Connect with us

Sanggup bayar RM500,000 hingga RM1 juta.

Itu harga satu tapak niaga di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) yang dijual pemiliknya kepada warga asing mahu berniaga di lokasi tumpuan umum itu sejak lebih lima tahun lalu.

Pemegang lesen tapak itu menyasarkan warga asing dari Myanmar dan Bangladesh sebagai pembeli.

Ini kerana keupayaan kewangan kumpulan itu yang tinggi dan mampu membayar jumlah yang ditawarkan.

Ibarat pisang goreng panas, warga asing hanya menanti peluang pemegang lesen warga tempatan untuk menjual tapak kepada mereka.

Kerana mereka tahu hasil keuntungan jualan yang boleh dikaut mencecah jutaan ringgit setahun.

Mendedahkan senario itu kepada Harian Metro, sumber berkata, kegiatan itu bukan lagi rahsia dalam kalangan peniaga kerana sebelum ini pasar borong utama negara itu sememangnya dimonopoli warga asing.

Rupanya ada konsortium

Menurutnya, harga tinggi ditawar tidak menjadi masalah untuk dibayar warga asing kerana mereka ada ‘konsortium’ yang mampu mengumpul dana sebanyak itu.

” Pemegang lesen warga tempatan mahu kaut untung mudah dengan jual kepada warga asing.

Namun untuk pastikan kegiatan mereka sukar dikesan, segala urusan membabitkan lesen dan permit pihak berkuasa tempatan (PBT) diurus pemegang lesen.

” Pembeli tapak warga asing pula hanya perlu bayar secara one-off (bayar sekali gus) jumlah yang dipersetujui dan segala urusan PBT akan diuruskan pemegang lesen.

Manakala warga asing akan menyamar sebagai pekerja jika pemeriksaan mengejut dijalankan,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, sumber berkata, warga asing sememangnya mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Ini kerana mereka mampu menerima upah RM300 hingga RM500 sehari sekiranya bekerja di pasar borong dan Pasar Harian Selayang.

Katanya, daripada pendapatan diterima, ia dikumpul bersama beberapa lagi rakan senegara sehingga cukup sebelum mencari pemilik tempatan mahu menawarkan tapak kepada mereka.

” Keuntungan mencecah jutaan ringgit kerana menjadi pemborong bahan mentah seperti ikan, ayam, daging dan sayuran.

Ini menyebabkan warga asing tidak kisah membuat pelaburan tinggi hanya sebuah tapak.

” Jika mereka sudah ada tapak, tiada masalah mendapatkan pelanggan kerana PBKL dan Pasar Harian Selayang menjadi tumpuan umum peniaga seluruh negara mendapatkan bekalan,” katanya.

Satu Tapak Cecah RM1 Juta. Kegiatan Warga Asing Mula Terbongkar, Ini Sebab Mereka Mampu Bayar

Beliau berkata, dakwaan itu mempunyai asas kerana masih ada sekurang-kurangnya 50 tapak pasar borong dan 100 tapak pasar harian masih lagi ‘tidak berpenghuni’ kerana pemiliknya adalah warga asing yang kini sudah tidak dibenarkan berniaga.

Katanya, pemilik tapak pula tidak mempunyai pekerja untuk menguruskan tapak berkenaan dan ia sudah lebih sebulan dibiarkan kosong.

Ini selepas operasi menggempur warga asing dijalankan di sekitar PBKL susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana Covid-19.

Tambahnya, tapak dibiar kosong itu sepatutnya tidak berlaku sekiranya pemegang lesen individu yang berniaga namun ia ditukar milik kepada warga asing demi untung mudah.

” Jika keadaan ini berterusan sudah pasti ia akan menutup peluang warga tempatan yang mahu berniaga kerana pemiliknya menjual tapak kepada warga asing.

Seterusnya ekonomi setempat akan dimonopoli orang asing berbanding warga tempatan,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Selepas 5 tahun kahwin, Sharifah Sakinah sahkan rumah tangga berkecai

Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan hubungan dia bersama suaminya Aliff Adha telah berkecai sejak Mei lalu.

Menerusi laporan BH Online, pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu berkata dia dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.

“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya.

Ketika ditanya adakah perpisahan tersebut disebabkan orang ketiga, pelakon berusia 31 tahun itu menafikan perkara tersebut.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,” ujarnya.

Spekulasi hubungan mereka sudah terlerai juga menjadi bualan selepas dakwaan Aliff menggunakan aplikasi mencari pasangan di Internet tersebar.

Enggan mengulas lanjut perkara itu, Sakinah sebaliknya mendoakan kebahagiaan bekas suaminya itu dan berkata, dia tidak berhak masuk campur urusannya.

“Berkenaan hal dia menggunakan aplikasi ‘dating’, itu haknya. Saya tak mahu masuk campur dan dia bebas buat apa dia nak.

Biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing. Itulah yang sebaik-baiknya,” katanya.

Terdahulu, status perkahwinan mereka menjadi tanda-tanya ramai apabila Sakinah sudah tidak mengemas kini berhubung hubungan mereka di media sosial.

Pasangan berkenaan bernikah pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.

Pertikai Saiz Buah D4D4

Terdahulu, kecoh kerana sekeping gambar Sakinah, yang dikatakan seksis dan rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pelakon ini memuatnaik gambar sedemikian.

Lebih memalukan ada diantara mereka yang turut meninggalkan komen-komen berunsurkan lucah seperti membandingkan saiz buah dadanya.

Biarpun begitu, segelintir pengikut Sakinah  menasihatinya agar memadam gambar tersebut.

Ini kerana bukan sahaja menjatuhkan maruahnya malah turut menjejaskan nama baik keluarganya.

Selepas 5 tahun kahwin, Sharifah Sakinah sahkan rumah tangga berkecaiSelepas 5 tahun kahwin, Sharifah Sakinah sahkan rumah tangga berkecai

Tidak lama selepas itu, adik kepada pelakon Sharifah Shahirah ini memuatnaik posting susulan yang mana kelihatan dia beraksi menutup dada dengan tangannya.

Di ruangan kapsyen pula, Sakinah sempat berseloroh seakan memerli mereka yang bertindak mengecamnya sebelum ini.

Sumber : BH Online (Zaidi Mohamad)

Continue Reading

Trending

Susah Laa Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM

Kanak-kanak merupakan aset penting sesebuah negara.

Oleh yang demikian, pendidikan kanak-kanak menjadi sangat penting dan perlu diberikan perhatian.

Pendidikan prasekolah dalam bentuk tadika sudah mula dikenali sejak tahun 1950.

Pada peringkat awal, pendidikan ini disediakan untuk kanak-kanak daripada golongan pertengahan dan atasan.

Bermula pada tahun 1960, beberapa agensi seperti FELDA dan KEMAS mula menubuhkan pusat-pusat pendidikan kanak-kanak.

Terdapat banyak pusat pendidikan bagi kanak-kanak termasuk Prasekolah, Tadika, Tabika,  Pasti dan Pusat Perkembangan.

Mari kita lihat perbezaan pusat-pusat ini…

Nak Cakap Apa Lagi Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM
Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992.

Prasekolah merupakan program pendidikan kanak-kanak yang dilaksanakan di sekolah rendah awam.

Kebanyakan sekolah membuka pendaftaran untuk kanak-kanak prasekolah berumur 6 tahun.

Tadika merupakan singkatan kepada TAman DIdikan KAnak-kanak.

Terdapat tadika yang dimiliki oleh kerajaan dan ada juga tadika yang ditubuhkan oleh pihak swasta.

Tadika boleh ditakrifkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah.

Ada tadika swasta yang bernaung di bawah jenama tertentu dan ada juga yang beroperasi secara individu.

Antara jenama tadika yang dikenali ialah seperti Tadika KRISTA, Tadika Little Chaliph, Tadika ABS Aktif Bijak Santun dan Tadika Maria.

Nak Cakap Apa Lagi Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memberi penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat.

Tabika pula adalah singkatan kepada Taman Bimbingan Kanak-kanak.

Tabika merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang diselia oleh KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Walaupun begitu kurikulum yang digunapakai oleh Tabika adalah Kurikulum Bersepadu Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program Tabika ditawarkan untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.

Nak Cakap Apa Lagi Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM
PASTI – pembelajaran akademik dan rohaniah

PASTI adalah singkatan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam. PASTI  juga merupakan salah satu insitusi yang menawarkan program pendidikan untuk kanak-kanak.

Program PASTI memberi penekanan kepada pendidikan Islami. Visi PASTI cukup jelas menyatakan hal ini iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh.

Kenyataan Media Pemuda Amanah Nasional Nasional

KALAU PASTI LAYAK, TADIKA LAIN JUGA LAYAK

1. Pemuda AMANAH sudah pun menjangkakan respon positif daripada YB Menteri Agama dalam pemberian sumbangan kepada sekolah PASTI yang dimiliki penuh oleh PAS.

2. Sekiranya PASTI layak mendapat bantuan tersebut, seharusnya sumbangan itu turut disalurkan kepada mana-mana tadika milik swasta yang lain.

Tempoh perintah kawalan pergerakan selama lebih 3 bulan amat memberikan kesan yang mendalam kepada semua tadika swasta di Malaysia.

3. Ada tadika yang langsung tidak menerima sebarang yuran bulanan sedangkan mereka harus menanggung kos operasi seperti biasa.

Gaji guru perlu terus dibayar dan bayaran sewa harus diselesaikan tepat pada waktunya juga.

4. PN bolehlah berhujah dengan alasan pengusaha tadika swasta mendapat pelbagai insentif daripada kerajaan seperti Program Subsidi Upah (PSU).

Program Pengekalan Pekerjaan (ERP), Geran Khas Prihatin (GPK), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau kemudahan pinjaman perniagaan tanpa faedah.

Tetapi mengapa PASTI mendapat ‘keistimewaan’ ini?

5. Kami percaya ianya bukan dipilih berdasarkan kepada kelayakan semata-mata.

Tetapi agensi atau pihak manakah yang mempunyai kepentingan dan akses terus dengan pejabat menteri.

Justeru, tidaklah menghairankan kerana Timbalan Menteri Agama sendiri adalah Ahli Parlimen PAS.

6. Wang cukai yang dibayar oleh rakyat, namun digunakan untuk kepentingan parti sendiri.

Tindakan ini tidak jauh beza dengan cara UMNO membina kekayaan pemimpin dan parti menggunakan wang negara.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Apa pula kata anda?

“Tak boleh nak marah dia.. apa yg dia cakap tu ada betul jugak..

Tapi smpai yg no4 tu nampak mcm dia ni bodoh skit.. bila masuk no5 rasa mcm dia mmg bodoh..

Tapi bila masuk no6 tu mmg confirm dh dia ni bodoh taik politik..”

“Pasal pendidikan anak2 kecil pon nak dipolitikkan beliau…

Hmmm ni pasti masa kecik xmasuk tadika pra sekolah pasti tapi terus masuk darjah satu sebb tu jadi camni”

Continue Reading

Trending

Aku Buka Fb Suami, Terjumpa Chatnya Dgn Ex Dia Pada Tahun 2012. Perbuatan Dia Sblm Ni Buat Aku Tersentak

Asalamualaikum admin. Saya ada suami yang hensem. Solat 5 waktu, nafkah zahir batin semua cukup.

Suami saya cukup sempurna. Sekarang saya hamil nak masuk 8 bulan.

Suami sangat teruja dengan kehamilanku dan suami siap2 sediakan semua keperluan untuk anak kami lahir nanti.

Dan bila di tempat kerja suami sering call atau wasap setiap jam untuk bertanya keaadaan aku dengan kandunganku.

Bukan itu sahaja, bila aku mengidam apa2 semuanya suamu tunaikan..

Pernah sekali aku mengidam buah tarap, masa tu kandungan aku baru 4 minggu, suami sanggup bawa aku ke sabah untuk beli buah tu. Nasib je ada jumpa min.

Baru2 ni. Aku buka fb suami. Aku terjumpa chatnya dah ex dia pada tahun 2012 dan mereka putus hubungan sebab perempuan tu kawin lain.

Aku nampak mereka chat cinta rindu segala bagai, siap nak kiss nak mandi sama2.

Yang paling menyedihkan mereka pernah terlanjur Bila aku try mesej betine tu. Rupanya betine tu dah block suami aku. Aku add dia pakai fbku. Dia approve.

Rupanya dia dah bahagia dengan suaminya. Aku benci tengok muka bekas kekasih suami ku min. Aku rasa nak tampar2 muka dia.

Aku ada pm dia. Aku bagi tau kalau aku isteri suamiku.. dia balas “ohhhh” je. Lepas tu dia block aku. Kurang ajar punya betine .

Aku tak puas hati, aku jumpa suami aku. Aku bagi tau kat dia. Kalau dia ada perempuan lain sebelum aku?

Sebab sebelum ni suami pernah cakap kalau dia tak pernah ada perempuan lain selain aku. Aku marah min. Aku ambil Al quran.

Aku suruh suamiku ceritakan apa yang terjadi. Suamiku cerita semua nya. Dia suka perempuan tu kenal di facebook. Suamiku nak melamar dia.

Tapi tak sangka dia kawin dengan orang lain. Aku tanya suami. Adakah mereka pernah terlanjur?

Suami cakap. Mereka pernah terlanjur sebanyak 3 kali.

Ya Allah. Hancur luluh hati aku min. Selama ni aku jaga maruah aku. Sebab nak beri pada yang halal.

Tak sangka suamiku buat begini. Lepas anak lahir. Aku mahu bercerai..

Aap Kata Anda?

“Pikir baik2 mem..manusia mna yg x buat silap ..kn Blum kahwin ngn mem.suaminya..

Dlm berumah tangga jngn d ungkit pkra yg lpas2…suami pn dh jujur dan berterus terang..lengkap smuanya..bg lh peluang utk bertaubat..

Bkn menghukum…lg mem dh halal kn..bernikah..ksian amk yg lahir tu .Klau bercerai..msti tnya bapaknya mna..lg pn

Klau crai lom tentu jmpa yg lg baik..takut lg teruk perangai laki barunya nti..kta lakinya hensem .rajin solat plak tu..tu urusan dia ngn Allah ..

Org hensem ni cerai kejap je dh ada pngnti..melopong nti. nti..jd yg udah tu udah Lee..

Nasihat yg baik2..insyaallah smua baik2 je..pmpuan ni smua benda sama Jee..cuma sikap je yg mbezaknya..

Baik jahat .cool ngn baran…sekian.”

“Semua orang Ada kisah Silam Samada baik atau burok. Kenapa Nak ungkit..

Saya radar saudari ni tebawa bawa perasaan cemburu smpai X boleh kawal emosi..

Jgan fikir ego kamu ajer pikir anak kat dlam perut Skali. Kamu muda dan mentah jgan sebab kebodohan kamu..

Kamu mrnyesal kemudian hari.”

“Semua org dan kebanyakan pernah lalui sejarah hitamnya. Apa yg penting “move forward” tanpa pikul kisah dibelakang.

Cuma ambil tauladan utk memperbaiki ke arah lebih baik.”

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.