Semasa

Gadis SoIat Di Pusat Karaoke, Kemudian Sambung Berhibur Mengundang PerbaIahan Antara Netizen

Dalam kita berhibur dan bergembira, tanggungjawab kepada agama jangan dilupakan.

Sebagai umat Islam, setiap individu yang sudah akhil baligh diwajibkan untuk menunaikan solat fardu 5 kali sehari jika masih berada dalam keadaan mampu.

Jadi, keluar berjalan-jalan dan bersuka ria bukan satu alasan untuk tidak menunaikan ibadah.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Ras Athirah, dia dan rakan-rakan tetap menunaikan solat walaupun pergi ke pusat karaoke.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Hal ini dikongsikan sendiri menerusi muat naik di aplikasi berkenaan menunjukkan mereka menunaikan solat di bilik karaoke yang ditempah oleh mereka.

Menurut gadis tersebut, ketika mereka sedang solat, salah seorang pekerja telah lalu di hadapan bilik karaoke mereka.

Dan sempat berpesan supaya memanggilnya jika ada yang ingin solat lagi kerana mereka akan memberikan plastik besar sebagai alas tempat sujud.

Selain itu, dalam video lain yang dikongsikan Ras Athirah, dia dan rakan-rakan juga berkongsi momen bagaimana mereka ‘menyeludup’ masuk makanan luar ke pusat karaoke tersebut.

Umum sedia tahu yang pusat karaoke kerap kali menghalang pengunjung membawa masuk makanan luar kerana ia sudah menjadi peraturan disana.

Walau bagaimanapun, mereka tetap ‘kantoi’ kerana sebaik sahaja masuk ke bilik yang ditempah, petugas pusat karaoke terus masuk dan melihat makanan yang mereka bawa.

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan ada diantara warganet pun pernah melakukan hal sama dengan mendirikan solat di tempat-tempat sebegitu.

Ia memandangkan sudah masuk waktu solat ketika tempoh tempahan bilik dilakukan.

OMM

Leave a Reply