Connect with us

Seorang petani orang kurang upaya (OKU), Izzat Amir Adam, yang sebelum ini tular video dan fotonya.

Dia buntu untuk memasarkan lambakan buah labu yang diusahakannya kini sudah boleh menarik nafas lega.

Ini kerana, selepas videonya tular dia tidak menyangka ramai yang mahu membantu membeli, serta prihatin dengan keadaanya.

Malah, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) juga membeli sebanyak tujuh tan labu semalam.

Harap dapat jual 20 tan labu

Difahamkan, Izzat kini sedang dalam usaha mahu 20 tan labu untuk dijual.

Dia berharap dapat dihabiskan dalam selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan sebelum buah menjadi busuk.

Tuah Video Iklan Viral, Petani OKU Tak Sangka Dapat Jual 7 Tan LabuIzzat telah mengusahakan tanaman labu di tanah seluas kira-kira satu hektar di Nenasi di Pekan, namun dia berdepan kerugian kerugian selepas pembeli labunya semakin berkurangan.

Viral di media sosial

Pemuda berusia 29 tahun itu berdepan masalah untuk memasarkan sendiri buah labu itu kerana tidak mempunyai kenderaan sesuai.

Sehingga seorang ahli keluarganya mencadangkan supaya dirinya membuat video ‘iklan’ di media sosial.

Ramai datang beli labu

Daripada situlah, ramai yang mengetahui mengenai perniagaan labunya selepas videonya tular di media sosial.

Difahamkan, Izzat Amir yang kehilangan lima jari kanan akibat kemalangan semasa menggunakan mesin menuai padi empat tahun lalu.

Tuah Video Iklan Viral, Petani OKU Tak Sangka Dapat Jual 7 Tan LabuSemoga hasil tanam dan perniagaan pemuda ini terus maju, sekaligus membuktikan kekurangan diri bukanlah alasan untuk kita tidak mampu berjaya.

FAMA bantu beli lambakan labu manis

MASALAH lambakan labu manis dihadapi 80 pekebun di Rompin dan Pekan selesai apabila Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang akan membeli 300 tan tanaman itu.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasinya, Shabuddin Mohd Nor berkata, pembelian dilakukan secara berperingkat bermula 20 Mei lalu setiap minggu.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 50 tan labu manis pelbagai saiz dibeli pada harga lantai yang ditetapkan FAMA dan disambut baik pekebun.

Katanya, difahamkan pengeluaran labu manis di dua daerah berkenaan bertambah hingga dua kali ganda musim ini.

Tetapi permintaan yang rendah menyebabkan pasarannya pelahan.

“Kita menjangkakan belian labu manis di dua daerah berkenaan pada musim menuai kali ini mampu mencecah RM250,000.

FAMA akan terus berusaha membantu 80 pekebun terbabit bagi memastikan mereka tidak menanggung kerugian.

“Sejak 20 Mei lalu sebanyak 293 pembelian dilakukan FAMA setiap minggu, setiap kali pembelian membabitkan 600 kilogram hingga lima tan,” katanya semalam.

Beliau berkata, semua labu manis yang dibeli daripada pekebun dijual semula kepada pemborong dan pengguna.

Aktiviti jualan kini dilakukan di Kompleks Pasar Tani Kekal Jerantut dengan harga promosi iaitu RM1 sebiji.

Shabuddin berkata, pihaknya akan memperluaskan aktiviti jualan ke semua Pasar Segar Terkawal di negeri ini bagi memberi peluang kepada pengguna mendapat labu manis segar pada harga murah.

Sebelum ini tular di media sosial kisah seorang pekebun labu manis di Kampung Pandan, Nenasi yang mendakwa hasil pertaniannya itu tidak dapat dipasarkan disebabkan pemborong mengurangkan pembelian.

Pekebun labu, Izzat Amir Adam, 29 berkata, dia bersyukur apabila FAMA Pahang tampil membeli sebanyak tujuh tan labu manis keluaran kebunnya seluas kira-kira sehektar.

“Tanpa bantuan FAMA saya mungkin akan menanggung kerugian apabila tidak dapat memasarkan labu manis.

Sebelum ini pemborong membeli dengan jumlah banyak namun pada musim menuai kali ini tidak berlaku lagi,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, JanganLupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Hangat diperkatakan mengenai kenyataan seorang warga asing, M Rayhan Kabir dalam satu laporan Al-Jazeera.

Dia yang didakwa memberikan maklumat yang salah berkaitan pengurusan warga asing ketika wabak COVID-19 di Malaysia.

Segala kenyataan dikeluarkan individu terbabit, yang konon mendakwa Malaysia memberi layanan buruk kepada warga asing telah memburukkan imej negara ini.

Penipu rupanya!

Berdasarkan maklumat diri yang tertera di Facebook, Rayhan Kabir yang mengaku dirinya bertugas di syarikat Malik Streams Production & Distribution sebagai Ketua Pemasaran, ternyata palsu.

Nama : M RAYHAN KABIRPerangai : khianat kepada Malaysia dan YDP Agung kerana menyebarkan info salah kepada Al Jazeera…

Posted by Encik Khairul on Sunday, July 5, 2020

Bukan pekerja kami

Berdasarkan satu kenyataan rasmi Malik Streams Production & Distribution, menafikan bahawa Rayhan Kabir merupakan kakitangan mereka.

Sebaliknya, lelaki terbabit hanyalah berkhidmat sebagai kontraktor tetapi sekarang sudah tidak lagi.

Dan tidak pernah memegang jawatan sebagai ketua pemasaran.

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Kena tempias jugak

Pihak Malik Streams turut terkejut dengan dakwaan itu, mengakui turut terkena tempias juga.

Ini apabila laman Facebook mereka didatangi pelbagai komen bertanyakan mengenai isu tersebut.

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Difahamkan, Malik Streams tidak teragak-agak mahu mengambil tindakan undang-undang, kerana isu tersebut telah menjejaskan reputasi dan imej syarikat.

Buat laporan polis

Berdasarkan komen netizen, rata-ratanya meminta Malik Streams membuat laporan polis terhadap lelaki terbabit, jika kenyataan yang dikeluarkan adalah benar.

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Selamba jer dia letak ketua pemasaran

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Tunjuk laporan polis sebagai bukti

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan KabirTunggu tindakan Malik Streams
“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Berdasarkan carian di Facebook, individu yang bernama Rayhan Kabir itu telah menghilang diri, malah akaunnya juga dinyahaktifkan.

Dakwa warga asing dilayan teruk, DG Hisham minta wakil NGO semak dulu fakta

Dalam salah satu muat naik seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun Fifa Rahman yang juga merupakan wakil NGO, dia telah meminta agar rakyat Malaysia menerima setiap kritikan tersebut dengan hati terbuka.

Muat naik itu dibuat bagi memberi respon daripada video dokumentari mengenai dakwaan layanan buruk Malaysia kepada PATI semasa pendemik.

Susulan daripada hal tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah membalas muat naik itu dengan meminta agar Fifa Rahman menyemak kembali fakta sebelum membuat komen seperti itu.

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Bawa duduk dengan awak jelaa sis

Komen balas daripada Dr Noor Hisham juga telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet.

Rata-rata menyokong kenyataan beliau yang meminta agar wanita tersebut menyemak dahulu fakta sebelum berkata sesuka hati.

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Cubalah untuk nampak bijak sikit

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Tolong betulkan kenyataan tu

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Continue Reading

Trending

Imigresen Keluar Memo Buru Bangla yg muncul dalam dokumentari Al Jazeera

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi amaran keras akan membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan kepada warga asing.

Ini sekiranya mereka mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan tujuan memburukkan imej negara.

Justeru, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, meminta pemegang pas jangka panjang seperti pas penggajian.

Lawatan kerja sementara dan pas residen juga supaya berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Mereka berdepan risiko pembatalan pas dan akan diminta meninggalkan negara ini serta-merta.

Jika kenyataan berkenaan tidak tepat dan bertujuan memburuk-burukkan imej Malaysia,” katanya kepada Bernama semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang diterbitkan oleh agensi berita Al Jazeera.

Khairul Dzaimee berkata laporan mengenai operasi JIM semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disifatkan agensi berita antarabangsa itu sebagai rasis dan tidak berperikemanusiaan adalah tidak benar kerana tidak mengambil kira fakta sebenar.

“Operasi imigresen di sekitar Jalan Masjid India, di sini, pada 1 Mei lepas telah memeriksa seramai 3,352 warga asing.

Namun jumlah yang ditahan untuk siasatan lanjut hanya 586 orang.

“Kerajaan Malaysia juga telah memberi rawatan secara percuma kepada 773 warga asing yang didapati positif COVID-19 di Depot Tahanan Imigresen (DTI).

Dan terdapat kedutaan asing yang memuji tindakan ini serta mengucapkan terima kasih,” katanya

Imigresen Keluar Memo Buru Bangla yg muncul dalam dokumentari Al Jazeera

Lelaki warganegara Bangladesh, Rayhan Kabir yang muncul dalam dokumentari agensi berita antarabangsa Al Jazeera kini diburu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menerusi satu kenyataan, pihak JIM memohon orang ramai bagi menyalurkan maklumat mengenai pemuda berusia 25 tahun itu.

Ini bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir.

Nombor pasport BW0974403 berumur 25 tahun.

“Alamat terakhir beliau adalah Sirhan Legacy Sdn Bhd, B-7-9 Menara Uncang Emas, No 85 Jalan Loke Yew, 55200, Kuala Lumpur.

Memo ini bertujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Bin Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya…

“…di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat atau Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” tulis kenyataan tersebut menerusi posting di Bernama TV.

Terdahulu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat.

Ini kerana video itu mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani COVID-19.

KENYATAAN MEDIAJABATAN IMIGRESEN MALAYSIA16 ZULKAEDAH 1441H / 07 JULAI 2020ORANG DIKEHENDAKI JABATAN IMIGRESEN…

Posted by Jabatan Imigresen Malaysia on Monday, July 6, 2020

Rata² netizen menyambut baik saranan Imegresen

“YG hairannya mcm mana Ada Syarikat Sendirian Berhad?

Cari rakyat Msia yg pajak Nama & lesen pd warga asing ni! Bnyk sgt Syarikat Di Msia diAlibabakn utk mendpt untung atas angin!

Ini seolah 2 menjual maruah negara Kita!!!!”

“saya sokong ,100 peratus ….warga asing yg tinggal kt malaysia nie kurang ajar….

Tangkap..bicara..masuk lokap lepas tuu hantar pulang kenegara mana asal dia baru dia tahu langit tinggi rendsh dasar tak sedar dik untung…….”

“Sentiasa menyokong penuh usaha penguatkuasaan JIM terhadap pendatang asing..

Sama2 la kita beringat jangan diberi muka dengan warga asing kelak nanti dipijak je kita”

“Alhamdulillah hrap sgt semua jab bganding bahu banteras pati ni…klu biar smkin mnjadi puak2 ni..ingat ank cucu kita nnti..

Skrg pn kita dh celaru dgn puak2 ni”

“Tu la org malaysia layan elok2. Siap boleh bekerja kat sini. Pastu pegi buruk2 kan dekat org luar.

Jenis x reti bersyukur.hantar balik je la. Xpun pergi la qatar based aljazeera tu.

Tgk diorang layan immigrant macam mana.”

“Beza betul ye. Gambar mula2 masuk Malaysia macam tak cukup makan.

Lepas dah berapa lama sihat walafiat, tembun. Ni dia kata Malaysia buat kerja tak betui.

Otak dia yang tak betui barangkali.”

Sumber : Jabatan Imegresen Malaysia

Continue Reading

Trending

Pas Imigresen Akan Dibatalkan Serta Merta Jika Mengeluarkan Kenyataan Tidak Tepat Dengan Tujuan Memburukkan Nama Malaysia

Semalam viral video laporan dokumentari berkaitan penularan wabak C0VID-19 yang dilihat cuba memburukkan mengadu-burukkan Malaysia di mata dunia.

Tindakan yang kurang profesional media Al Jazeera menyebabkan rakyat Malaysia naik angin yang rata-ratanya cuba untuk memperbetul kenyataan tidak tepat itu.

Malah, di dalam video tersebut turut menyaksikan beberapa pekerja warga asing yang bekerja di Malaysia.

Ini kerana mendakwa Malaysia melayan mereka seperti binatang.

Di sebalik perintah berkurung di Malaysia

Video yang berdurasi 30 minit memaparkan langkah kerajaan Malaysia menangani C0vid-19 yang menurut agensi berita antarabangsa itu sebagai menekan, tidak berperikemanusiaan dan bersifat prejudis terhadap warga asing.

PKPD yang kerajaan Malaysia kuatkuasakan terutama di kawasan majoriti warga asing pula digambarkan sebagai brutal dengan operasi gaya junta.

Malah, yang menjadi persoalan adalah apabila warga asing mendakwa kerajaan Malaysia bertindak kejam dan tak perikemanusiaan terhadap hak mereka.

Perkara ini menimbulkan amarah orang ramai yang boleh dikatakan memburukkan Malaysia di mata dunia.

Pas Imigresen Akan Dibatalkan Jika Mengeluarkan Kenyataan Tidak Tepat

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi amaran membatalkan kelulusan pas kepada warga asing jika mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan tujuan memburukkan imej negara ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, mengingatkan pemegang pas jangka panjang seperti pas penggajian.

Lawatan kerja sementara dan pas residen juga supaya berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Mereka berdepan risiko pembatalan pas dan akan diminta meninggalkan negara ini serta-merta.

Ini sekiranya kenyataan berkenaan tidak tepat dan bertujuan memburuk-burukkan imej Malaysia,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang diterbitkan oleh agensi berita Al Jazeera.

Khairul Dzaimee berkata, laporan mengenai operasi JIM semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disifatkan agensi berita antarabangsa itu sebagai rasis dan tidak berperikemanusiaan adalah tidak benar kerana tidak mengambil kira fakta sebenar.

“Operasi Imigresen di sekitar Jalan Masjid India, di sini, pada 1 Mei lalu memeriksa seramai 3,352 warga asing, namun jumlah ditahan untuk siasatan lanjut hanya 586 orang.

“Kerajaan Malaysia juga memberi rawatan secara percuma kepada 773 warga asing yang didapati positif COVID-19 di Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan terdapat kedutaan asing yang memuji tindakan ini serta mengucapkan terima kasih,” katanya.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani COVID-19.

Terus Tempur PATI Tanpa Henti

“Sekiranya terdapat maklumat mengenai penempatan PATI, tindakan akan diambil mengikut Akta Imigresen,” katanya kepada BH ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pihaknya akan meneruskan aktiviti menggempur PATI selepas dilaporkan peningkatan kes wabak COVID-19 dalam kalangan penghuni di tiga depoh tahanannya ketika ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga jam 12 tengah hari semalam, seramai 270 PATI dalam depoh dan pusat tahanan sementara dikesan dijangkiti wabak berkenaan.

Mengikut pecahan, seramai 126 individu disahkan dijangkiti COVID-19 di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, diikuti DTI Semenyih iaitu seramai 66 individu positif serta DTI Sepang pula 36 kes positif COVID-19 termasuk 29 kes baharu yang dilaporkan semalam.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata orang ramai tidak perlu bimbang dengan peningkatan kes itu kerana depoh terbabit tempat yang diasingkan daripada masyarakat dan sudah dikawal pihak berkuasa.

Al-Jazeera perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar saluran berita antarabangsa, Al-Jazeera

Ini bagi menyenaraikan nama negara mana yang memberi kebebasan mutlak kepada warga asing.

“Berikan kita nama mana-mana negara di dalam dunia ini yang membenarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan atau tidak sah boleh bebas di negara mereka.

“Saya cabar Al-Jazeera tunjukkan negara mana yang memberikan kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak berdokumen.

Tidak ada tetapi mungkin Al-Jazeera mempunyai senarai negara tersebut, silakan,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut beliau, kerajaan memberikan layanan yang sama kepada semua warga asing termasuk menanggung setiap ujian saringan COVID-19.

Beliau turut menyifatkan laporan khas yang diterbitkan Al-Jazeera adalah pembohongan secara terbuka dan tidak mempunyai etika kewartawanan.

“Saya tegaskan, kanak-kanak tidak digari. Mereka tidak diasingkan bersama ibu bapa di pusat depoh dan tidak bercampur tahanan lain.

“Tapi saya percaya Al-Jazeera tidak ingin tahu tentang fakta sebenar tetapi atas niat yang kurang baik terhadap Malaysia, maka perkara tidak betul telah dilaporkan.

Menuduh kita ‘racist’ dan pelbagai lagi,” ujarnya.

Beliau juga berharap Al-Jazeera menghentikan tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan selain memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Semua sedia maklum, beberapa kawasalan dikawal ketat di kawasan PKPD bagi menyekat penularan wabak C0vid-19.

Namun wartawan lokasi cuba untuk memasuki ruangan tersebut dan mendakwa pihak polis menghalang dan berlaku kasar terhadap mereka.

Sementara itu diminit ke 3.23, salah seorang warga asing yang berada di dalam kawasan PKPD mendakwa mereka dilayan teruk.

Dia turut mendakwa mereka tidak dapat bertanya apa-apa atau tiada hak bersuara.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.