Connect with us

Sebentar tadi, PM8 telah umum PKP 2.0 bersasar yang amat ketat selama dua minggu bermula 13 Januari.

Ini untuk 5 negeri dan 3 wilayah seperti dilapor media, maka tempoh PKP ini akan berakhir pada 25 Januari.

Tapi sesi sekolah tahun 2021 diumum bermula pada 20 Januari 2021.

Ini bermakna murid-murid sekolah hanya dibenarkan hadir ke sekolah pada 26 Januari.

Iaitu selepas PKP 2.0 fasa pertama berakhir pada hari sebelumnya.

Jika PKP 2.0 tidak dilanjutkan maka pelajar boleh menghadiri 11 hari sekolah berturut-turut sebelum cuti tahun baru bermula.

Sebaliknya, jika PKP 2.0 dijanjutkan dua minggu lagi sehingga 8 Februari.

Maka murid-murid hanya dibenarkan hadir ke sekolah pada 9 Februari dan 10 Februari sahaja sebelum sekolah direhat sekali lagi untuk cuti Tahun Baru Cina.

Jika demikian, adakah ianya wajar untuk sesi sekolah bagi negeri-negeri dalam zon merah yang bakal dilaksanakan PKP untuk terus bermula pada 20 Januari?

Ataupun ianya lebih praktikal sekolah dijadualkan semula untuk hanya bermula selepas cuti Tahun Baru Cina?

“Saya berpendapat mungkin tak yah tergesa2 bukak sekolah.

Teruskan pembelajaran online ka atau yang mana boleh buat sementara dan ulang pengajian.

Pelajar darjah 5 masuk balik darjah 5 tahun seterusnya sehingga Covid betul2 terkawal.

Kejap bukak kejap tutup sekolah mengganggu pembelajaran dan jadual ibu bapa dan yang di kawasan pedalaman bukan semua mampu online.

Tak semua pelajar dapat memahami dengan samarata masa pembelajaran online. Cadangan je lah.” Oleh Netizen.

Tangguhkan Semua Sekolah, Bukan Zon Merah Sahaja

Elok dimula seperti dirancang sebelum ini.

Walau tak banyak hari persekolahan dapat pihak sekolah dan guru menguruskan beberapa perkara yang memerlukan kehadiran murid.

Walaupun sehari atau dua, banyak urusan boleh diselesaikan.

Apa pun kementerian dengan sudut pandang yang lebih luas dan jelas sudah tentu memikirkan.

Dan mempertimbangan seterusnya membuat keputusan yang terbaik berdasarkan kebarangkalian dan kemungkinan yang akan berlaku.

Kalau mengikut situasi terkini, adalah wajar sesi persekolahan dimulakan selepas cuti Tahun Baru Cina.

Atau selepas 3 minggu dari PKP 2.0 DENGAN SYARAT kes penularan di komuniti berjaya diturunkan ke tahap yang selamat.

Memang sukar untuk memastikan budak2 sekolah rendah untuk mengikut SOP dengan ketat dan kalau tercetusnya kluster2 sekolah.

Ia akan mendatangkan akibat yang membimbangkan.

Kesan sampingan jangka panjang untuk pesakit Covid yang telah sembuh masih sedang dikaji.

Tetapi kebanyakan pakar2 perubatan pun berpendapat ianya sangat memudaratkan kesihatan.

Mantan PM Juga Memohon Kerajaan utk Segerakan 10 Perkara ini Semasa PKP

Hari ini Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah mengeluarkan satu cadangan kepada kerajaan semasa PKP 2.0.

1. Laksanakan PKP (seperti PKP pertama bulan Mac 2020) sahaja.

Bukan darurat yang lebih memberi kesan yang lebih teruk bagi ekonomi dan persepsi antarabangsa.

2. Larangkan semua rentas negeri bagi tujuan bukan komersial.

3. Larangkan aktiviti sosial seperti kenduri dan sukan dihentikan di semua negeri zon kuning dan merah.

Ia termasuk negeri yang tidak dilaksanakan PKP bersasar.

4. Suruh bank memberi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik tanpa faedah dan caj penalti.

Macam mana nak bayar ansuran bank bulan ini jika ramai tak dibenarkan bekerja atau berniaga dalam tempoh PKP?

5. Berikan semula diskaun bil elektrik sehingga 50 peratus untuk tempoh PKP sebab penggunaan elektrik tentu akan naik jika semua terpaksa duduk dalam rumah.

6. Mansuhkan segala syarat i-Sinar sebab permohonan bagi kategori 2 baru bermula hari ini. Ramai yang belum sempat memohon.

7. Jadualkan semula permulaan sesi sekolah 2021 ke selepas cuti Tahun Baru Cina.

8. Segerakan bayaran baki Bantuan Prihatin Rakyat 2021.

9. Kerajaan dengan NGO perlu menyediakan bakul makanan bagi golongan yang paling terjejas.

10. Minta syarikat perkhidmatan perhantaran makanan seperti Grab dan Foodpanda untuk beri diskaun bagi caj perkhidmatan dan harga makanan.

Amat kecewa bahawa negara kita terpaksa melaksanakan PKP yang amat ketat sekali lagi.

Ini memandangkan kerajaan ada banyak peluang untuk menghalang situasi menjadi teruk sebegini

Tetapi kita melakukan kesilapan demi kesilapan seperti membenarkan kuarantin kendiri di rumah.

Memendekkan tempoh kuarantin, lambat menyekat rentas negeri, melonggarkan SOP.

Dan menarik balik larangan sekat negeri terlalu awal pada ketika jumlah kes Covid sudah tinggi untuk menggalakan rakyat melancong.

Sebab itu jika mahu buat PKP ketat esok, biarlah lebih tegas untuk tempoh 2 minggu akan datang.

Ia agar ianya tidak dilanjutkan lagi dan lagi seperti masa PKP pertama bulan Mac tahun lepas.

Mantan PM Mohon Kerajaan utk Segerakan 10 Perkara ini Semasa PKP, No 7 Memang Patut Dilakukan Segera

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

Continue Reading

Semasa

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

Continue Reading

Semasa

Video: Siap BeIikan Sarapan, Cikgu Menangis Seorang Pelajar je yg Hadir Kelas Tambahan

Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah.

Pelbagai cabaran harus ditempuh dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid.

Menerusi satu perkongsian seorang remaja di kenali sebagai Ammar, dia telah menyampaikan rasa sedih ibunya.

Dia juga seorang guru apabila niat murni membuat kelas tambahan untuk para pelajarnya tidak dihargai.

Lebih memilukan, guru tersebut siap menyediakan sarapan pagi buat murid-murid namun hanya seorang sahaja yang hadir.

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

Menerusi tangkapan skrin yang dimuat naik oleh Ammar, ibunya menulis di status whatsApp.

Dia memaklumkan sepatutnya kehadiran pelajar adalah seramai 14 orang, tetapi hanya seorang sahaja yang menyertai kelas yang diadakan itu.

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

Melihat daripada posting yang dibuat pengguna Twitter berkenaan.

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan kurang senang dengan sikap sesetengah pelajar yang mengambil mudah usaha yang dilakukan oleh guru mereka.

Mereka juga memberi kata-kata semangat buat guru tersebut dan mendoakan agar pelajar yang hadir menyertai kelas berkenaan mendapat kejayaan dalam peperiksaan yang bakal diduduki.

Sumber: Ammar

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.