Semasa

Kecoh Gadis dan lbunya Tercampak KemaIangan, Rupanya nk Kejar Kereta Tangkap Pakwe Cvrang

Sejak semalam, tular di media sosial terutamanya di Facebook.

Ia apabila seorang pengguna memuat naik video rakaman dashcam dua orang wanita merempuh keretanya di lampu isyarat.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Gara kejar kekasih dua wanita

Tindakkannya itu telah menyebabkan pelanggaran berlaku dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang jurutera berusia 27 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta yang dipandu lelaki terbabit dari arah Parit Buntar hendak balik ke Bandar Bharu, Kedah.

“Setibanya di lokasi, lampu isyarat telah hijau dan mangsa meneruskan perjalanan sebelum motosikal dinaiki dua wanita itu yang datang dari arah sebelah kanan.

Lalu melanggar bahagian tepi dipercayai tidak mematuhi lampu isyarat merah,” katanya

Difahamkan, remaja perempuan itu melanggar lampu isyarat berwarna merah kerana mahu mengejar sebuah kenderaan lain.

Ia dipercayai milik teman lelakinya apabila diketahui sedang berlaku curang dengan wanita lain.

Akibat daripada rempuhan bahagian tepi Perodua Myvi itu, penunggang motosikal tersebut telah terjatuh ke jalan.

Manakala pemboncengnya tercampak ke bonet hadapan kereta tersebut.

Disebabkan pelanggaran itu juga penunggang dan pembonceng mengalami luka di kaki dan badan.

Manakala kereta mengalami kerosakan di bahagian pintu, cermin hadapan serta lampu pecah.

Setakat ini Mazuki memaklumkan yang kertas siasatan telah dibuka di bawah Rule 10 LN166/59.

OM

Leave a Reply