Connect with us

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat Pengumuman Pakej Bantuan Khas sebentar tadi.

Muhyiddin mengumumkan pakej bantuan itu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat yang dilaksanakan di negara ini.

Sebelum ini, Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula 13 Januari sehingga 26 Januari.

Dalam ucapannya itu, kerajaan mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.

Muhyiddin berkata, pakej berkenaan bertujuan menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan.

Dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

“Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan tiga matlamat utama.

Matlamat itu ialah memerangi wabak COVlD-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan,”

Katanya ketika pengumuman pakej bantuan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen hari ini.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan menyediakan dana tambahan RM1 bilion merangkumi RM800 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dan selebihnya kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi lain.

Katanya, penyediaan peruntukan itu menumpukan kepada bekalan antaranya tambahan reagen.

Dan kit saringan serta kelengkapan perlindungan diri (PPE) terutama kepada petugas kesihatan

Muhyiddin berkata, sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI, berteraskan tiga matlamat utama.

Iaitu memerangi pandemik Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan perniagaan.

Antara inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri:

1) Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan.

RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini

2) Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta

3) Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini

4) Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini

5) JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak

6) Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021

7) Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan

8) Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April

9) Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan sehingga 31 Mac

10) Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor.

11) Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing

12) KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan.

Kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir

13) Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja

14) Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagang

15) Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600.

Ini bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500.

 

Sumber:hmetr0

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita

jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita

Continue Reading

Semasa

jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita

jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita

Continue Reading

Semasa

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.