Connect with us

APA kepada penyanyi, Datuk M Nasir iaitu Mohamed Sam meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi, Khamis.

Allahyarham Mohamed menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun.

Ia berpunca akibat sakit tua di kediamannya di Singapura.

Menerusi laporan Astro Awani, isteri M Nasir iaitu Datin Marlia Musa berkata mereka masih bersedih dengan berita tersebut.

Namun reda menerima ketentuan ilahi.

Ekoran pandemik Covid-19, mereka sekeluarga tidak dapat pulang memberikan penghormatan terakhir.

“Kami sudah berusaha membuat permohonan untuk pulang ke Singapura, namun, pihak berkuasa tidak mengizinkan kerana Covid-19.

Salam Takziah Buat Keluarga Datuk M Nasir, Semoga Dipermudahkan Segala Urusan

Perkongsian Marlia mengenai pemergian bapa mentua di Instagram.

“Abang (M Nasir) juga reda dan akur bahawa keadaan semasa benar-benar tidak mengizinkan.

“Sepanjang setahun ini, kami hanya berbual, bertanya khabar menerusi panggilan telefon dan video untuk melepaskan rindu, ” katanya.

Salam Takziah Buat Keluarga Datuk M Nasir, Semoga Dipermudahkan Segala Urusan

Jenazah Allahyarham bapa mertuanya sedang diuruskan untuk pengebumian oleh adik-beradik M Nasir seramai lapan orang yang menetap di Singapura.

Salam Takziah Buat Keluarga Datuk M Nasir, Semoga Dipermudahkan Segala Urusan

Sementara itu, Marlia berkata kali terakhir mereka bertemu dengan Allahyarham ialah kira-kira setahun lalu sebelum penularan wabak Covid-19.

Sebelum itu, menerusi Instagram, Marlia berkongsi mengenai berita sedih pemergian bapa mentuanya itu.

“Ayahanda kesayangan kami Haji Mohamed Bin Sam telah pulang ke Rahmahtullah pada pagi ni…

Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya, ” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita

jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita

Continue Reading

Semasa

jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita

jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita

Continue Reading

Semasa

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.