Connect with us

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. 3 tahun lepas. Aku mengenalinya di salah sebuah IPT.

Suatu hari dia mula meluahkan rasa cintanya terhadap aku, kerana dia sangat sibuk dengan kerjayanya.

Dan dia juga sering meminta aku untuk menjaga batas pergaulan kerana ingin merasakan kemanisan dalam ikatan perkahwinan nanti.

Kami bercadang mengikat tali pertunangan. Keluarga dan rakan-rakannya datang ke rumahku, hampir setahun lebih bertunang.

Dia semakin sibuk mengumpul duit untuk berkahwin.

Kami juga jarang berhubung, namun ikatan pertunangan ini lebih mencabar,

kami diuji dengan orang-orang sekeliling yang tidak suka hubungan kami sehingga menfitnahnya macam macam perkara.

Namun kami terus bertahan mempertahankan hubungan itu walau dalam tangisan dan kesakitan.

Setelah setahun lebih. Dengan sekali lafaz, dia menjadi suamiku.

Betapa kuatnya degupan jantungku ketika itu saat lisannya menyebut namaku dalam lantunan ijab kabul yang suci.

Dan tidak pernah aku lalui setiap hari setiap jam dan detik, kecuali ku laluinya hanya dengan jatuh cinta kepadanya.

Tiada kata indah yang mampu aku ungkapkan selain bahagianya aku menjadi pendamping hidupnya saat itu.

Tetapi aku masih malu mengungkapkan cintaku saat itu, malah aku merasa malu untuk memegang tangan dan menatap matanya.

Mungkin kerana sebelum ini kami tidak pernah keluar dan berbual berdua sebelum kawin.

Selepas berkahwin kami juga duduk berjauhan kerana tempat kerja aku jauh dari rumah sewanya lebih kurang hampir satu jam perjalanan.

Oleh itu setiap minggu aku akan pulang ke rumahnya kerana dia duduk seorang diri, manakala aku duduk menyewa bersama rakan.

Setiap hari aku tak sabar menunggu hari minggu untuk pulang bertemu dengannya.

Dan setiap hari aku fikirkan apa yang ingin aku lakukan untuk menghilangkan rasa maluku terhadapnya.

Minggu yang PERTAMA selepas perkahwinan kami, aku membawa dia pergi ke rumah saudara mara aku di kampung dan selepas itu kami merancang untuk tengok wayang bersama-sama.

Itulah kali pertama aku keluar berdua-duaan dengannya sepanjang perkenalan kami.

Malam itu aku balik ke rumahnya dan esoknya dia bawa aku berjalan dengan keluarganya pula.

Minggu KEDUA juga seperti biasa aku akan pulang ke rumahnya dan aku masih malu saat berhadapan dengannya.

Segala yang ingin aku lakukan saat bertemu dengannya hilang.

Dia pernah meminta mencium pipiku dan mengungkapkan bahawa dia menyayangiku tetapi aku masih malu untuk membalasnya.

Kami makan dan tidur bersama dalam minggu itu tetapi kami tidak pernah lagi menjalinkan hubungan normal seperti suami isteri yang lain.

Kami hanya bertukar cerita dan menjalani kehidupan harian seperti makan dan masak bersama dalam tempoh dua hari minggu itu.

Selepas pulang dari rumahnya, dia seperti biasa, jarang menghubungiku dan dia masih dalam kesibukannya.

Aku pernah bertanya tentang hubungan suami isteri kepadanya kerana apabila di pejabat kami, semua orang membicarakan tentang itu, mungkin kerana kami masih dalam fasa pengantin baru.

Tetapi dia kata kepadaku, “Mungkin makan masa sebab kita tak pernah bercinta sangat dulu”.

Dia juga selalu menasihati aku untuk menjadi isteri yang baik, contohnya aku perlu menjaga hatinya dan menemaninya makan bersama.

Dia tidak menyatakan saat itu tetapi dia akan menasihatiku ketika kami berjauhan.

Aku juga selalu membuka you tube dan belajar banyak perkara tentang rumah tangga.

Dulu aku fikirkan bila sudah berkahwin, secara semula jadi kita akan mampu melakukan tanggungjawab kita sebagai isteri.

Minggu ini juga aku mengikutinya pulang ke kampungnya dan aku sangat gembira bersama keluarganya yang sangat baik terhadapku.

Dia bawa aku berjalan jalan dan aku sangat bahagia bersamanya walaupun aku masih malu-malu lagi dengannya.

Minggu KETIGA perkahwinan kami, jumaat sebelum aku balik ke rumahnya kami bertengkar kerana aku tidak memberitahunya terlebih dahulu untuk melabur wang dan aku hanya mengadu kepadanya yang aku telah ditipu.

Ketika itu dia sangat marah dan itu adalah kali pertama dia mengherdik ku dan tidak membenarkan aku pulang ke rumahnya esok.

Malam itu aku menangis sepuasnya dan aku sangat merindukannya.

Aku memohon maaf berkali-kali tetapi dia tidak melayan pesanan ringkas dan tidak mengangkat panggilan talifon aku.

Aku tidak tahu untuk pergi kemana waktu itu kerana kunci rumah ku berada pada rakan serumah aku dan dia telah pulang ke kampung.

Jika aku pulang ke rumah keluarga aku dalam keadaan ini, sudah pasti keluarga aku bimbang dan mensyaki sesuatu.

Aku tidur disebuah hotel yang agak jauh dan dalam masa yang sama aku ingin menenangkan fikiran.

Aku tidak memberitahu dan meminta izinya kerana dia juga sedang marah kepadaku.

Pada esoknya keluargaku menalifon aku yang sedang tidur di hotel, mereka menyangka aku berada di rumah suamiku dan ingin makan tengah hari di rumah kami.

Aku menghubungi suamiku dan bergegas untuk pulang ke rumahnya dan kami mula berbaik ketika itu.

Aku sempat menunjukkan seutas rantai yang aku pakai tertulis namanya yang telah aku beli di sana, dia lalu tersenyum kepadaku.

Aku meminta maaf kepadanya dan dia memaafkan aku.

Minggu yang KEEMPAT, aku bercuti awal kerana kami akan menyambut kenduri perkahwinan kami di rumah keluarganya yang agak jauh di selatan.

Ketika waktu itu dia sedang sakit dan terkena demam pelentong, semasa 5 hari aku dikampungnya dia meminta untuk tidak tidur bersamaku.

Ini kerana bimbang aku terkena jangkitan demamnya walaupun aku tidak kisah dengan jangkitan itu.

Tetapi dia sangat marah jika aku tidak mendengar cakapnya.

Aku merasa sangat sunyi dan merasa keseorangan di kampungnya, hanya saudara mara dan suasana kenduri yang membuat aku rasa gembira.

Dia seperti menjauhkan diri dari aku, tidak seperti saat mula mula kami balik ke kampungnya.

Ke mana dia pergi aku akan mengikutinya dulu, tetapi tidak kali ini.

Pada hari kenduri, waktu kami bergambar, dia sangat gembira, aku menyuap nasi kepadanya dan dia sangat rapat denganku.

Tetapi pada keesokan harinya sewaktu berjalan dengan kawan-kawan sekampungnya dia lebih gembira bersama mereka daripada bersama aku.

Aku pula Seolah kaku dan kekok. Suatu malam di kampung aku minta dia tidur bersamaku.

Aku memberi alasan aku sangat takut kerana aku baru sahaja menonton cerita hantu di talifon tadi.

Aku duduk di tepi katil yang terletak dekat dengan dapur rumah kampung itu.

Tapi mungkin dia terlalu penat, dia tidak mengindahkan aku.

Aku naik di bilik atas namun aku tak boleh melelapkan mata. Saat ini aku sangat-sangat merindukannya.

Waktu semua keluarganya sedang tidur, aku turun di bawah, aku duduk lagi disebelahnya yang sedang nyenyak tidur.

Aku mencium pipinya lalu aku berlari ke atas sebelum dia sedar dari tidurnya.

Keesokannya kami pulang ke utara, dia seperti biasa hanya diam sahaja dengan aku di dalam kereta, tak seperti dulu,banyak sahaja ceritanya.

Sekarang jika aku bercerita dia hanya menganngguk dan tersenyum. Lama kelamaan aku bosan dan turut berdiam.

Dalam perjalanan balik aku dimarahi olehnya kerana kesilapanku yang tidak tunduk dihadapan ibunya.

Sedangkan waktu itu aku tidak sengaja kerana aku baru keluar dari dalam tandas dan pakaianku tidak sempurna .

Di dalam kereta dia meninggikn suara dan aku menangis sekuat hati kerana aku juga sekian lama memendam rasa dengan layanannya kepadaku dikampung.

Dia memujuk aku dan memelukku dan walau ia hanya beberapa minit tapi mengubah segala emosi dan menghilangkan marahku padanya saat itu.

Minggu KELIMA aku pergi kerumahnya, Dia terlantar sakit di atas katil, badannya demam panas,hampir seminggu yang lepas demamnya masih tidak kebah.

Aku meminta untuk menjaganya ketika sakit dan ingin mengambil cuti tetapi dia tidak mengizinkan.

Malam itu aku memeluk tubuhnya yang nampak lemah tetapi dia menolak dan menepis tanganku. Kemuadian dia bangun dan tidur di bawah.

“Kenapa awak tidur di bawah?”. Soalku saat aku terjaga dan dia tidak ada di sebelahku. “Saya tak selesa”. Balasnya ringkas.

Pagi itu aku bangun awal untuk masak sarapan buatnya.

Aku buatkan dia susu kurma kalau-kalau dia tak lalu makan, sekurangnya mampu memberi tenaga kepadanya.

Sebelum aku hidang di atas meja kecil kami, aku kejutkan dia untuk mandi. Dia bangun dan terus bersiap untuk keluar, ada kerja katanya.

Aku cepat-cepat isi sarapan dalam bekas dan beri pada dia.

“Awak larat ke pergi kerja?” soal ku. Dia hanya mengangguk dengan wajah yang serius. Sekian lama aku tidak melihat senyuman manis di wajahnya.

Hari ini aku mahu masak makanan yang sedap-sedap untuk dia.

Selepas dia keluar dari rumah aku minta izin dan bersiap ke pekan yang berhampiran untuk membeli peralatan rumah dan lauk pauk untuk di masak.

Aku mengemas rumahnya, mencuci toilet, mencuci cadar dan lantai rumahnya.

Aku bakar ikan dalam oven yang kami dapat sempena perkahwinan kami.

Aku tidak merasakan kepenatan dan tidak sabar menunggu ia pulang dan makan bersama.

Jam menunjukkan pukul 5 petang, aku memberanikan diri menghantar pesanan ringkas wassup kepadanya kerana aku bimbang mengganggunya yang sedang bekerja.

“Assalamualaikum, awak tidak balik makan tengah hari ke?”. Dia balas ringkas, “Tidak”.

“Takpe la, boleh simpan untuk makan malam nanti”. Bisik hatiku.

Aku tidak tahu apa yang ingin aku lakukan lagi. Perutku terasa sangat lapar tapi aku tidak punya selera untuk makan.

Badan aku sangat penat tetapi aku tidak berdaya melelapkan mata di atas katil.

Aku sambung kerjaku mencuci tandas di rumah itu. Aku melihat lumut-lumut pekat di tepi kolam.

“Mungkin sekotor ini hati aku hingga suamiku tidak menginginkan aku”. Aku menggosoknya dengan sekuat hati dan tanpa aku sedar air mataku mengalir dengan laju.

Aku menangis seesaknya sambil tanganku menyental kotoran2 yang ada di tandas itu, aku tidak sedar luka pada jariku.

Sangat pedih waktu aku membasuh tanganku,mungkin tergesel batu-batu kecil marmar di kolam tadi. Jam menunjukkan jam 7 petang.

Aku menghidang makanan tadi di atas meja selepas aku panaskannya sekali lag.

“Lepasni kalau dia balik, aku ingin memeluknya sekuat hati supaya dia tidak marahkan aku lagi.” Bisik hatiku.

Aku ingin bertanya kepadsnya, adakah aku bukan isteri yang menyenangkan hatinya?.

Bermacam-macam perkara yang ingin aku lakukan dan katakan saat aku dihadapnya.

Aku tidak sabar bertemu dengannya dan aku akan melayaninya dengan baik nanti. Satu pesanan wassup darinya masuk, aku membukanya.

“Awak balik lah rumah sewa awak malam ni, saya mungkin akan balik lewat”.

Aku membalas, “Takpe, saya nak balik esok pagi, saya nak jumpa awak dan nak peluk awak”. Dia membalas lagi, “Balik la, saya tak nak, jangan sentuh saya apa-apa, saya rimas, saya tak sihat kan”.

Aku membalasnya dengan air mata yang bercucuran di pipiku,

“Ok, baik… saya akan balik tapi awak kena balik dulu, saya nak jumpa awak sekejap je sebelum saya balik, saya janji saya nak salam je”.

Dia membalasnya lagi, “Ok saya dalam perjalanan balik, awak boleh siap sekarang dan terus balik Ipoh.”

Aku mengemas pakaianku dan bersiap untuk balik ke rumah sewa ku malam itu.

Setengah jam kemudian dia pulang, aku menunggunya di hadapan pintu, aku salam tangannya dan mencium tangan itu, tangannya masih terasa panas.

Wajahnya juga seperti tak bermaya, aku ingin memeluknya tapi aku tidak berani.

“Awak, maafkan saya ya sebab tak jadi isteri yang menyenangkan untuk awak”. Kataku kepadanya sambil tertunduk.

Dia merenung wajahku tanpa berkata apa-apa. Aku keluar dari rumah itu dan air mataku deras mengalir.

Aku memecut keretaku sambil tangisan yang tak mampu aku tahan.

Aku berhenti di sebuah shell di tepi jalan. Aku parking di suatu sudut yang jauh dari orang.

Aku nangis dengan kuat, aku menangis sepuas-puasnya hingga aku terasa sangat penat dan mengantuk. Aku terlena tanpa aku sedar.

Jam 12.00 malam aku terjaga dan aku mencari seven e yang berdekatan, membeli kopi mencari tenaga untuk aku meneruskan perjalananku.

Minggu yang KEENAM, aku tidak sabar untuk balik ke rumahnya, dia minta aku pulang ke rumahnya hari ahad kerana hari sabtu dia ada urusan kerja.

Aku berasa sangat tertekan kerana aku sangat merindukannya. Sekian lama juga dia tidak membalas mesej ku semasa aku di rumah sewa.

Pada hari jumaat itu, aku kerja malam dan habis kerja jam 12 malam, selepas habis kerja, aku pulang juga kerumahnya.

Aku telah sampai dihadapan rumahnya dan kelihatan ada rakan-rakannya di dalam rumah itu, aku manalifonnya dari dalam kereta dan memberitahunya bahawa aku ingin masuk ke dalam rumah.

Dia tidak membenarkan aku masuk kerana ada rakan-rakannya.

Dia memarahi aku kerana tidak mengikut seperti apa yang dirancang, dimana aku akan balik ke rumahnya pada hari ahad.

Aku pulang ke rumah ibu bapaku malam itu. Tidak tahu apa nilaiku sebagai isterinya berbanding rakannya itu.

Pada malam hari sabtu itu, aku minta izin untuk mengikuti rakan ku berjalan-jalan. Itu pun sebab aku sangat tertekan.

Dia mengizinkan dan aku dan rakanku membuat video live di instagram. Malam itu aku sangat gembira. Aku melepaskan semua tekanan ku.

Kami berjalan di tepi laut dan makan bersama mereka.

Keesokan paginya dia memarahiku kerana membuat video live itu, dia tidak suka jika orang lihat aku tidak bersamanya seolah dia sering tinggalkan aku.

Mungkin baginya aku telah membuka aib rumah tangga kami.

Aku memohon maaf dan dia tidak membenarkan aku pulang ke rumahnya malam itu. Aku rasa sangat tertekan. Sekian lama aku pendamkan segalanya.

Aku tidak mahukan apa-apa darinya. Aku hanya ingin dia ada di sisiku namun dia mula menjauhkan dirinya dariku dari minggu ketiga perkahwinan kami lagi.

Mengapa aku perlu meminta izin dan mengemis hanya untuk pulang ke rumah suamiku? Aku sangat tertekan.

Hanya Allah yang tahu bagaimana rasanya rindu yang tidak terucap ini kepadanya.

Perasaan marah dan tertekan menguasai diriku. Aku menghantar mesej kepadanya.

“Kenapa awak buat saya macam ini? Kalau awak tak suka saya lagi, awak boleh pulangkan saya pada keluarga saya dengan cara baik.”

Dia tidak membalas mesej ku dan hanya membacanya sahaja. Aku jadi lagi marah. Aku menaip mesej lagi. Kali ini aku tidak tahu apa yang menguasai diriku.

Aku rasa sangat tertekan. Aku manaip mesej sambil aku menangis teresak-esak. Panggilan talifonku juga tidak diendahkannya.

Aku manaip mesej keapadanya dengan bahasa yang agak kasar, “Lantak kau lahhh nak jadi apa pun”.

Beberapa jam selepas itu ibunya menalifon aku dan meminta aku balik ke rumah suamiku.

Ibu menasihati aku dengan baik. Aku berasa sangat bersalah atas apa yang aku lakukan. Aku seolah lupa aku tidak sepatutnya melakukan seperti itu.

Aku start enjin kereta dan bergegas balik ke rumahnya. Dalam perjalanan, dia menalifonku, aku mengangkat talifon dan memberhentikan kenderaan di bahu jalan.

“Awak tak payah balik rumah, saya nak jam 2 petang nanti, saya jumpa awak dan ayah awak di rest hause”, katanya kepadaku.

Aku bertanya, “Kenapa nak jumpa ayah? Kita kan nak selesaikannya sendiri? Saya balik rumah awak ye? Saya nak minta maaf, saya buat salah tadi.” Balasku dengan nada memujuk.

“Tak payah, ada kawan saya di rumah ni, awak dengar je dengan baik nanti, apa yang saya nak cakap pada ayah awak, awak cakap apa tadi?

Lantak kau la kan? “ balasnya dengan nada yang marah.

“Saya minta maaf, tadi saya tidak sengaja… “ talian dituttup, belum habis aku merayu.

Aku berasa takut. Aku menangis sekuat hati di dalam kereta sementara menunggu jam 2 petang.

Aku sampai di rest hause tersebut. Aku lihat ayah dan ibu ku serta suamiku di sebuah meja. Air sudah siap terhidang.

Ayah aku menyatakan bahawa dia yang ingin berjumpa kami kerana keluarganya menalifon ayahku dan memberi tahu bahawa hubungan kami mempunyai masalah.

Dia tidak menafikannya, dia menyatakan kepada ayahku bahwa dia sudah tidak ada hati terhadapku. Muka ibuku berubah.

Seperti halilintar terkena jantungku. Aku menggigil dan aku terkaku tidak mampu berkata apa-apa. Dia memberi tahu ayahku bahawa aku tidak pandai melayaninya,

tidak pernah bersamanya dan menyakiti hatinya. Aku memegang tangannya dan memohon maaf tapi ia menariknya lantas berkata.

“Dah,saya dah tak nak, ini yang awak mahukan kan? Soalnya kepada ku. Aku tergamam melihat mukanya yang penuh benci terhadapku.

Ayahku penuh tenang berkata kepadaku, sekarang kakak dah dengarkan apa yang suami kakak cakap? Kakak kena terima yang dia dah tidak ada hati lagi dengan kakak.

Aku hanya berdiam dan lidahku kelu menyatakan apa pun. Dia berkata kepada ayahku bahawa dia akan menguruskan proses ke mahkamah dua minggu lagi.

Hanya Allah yang mengatahui bagaimana perasaanku ketika ini. Tidak apa yang aku perjuangkan dalam rumah tangga ini hanya untuk bersamamu dan berada disisimu.

Aku akui saat mula-mula aku menjadi isterinya aku tidak pandai melayaninya kerana perasaan maluku sebagai seorang wanita.

Aku bukan tidak mengerti bahawa hubungan ini sudah halal tetapi tidak mudah bagi seorang wanita yang mempertahankan maruah dan dirinya berpuluh tahun, lalu perlu diserahkan pada seorang lelaki yang masih terasa asing.

Layani aku dengan baik agar aku tidak merasakan asing dalam hidupmu.

Aku akui terkadang aku emosi tetapi pintaku hanya untuk berada disisinya.

Sekuat apa pun aku, aku tetap seorang wanita yang penuh dengan emosi. Andai aku berada disisimu aku merasa sangat tenang dan hilang segala emosiku.

Aku seorang perempuan yang tidak mampu berjalan sendiri dalam malayari bahtera rumah tangga ini.

Pegang tanganku dan bawa aku bersama-sama. Tidak ada seorang perempuan pun di dunia ini tidak mahu bersama suaminya.

Berterus terang seperti apa yang kamu mahukan dan bantu aku melakukan.

Aku ini menjadi isterimu yang ingin dipimpin bukan datang dengan seribu kesempurnaan.

Aku seperti manusia lain yang tidak lari dari kesilapan dan aku juga punya sifat marah, janganlah terus menghukumku dengan jahat.

Kisah ini kisah benar yang berlaku terhadapku. Perkahwinan yang dibina tidak sampai tiga bulan akhirnya hancur berkecai.

Seolah tiada lagi kasih dan sayang. Cinta yang hampir dua tahun lebih terbina kini berubah arahnya.

Aku yang sangat merindui dan mencintainya kini terpaksa melupakanya dengan sangat dasyat.

Aku sendiri terasa seperti ia satu mimpi ngeri yang menghantuiku sehingga kini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Kakak sering pakai seluar yg ketat sendt sampai nampak celah2. Tapi terkejvt bila dia nk nikah mak langsung tk peduli

Gambar sekadar hiasan..Firstly I minta maaf sebab cerita ni agak panjang. Kisah nya bila nak kata parents tak didik, tapi bila dah besar panjang perangai berubah jadi teruk.

Kakak I salah sorang manusia mcm ni. Dari kecik kami adik beradik semua diajar jadi pembersih, tolong buat kerja rumah,

bila dah besar berbakti kpd parents, n macam2 lagi didikan yang basic serta nilai2 murni.

Tapi bila umur dia mencecah 30, perangai dia byk berubah. I setuju Pn Melati ckp yang org mcm adik dia ni “dibenci dlm diam”.

Sebab I memang ada rasa benci yang amat sangat pada perangai my sister. Ada satu masa dulu sebelum dia kahwin, dia buat my mom mcm maid dia. Baju dia semua my mom yang kena uruskan.

Dia reti campak je dalam laundry basket and my mom la yang basuh, gosok, lipat and simpan semua baju dia. Dia balik rumah lepas kerja terus tidur.

Weekend pun tak lekat kat rumah. Rambut yang berkumpul atas lantai bilik and bilik air nak kutip buang dalam tong sampah pun dia tak boleh buat.

Satu apa tak tolong. Acah ma’am besar dekat rumah parents sendiri. Lama2 my mom pun tak tahan la so dia biar je baju dia tak bergosok and berlipat. Padan muka.

Selalunya mak2 ni ada rasa excited + sedih sebab anak nak kahwin kan. Tapi my mom ckp dia tak rasa sedih langsung bila my sister nak kahwin.

Dia rasa lega sebab my sister keluar drpd rumah dia. Skrg ni kakak I dah 40-an tapi perangai pengotor, pemalas, biadap tu masih ada.

Dia bukan spesis mlwn cakap tapi dia jenis suka buat muka and suka mengeluh.

Sebelum kahwin my mom pernah tegur dia elok2 seluar dia ketat melampau sampai masuk celah p*p*t.

Itu pun dia buat muka. Kalau dimarah cebik. Dia punya perangai mengada tu memang nak mintak penampar.

Ada skali tu my mom nak tegur dia pasal something yang penting.

Memandangkan dia dah besar panjang and dah jadi mak dah, my mom tak nak la marah2. Nak ckp pun dengan husband dia skali.

Lagipun marah2 ni penat, stress and mengeruhkan keadaan je. So my mom tegur elok2 je dengan nada bercerita siap gelak2 lagi sebab nak make sure tak ada nada marah2.

Sebagai seorang ibu, my mom yang ada perasaan nak jaga hati anak sendiri. Tapi my sister time tu la dia nak bangun duduk mengemas bag dia dengan menghempas2 barang and tak pandang langsung my mom.

Depan anak and husband dia pulak tu dia buat perangai mcm tu. Elok sgt la tu. Esok lusa anak dia ikut perangai dia memang padan muka.

My mom ckp dia memang dari kecik lagi perangai dia tak boleh ditegur langsung. Acah perfect. Dulu sebelum dia kahwin masa dia nak tukar kereta baru, dia merungut2 sebab dia tak cukup duit.

My parents bukannya org senang tapi atas dasar sayangkan anak and rasa kesian, my dad top up duit so that dia dapat beli kereta idaman dia.

Fast forward to 10 years later, dia boleh lupa pertolongan my dad. So korang boleh agak la yang dia belum bayar balik lagi my dad sebab dalam otak dia,

apa yang dia ingat is dia beli kereta tu semua guna duit dia sendiri. On top of duit beli kereta tu,

dia jgk berhutang dengan my parents berpuluh2 ribu ringgit yang skrg ni dah masuk bertahun2 satu sen pun dia tak pernah bayar.

Dia buat bodoh je. Kalau tak mampu, duduk bincang la dengan parents, mintak maaf tak mampu bayar lagi. Ini sekali pun tak pernah. Bukannya kena bayar semua sekaligus.

Bayar sikit2 setiap bulan pun tak apa. Kalau hutang dengan bank tau pulak bayar. Tak cukup dengan berhutang, ambil duit my mom pun pernah.

Dah la tak balas jasa mak bapak, kenang budi dorang pun tidak. Parents kita kerja kuat siang malam simpan duit untuk keperluan anak2,

utk bekalan hari tua, utk dorang enjoy duit sendiri setelah penat bekerja and supaya tak menyusahkan anak2.

Tapi my sister boleh selamba buat perangai tak senonoh tak kisah and tak kesian langsung pada parents sendiri.

Dari dulu sampai skrg kalau dia nak komplen pasal keadaan ekonomi dia, sepuluh jam tak habis komplen mcm dia je la laki bini dua org yang tak cukup duit.

Orang kalau betul2 duit tak cukup, tak ada beli mainan untuk anak2 setiap minggu, selalu pergi tengok wayang dengan budak2,

berdating laki bini pergi tempat yang my parents dengan I pun tak mampu pergi and tak ada nya nak masukkan anak dalam kelas menari yang bukannya penting mana pun.

Kelas memasak ke kelas taekwando ke ok la banyak faedah. Memang mainan yang dia beli tu bukan mahal tapi kalau setiap minggu beli sebulan total jadi 50 ringgit jgk.

50 ringgit tu boleh je tolak hutang kalau ikhlas nak bayar. And kalau betul2 tak mampu, tak mt pun budak2 tu tak dapat mainan, tak tengok wayang and tak belajar menari.

Benda2 mcm ni sebenarnya tak ada isu pun sebab itu duit dia, so apa dia buat, apa dia beli and kat mana dia makan dengan duit dia, itu hak dia.

Tapi benda ni jadi isu besar sebab dia tak ada langsung rasa tanggungjawab nak berbincang pasal hutang,

tak ada rasa peduli perihal kedudukan kewangan parents sendiri and tak ada rasa kasih pada parents sendiri memandangkan my dad dah pencen.

Hutang dia adalah hak my parents and HUTANG ADALAH WAJIB DIBAYAR. We all tak pasti dia ni sebenarnya acah sengkek sebab tak nak bayar hutang punya pasal,

atau dia acah mewah sampai betul2 tak cukup duit. Tapi apa2 pun yang sebenarnya, laki bini ni dua2 tak reti malu.

Kalau nak komplen pasal tak cukup duit and indirectly telling my parents dia tak mampu nak bayar hutang, jgn la cerita and tunjuk spend duit sana sini.

Kenapa nak tambahkan skit hati dorang? Jgn curah minyak ke dalam api. Logik kan? Akal mana? Hati perut mana? We all tau yang dia baru naik pangkat.

Naik pangkat selalunya gaji pun naik kan. Happy news mcm ni org yang jujur and tak ada ulterior motive akan share dengan family.

Tapi my sister tak share. We all suspek sebab dia nak terus acah sengkek sebab tak nak bayar hutang.

Bila my dad belikan makanan utk dia, dia bayar balik my dad tepat2 harga makanan dia je. Nak bagi duit lebih utk cover my dad punya share pun tak boleh.

Punya la berkira. My dad yang dulu blur sikit pasal perangai dia makin lama makin nampak and adik I yang jenis cool pun dah bertambah2 rasa geram and meluat.

Kakak I ni la puncanya my mom dapat bp tinggi. My mom pernah ckp kat i, i love her no matter what because she is my daughter but i don’t like her.

Bila dia dtg rumah my parents i memang rasa tak kuasa nak melayan cerita dia. Selalu nak mengata org mcm dia je yang pandai. So i selalu buat tak dengar and sibukkan diri main dengan budak2.

Kengkadang tu tengok muka dia and dengar dia bercakap pun rasa meluat yang tak boleh nak describe. Tak sedar diri. Muka tak malu. Self-absorbed nak sangat.

I tak tau if my sister follow or tak follow page ni. Tapi harap2 dia akan terbaca somehow. To my sister, do something about your hutang to Mama Papa, NOW. Hutang jgn ambik ringan. It’s serious in Islam. Google it.

Also, sudah2 la kedekut and berkira dengan Mama Papa who have done so much for you. Cari keredhaan and keberkatan from them and from Allah.

Apa2 yang you give to them, ganjaran yang Allah bagi to you will be berlipat ganda. The more you give, the more you gain.

If not in this world, in the hereafter inshaAllah dapat. Ni Mama Papa pernah ajar. Allah is still giving you a chance. Grab it and don’t waste it.

We are lucky they are still around. Once they are gone, that’s it for us. Remember, Allah boleh balas to you dengan anak yang memperlakukan parents dia the way you buat dekat Mama Papa.

To all readers, jangan la kita selalu menyalahkan ibubapa bila seseorang itu berkelakuan jahat.

Walaupun banyak kes kelakuan buruk manusia berpunca drpd tiada didikan sejak kecil, byk jgk kes yang didikan yang diberi hampir sempurna and sama rata tapi akhirnya anak2 yang dah dewasa berubah ke arah yang tidak baik.

Nama pun dah dewasa, dah besar panjang, so ada atau tak ada didikan kita semua dikurniakan dengan akal yang membezakan kita dengan haiwan.

Kalau ada yang dapat tempias perangai my sister ni terdetik “mak bapak dia tak ajar ke?” I akan rasa teramat sedih.

Sumber : Your Sister

Continue Reading

Trending

Susulan Ditegur Fidtri Akibat Mulutnya Celupar, Ini Respon Eira Selepas Tau Fidtri KemaIangan

Instafamous dan pengasas produk Eira Aziera membuat permohonan maaf secara terbuka.

Itu dilakukan kepada pemilik restoran 35 di Melaka dan pemilik akaun Facebook (FB) Suharnizan Md Sidek, selepas menyamakan bentuk tubuh wanita tersebut dengan haiwan

Eira telah memuat naik sebuah hantaran video membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dua individu tersebut, di laman sosial FBnya, awal pagi tadi.

Pengasas produk yang tular sejak beberapa hari ini itu mengakui telah melakukan penghinaan terhadap bentuk tubuh (body shaming).

Serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemilik kedai 35 dan Suharnizan, ketika membuat ‘live’ di FB.

Beri Kesan Kepada Ahli Keluarga, Suami

Insiden yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira

“Sahabat², terutamanya Suami Eira dan Anak Eira Qalesya serta Agent² Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia.

Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira.

Tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang. In Shaa Allah

Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen Negatif terhadap Eira.

Sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua. Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira.

Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua.

Ini membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini. In Shaa Allah

Kerana manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan.

Manusia tidak sempurna begitu juga saya Eira Azira..”

Kontrak Duta Bersama Klubna Laleh Dibatalkan

Mengikut status terbaru dari jenama produk Klubna Lelah yang sedang di promosi oleh seorang influencer,

pihak mereka telah menamatkan kontrak selaku duta produk dengan serta merta

Susulan Ditegur Fidtri Akibat Mulutnya Celupar, Ini Respon Eira Selepas Tau Fidtri KemaIangan

“Checkmate untuk influencer terkenal”

Puan Suharnizan sudah serahkan kes kepada peguam.

Menurut perkongsian dari peguam Nor Zabetha, tindakan samann bakal di ambil terhadap Eira kerana pengh1naan melampau

Peguam Tampil Huraikan Kes

Menerusi video yang tular, jelas kedengaran suara pemilik restoran yang memberi teguran dengan suara yang kuat.

Ini melarang wanita berkenaan membuat reviu di premisnya.

Pagi ini Eira telah tampil dengan anaknya tampil dalam satu video permohonan maaf.

Walaubagaimanapun, menurut peguam ini, tindakan sam4an dari Puan Suharnizan akan tetap di teruskan

Berikut perkongsian terkini dari peguam

Saman 2 Juta Dikemukan

Susulan Ditegur Fidtri Akibat Mulutnya Celupar, Ini Respon Eira Selepas Tau Fidtri KemaIangan

Di beritakan oleh kawan nya,
Puan Suharnizan ni telah filekan Saman malu sebanyak 2 JUTA.

Kepada orang yang menghina dia sesuka hati tanpa rasa bersalah. Kita tengok sejauh mana dia berdepan dengan saman ni.

Memang patut pun dia di saman sebab mulut dia terlampau puaka

Xtahu apa yang dia akan gadai ni nanti

Ingat guys!!! Jangan suka2 body shaming orang lain. Itu adalah JENAYAH

Di beritakan oleh kawan nya,Puan Suharnizan ni telah filekan Saman malu sebanyak 2 JUTA. Kepada orang yang menghina dia…

Posted by Viral Media Johor on Thursday, September 17, 2020

Bukan alasan untuk membuuli walapun kaya

“Jadi dalam kes Puan Suharnizan ini, memanglah duta itu lebih kaya, lebih popular dan lebih ramai pengikut tetapi ini bukan alasan untuk membuli.

Saya betul-betul hilang sabar. Rasa macam hendak pergi bantu segera.

Tak sabar tunggu mesej saya dibalas oleh Puan Surhanizan.

Malam semalam, mesej saya sudah dibalas olehnya.

Dia ucapkan terima kasih kerana memberi sokongan tetapi katanya dia sudah serahkan kes kepada peguam.

Rupa-rupanya bila saya selidik, video kata-kata makian ini sejak bulan lepas lagi.

Hanya dimuatnaik semula dan menjadi viral setelah kes duta produk ini memviralkan tentang dia dihalau dari restoran di Melaka.

Peguam telah dilantik

Jadi bermakna, saya mesej telah lambat. Pun begitu, saya sokong usaha Puan Surhanizan telah mengambil tindakan segera dengan melantik peguam.

Lawan jangan tak lawan.

Semoga dipermudahkan urusan Puan dengan team.

Semoga memperoleh ganti rugi yang tinggi supaya menjadi pengajaran kepada yang lain.

Dengar Je Fedtri Yahya Insiden Kemalangan, Ini reaksi Eira Aziera

Pengacara Ahmad Fedtri Yahya berkongsi perkembangan dirinya selepas terlibat dalam satu insiden kemalangan.

Keadaan itu mengakibatkan kecederaan pada bahagian mukanya kelmarin.

Menerusi satu entri di Instagram, Fedtri memuat naik gambar keadaan dirinya yang kini sudah berada dalam keadaan stabil.

Begitupun, menurut Fedtri, dia menganggap insiden yang menimpa dirinya itu sebagai satu hal yang mempunyai hikmah di sebaliknya.

“Salam Jumaat. Hari berkah. Ujian tanpa diduga. Kun faya kun.

“Semoga menjadi kafarah dosa. Pasti ada hikmah,” coretnya dalam posting tersebut.

Fedtri turut berkongsi keadaan wajahnya yang terpaksa menerima jahitan akibat kemalangan yang menimpanya selepas terjatuh sewaktu menunggang sebuah basikal.

“Syukur atas ujian ini. Betapa baiknya Allah dengan menghadirkan orang sekeliling yang cukup-cukup baik. Nikmat yang cukup besar.

“Doakan kesembuhan untuk semua,” tulisnya.

Susulan Ditegur Fidtri Akibat Mulutnya Celupar, Ini Respon Eira Selepas Tau Fidtri KemaIangan

Sementara itu, penyanyi Nora menerusi satu entri di Instagram miliknya turut memaklumkan keadaan Fedtri yang kini sudah menunjukkan perkembangan positif ketika melawatnya di hospital.

“Alhamdulillah, sahabat kita sudah boleh senyum dan sembang macam biasa. Allahuakbar.

Sama-sama kita doakan segera sembuh dan kembali bekerja seperti sedia kala,” kongsi Nora.

Terdahulu, Ahmad Fedtri dilaporkan terlibat dalam satu kmalangan selepas terjatuh ketika cuba menunggang sebuah basikal usai membuat liputan program Kayuhan Hari Malaysia.

Sebelum ini, Fedtri juga ada mengulas mengenai isu yang melibatkan Eira

Usahawan wanita guna perkataan ke3sat, Fedtri Yahya ada ‘Back Up’ Wanita Kedah

Jika sebelum ini rakyat Kelantan sering menjadi bahan cemuhan, terbaru wanita Kedah pula disebut-sebut warganet.

Ia berikutan video tular menunjukkan kelancangan usahawan wanita yang menggunakan perkataan ke3sat, baru-baru ini.

Tindakannya itu mendapat kecaman ramai yang tidak senang gaya percakapannya yang kasar.

Malah, ada seorang pengguna Twitter menciap mengenainya dengan kapsyen “Sebab tu aku benci perempuan Kedah bebel”.

Wanita itu merupakan individu sama yang membuat pendedahan dihalau dari sebuah restoran asam pedas popular di Melaka selepas melakukan siaran live untuk membuat ulasan produk.

Berbeza dengan pengacara dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya yang memandang dari sisi positif.

“Saya kenal ramai perempuan Kedah. Elok je. Tengok keimanan orang jugalah.

“Bukan kategori cakap satu ayat penuh bab* anak haram semua. Jenis ni tak tahulah nak cakap apa,” ciapnya.

Susulan Ditegur Fidtri Akibat Mulutnya Celupar, Ini Respon Eira Selepas Tau Fidtri KemaIangan

Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Tetapi, janganlah dipukul rata kerana rambut sama hitam, hati lain-lain.

Berikut pula reaksi dari Eira

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه .

Eira dikhabarkan Pengacara Senior TV3 Fedtri Yahya telah terlibat dengan ke-malangan jalan raya.

Follower² Eira yang Eira sayang tolong sama² doakan agar abang Fedtri Yahya cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.

In Shaa Allah. Ameen Ya Rabb

Susulan Ditegur Fidtri Akibat Mulutnya Celupar, Ini Respon Eira Selepas Tau Fidtri KemaIangan

Buang yang keruh, ambil yg jernih noh..

Continue Reading

Trending

Peguam Puan Suharnizan Telah Buka Fail, Selain Tuntutan S4MAN Sebanyak 2 Juta, Ini Antara Tuntutan yg Dikenakan

MALAYSIA: Instafamous dan pengasas produk Eira Aziera membuat permohonan maaf secara terbuka.

Itu dilakukan kepada pemilik restoran 35 di Melaka dan pemilik akaun Facebook (FB) Suharnizan Md Sidek, selepas menyamakan bentuk tubuh wanita tersebut dengan haiwan

Eira telah memuat naik sebuah hantaran video membuat permohonan maaf secara terbuka kepada dua individu tersebut, di laman sosial FBnya, awal pagi tadi.

Pengasas produk yang tular sejak beberapa hari ini itu mengakui telah melakukan penghinaan terhadap bentuk tubuh (body shaming).

Serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemilik kedai 35 dan Suharnizan, ketika membuat ‘live’ di FB.

Selepas teruuk di keecam oleh pelbagai pihak, akhirnya Eira mula menyedari kesilapan dan mengeluarkan kenyataan ini

Assalamualaikum.

“Pertama sekali, Permohonan Maaf Secara Terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat Dua (2) Insiden yang tular ketika Eira membuat “Live” di Facebook Eira Azira.

Ini di mana insiden pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan insiden kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat.

Iaitu (Body Sha-ming) terhadap individu/Pemilik Akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek.

Jujur Eira katakan, SALAH TETAP SALAH.

Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah.

Ini sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak.

Insiden-insiden tersebut telah menyebabkan ramai Follower Eira yang Eira sayang telah berkecil hati.

Dan sekaligus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk.

Beri Kesan Kepada Ahli Keluarga, Suami

Insiden yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira

Sahabat², terutamanya Suami Eira dan Anak Eira Qalesya serta Agent² Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia.

Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira.

Tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang. In Shaa Allah

Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen Negatif terhadap Eira.

Sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua. Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira.

Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua.

Ini membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini. In Shaa Allah

Eira berharap agar PEMILIK RESTORAN 35 di Melaka dan Pemilik Akaun Facebook SUHARNIZAN MD SIDEK serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat memaafkan kesalahan Eira.

Ini dibuat samada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting “Live” di Facebook yang terlibat.

Akhir kata dari Eira,

“…Maaf adalah tanda keikhlasan selepas melakukan kesilapan.

Kerana manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan.

Manusia tidak sempurna begitu juga saya Eira Azira..”

Kontrak Duta Bersama Klubna Laleh Dibatalkan

Mengikut status terbaru dari jenama produk Klubna Lelah yang sedang di promosi oleh seorang influencer,

pihak mereka telah menamatkan kontrak selaku duta produk dengan serta merta

Telah Buka Fail, Selain Tuntutan S4MAN Sebanyak 2 Juta, Ini Antara Tuntutan yg Dikenakan

“Checkmate untuk influencer terkenal”

Puan Suharnizan sudah serahkan kes kepada peguam.

Menurut perkongsian dari peguam Nor Zabetha, tindakan samann bakal di ambil terhadap Eira kerana pengh1naan melampau

Peguam Tampil Huraikan Kes

Menerusi video yang tular, jelas kedengaran suara pemilik restoran yang memberi teguran dengan suara yang kuat.

Ini melarang wanita berkenaan membuat reviu di premisnya.

Pagi ini Eira telah tampil dengan anaknya tampil dalam satu video permohonan maaf.

Walaubagaimanapun, menurut peguam ini, tindakan sam4an dari Puan Suharnizan akan tetap di teruskan

Berikut perkongsian terkini dari peguam

Saman 2 Juta Dikemukan

Telah Buka Fail, Selain Tuntutan S4MAN Sebanyak 2 Juta, Ini Antara Tuntutan yg Dikenakan

Di beritakan oleh kawan nya,
Puan Suharnizan ni telah filekan Saman malu sebanyak 2 JUTA.

Kepada orang yang menghina dia sesuka hati tanpa rasa bersalah. Kita tengok sejauh mana dia berdepan dengan saman ni.

Memang patut pun dia di saman sebab mulut dia terlampau puaka

Xtahu apa yang dia akan gadai ni nanti

Ingat guys!!! Jangan suka2 body shaming orang lain. Itu adalah JENAYAH

Di beritakan oleh kawan nya,Puan Suharnizan ni telah filekan Saman malu sebanyak 2 JUTA. Kepada orang yang menghina dia…

Posted by Viral Media Johor on Thursday, September 17, 2020

“Semalam saya mesej Puan Suharnizan, mngsa viral oleh seorang duta produk.

Saya tawarkan untuk hulurkan bantuan secara mewakili kesnya di mahkamah.

Keterlaluan sangat kata-kata makian terhadapnya. Kali ini, kita mesti ajar. Ajar untuk saman di mahkamah.

Ajar untuk tuntut ganti rugi sebanyak mungkin. Ajar tentang adab dan budi bahasa.

Ajar supaya lebih tahu merendah diri selepas ini.

Saya pantang lihat orang dibuli. Memang saya jadi marah.

Ini adalah perbuatan booli.

Kerana galakkan inilah lawak Body Sha-ming makin menjadi-jadi.

Kerana itu juga, remaja-remaja atau peminat-peminat yang menjadikan pelawak-pelawak ini sebagai idola.

Mengikuti gaya lawak ini dengan membahan teman-teman disekeliling dan tambah teruk apabila ada galakkan dari orang keliling.

Body Sha-ming bukan jenaka. Body Sha-ming adalah penghinaan dan pembulian dan salah di sisi undang-undang!

Selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia anda boleh didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a), Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Ini kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll iaitu dengan mengeluarkan komen apa-apa komen berbentuk lvcah.

Sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugvt atau mengganggu orang lain.

Hukumannya danda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenj4rakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.” Kata Nor Zabetha

Puan Suharnizan kerja di Pesuruhjaya Sumpah.Kenal ramai peguam

“Sewaktu saya mesej, saya semak juga profil Puan Suharnizan.

Saya lihat antara profesion yang disenaraikan oleh Puan Suharnizan adalah Pesuruhjaya Sumpah.

Pesuruhjaya Sumpah ini memang banyak berurusan dengan peguam. Pasti dia kenal mana-mana peguam yang dia selesa.

Tambah pula profilnya ditulis di Johor. Saya pula di Gombak. Jauh. Barangkali tawaran saya akan ditolak.

Tapi tak apa. Saya cuba juga. Saya mesej dan saya nyatakan hasrat untuk membantu dan mewakili kerana saya rasakan perbuatan body sha-ming.

Dan menjatuhkan reputasi terhadapnya dan keluarga oleh pengasas produk itu teramat keterlaluan.

Bukan alasan untuk membuuli walapun kaya

“Jadi dalam kes Puan Suharnizan ini, memanglah duta itu lebih kaya, lebih popular dan lebih ramai pengikut tetapi ini bukan alasan untuk membuli.

Saya betul-betul hilang sabar. Rasa macam hendak pergi bantu segera.

Tak sabar tunggu mesej saya dibalas oleh Puan Surhanizan.

Malam semalam, mesej saya sudah dibalas olehnya.

Dia ucapkan terima kasih kerana memberi sokongan tetapi katanya dia sudah serahkan kes kepada peguam.

Rupa-rupanya bila saya selidik, video kata-kata makian ini sejak bulan lepas lagi.

Hanya dimuatnaik semula dan menjadi viral setelah kes duta produk ini memviralkan tentang dia dihalau dari restoran di Melaka.

Peguam telah dilantik

Jadi bermakna, saya mesej telah lambat. Pun begitu, saya sokong usaha Puan Surhanizan telah mengambil tindakan segera dengan melantik peguam.

Lawan jangan tak lawan.

Semoga dipermudahkan urusan Puan dengan team.

Semoga memperoleh ganti rugi yang tinggi supaya menjadi pengajaran kepada yang lain.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.