Connect with us

Seorang lelakiberpangkat warga emas mengahwini gadis pujaannya yang berumur 44 lebih muda.

Menurut laporan Malaysian Digest, Sulaeman Daeng Ngampam, 62, selamat menikahi Diana Daeng Nganiyang, 18, di Kabupaten Gowa, kelmarin.

Ketua kampung, Zainal Arifin Daeng Mangung berkata perkahwinan pengantin lelaki yang lebih tua daripada pengantin wanita tersebut mengikut adat suku kaum Makassar.

“Setahu saya, tiada paksaan antara mereka walaupun isterinya masih muda,” kata Zainal memetik laporan Detik.com.

Media tempatan mengatakan Sulaeman memberikan hantaran sebanyak 35 juta rupiah (RM11,264.45).

Kata Diana, beliau senang dengan perwatakan Sulaeman walaupun kedua-duanya mempunyai perbezaan umur yang ketara.

“Tolong doakan mudah-mudahan rumah tangga kami berjalan dengan baik,” kata Diana.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama perkahwinan seperti ini berlaku.

Malah ia sudah terjadi beberapa kali. Baik di Malaysia mahupun luar Negara.

MH Online senarikan beberapa perkahwinan yang mempunyai jarak usia yang sangat jauh pernah mengemparkan berita tempatan.

1. Milawati & Haji Nasir

Kedua pasangan ini telah disatukan pada 11 Julai 2016 dan dikatakan berasal dari Desa Suwa, Indonesia..

Sewaktu itu, Milawati baru sahaja berusia 18 tahun manakala pasangannya sudah mencecah 63 tahun. mempunyai jarak usia sebanyak 45 tahun.

Beberapa kali berjumpa di rumah ketika melawat, Haji Nasir memberitahu dia terus membuat keputusan untuk melamar pasangannya itu.

Dan dia tidak menyangka akhirnya dia bersetuju tanpa membantah.

Difahamkan perkahwinan ini merupakan perkahwinan kedua buat Haji Nasir setelah kematian isteri akibat sesak nafas.

2. Gadis & Mas Kahwin 20kg

Kisah gadis berbangsa cina berusia 20 tahun yang telah berkahwin bersama seorang lelaki berusia 70an telah mendapat perhatian pengguna sosial media.

Apa yang lebih menghanggatkan gadis tersebut telah menerima mas kahwin sebanyak 20kg jongkong emas.

Namun permulaan video tersebut, gadis ‘bertuah’ itu kelihatan seperti tidak gembira dan teruja melihat emas-emas yang diberikan padanya.

Namun di hujung video tersebut, Gadis ini sempat ketawa kecilapabila diusik rakan-rakan sekelilingnya.

3. Selamat Riayadi & Rohaya

Pasangan ini mempunyai perbezaan usia sebanyak 55 tahun.

Namun baru-baru ini hubungan mereka menjadi perhatian ramai sekali lagi kerana mengalami masalah sah perkahwinan.

Perkara ini terjadi apabila Ketua Pejabat Wilayah Kemenang Sumsel, menghubungi Kementerian Agama Kabupaten OKU telah mengesahkan hubungan kedua pasangan ini tidak sah kerana tidak berdaftar di pejabat agama.

Namun baru-baru ini satu video yang memaparkan kedua pasangan ini telah diakad nikah tersebar dan dipercayai mereka telah disatukan secara rasmi.

Apa yang mencuit hati, lelaki muda berusia 16 tahun ini dikenali sebagai individu yang terlalu kuat cemburu.

Dikhabarkan remaja ini akan mengunci pasangannya yang berusia 71 tahun di dalam bilik setiap kali keluar rumah kerana gagal mengawal perasaan cemburunya.

4. Nur Nasirah Nazri & Ismail

Perkahwinan gadis lepasan SPM ini menjadi viral apabila pasangannya itu sudah berusia 66 tahun.

Mereka berdua mula jatuh cinta saat si suami sering datang ke kedai makan milik ibu Nasirah.

Sering bertanya khabar dan mengambil berat tentang keluarganya, Nasirah mula tertarik pada Ismali.

Keberanian Ismail berterus terang kepada ibu bapanya, Nasirah terbuka hati untuk menerima pasangannya.

5. Dayang Sofiah & Mohd Sofi Mat Ali

Mereka telah disatukan pada 23 Ogos tahun lalu.

Ketika itu Sofibaru sahaja melangkah usia 18 tahun dan pasangannya itu sudahberusia 40 tahun.

Mula bertaut di gelanggang bola tampar, Dayang yang merupakan janda beranak lima mengakui diasangat menyenangi kehadiran suaminya itu.

Walaupun mendapat tentangan daripada segelintir ahli keluarga, mereka tetap bahagia bersama dan ingin habiskan waktubersama selamanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Peguam ini Menerangkan Mengapa Pencentus Kluster Sivagangga Dipenjara Lebih Lama dari Pesalah Lain

HUKUMAN penjara terhadap pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh yangdidapati bersalah tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian, tidak dapat berjalan lagi.

Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, yang dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara lima bulan masih dalam proses pemantauan di Hospital Alor Setar.

Tertuduh membuat pengakuan bersalah selepas empat pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun di Alor Setar, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa meninggalkan premis ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian.

Ini apabila berada di Bank Rakyat Jitra pada 4.40 petang dan berada di Agro Bank Jitra pada 3.58 petang, 14 Julai 2020.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didapati berada di Pusat Khidmat Hasil Kubang Pasu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 3.35 petang dan berada di Public Bank Jitra pada jam 3 petang, tarikh sama.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Yang msna jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Zabidah Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam dalam proses pertuduhan yang dilakukan di Wad I, Hospital Alor Setar.

Mohd Hadi kemudian mendapati tertuduh bersalah atas semua pertuduhan dan didenda RM3,000 dan penjara lima bulan bagi setiap kesalahan dilakukan dengan hukuman penjara berjalan serentak.

TIMBALAN Pendakwa Raya, Zabidah Ahmad yang mengendalikan pertuduhan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah 2.

Media sebelum ini, melaporkan pengusaha kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, Jitra, ditahan polis pada 23 Julai lalu, kerana ingkat arahan kuarantin di rumah selepas pulang dari India pada 13 Julai lalu.

Lelaki terbabit yang berstatus penduduk tetap dikesan orang ramai memakai gelang merah jambu berada di kedainya ketika diwajibkan menjalani perintah kuarantin 14 hari.

Akibat daripada perbuatannya itu, sekurang-kurangnya 45 individu didapati positif Covid-19 membabitkan kes di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di bawah Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga.

Peguam ini Terangkan Mengapa Pembawa Sivagangga Dikenakan Hukuman Lebih Berat

Semoga hukuman denda RM12,000 dan penjara 5 bulan kerana mengingkari kuarantin ini jadi pengajaran kepada yang…

Posted by Nor Zabetha on Thursday, August 13, 2020

Peguam Nor Zabetha menerangkan Semoga hukuman denda RM12,000 dan penjara 5 bulan kerana mengingkari kuarantin ini jadi pengajaran kepada yang lain-lain.

Kalau ada kita lihat mereka yang bergelang pink ini berjalan ke sana sini. Kita buat laporan.

Hari ini dilaporkan pemilik Kedai Nasi Kandar di Napoh ini dikenakan 4 pertuduhan di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 yang memperuntukkan berkenaan pemerhatian atau pengawasan kontak.

“Kontak” berdasarkan tafsiran di bawah Seksyen 2 membawa maksud mana-mana orang yang telah terdedah atau mungkin telah terdedah kepada risiko dihinggapi sesuatu penyakit berjangkit.

Ini termasuk mana-mana orang yang baru tiba dari sesuatu kawasan jangkitan.

Bawah Seksyen 15 ini memperuntukkan bahawa seorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat.

Dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

Kenapa ada 4 pertuduhan

Ini sebab dia dengan selambanya dalam tempoh kuarantin pergi ke 3 bank pada masa yang berbeza, pergi ke LHDN. Jadi 4 kali didapati dia ke tempat awam.

Haih! Macam tak ada apa-apa ini.

Kasihan saya memikirkan pekerja-pekerja dan orang awam yang ke bank dan LHDN berkenaan, pada hari dia di sana.

Tak pasal-pasal terpalit dan perlu lalui proses saringan dan kuarantin kerana ada kontak rapat. Kasihan juga ahli keluarga mereka.

Maka eloklah ada juga tindakan pemenjaraan dan denda yang tinggi supaya jadi contoh dan tauladan kepada golongan yang tidak faham bahasa dan menyusahkan orang lain yang tidak bersalah.

Hukuman keras dan tegas selalunya akan bagi pengajaran supaya ramai tidak ikut.

Kami ada keluarga, kami ada anak-anak untuk dilindungi. Tidak adil bagi kami terpalit kerana sikap pentingkan diri orang lain.

Kalau jumpa jangan lupa report mereka yang ingkar kuarantin. Kita banteras Covid-19. Kita banteras kaki ingkar kuarantin.

Apa Kata Anda?

“Xcukup setakat penjara 5 bulan..sedangkan kerajaan dan masyarakat kat situ menanggung beban sebab kesalahan dia..

Kesian yang lari dari kg naik motor semata xde duit nak isi borang bantuan..lucut pr la”

“sebaik nya denda yg di kena kan dia kena tanggung semua kos yg melibat kan kuarintin.

Ganti rugi kpd org yg di jangkiti,keluarga & kwsan yg terjejas mengikut kadar munasabah”

“Bukan nak menghina mahkamah tp rasanya xberbaloi denda yg dikenakan dgn apa yg dia lakukan sampai seluruh utara terpalit.

Elok tarik balik pr biaq dia berembus balik india, disana bebas dia nak apa pun.”

“Lucut status pr sebab kes ni bukan 1 kesalahan yg kecil. Hantar pulang ke negara asal.

Sita kedai & segala aset yg ada. Sangat tidak adil pada rakyat & kerajaan yg menanggung akibat perbuatannya.”

“Semoga jadi pengajaran, jangan ambil mudah hal c19 ni .

Kesian kat kami di malaysia gigih ber PKP malah hampir putuskan jangkitan dah.. sekali hat import bawak balik penyakit”

Continue Reading

Trending

KANT0l ! SPRM Jumpa W4NG Tunai yg Banyak Dalam Pejabat Ketua Balai, Pegawai P0LlS Antara yg DlT4HAN

Gambar Sekadar Hiasan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima maklumat mengenai segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi premis judi haram di sekitar Sungai Buloh, dekat sini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu pejabat polis Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata ketika ini pihaknya sedang meneliti maklumat yang diterima termasuklah premis-premis judi yang ada di sekitar Sungai Buloh.

Tindakan tegas akan diambil

Beliau berkata perkara yang diteliti antaranya termasuklah serbuan dan rampasan perjudian yang telah dijalankan serta beberapa isu berkaitan.

“Jika terbukti ada pegawai dan anggota polis terlibat dalam penyelewengan tugas.

Mereka juga melindungi sindiket berkenaan maka tindakan tatatertib keras akan dikenakan kepada mereka…”

“Sekiranya ada pegawai dan anggota polis menerima rasuah ia akan dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya…”

Kantoi ! SPRM Jumpa Wang Tunai yg Banyak Dalam Pejabat Ketua Balai, Pegawai Polis Antara yg Ditahan

Ada yang cuba lindungi premis judi?

Bernama hari ini melaporkan SPRM akan menyiasat dakwaan terhadap pihak berkuasa yang cuba melindungi premis haram, perjudian haram dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh.

Kantoi ! SPRM Jumpa Wang Tunai yg Banyak Dalam Pejabat Ketua Balai, Pegawai Polis Antara yg Ditahan

Sebelum ini, tular satu video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42.

Dia yg dikenali sebagai Asri Janggut juga mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Kantoi ! SPRM Jumpa Wang Tunai yg Banyak Dalam Pejabat Ketua Balai, Pegawai Polis Antara yg Ditahan

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan itu dan menyatakan polis telah membuka kertas siasatan serta akan memanggil pengguna laman sosial berkenaan untuk memberikan keterangan.

3 Penguatkuasa MBSA Didakwa Terima Rasuah Secara Bulanan di Sg Buloh Telah Ditahan SPRM

Terbaru Tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam, Cawangan Sg Buloh dit4han Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM).

Ini berikutan isu viral premis jvdi tanpa lesen baru-baru ini, lapor Sinar Harian.

Ketiga-tiga pegawai itu dipercaya mengutip dan menerima rasvah secara bulanan untuk melindungi premis-premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Sg Buloh.

Difahamkan, sumber memaklumkan tiga pegawai tersebut berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun dan telah dit4han dalam operasi yang dijalankan bermula jam 9 pagi tadi.

Mereka telah dit4han di ibu pejabat SPRM Putrajaya, ketika dipanggil memberi keterangan.

Dua daripadanya adalah penguatkuasa dari Cawangan Sg. Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam.

Mereka dipercayai menerima rasvah antara RM300 ke RM3,500 sebulan bagi setiap sebuah premis perniagaan termasuklah premis kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok serta gerai-gerai yang dibuka di kawasan yang tidak dibenarkan dan premis perjvdian.

Selain itu pihak SPRM turut men4han peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang diceritakan di dalam video viral tersebut.

Ini kerana langsung tidak mempunyai dokumen perjalanan dan bakal diserahkan kepada pihak Imigresen untuk tindakan lanjut.

Peniaga Aceh itu telah beroperasi sejak tahun lepas dan dilaporkan telah membayar wang rasvah sebanyak RM300 sebulan kepada penguatkuasa bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang tindakan.

Ada yang turut berperanan sebagai pengkhi4nat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi yang akan dilaksanakan.

Hal ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan telah diketahui awal oleh peniaga-peniaga haram tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan tersebut.

Dia juga tidak menolak ianya kutipan rasvah secara bersindiket dalam kalangan anggota penguatkuasa.

Kantoi ! SPRM Jumpa Wang Tunai yg Banyak Dalam Pejabat Ketua Balai, Pegawai Polis Antara yg Ditahan

Terbaru Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) Melaka men4han 3 pegawai p0lis termasuk seorang ketua balai kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah.

Menerusi sumber, 3 pegawai p0lis itu dipercayai telah meminta rasvah untuk tidak mengenakan sebarang tindakan kepada seorang ahli perniagaan yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lapor FMT.

Ketika serbuan, rasvah berjumlah RM6,000 ditemui di pejabat ketua balai p0lis itu,”

Malah difahamkan svspek turut meminta ahli perniagaan tersebut untuk membayar wang perlindungan sebanyak RM1,000 setiap bulan.

Jika tidak, perniagaannya akan sentiasa diganggu atau diambil tindakan, lapor Awani.

Gambar sekadar hiasan

Svspek termasuk ketua balai berusia 57 tahun itu ditahn dalam serbuan pada malam tadi.

Ketua SPRM Melaka, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan perkara tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu itu.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka untuk perintah reman dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Goodjob SP RM!

Continue Reading

Trending

Video: Cinta ‘Mak Ny4h’ Kecundang, DlS4MUN & DlBELAS4H LELAKl Bangla Kenalan MiChat

Niat mahu berkenalan dengan jejaka dari Bangladesh bertukar tragedi apabila seorang lelaki berperwatakan dan berpakaian wanita.

Tetapi dia telah menjadi mangsa samun kenalannya menerusi aplikasi MiChat.

Kejadian berlaku di Kampung Gambut, Punggai, Pengerang, semalam.

Mangsa, yang berusia 17 tahun mula berkenalan dengan suspek menerusi aplikasi sembang sosial MiChat.

Kemudian mereka berpakat untuk bertemu suspek dengan rela hati.

Pada awalnya, suspek berusia 30-an telah mengajak mangsa menemaninya membeli barang keperluan di sebuah pasar raya di Bandar Penawar.

Makny4h dipukul & disamun

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, mangsa disamun di tepi jalan Kampung Gambut.

Leadaan itu menyebabkan dia kerugian lebih RM200 termasuk wang tunai dan telefon bimbit.

“Mangsa turut mengalami kecederaan di tangan kiri dan kaki kanan akibat dipukul suspek….”

Video: Cinta ‘Mak Nyah’ Kecundang, DlS4MUN & DlBELAS4H Lelaki Bangla Kenalan MiChat

Bukan kes rogl

Pihak polis juga menafikan dakwaan yang memaparkan gambar mangsa yang dikatakan diculik dan cubaan rogol, memandangkan mangsa adalah berjantina lelaki.

Seorang remaja lelaki "Berperwatakan Wanita" cedera disamun dua lelaki warga Bangladesh dalam kejadian dekat Kampung Gambut, Punggai, Pengerang, semalam.Pondan feeling berusia 17 tahun ni dikatakan keluar dengan suspek yang dikenali melalui MiChat atas kerelaan sendiri.namun mangsa disamun di tepi jalan Kampung Gambut menyebabkan kerugian lebih RM200 termasuk wang tunai dan telefon bimbit.Aku rasa mana tak marah nya bangla tu..dalam gambr lain, sampai² lain.. peringatan buat abang bangla.. barang online tak selalu nya tulen tau 😆

Posted by Eryzal Edry on Tuesday, August 11, 2020

Seorang remaja lelaki “Berperwatakan Wanita” cedera disamun dua lelaki warga Bangladesh dalam kejadian dekat Kampung Gambut, Punggai, Pengerang, semalam.

Pondan feeling berusia 17 tahun ni dikatakan keluar dengan suspek yang dikenali melalui MiChat atas kerelaan sendiri.

Namun mangsa disamun di tepi jalan Kampung Gambut menyebabkan kerugian lebih RM200 termasuk wang tunai dan telefon bimbit.

Aku rasa mana tak marah nya bangla tu..
dalam gambr lain, sampai² lain..

Peringatan buat abang bangla.. barang online tak selalu nya tulen tau

Polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Shukor Ismail di nombor 011-10823779.

Kesian dia, nasib baik tak jadi pape

Banyak Versi

Sumber : Harian Metro & Eryzal Edry

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.