Semasa

“..Semua orang akan malu..” Akhirnya Cik B Luah Kenapa Dia Tetap Dgn Pendirian Taknak DSV Kawin

Tidak bersetuju dengan perkahwinan ibunya Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal, Cik B berkata dia takut hilang kasih sayang seorang ibu.

Kata Cik B lagi, dia juga serik dengan kisah perkahwinan terdahulu ibunya yang putus di tengah jalan. Ujarnya, di usia 50 tahun ibunya hanya perlu fikirkan tentang keluarga.

“Umur macam mama sekarang ni tidak perlu fikir fasal perkahwinan, mama hanya perlu fikir tentang keluarga. Mama nak kahwin buat apa lagi?”

“Saya tak suka mama kahwin lagi sebab ramai lelaki yang kahwini mama sebelum ini ada banyak sisi buruk mereka.

Lebih baik mama be happy dengan saya dan adik… lagi pun saya tak suka ada ayah baharu,” katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai video sweet ibunya meraikan hari lahir Iqbal, Cik B menunjukkan reaksi geli melihat video berkenaan serta turut berharap ianya hanya untuk pemasaran sahaja.

“Saya rasa cringe. Bila masa pula saya anak dia. Benda ni berlaku sangat cepat dan mengejutkan, saya harap ini semua hanya marketing.

Tapi risau juga takut mama tu terjatuh hati pula,” katanya.

Terdahulu, Vida dan Iqbal dikhabarkan merancang untuk mendirkan rumah tangga pada Disember ini.

Namun, Vida bimbang apabila perkahwinan itu tidak dipersetujui Cik B dan mahu membuat solat hajat untuk melembuatkan hati anaknya itu.

“Saya Boleh Je Spill The Tea Kenapa Tak Nak Mama Kahwin” – Cik B

Masih berkeras tidak bersetuju dengan rancangan perkahwinan ibunya, Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal, Cik B berkata dia ada sebab tersendiri.

Cik berkata dia boleh sahaja mendedahkan sebab mengapa dia tidak bersetuju namun ia akan menjatuhkan beberapa pihak termasuk ibunya sendiri.

Cik berkata dia boleh sahaja mendedahkan

“Tapi kalau saya cakap, boleh jatuhkan semua orang termasuk mama. So better saya diam. Cukup orang tahu saya tetap dengan pendirian saya, itu saja,” tulisnya di IG.

Sebelum ini, Cik B berkata dia takut hilang kasih sayang jika ibunya berkahwin lagi serta dengan kisah perkahwinan terdahulu ibunya yang putus di tengah jalan.

“Saya deep down saya sangat kurang setuju. Mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25. Macam mana abang Iqbal umur 25 suka orang tua.

Mesti ada sebab. Macam saya memang sangat tak setuju mama dia nak anak lagi. Cukuplah saya dengan Kacak. Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta.

“Ya betul disebabkan faktor usia saya tidak merestui. Dan kalau mama dijodohkan dengan orang yang tua, sepadan umur.

Tak kisah what gonna be happen sebab mama tak suka orang tua. Mama memang suka orang muda juga,” katanya.

Dalam pada itu, Cik B mendedahkan dia dan Iqbal tidak mempunyai hubungan yang baik dan sering kali bergaduh. Malah, hubungan mereka sangat renggang.

“Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa biasa. Saya gaduh dengan dia memang luar biasa.

“Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi saya biarlah pada diri saya sendiri,” katanya.

Kata Cik B lagi, pada awalnya dia menyangkakan kontroversi perkahwinan ibunya itu hanya marketing semata-mata tetapi tidak sangka ianya serius.

Namun, jika sudah ditakdirkan jodoh mereka, dia berharap ibunya gembira.

“Sebenarnya saya ingatkan marketing tapi nampak macam betul betul pulak.

Ya Allah takutnya tapi harap-harapnya memang marketing lah. Saya pun macam tak nak lah ada ayah baru. Saya pun dah cukup dah ada 5 ayah.

“Kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy, ikutlah mama nak buat apa. Saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal,” katanya.

Diakhir temubual itu, Cik B sempat menitipkan pesanan buat ibunya supaya supaya menilai dahulu niat mana-mana lelaki yang mendekati dirinya sama ada kerana cinta atau sebaliknya.

Ujarnya, di usia 50 tahun ibunya hanya perlu fikirkan tentang keluarga.

Terdahulu, Vida dan Iqbal dikhabarkan merancang untuk mendirkan rumah tangga pada Disember ini.

Namun, Vida bimbang apabila perkahwinan itu tidak dipersetujui Cik B dan mahu membuat solat hajat untuk melembuatkan hati anaknya itu.

Leave a Reply