
Azmin Angkuh, Anggap Pandangan Dia Saja Terbaik – Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Menteri Kanan (Kluster Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai seorang yang angkuh.
Beliau berkata demikian berhubung kenyataan balas Azmin Ali yang meminta syarikat industri menyaman kerajaan negeri yang enggan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Menteri apa ni? Mewakili korporat ke? Kerajaan negeri tak ikut PKPB sebab mereka tertakluk kepada kuasa Majlis Perbandaran dan sebagainya.
Kenapa tak ajak runding? Jangan terus ugut suruh syarikat saman lapan kerajaan negeri ini.
“Ini lambang angkuh, sombong dan hanya anggap pandangan dia saja terbaik,” katanya menerusi sesi Facebook Live Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Menurut laporan, Azmin semalam berkata, mana-mana kerajaan negeri yang enggan membuka semula ekonomi mungkin boleh disaman pihak industri sekiranya menghalang mana-mana syarikat beroperasi mulai 4 Mei.
“Sepatutnya, panggillah (kerajaan negeri). Mungkin mereka melihat bukan saja dari masalah penularan wabak Covid-19, tetapi aspek nyawa manusia.
“Ini mengingatkan saya tentang cara Presiden (Donald) Trump. Mungkin (Azmin) belajar daripada Trump ni. Kerana Trump ni, dia ugut sesiapa tidak ikut dia, akan disaman,” selorohnya. –
Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali berkata kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri terdedah dengan tindakan undang-undang daripada pihak industri sekiranya enggan membuka semula ekonomi bukanlah ugutan.
Sebaliknya, kata Azmin, ia adalah peringatan bahawa kerjasama kerajaan negeri diperlukan untuk memulihkan negara.
“Ini bukan satu ugutan, tapi sebagai suatu peringatan bahawa kerjasama kerajaan persekutuan dan negeri amat penting untuk mengimbangi kesihatan rakyat dan memulihkan negara.
“Tak ada sesiapa dapat menafikan dua-dua ini amat penting untuk kita berikan pertimbangan yang bertanggungjawab,” katanya.
Azmin, yang merupakan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), berkata demikian dalam rancangan bual bicara Astro Awani malam ini mengenai topik menghidupkan semula ekonomi.
Sesi Facebook Live bersama Anwar Ibrahim
Saya memberikan komentar tentang isu-isu semasa negara, dan berbicara tentang penjajah dan perkauman. Juga tentang permasalahan rakyat iaitu masalah hutang dan pajak gadai. Saya turut menjawab dan mengupas beberapa soalan pilihan dari teman-teman semua. Terima kasih kepada yang mengikuti.
Posted by Anwar Ibrahim on Monday, May 4, 2020
Azmin: Bukan ugvtan, tapi peringatan kerjasama pusat dan negeri penting
Semalam, Azmin memberi peringatan bahawa kerajaan negeri terdedah kepada tindakan undang-undang daripada pihak industro sekiranya tidak membuka ekonomi seperti ditetapkan kerajaan persekutuan di bawah perintah kawalan pergerakan bersayarat (PKPB) bermula 4 Mei.
Dilaporkan sebelum ini, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak enggan mematuhi PKPB, dengan kebanyakannya membuat keputusan untuk terus mengekalkan PKP4 yang akan berakhir 12 Mei.
Bagaimanapun, Kedah dan Kelantan bersetuju hari ini untuk melaksanakan PKPB dengan serta merta seiring dengan keputusan yang dibuat di peringkat kerajaan persekutuan.
Selangor telah mengubah suai PKPB, dengan beberapa ketetapan tertentu tambahan yang berbeza dengan ditetapkan kerajaan pusat, termasuklah tidak membenarkan pelanggan makan di restoran.
Menteri Besarnya Amirudin Shari hari ini mempertahankan keputusan itu dan menyatakan bahawa Selangor mempunyai kuasa untuk melakukannya.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mendakwa bahawa Putrajaya tidak menyediakan 13 kerajaan negeri masa yang cukup untuk membuat persiapan.
Sementara Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal hari ini bertegas bahawa negeri itu akan terus melaksanakan PKP sehingga 12 Mei. Begitu juga dengan Sarawak.
Azmin dalam bual bicara malam ini menekankan perlunya hubungan berterusan antara Putrajaya dan kerajaan negeri.
“Engagement (keterlibatan) suatu proses yang berterusan, bukan dalam konteks ini dan selesai di situ. Perdana menteri telah mengambil satu pendirian yang cukup positif dan berlapang dada dalam banyak mesyuarat Majlis Keselamatan Negara sebelum 28 April yang lalu, yang melibatkan menteri-menteri besar,” katanya.
Ketua menteri Pulau Pinang hari ini membidas Azmin sebagai pemalas kerana menurutnya menteri itu gagal berunding dengan negeri.
“Saya ingin bertanya kepada menteri kanan berkenaan, apa yang beliau harapkan apabila – sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab – begitu malas untuk melibatkan semua kerajaan negeri bagi mencapai kata sepakat mengenai pelaksanaan PKPB ini,” kata Chow.
Semasa
Dulu TuIar Dpt Emas RM76K, Kali Ni SUAMl Bagi Lagi Hadiah yg Lebih Mengejutkan Sempena Anniversary

Pada tahun 2019, Ellena Sazlin telah tular kerana mendapat hadiah berupa barang kemas daripada suami yang bernilai lebih RM76 ribu.
Hadiah tersebut diberi sebagai tanda penghargaan daripada suaminya.
Dan kali ini dia sekali lagi telah mendapat supr1se bernilai ribuan ringgit.
Menerusi perkongsian di TikTok, Ellena Sazlin memuat naik klip video.
Ia di mana suaminya yang memakai maskot telah membuat suprise sempena anniversary perkahwinan mereka.
Wanita itu memberitahu bahawa suprise yang berupa jambangan bunga dan emas tersebut bernilai RM60 ribu.
Dalam pada itu, Ellena Sazlin memberitahu bahawa sudah lama menginginkan gelang emas donut tersebut.
Tetapi suami tidak membenarkannya beli.
Tidak disangka-sangka, suami telah menempah dan membeli gelang itu tanpa pengetahuannya.
Ini untuk diberikan sebagai hadiah sempena anniversary ke-10 mereka.
Rata-rata ntizen mengatakan Ellena Sazlin bertuah kerana memiliki suami seperti itu.
Mereka malah menjadikan suami kepada wanita ini sebagai contoh untuk lebih berjaya pada masa akan datang.
Bukan itu sahaja, mereka mend0akan agar j0doh kedua-dua suami isteri ini berkekalan selamanya.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Tonton Video KLIK SINI
Sumber: TikTok ellenasazlin93, Kisah Dunia
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Semasa
Gigih Tulis Al-Quran Guna Tangan Utk Jadikan Mahar Khwin, Tapi ini yg Berlaku

Mas kahwin ataupun disebut sebagai mahar adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya atas sebab pernikahan.
Ia boleh dibayar dalam pelbagai bentuk seperti wang, rumah mahupun barang kemas.
Bagaimanapun, berbeza pula dengan kisah seorang pemud ini di mana dia membuat persediaan untuk bakal isteri dalam cara yang cukup istimewa.
Tulis tangan ayat al-Quran
Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok.
Pemuda yang dikenali sebagai Awwalludin Fajri itu memuat naik video memaparkan dirinya sedang menulis ayat al-Quran satu persatu secara terperinci.
Namun, apa yang mencuri perhatian warganet adalah hasilnya yang nampak cukup cantik.
Dan kemas persis cetakan komputer biarpun dia hanya menggunakan pen bebola biasa.
Subhanallah!
Mungkin Ini yg Bakal Berlaku
Tulisan cantik dan kemas
Hadiah tidak ternilai buat bakal isteri
Dalam video berlainan pula, pemuda berkenaan mendedahkan bahawa al-Quran hasil tulisan tangan itu akan dihadiahkan kepada bakal jodohnya kelak.
Meskipun dia masih belum bertemu jodoh, Awwaludin sudah gigih menyiapkan al-Quran istimewa tersebut.
Ia sebagai tanda cinta dan kasih terhadap suri hatinya nanti.
Bak kata pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.
Teruskan bakat anda
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh Awwaludin.
Malah, yang memuji bakat menulis dikurniakan kepadanya dan mendoakan dirinya agar disatukan dengan jodoh yang terbaik kelak.
Kegigihan pemuda itu wajar dipuji kerana dia berusaha sedaya upaya memelihara kitab suci Allah.
Ini dengan menulis setiap ayatNya satu per satu dengan tulisan yang cantik.
Semoga dia dipertemukan dengan jodoh terbaik dan dengan berkat usahanya itu membuahkan pahala di akhirat nanti. Amin.
Sumber: @awwaludin.fajri
Semasa
Video: Mengaku Pernah Minta CERAl Disebabkan Perkara ini, Wawa Zainal Hargai Kesabaran Aeril Zafrel

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal merupakan antara pasangan yang sangat romantis.
Mereka juga tidak segan berkongsi aktiviti seharian mereka bersama keluarga di media sosial buat tatapan peminat.
Menerusi perkongsian doktor perubatan dan pakar motivasi terkenal iaitu Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad di Instagram, beliau ada memuat naik satu ‘posting’ perbualan.
Ianya bersama pasangan romantis itu membahaskan isu perkahwinan.
Menerusi video berdurasi lebih kurang tiga minit berkenaan.
Pasangan selebriti tersebut berkongsi mengenai perjalanan rumah tangga mereka yang dipenuhi dengan suka duka.
Pada awal perkahwinan, pasangan ini memaklumkan pernah dihentam kontroversi cukup hebat.
Ia melibatkan pernikahan mereka yang sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan serta sumber pendapatan.
Dalam pada itu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengakui dia pernah meminta cer4i daripada Aeril.
Ini kerana ketika itu usianya masih muda dan masih belum matang.
Bagaimanapun, berkat kesabaran yang dimiliki oleh Aeril, perkahwinan mereka kekal sehingga kini.
“Pada waktu itu Wawa masih muda, kita sejenis belum matang maksudnya sikit-sikit gaduh.
Sikit-sikit benda yang kecil diperbesarkan. Sikit-sikit tanpa berfikir panjang, ‘eh kau ceraikan aku’.
“Saya belajar daripada sikap Aeril untuk menjadi seorang penyabar.
Masa tu Aeril sangat sabar melayan Wawa.” Ujarnya
Selain itu, pelakon jelita itu turut menjelaskan bahawa dia banyak belajar melalui sikap Aeril yang penyabar.
Dan menegaskan pentingnya sikap bertolak ansur dengan pasangan masing-masing.
“Alhamdulillah, Wawa pun tak sangka kami bertahan sehingga sekarang, sembilan tahun perkahwinan yang mana Wawa banyak terinspirasi daripada Aeril.
Banyakkan bersabar dan bertolak ansur dengan pasangan masing-masing,” luah Wawa.
Sekadar makluman, Wawa dan Aeril Zafrel berkahwin pada tahun 2013 secara rahsia sehingga mengejutkan banyak pihak.
Walau bagaimanapun, setelah berkahwin hampir lapan tahun, mereka kini dilihat hidup bahagia bersama tiga orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Prof Muhaya
-
Semasa1 month ago
Tak Sngka Slps Jadi Insan Terawal Ambil VAKSlN COVlD, Ini yg Terjadi Pd Shasa Saidin
-
Semasa2 months ago
Baru 7 Hari Bergelar SUAMl, Nabil Tak Percaya Ini yg Berlaku Padanya dan Ayda
-
Semasa10 months ago
500 Pekerja Kilang r0k0k dijangkiti c0vid-19, sila semak tarikh r0k0k anda dibuat
-
Semasa1 month ago
Video: Mengejutkan Bila Punca Sebenar NAH4S SJ Air Didedahkan, Rupanya Sebelum Kejadian ini yg Berlaku
-
Semasa2 months ago
Video : “Masalaah untuk Cik B sebab awak ‘perah’ Cik B,” K0men Zul Ariffin Pada ABC
-
Semasa1 month ago
Tidak Mahu Terpalit Sama, Jiran Fara Ceritakan Kejadian Sebenar, Dan Beritahu lstri Syuk Sesuatu yg Mengejutkan
-
Semasa2 months ago
Tak sangka ini Tindakkan PU RlZ Dikatakan Kebas Duit Lofa Juta², Siap Bom0h utk Dptkan Lofa
-
Semasa4 months ago
Aqilah Akhirnya Tampil Luahkan Apa yg Terjadi Sebenarnya Slps Dia Sahaja Yang Terselamat