Connect with us

SEJAK hampir tiga bulan lalu, apabila negara dilanda pandemik Covid-19, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mula menjadi ‘wajah kesayangan’ rakyat Malaysia.

Kemunculan beliau sebagai menteri yang menyampaikan laporan perkembangan harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam sidang media harian pada 2.00 petang setiap hari, dinantikan rakyat.

Selain Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang akan membentangkan laporan harian kesihatan mengenai Covid-19 pada 5.00 petang.

Dalam satu wawancara khas untuk sebuah dokumentari mengenai PKP, baru-baru ini, Ismail Sabri berkongsi cabaran dan rutinnya menyampaikan sidang media termasuk cerita di sebalik pakaiannya yang turut ‘mencuri’ perhatian penonton dan warganet:

S: Datuk Seri dipertanggungjawabkan menjaga kementerian dan juga muncul di kaca TV setiap hari. Perasaan pada sidang media yang pertama sejak PKP?

J:Nervous (Gementar). Sidang media dibuat selepas mesyuarat pertama Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk menyelaras apa yang dibuat oleh kementerian lain.

Sudahlah hari itu mesyuarat pertama, agak gementar juga mempengerusikan mesyuarat pertama dalam kalangan menteri-menteri yang dahulunya duduk di kerusi berlainan (fahaman politik) dengan saya.

Ada lebih kurang 20 menteri berkaitan yang wajib ada dalam mesyuarat itu berserta dengan agensi berkaitan yang lain.

Sudah tentu ini satu perkara yang saya anggap tugas yang amat berat kerana saya terpaksa memberikan makluman terkini kepada rakyat, yang kita tak tahu sejauh mana penerimaan rakyat kepada apa yang saya lakukan.

Pengumuman harian itu penting kepada rakyat.

Apatah lagi ketika itu PKP ini masih terlalu awal untuk rakyat memahami dan lebih memberatkan saya adalah saya terpaksa menyekat banyak perkara.

Rutin harian rakyat, saya akan memaklumkan ini tak boleh, itu tak boleh, sudah tentu perasaan saya ketika itu adalah begitu gementar kerana takut tidak dapat diterima oleh rakyat.

S: Pastinya sebelum sidang media tersebut, ada amanat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Boleh Datuk Seri kongsikan?

J: Perdana Menteri tentu sahaja minta tidak ada isu ataupun tindak balas yang negatif daripada rakyat, untuk saya memastikan tidak ada tindak balas negatif daripada rakyat itu lebih sukar kerana pertama kali kita berhadapan perkara-perkara ini.

S: Buat pertama kali dalam sejarah negara, seluruh jentera pentadbiran negara digerakkan bagi memastikan PKP dikuatkuasakan.

Datuk Seri menggalas tanggungjawab berat apabila perlu mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut disertai sejumlah besar menteri Kabinet yang lain.

Bagaimana kerjasama daripada anggota mesyuarat lain?

J: Mesyuarat khas menteri-menteri dihadiri oleh hampir 20 kementerian, jadi mesyuarat ini membabitkan lebih daripada separuh menteri Kabinet, hampir dua pertiga daripada ahli Kabinet.

Itu tidak termasuk ketua jabatan lain seperti Panglima ATM (Angkatan Tentera Malaysia), Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Pengarah JIM (Jabatan Imigresen Malaysia), APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia), Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) dan pelbagai jabatan lain.

Sejak hari pertama lagi saya mendapat kerjasama terbaik daripada rakan-rakan menteri Kabinet dan juga ketua-ketua jabatan.

S: Setiap hari muncul di kaca TV, Datuk Seri dilihat begitu yakin setiap kali muncul pada sidang media, menjawab soalan dengan begitu mudah dan kadangkala sambil berjenaka.

Bagaimana Datuk Seri mendapat semangat dan keyakinan untuk berdepan dengan media dan rakyat dalam membentangkan perkembangan PKP setiap hari?

J: Rutin saya bermula dengan mesyuarat khas menteri-menteri pada pukul 9.00 pagi setiap hari.

Pada ketika ini semua input untuk saya bentangkan laporan harian akan dikumpulkan.

Sejak PKP dilaksanakan rutin ini berlarutan tujuh hari seminggu, tidak ada cuti, hujung minggu dan cuti umum pun mesyuarat juga kecuali hari raya pertama, itu dah dipersetujui semua.

Selepas itu sebelum saya muncul di TV, saya ada kumpulan yang membantu terdiri daripada pegawai-pegawai saya, SUA (setiausaha akhbar) saya dan UKK (unit komunikasi korporat).

Saya juga dibantu oleh ‘war room’ PMO (Pejabat Perdana Menteri), terdiri daripada pelbagai pihak termasuk media pun ada.

Jadi sebelum saya menjawab, kita telah bincang.

Dan saya lebih mudah untuk menjawab kerana kita telah buat jangkaan soalan-soalan daripada media, ia mestilah berkisar perkara yang diperkatakan pada hari sebelum dan pada hari itu.

Soalan media tak lari jauh daripada apa yang dibincangkan oleh rakyat.

Saya juga mendapat maklum balas orang ramai daripada (aplikasi) WhatsApp, ramai yang tahu nombor saya dan akan sampaikan pandangan mereka, apa yang tak puas hati disuarakan kepada saya.

Begitu juga komen-komen dalam FB (Facebook) dan Instagram saya, pandangan itu saya ambil dan berbincang dengan war room.

Sebab itulah nampak agak relaks sikit daripada segi menjawab soalan.

Saya terpaksa menunjukkan keyakinan kerana saya mewakili kerajaan, saya memberi nasihat supaya rakyat patuh dan sebagainya.

Bayangkan jika saya gementar di depan kamera, akhirnya orang takkan yakin dengan saya dan kalau orang tak yakin dengan saya, tentulah tak yakin kepada kerajaan kerana saya berdiri setiap hari di depan TV mewakili kerajaan.

S: Adakah Datuk Seri melihat maklum balas daripada rakyat yang Datuk Seri dapati hasil daripada pantauan media sosial membantu memperkasakan PKP?

J:Benar, saya percaya memang pandangan daripada rakyat membantu memperkasa dan mempermudahkan kerja-kerja yang saya lakukan.

Ini kerana mereka terbabit secara langsung, mereka berada di akar umbi, apa yang kita putuskan (disampaikan) terus kepada diri mereka.

Kalau ada isu yang mereka tak puas hati mereka beritahu saya, sebenarnya itu melalui pengalaman mereka.

Mereka beri pandangan macam mana (untuk) tingkatkan (SOP), sebab itu saya catatkan dan kita akan bincang dalam mesyuarat khas menteri-menteri.

Banyak yang saya bawa dalam mesyuarat dan saya akan kata ini adalah pandangan daripada rakyat di akar umbi.

S: Pada pandangan Datuk Seri, apakah hikmah dan pengajaran terbaik yang boleh rakyat Malaysia peroleh daripada COVID-19?

J:Kerjasama. Kalau ikutkan, naluri kita sebagai manusia memang suka bebas dan tak suka disekat daripada segi pergerakan, apabila kita terpaksa hadkannya, amat sukar untuk rakyat memahaminya.

Tetapi akhirnya mereka akur dan bekerjasama dengan mengambil tindakan mengawal diri sendiri iaitu kawalan kendiri.

Kalau kita buat survei selepas sebulan adakan PKP, rakyat sendiri minta supaya jangan dilonggarkan.

Malah minta ia dilanjutkan kerana merasa belum selamat, inilah satu perkara yang berlaku kepada rakyat kita.

Jika kita lihat di negara lain, rakyat mereka adakan bantahan terhadap kerajaan kerana laksanakan PKP, tetapi di negara kita menerima dan mematuhi normal baharu yang ditetapkan.

Kalau dulu siapa yang nak beratur sampai setengah jam sehingga 45 minit kalau nak masuk pasar raya.

Sekarang ini rakyat sendiri sanggup beratur, pakai pelitup muka, dikawal pula bilangan nak masuk ke dalam premis, kerana mereka sedar itulah yang terbaik untuk keselamatan mereka.

Daripada maklumat yang disampaikan PDRM (Polis Diraja Malaysia), tahap pematuhan rakyat Malaysia kepada setiap kawalan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan adalah pada tahap lebih 95 peratus.

Kita juga ada perkhidmatan KKM (Kementerian Kesihatan) yang terbaik, tetapi tanpa kerjasama daripada rakyat kita juga takkan berjaya mengharunginya.

S: Bagaimana rutin harian ini memberi kesan kepada rutin hidup Datuk Seri dan daripada segi mengekalkan kesihatan bagaimana Datuk Seri menjaga pemakanan harian bagi memastikan diri sentiasa sihat berdepan dengan rakyat.

J:Daripada segi rutin pastinya berubah. Sejak COVID-19, memang padat sebab rutin hidup berubah mendadak, masa untuk diri sendiri hampir tiada.

Hampir tiga perempat daripada hari saya memang banyak dihabiskan di Putrajaya, saya juga mengambil masa untuk memantau media sosial saya, biasa pukul 2.00 pagi baru saya akan melelapkan mata.

Jika ditanya apa vitamin yang saya makan untuk mengekalkan kesihatan, saya makan seperti biasa.

Vitamin saya makan multivitamin asas dan vitamin C.

S: Sidang media Datuk Seri bukan hanya dinanti untuk rakyat mengetahui perkembangan mengenai PKP, mendengar nasihat dan kata-kata semangat.

Tetapi juga rakyat ternanti-nanti mahu melihat baju apa yang dipakai oleh Datuk Seri setiap hari, mungkin Datuk Seri boleh ceritakan bagaimana Datuk Seri mendapat idea memakai baju yang menarik perhatian?

J:Sebenarnya ia bukan bermula dengan idea pun, secara rasminya pakaian saya untuk hari bekerja Isnin hingga Jumaat saya pakai baju kerja.

Saya tidak pakai sut, tidak pakai tali leher, tidak pakai blazer kerana saya berpandangan, apabila saya pakai baju (kemeja) lengan panjang yang dilipat, walaupun rasmi, tetapi saya rasa saya lebih dekat dengan rakyat.

Dengan pakaian itu, saya bukanlah pemimpin yang jauh dengan mereka (rakyat), tetapi sebahagian daripada mereka, jadi pakaian saya rasmi, tetapi agak santai.

Pada Khamis pula memang dari dulu saya pakai baju batik, dan Jumaat baju Melayu, tetapi kerana PKP tidak ada solat Jumaat, saya tak pakai baju Melayu.

Sabtu memang hari santai, tetapi saya tidak mahu terlalu santai walau Sabtu Ahad itu hari cuti, kerana saya mewakili kerajaan.

Kerana walau hujung minggu apa yang disampaikan adalah rasmi, sama sahaja dengan hari biasa iaitu saya selaku penyampai laporan harian rasmi daripada kerajaan.

Oleh itu, saya memilih baju batik untuk saya pakai, dan baju batik pertama yang saya pakai hari itu mengubah segala-galanya.

Saya hanya ambil baju batik saya yang memang dari dulu pun berwarna-warni, apabila saya pakai, tiba-tiba dah jadi trending (sohor kini).

Bukanlah tujuan asal untuk menjadikannya trending.

Mungkin bila orang duduk di rumah sewaktu PKP, warganet jadi terlalu kreatif dan mula membandingkan baju dengan kuih.

Saya bukan setakat jadi model batik, tetapi model kuih.

Saya bertuah menantu saya seorang pereka fesyen, Jovian Madagie dan dia pun juga ada reka baju batik untuk saya, jika koleksi baju lama itu isteri saya yang sama-sama pilih baju mana yang saya perlu pakai.

Saya difahamkan selepas saya pakai baju batik tu, ramai yang tidak tahu batik Malaysia ini begitu bagus dari segi rekaan dan sebagainya, saya difahamkan selepas tular ramai dah ikut dan berminat untuk membeli.

Baru-baru ini, saya pakai baju batik daripada Karyaneka di bawah MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya).

Sebelum ini ramai anggap kalau bawah kerajaan rekaannya tak menarik, bila saya pakai motif Sarawak sempena Hari Gawai, tak sangka ramai mula masuk laman web Karyaneka untuk beli baju batik.

Dari satu segi bukan setakat saya pakai tetapi memperkenalkan batik kita yang selama ini tidak trending terutama dalam kalangan orang muda, tetapi dengan rekaan-rekaan yang nampak ceria itu orang muda juga akan pakai baju batik.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

3 Beradik Did3nda RM11,500 Kerana Jual ‘Minyak Cap Kapak’ Jenis Ni

Tiga beradik mengaku bersalah menjual 362 botol minyak angin t!ruan pelbagai saiz menggunakan cap dagang berdaftar iaitu cap kap4k.

Sinar Harian melap0rkan, Teo Fang Chin, 27, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan di Mahkmah S3syen di Melaka Tengah.

Manakala Teo Fang Hao, 25, dan adiknya Teo Wei Chiang, 23, membuat pengakuan sama di hadapan Hakim Norma Ismail di mahkmah berasingan.

Mereka didkwa meIakukan kesaIahan itu antara jam 12.28 sehingga 12.47 tengah hari di tiga buah kedai ubat di lokasi berasingan di Melaka Tengah pada 11 Ogos lalU

3 Beradik Did3nda RM11,500 Kerana Jual ‘Minyak Cap Kapak’ Jenis Ni

Lap0ran menganggarkan kesemua barang t!ruan itu bernilai RM2,123.90.

Difahamkan, tertud0h didkwa di bawah Sksyen 102(1)(c) @kta Cap Dagangan 2019 dan boleh dihuk0m di bawah Sksyen 102(1)(ii) @kta sama.

Bagi kesaIahan itu, mereka boleh did3nda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau penj4ra maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sab!t kesaIahan.

Pendkwaan dikendalikan Timbalan Pendkwa Raya, Tan Chiew King dan Pegawai Pendkwa Sallim Wahid memohon barang bvkti dikembalikan untuk dilup0skan.

Manakala, Peguam Nahdan Rengganathan Abdullah yang mewakili tiga beradik itu mer@yu huk0man d3nda rendah.

Dengan alasan tertud0h perlu menyara ibu bapa dan seorang bapa saudara orang kurang upaya (0KU) selain ia kesaIahan pertama mereka.

3 Beradik Did3nda RM11,500 Kerana Jual ‘Minyak Cap Kapak’ Jenis Ni

Elesabet kemudian memutuskan Feng Chin perlu membayar d3nda RM3,000 atau tiga bulan penj4ra jika gagaI membayar.

Manakala, Fang Hao diperintahkan Norma membayar d3nda RM7,000 atau enam bulan penj4ra dan RM1,500 atau dua bulan penj4ra terhadap Wei Chiang.

Terdahulu, Sebanyak 3,641 kilogram minyak masak disita penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Taiping hasil serbuan terhadap sebuah rumah di Simpang, di sini, semalam selepas disyaki menjual barangan itu tanpa lesen.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDNHEP Perak, V Ravichandran, berkata serbuan jam 11 pagi semalam dijalankan lima pegawai penguat kuasa KPDNHEP Taiping berasaskan aduan orang ramai.

Siasatan awal mendapati premis berkenaan menjual minyak masak yang juga barangan kawalan berjadual tanpa lesen sah kepada peruncit dan pengusaha kantin sekolah sekitar kawasan Bukit Gantang dan Taiping.

“Kita menyita semua minyak masak dalam premis terbabit bersama dokumen dan transaksi jualan, membabitkan nilai sitaan sebanyak RM13,176.

“Peniaga itu melakukan kesalahan mengikut Perkara 21 Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana melanggar Perkara 3(1) peraturan sama iaitu berurus niaga barang kawalan berjadual tanpa lesen sah yang dikeluarkan KPDNHEP.

“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta.

Atau penjara tidak melebihi 3 tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber CARI.

Continue Reading

Trending

[VIDEO] ‘Eee Tak Malu, Nangis’ Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku

Berbaki dua episod sahaja lagi, drama ‘berhantu’ 7 Hari Mencintaiku kini telah membuatkan ramai penonton setianya bermain dengan emosi.

Namun, tidak dapat disangkal lagi para pelakonnya telah memberikan lakonan yang mantap dan penuh jiwa dalam setiap babak yang dipaparkan.

Drama 7 Hari mencintaimu bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Drama yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu dan telah memenangi beberapa anugerah.

Sambungan drama ini juga tidak kurang hebatnya bahkan makin hebat dari sebelumnya.

7 Hari Mencintaimu 2 juga turut mendapat tempat di hati penonton bahkan setiap hari tular tentang watak watak di dalam drama tersebut.

Turut mencetuskan fenomena, ramai yang tidak sabar menantikan drama ini setiap hari dan kesudahan pergolakan rumahtanggan antara Mia Adriana dan Khuzairi.

Mia yang berkorban cintanya demi Khuzairi pasti membuatkan ramai menangis di saat saat akhir ini kan.

Khuzairi yang masih tidak tahu niat sebenar Mia mengangapkan yang isterinya sudah tidak menyayanginya dan ingin dia mengahwini Nurul.

[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku

Agak agak apakah kesudahan drama ini melalai sudutan drama ini Khuzairi sudah lengkap berbaju pengantin.

Pasti ramai tertanya tanya dan tidak sabar untuk menantikan episod akhir ini.

Tetapi ada individu yang tidak bertangungjawab berkongsi episod penuh untuk episod akhir di twitter.

Individu tersebut di katakan mengambil kesempatan untuk mendapatkan publisiti.

[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku

Menerusi perkongsian daripada instagram penulis asal drama ini Siti Rosmizah dia berkongsi gambar laporan polis yang dia sudah buat pagi tadi. Individu itu memuat naik episod akhir di twitter.

Menurut penulis drama tersebut dia kesal dengan sikap sesetengah individu yang mengambil kesempatan dan tidak hormat karya orang.

Dia juga sempat memberi amaran kepada yang ada simpanan episod akhir drama tersebut untuk tidak siarkan di umum jika tidak akan di kenakan tindakan sewajarnya.

Perkongsiannya kemudian di padam setelah 2 jam. Mungkin tidak ingin mencetuskan lagi kontr0versi.

Siapakah gerangan individu yang tidak bertangungjawab itu kan.

Sanggup berkongsi dan mer0sakkan karya orang dan juga drama tv3 semata mata ingin publisiti.

[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku

Ramai yang menyokong hasil karya dari Siti Rosmizah dan mengharapkan agar tv3 terus siarkan drama adaptasi novel daripada karya Siti Rosmizah.

Jika betul sudah ramai yang menonton episod akhir drama 7 Hari Mencintaimu 2, tidak menjadi kejutan lah kan episod akhir.

Sudah pasti majoriti daripada peminat drama ini menantikan ending drama ini. Adakah endingnya sedih ataupun happening.

Apakah kesudahan perkahwinan antara Khuzairi dan Nurul.

[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku

Semoga semua team drama 7 Hari mencintaimu 2 terutamanya penulis asal drama ini juga terus kuat dengan ujian ini.

Biasalah kan drama ini terlalu trending di laman sosial pasti akan ada yang ingin mengambil kesempatan.

Apa apa pun drama 7Hari mencintaimu 2 sangat best dan semua watak memberi pengajaran yg sangat mendalam kepada penonton.

Syabas kepada penulis asal drama ini.

Mengalir air mata Pak Samad

Antara yang layak mendapat pujian, adalah babak antara Mak Leha dan Pak Samad lakonan Kazar dan Liza Abdullah yang telah berjaya meruntun jiwa penonton.

View this post on Instagram

Mak Leha terdiam langsung dengar kata-kata Pak Samad😢 hajat Mak Leha dah tertunai dah sekarang😭 . #7HARIMENCINTAIKU2 Mulai 2 Julai 2020 Setiap Isnin hingga Jumaat 7 Malam hanya di Akasia @tv3malaysia . Adaptasi Novel 7 Hari Mencintaiku 2 karya @sitirosmizahsemail Arahan : @khanmancung Terbitan : @sronesdnbhd Dibintangi oleh @sallywho @shukriyahaya @lala.wansharmila @syazwanzulkifly @lizza_abdullah @kazar35 @jajailiyes_ @bilazali @jasminhamidjh @seanlje @dhia_ly_official @puterirafasya1 @shaharuddinthamby @wafarienaroslan @_anneabdullah08 @razzuanrosli @syaffiqsahli Dan ramai lagi . OST Aku Bidadari Syurgamu – @ctdk . #7harimencintaiku2 #akasiatv3 #tv3malaysia #sitisaleha #shukriyahaya #wansharmila #sofi #syazwanzulkifly #khuzairi #miaadriana #ctdk #7harimencintaiku #dramasangat #Malaysia #kitabaikramaisayang #sitinurhaliza #seanlee #kitajagakita #buntat #paksamad #makleha #fightcovid19 #kitamestimenang #sitirosmizah #dramaadaptasinovel #akubidadarisyurgamu

A post shared by 7 Hari Mencintaiku 2 (@_7harimencintaiku2) on

Runtunya jiwa seorang ayah

Dalam babak itu, runtunnya jiwa seorang suami dan ayah melihat kebahagiaan keluarga mula musnah, yang dilakonkan Kazar begitu menyentuh hati.

Lakonan semua menjadi!

Kualiti lakonan dua pelakon  legend ini telah membuat para penonton mengalir air mata, malah rata-rata penonton tidak sabar lagi menanti apakah pengakhiran drama ini.

[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku

Syabas diucapkan buat para pelakon dan produksi yang menjayakan drama 7 Hari Mencintaiku ini, telah menyuntik satu kualiti baru dalam drama Melayu.

Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku

Drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 hampir sampai ke penghujungnya. Drama arahan Jamal Khan ini telah mendapat sambutan luar biasa.

Ini dari penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Menerusi perkongsian video daripada pengguna Facebook Farah Aien menyaksikan reaksi anak saudaranya kelihatan mudah tersentuh dengan babak sedih yang dipaparkan dalam drama tersebut.

anak buah aq yg sorg ni kalau cerite part sedih mcm nilah jadinye😂😂hati tisu betul😂😂

Posted by Farah Aien on Thursday, August 13, 2020

Jatuh air mata jantan tu!

Perkongsian video ini di laman Facebook Farah Aien telah mendapat lebih 4.7ribu tanda kongsi dan 106ribu tontonan umum.

Petikan video ini menyaksikan tindakan dan reaksi mer4ung seorang kanak-kanak lelaki yang mudah tersentuh dengan babak sedih dalam drama itu.

Drama pada episod 31 itu menceritakan konflik perkahwinan watak Khuzairi yang tetap degil untuk berkahwin dengan Nurul meskipun telah dirayu oleh ibunya, Mak Leha.

Sebelum ini, Mak Leha bertegas untuk mengahwini Khuzairi bersama Nurul atas niat untuk membalas dend4m kepada Yati iaitu ibu Mia Adriana. Sehinggakan dia benc1kan Mia, menantunya sendiri.

Babak pada episod 31 itu menjadi semakin beremosi dan sedih apabila keputusan pernikahan yang diaturkan itu terletak pada tangan Khuzairi.

Isterinya, Mia juga nekad untuk berjauhan setelah majlis bernikahan Khuzairi dan Nurul selesai nanti.

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini akan berakhir menemui penonton pada episod 33.

Apakah kesudahan hubungan antara Khuzairi dan Mia Adriana?

Nantikan episod terakhir dengan menonton secara atas talian secara live di Tonton atau iQiYi.

Continue Reading

Trending

Pengampunan Anwar Tidak SAH, dan Dia Harus Kembali ke Penjara

DS Anwar telah dipermainkan sekali lagi oleh Tun Mahathir.

Saya rasa ada kemungkinan besar bahawa Nuar telah dimain sekali lagi oleh PM7.

Nuar diampunkan dan dibebaskan dari penjara pada 16 Mei 2018.

Iaitu kira-kira seminggu selepas PRU14 setelah Lembaga Pengampunan memberi nasihat kepada YDP Agong masa itu.

Tapi masalahnya ialah di bawah Perlembagaan Persekutuan, sebuah Lembaga Pengampunan yang sah hendaklah terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri itu.

Tapi dalam kes Anuar ianya Menteri Wilayah Persekutuan kerana Nuar dipenjarakan di Kuala Lumpur dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh YDP Agong.

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara42-Ma.Html

Apabila Nuar diampunkan dan dibebaskan pada 16 Mei 2018:

“Anwar bebas”

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/426377/anwar-bebas

1. Peguam Negara lama Tan Sri Apandi Ali telah diarahkan rehat.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/425815/apandi-diarah-bercuti-serta-merta

2. Tommy Thomas hanya angkat sumpah jadi Peguam Negara hanya pada 5 Jun 2018.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/agong-perkenan-pelantikan-tommy-thomas-sebagai-peguam-negara-177343

3. Jawatan Menteri Wilayah Persekutuan belum lagi diisi setelah BN kalah PRU14 dan Khalid Samad hanya angkat sumpah pada 2 July 2018 dan hanya mula kerja hari kemudian.

https://www.facebook.com/KemWP/posts/2003146426376434

Maka persoalannya ialah: siapakah dalam Lembaga Pengampunan yang memberi nasihat kepada YDP Agong untuk mengampunkan Nuar pada 16 Mei 2018.

Sedangkan tiada Peguam Negara dan tiada Menteri WP masa itu

Sebab itu peguam Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu mahkamah hari ini bahawa lembaga pengampunan telah memberi nasihat pengampunan tidak sah kepada YDP Agong.

Dan dengan itu, pengampunan Nuar pun tidak sah dan dia perlu masuk balik ke dalam.

Namun persoalan yang lagi besar ialah: Takkan seorang PM7 dengan pengalaman 22 tahun pada masa itu dengan segala barisan penasihat serta loyar-loyar dia.

Ini termasuk loyar yang memberitahu mahkamah hari ini bahawa pengampunan Nuar tak sah) dengan tidak sengaja melanggar perlembagaan Malaysia.

Kemudian dngan membenarkan sebuag Lembaga Pengampunan yang tidak sah untuk memberi nasihat pengampunan yang tidak sah bagi Nuar?

Kenapa dulu peguam Mahathir tak nasihat dia?

Kenapa hanya sekarang baru peguam Mahathir sebut proses itu salah dan tak sah?

Saya rasa ada kemungkinan besar bahawa Nuar telah dimain sekali lagi oleh PM7.Nuar diampunkan dan dibebaskan dari…

Posted by Najib Razak on Friday, August 14, 2020

Untuk Rekod, Anwar menjadi Ahli Politik pertama yang menerima pengampunan Agong.

Berita Ulang Siar Sumber Berita Harian

Datuk Seri Anwar Ibrahim  mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, menurut Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, dalam satu kenyataan, berkata Anwar diberikan pembebasan serta merta.

“Rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, telah dibentangkan dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 pada 16 Mei 2018.

“Selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan oleh Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Kemudian telah menitah perkenan bahawa rayuan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan dan diberikan pembebasan serta merta…,” katanya.

Pengampunan Anwar Tidak SAH, dan Dia Harus Kembali ke Penjara

DATUK Seri Anwar Ibrahim bersalam dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. – Foto Twitter BERNAMA

Pengampunan Anwar Tidak SAH, dan Dia Harus Kembali ke Penjara

DATUK Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V kira-kira pada jam 11.55 pagi. – Foto Twitter BERNAMA

Pengampunan Anwar Tidak SAH, dan Dia Harus Kembali ke Penjara

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.