Semasa

“Bapak Kau lah! No Money No Talk…” – Bakal Dapat Bapa Tiri Baharu, Kacak Akhirnya Bersuara

Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida telah mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu peribadinya iaitu Iqbal Zulkefli.

Pendedahan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Usahawan terkenal itu memaklumkan akan berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli pada bulan Disember ini sekiranya Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditamatkan.

Vida juga mengakui tidak ‘berani’ memberitahu anak perempuannya iaitu Cik B mengenai perkara tersebut.

Ramai dalam kalangan netizen tertanya-tanya adakah benar Cik B masih belum tahu mengenai perkahwinan tersebut dan bagaimana pula dengan reaksi Cik B yang bakal menerima bapa baru dalam keluarga.

Menerusi temubual bersama Melodi, Cik B mengakui tidak bersetuju dengan keputusan Vida untuk mendirikan rumah tangga selain niatnya yang ingin memiliki anak lagi.

Bak Jadi Bapak Tiri, Bagi RM10 Ribu Sebulan Dulu

Selepas Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, membantah keputusan ibunya, Datuk Seri Vida (DSV) untuk mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu peribadi, kini giliran anak lelakinya pula membuka mulut.

Menurut Kacak atau nama penuhnya, Muhammad Eric Zecquan, 14, menerusi muat naik di aplikasi TikToknya, dia tidak akan bersetuju dengan mudah.

Ini dengan pilihan ibunya untuk berkahwin dengan Ahmad Iqbal Zulkefli, 25.

“Kacak, bapak baru Kacak. Dapat bapak baru best Kacak.  Kacak bila mama kahwin Kacak, apa perasaan Kacak dapat bapak baru Kacak? Bapak, bapak, bapak kau!

“First of all, saya nak cakap, kalau mama nak kahwin, I am just gonna agree with it. But not gonna agree macam tu je lah.

“If he wants my mom, then give me some of this (duit). Yes Money, yes talk. No money, no talk.

“Give me some money and i will agree with everything. Saya bukan pisau cukur, but money works you know,” jelasnya dengan nada gurauan.

Video berdurasi 58 saat itu, telahpun meraih lebih 12,000 tontonan menerusi aplikasi tersebut dan rata-rata followers berharap agar keputusan Vida untuk berkahwin lagi tidak berakhir dengan perceraian.

Iqbal Ceritakan Perkara Sebenar

Menerusi perkongsian di Insta Story, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal mendedahkan jutawan kosmetik itu seharian menangis dan tidak makan kerana memikirkan anaknya, Cik B.

Kata Iqbal lagi, dia memahami jika Cik B marah jika ibunya untuk berkahwin lagi kerana sejarah kehidupan yang lalu apabila melihat Vida beberapa kali gagal dalam perkahwinan.

“Seharian Vida menangis, tidak akan memikirkan Cik B. Saya turut kasihan pada Cik B, sejak kecil dia jarang ada masa bersama.

“Saya faham perasaan Cik B marah jika ibunya berkahwin. Oleh kerana mereka melalui sejarah hidup.

Orang luar tidak dapat menggambarkan keadaan Cik B apabila dia marah. Luar biasa, tiada siapa berani untuk masuk dekat,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata dia tidak kisah jika ramai berpendapat tidak setuju dia berkahwin dengan Vida namun tidak perlu menambahkan api pada Cik B sebaliknya memberi kata semangat.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Iqbal seolah memuat naik luahan hatinya memohon supaya Allah membantunya menghadapi segala kesulitan dan menghadapi fitnah.

Iqbal Tak Pernah Ambil Duit DSV

Menerusi video dikongsikan, Iqbal dilihat sebak dan tidak dapat berkata-kata dengan kejutan berkenaan. Lebih menyentuh hati, Iqbal berkata sejak dari awal perkenalan dia berharap dapat menjaga Vida.

“Sejak dari awal kenal DSV, saya harap dapat menjaga dia sampai bila-bila. Walau saya kenal lama, saya tak pernah ambil seringgit pun duit DSV tanpa pengetahuan.

“Saya janji, saya akan jaga anak kita, Cik B dan Kacak sampai bila-bila. Sampai mereka besar, sampai mereka berjaya. Terima kasih bagi kebaikan kepada saya, banyak mengalah dengan saya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata Vida banyak mematangkan dirinya serta mengharapkan perkahwinan mereka yang akan dibina tidak lama lagi akan diberkati

“Saya banyak perkara tak matang, DS yang mematangkan saya. Saya nak perkahwinan yang berkat sampai hujung nyawa,” katanya.

Terdahulu, Vida memaklumkan bakal berkahwin dengan Iqbal pada Disember ini, namun dia belum keberanian untuk berbincang mengenai hal perkahwinannya dengan anak-anak terutamanya dengan Cik B.

Bagaimanapun, menerusi Melodi semalam, Cik B mengakui tidak bersetuju untuk ibunya berkahwin lagi serta mempunyai hubungan kurang baik dengan Iqbal.

Tidak terhenti di situ, Cik B turut mendedahkan bahawa dia dan Iqbal tidak mempunyai hubungan yang baik malah mereka seringkali bergaduh.

“Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa biasa.

Saya gaduh dengan dia memang luar biasa. Hubungan kami memang sangat renggang.

Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi saya biarlah pada diri saya sendiri.”

Menurut Cik B, pada awalnya dia menyangka kontroversi perkahwinan Vida dan Iqbal hanyalah marketing semata-mata namun lama kelamaan isu itu dilihat semakin serius.

Namun, sekiranya benar mereka berjodoh, Cik B berharap agar ibunya akan mengecapi kebahagiaan.

“Sebenarnya saya ingatkan marketing tapi nampak macam betul betul pulak.

Ya Allah takutnya tapi harap-harapnya memang marketing lah. Saya pun macam tak nak lah ada ayah baru. Saya pun dah cukup dah ada 5 ayah.

Kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy, ikutlah mama nak buat apa.

Saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3)

Iqbal x pernah ambil walau sesinggit

Berikutan daripada itu, salah seorang individu ada berkongsi satu screenshot kenyataan Vida di media mengenai tarikh perkahwinannya bersama Iqbal.

Kapsyen ringkas dan sarkastik yang ditulis individu berkenaan ‘Harap Cik B tak ada social media’ secara tidak langsung telah menarik perhatian Cik B.

Meskipun hanya meninggalkan respon ringkas dan bersahaja iaitu ‘Pura-pura terkejut dan tidak tahu’ namun kebanyakan netizen seakan terhibur dengan reaksi Cik B.

Dalam kesempatan itu, Cik B sempat memberi pesanan kepada Vida supaya dapat berfikir dan menilai niat seseorang yang ingin mendekati dirinya adakah orang tersebut benar-benar mencintainya atau sebaliknya.

RK

Leave a Reply