Jamuan Didnda 1K, Rupanya 'Dia' ni Salah Seorang yg Disaman

Moga kita sama-sama mengambil iktibar. Saman akibat tidak mematuhi SOP di Surau Matahari Height Seremban, Maghrib malam semalam (25.01.2021).

Mana-mana orang yang mengingkari, melanggar, membantah atau mencela kewibawaan dan titah perintah.

Ia daripada Yang di-Pertuan Besar sebagai Ketua Agama Islam, arahan Majlis atau fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa.

Ini adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman dnda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Atau pnjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Harap kita sama-sama bertanggungjawab menjaga SOP ya.

Menerusi Facebook Masjid Kariah Taman Bandar Senawang, beberapa orang jemaah Surau Matahari Height di Seremban.

Mereka telah dikenakan denda selepas dipercayai melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Mereka kelihatan melepak sambil menikmati air dan roti secara beramai-ramai.

Oleh sebab itu, kesemua mereka didnda sebanyak RM1000.

Jemaah Surau Buat Jamuan Didnda 1K, Rupanya 'Dia' ni Salah Seorang yg Disaman

Jemaah Surau Buat Jamuan Didnda 1K, Rupanya 'Dia' ni Salah Seorang yg Disaman

Jemaah Surau Buat Jamuan Didnda 1K, Rupanya 'Dia' ni Salah Seorang yg Disaman

Di ruangan komen, rata-rata netizen berharap semua individu mematuhi SOP tidak kira di mana jua mereka berada.

Antara yg dikenakan tindakkan saman itu termasuklah Pakcik ni.

Mereka juga berharap golongan pak cik- pak cik ini mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran.

Sumber: Masjid Kariah Taman Bandar Senawang

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.