Semasa

Bikin Panas, Gara² Merampas Trofi Dari Kapten KL City, Tindakkan Annuar Musa Mengundang Padah

Belum reda isu mengenai tindakannya ‘mengimport’ pasukan gendang dari Kelantan, penasihat Kuala Lumpur City, Annuar Musa sekali lagi melakukan sesuatu yang mencetuskan kontroversi.

Ia sehingga menimbulkan kemarahan penyokong kelab tersebut.

berlaku ketika pemain KL City sedang rancak

Kita semua tahu, pentas sukan ini sering dijadikan alat untuk ‘orang politik’ ini menaikkan ‘saham’ mereka.

Tetapi Menteri Komunikasi dan Multimedia ini terlalu ketara ‘gelojohnya’ mahu mengambil kredit kepada kejayaan pasukan.

Bukanlah langsung tidak boleh untuk menyentuh trofi itu, tetapi seeloknya tunggulah pemain-pemain dan pegawai pasukan yang telah mengerah kudrat dan keringat mereka sepanjang musim.

Merekalah yang berjuang bermati-matian di atas padang.

Selaku ‘penasihat’ yang hanya duduk di kerusi VIP sepanjang 90 minit perlawanan, hormatilah hasil titik peluh mereka terlebih dahulu.

berlaku ketika pemain KL City sedang rancak

Keadaan ini pastinya memarakkan lagi api kemarahan penyokong Kuala Lumpur terhadap Annuar dan tentunya desakan agar beliau berundur dari jawatan tersebut semakin kuat.

Sumber : semuanya bola

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply