Connect with us

Ingatkan poIis datang untuk t4ngkap saya, rupanya menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih,” kata Muhammad Urabil Alias, 38, ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Ia susulan gambar Muhammad Urabil berpakaian seperti lembaga putih dan berdiri di atas sebuah van yang tular di Facebook sehingga dikongsi netizen sebanyak 3,300 kali dengan 1,400 komen dan 983 tanda suka.

Menurut Urabil, dia berasa cemas apabila sekumpulan poIis lengkap berpakaian operasi dari Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Kemaman datang ke rumah.

” Mereka bertanya saya mengenai perbuatan saya memakai pakaian seperti lembaga putih untuk menakutkan remaja yang berkeliaran pada waktu malam.

” Saya diarahkan memakai semula pakaian dan topeng watak Gandalf itu kemudian keluar rumah untuk menemui mereka.

” Hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu, namun kebimbangan itu hilang sekelip mata apabila mereka menyatakan kedatangan poIis sekadar untuk mengucapkan terima kasih,” katanya ketika dihubungi di Chukai, hari ini.

PoIis suruh pakai pakaian tu, nak ambil gambar bersama

Dia berkata, poIis mengarahkannya memakai pakaian itu hanya untuk merakam gambar bersama.

” Saya berasa lega kerana tindakan saya itu dihargai dan lebih terharu kerana ia datang daripada kumpulan barisan hadapan.

” PoIis mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada saya di atas tindakan saya menggalakkan orang ramai tinggal di rumah sesuai dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Menurutnya, jumlah remaja dan golongan belia yang berkeliaran di Taman Anika Jaya, Kampung Tempurung semakin berkurangan sejak gambar itu menjadi tular.

Berita sebelum ini melaporkan seorang lelaki mengambil inisiatif bagi memastikan penduduk terutama remaja dan belia di taman perumahannya patuh kepada arahan PKP yang dikeluarkan.

Muhammad Urabil berpakaian seperti lembaga putih dan berdiri di atas sebuah van sambil dirakam isterinya, Norhayati Nayan, 39.

Terdahulu gambar itu kemudian dimuat naik ke Facebook miliknya dengan harapan ia menakutkan orang ramai untuk merayau di waktu lewat malam sejak beberapa hari lalu.

Dikatakan gambar Muhammad Urabil berpakaian seperti lembaga putih dan berdiri di atas sebuah van menjadi tular di Facebook sehingga dikongsi netizen sebanyak 3,300 kali dengan 1,400 komen dan 983 tanda suka.

Urabil berkata, dia langsung tidak menjangka gambar yang diambil isterinya, Norhayati Nayan, 39, itu menjadi tular dan mendapat perhatian warganet.

” Saya hanya ingin mengusik remaja yang degil di kawasan rumah di Taman Anika Jaya, Kampung Tempurung, supaya tidak lagi keluar merayau pada malam.

” Harapan saya supaya mereka patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan kerajaan.

” Nampaknya, pendekatan itu berjaya kerana ramai yang percaya pada gambar itu dan bimbang untuk merayau pada waktu malam,” katanya.

Kredit

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

Continue Reading

Semasa

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

Continue Reading

Semasa

Video: Siap BeIikan Sarapan, Cikgu Menangis Seorang Pelajar je yg Hadir Kelas Tambahan

Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah.

Pelbagai cabaran harus ditempuh dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid.

Menerusi satu perkongsian seorang remaja di kenali sebagai Ammar, dia telah menyampaikan rasa sedih ibunya.

Dia juga seorang guru apabila niat murni membuat kelas tambahan untuk para pelajarnya tidak dihargai.

Lebih memilukan, guru tersebut siap menyediakan sarapan pagi buat murid-murid namun hanya seorang sahaja yang hadir.

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

Menerusi tangkapan skrin yang dimuat naik oleh Ammar, ibunya menulis di status whatsApp.

Dia memaklumkan sepatutnya kehadiran pelajar adalah seramai 14 orang, tetapi hanya seorang sahaja yang menyertai kelas yang diadakan itu.

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

mereka juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir

Melihat daripada posting yang dibuat pengguna Twitter berkenaan.

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan kurang senang dengan sikap sesetengah pelajar yang mengambil mudah usaha yang dilakukan oleh guru mereka.

Mereka juga memberi kata-kata semangat buat guru tersebut dan mendoakan agar pelajar yang hadir menyertai kelas berkenaan mendapat kejayaan dalam peperiksaan yang bakal diduduki.

Sumber: Ammar

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.