Connect with us

ZON merah C0vid-19 kembali meningkat kepada 10 kawasan berbanding sembilan, setakat 12 tengah hari semalam.

Petaling di Selangor menyaksikan pertambahan sebanyak 13 kes dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 52 kes, sekali gus zon merah.

Pada Ahad, daerah itu diletakkan sebagai zon kuning dengan 39 kes namun, jumlah kesnya meningkat semula, semalam.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan sembilan daerah yang kekal zon merah ialah Hulu Langat, Gombak, Batu, ibu kota dan Kampung Baru, Sri Petaling, Kluang, Seremban, Kuching serta Kota Samarahan.

Selain itu, Infografik CPRC juga menunjukkan Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu diisytihar zon hijau apabila mencatatkan sifar kes aktif jangkitan C0vid-19.

Ini menjadikan lima negeri bebas kes C0vid-19 termasuk Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak.

Berlaku penambahan daerah zon hijau daripada 86 daerah kepada 111 daerah dan hingga semalam, Malaysia merekodkan 6,353 kes positif C0vid-19 serta 1,764 kes aktif.

Sebahagian kawasan di Selayang, Chow Kit dikenakan PKP ‘separa ketat’

Baru Hari ke 2 PKPB, Zon merah C0vid-19 telah meningkat kembali
Anggota tentera mengawal di sekitar Taman Wilayah di Selayang selepas kawat duri dipasang sekitar kawasan itu malam tadi.

DALAM pada itu, dua kawasan di Kuala Lumpur dikenakan perintah kawalan pergerakan “separa ketat” bagi memudahkan ujian saringan C0vid-19 dijalankan secara besar-besaran ke atas penduduk setempat.

Taman Wilayah dan Taman Desa Bakti di Selayang, serta sebahagian daripada Chow Kit di Jalan Raja Bot dikenakan perintah itu sejak 6 pagi tadi.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara berkata penduduk masih dibenarkan keluar masuk kawasan itu jika mereka mempunyai alasan sah.

“Perniagaan beroperasi seperti biasa,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, perintah itu bertujuan membolehkan pihak berkuasa menjalani ujian saringan ke atas semua penduduk dan pekerja asing.

Katanya, pihak berkuasa berbincang dengan penduduk di Selayang sebelum melaksanakan perintah itu.

“Hanya di Chow Kit, ia dirancang tanpa pengetahuan penduduk.”

Santhara berkata, hanya kawasan kecil di sekitar pasar Chow Kit akan terjejas.

“Warga asing tanpa dokumen tidak akan dibenarkan keluar untuk memudahkan proses saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan.”

Beliau berkata, disebabkan ramai yang bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur tinggal di Taman Wilayah dan Taman Desa Bakti, mereka mungkin menjadi kontak rapat kepada kes positif daripada Parcel D.

Oleh itu, katanya, KKM meminta kawasan itu disaring.

Beliau berkata, kawasan di Chow Kit pula akan menjalani pemeriksaan seperti yang dilakukan di Kampung Baru 2 minggu lalu.

“Itu berakhir 3 hari lalu.”

Baru Hari ke 2 PKPB, Zon merah C0vid-19 telah meningkat kembali

Baru Hari ke 2 PKPB, Zon merah C0vid-19 telah meningkat kembali

Katanya, tiada makanan akan diberikan kepada penduduk di kawasan PKP separa ketat kerana mereka masih boleh keluar masuk.

“Kedai juga dibuka di bawah peraturan PKP.”

Beliau berkata, kawasan itu di bawah pemantauan polis untuk memudahkan ujian saringan dijalankan kerana hanya 10% penduduk disaring setakat ini.

“Ini untuk memastikan tiada lagi kes positif di kawasan itu.”

Pihak berkuasa akan melakukan sekatan jalan di kawasan yang dikenakan PKP separa ketat untuk memeriksa individu yang keluar masuk kawasan itu.

Sumber: Harian MetroFMT

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semasa

mengesahkan yang pihaknya telah pun mengenal pasti posme

mengesahkan yang pihaknya telah pun mengenal pasti posme

Continue Reading

Semasa

Gigih Tulis Al-Quran Guna Tangan Utk Jadikan Mahar Khwin, Tapi ini yg Berlaku

Mas kahwin ataupun disebut sebagai mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya atas sebab pernikahan.

Ia boleh dibayar dalam pelbagai bentuk seperti wang, rumah mahupun barang kemas.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan kisah seorang pemud ini di mana dia membuat persediaan untuk bakal isteri dalam cara yang cukup istimewa.

Tulis tangan ayat al-Quran
Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok.

Pemuda yang dikenali sebagai Awwalludin Fajri itu memuat naik video memaparkan dirinya sedang menulis ayat al-Quran satu persatu secara terperinci.

Namun, apa yang mencuri perhatian warganet adalah hasilnya yang nampak cukup cantik.

Dan kemas persis cetakan komputer biarpun dia hanya menggunakan pen bebola biasa.

Subhanallah!

Mungkin Ini yg Bakal Berlaku

Tulisan cantik dan kemas

Hadiah tidak ternilai buat bakal isteri
Dalam video berlainan pula, pemuda berkenaan mendedahkan bahawa al-Quran hasil tulisan tangan itu akan dihadiahkan kepada bakal jodohnya kelak.

Meskipun dia masih belum bertemu jodoh, Awwaludin sudah gigih menyiapkan al-Quran istimewa tersebut.

Ia sebagai tanda cinta dan kasih terhadap suri hatinya nanti.

Bak kata pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.

Teruskan bakat anda

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh Awwaludin.

Malah, yang memuji bakat menulis dikurniakan kepadanya dan mendoakan dirinya agar disatukan dengan jodoh yang terbaik kelak.

Kegigihan pemuda itu wajar dipuji kerana dia berusaha sedaya upaya memelihara kitab suci Allah.

Ini dengan menulis setiap ayatNya satu per satu dengan tulisan yang cantik.

Semoga dia dipertemukan dengan jodoh terbaik dan dengan berkat usahanya itu membuahkan pahala di akhirat nanti. Amin.

Sumber: @awwaludin.fajri

Continue Reading

Semasa

Video: Mengaku Pernah Minta CERAl Disebabkan Perkara ini, Wawa Zainal Hargai Kesabaran Aeril Zafrel

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal merupakan antara pasangan yang sangat romantis.

Mereka juga tidak segan berkongsi aktiviti seharian mereka bersama keluarga di media sosial buat tatapan peminat.

Menerusi perkongsian doktor perubatan dan pakar motivasi terkenal iaitu Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad di Instagram, beliau ada memuat naik satu ‘posting’ perbualan.

Ianya bersama pasangan romantis itu membahaskan isu perkahwinan.

Menerusi video berdurasi lebih kurang tiga minit berkenaan.

Pasangan selebriti tersebut berkongsi mengenai perjalanan rumah tangga mereka yang dipenuhi dengan suka duka.

Pada awal perkahwinan, pasangan ini memaklumkan pernah dihentam kontroversi cukup hebat.

Ia melibatkan pernikahan mereka yang sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan serta sumber pendapatan.

Macam korang boleh tengok, lepas kena lastlk

Dalam pada itu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengakui dia pernah meminta cer4i daripada Aeril.

Ini kerana ketika itu usianya masih muda dan masih belum matang.

Bagaimanapun, berkat kesabaran yang dimiliki oleh Aeril, perkahwinan mereka kekal sehingga kini.

“Pada waktu itu Wawa masih muda, kita sejenis belum matang maksudnya sikit-sikit gaduh.

Sikit-sikit benda yang kecil diperbesarkan. Sikit-sikit tanpa berfikir panjang, ‘eh kau ceraikan aku’.

“Saya belajar daripada sikap Aeril untuk menjadi seorang penyabar.

Masa tu Aeril sangat sabar melayan Wawa.” Ujarnya

Macam korang boleh tengok, lepas kena lastlk

Selain itu, pelakon jelita itu turut menjelaskan bahawa dia banyak belajar melalui sikap Aeril yang penyabar.

Dan menegaskan pentingnya sikap bertolak ansur dengan pasangan masing-masing.

“Alhamdulillah, Wawa pun tak sangka kami bertahan sehingga sekarang, sembilan tahun perkahwinan yang mana Wawa banyak terinspirasi daripada Aeril.

Banyakkan bersabar dan bertolak ansur dengan pasangan masing-masing,” luah Wawa.

Macam korang boleh tengok, lepas kena lastlk

Sekadar makluman, Wawa dan Aeril Zafrel berkahwin pada tahun 2013 secara rahsia sehingga mengejutkan banyak pihak.

Walau bagaimanapun, setelah berkahwin hampir lapan tahun, mereka kini dilihat hidup bahagia bersama tiga orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Prof Muhaya

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.