Connect with us

Seorang penghidap virus Covid-19 dipercayai bertindak meludah ke arah kepala seorang lelaki yang sedang berbaris untuk membeli tiket kereta api di Thailand sebelum dia ditemui meninggal dunia di landasan kereta api tersebut.

Lelaki yang berusia 56 tahun itu didapati sedang tenat dalam kereta api tersebut pada Isnin selepas dilihat ‘batuk dan muntah’ sepanjang perjalanan.

Para pegawai kesihatan semakin risau selepas melihat rakaman CCTV di stesen Bangkok yang memaparkan perbuatan lelaki itu meludah ke arah seorang lelaki yang sedang membeli tiket daripada sebuah mesin.

Pihak berkuasa kini sedang berusaha keras untuk mengesan lelaki yang diludah itu untuk menghentikannya daripada menyebar virus tersebut kepada orang lain.

Lelaki yang dilihat berjalan menggunakan tongkat itu difahamkan sedang dalam perjalanan dari Bangkok untuk ke Narathiwat selepas kembali dari Pakistan.

Dia meludah ke arah penumpang yang tidak diketahui di Stesen Bang Sue di Bangkok, di mana dia telah menaiki kereta api tersebut pada Isnin dan kemudiannya ditemui meninggal dunia.

Pesakit Covid-19 Dipercayai Ludah Individu Lain Sebelum Ditemui Ma4ti Dalam Tren

Hasil pemeriksaan suhu badan yang dilakukan di stesen tersebut tidak berjaya membuktikan suhu badannya melepasi tahap normal seperti yang terdapat pada kebanyakan orang lain yang dijangkiti dengan virus Covid-19 itu.

Walau bagaimanapun, lelaki itu dikatakan telah batuk-batuk dan demam sepanjang perjalanan kereta api berkenaan.

Ketika kakitangan kereta api mengambil gambar dan kad pengenalannya, keadaan lelaki tersebut masih lagi dalam keadaan baik sehinggalah ke stesen berikutnya.

Satu lagi pemeriksaan suhu badan juga turut tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Pegawai menasihatkan lelaki itu supaya berehat dahulu di stesen Hua Hin, namun dia bertegas untuk meneruskan perjalanannya.

Pada kira-kira pukul 10.15 malam, kakitangan kereta api telah menemui lelaki tersebut dalam keadaan ‘pengsan’ di hadapan sebuah tandas ketika kereta apinya tiba dari daerah Thap Sakae.

Pasukan perubatan kemudiannya melakukan ujian saringan pada mayatnya lalu mendapati bahawa lelaki tersebut positif Covid-19.

Dia juga turut mempunyai penyakit kencing manis.

Penumpang lain diarah berpindah ke gerabak lain supaya gerabak itu boleh dipecah untuk memberi ruang kepada proses nyah kuman.

Pesakit Covid-19 Dipercayai Ludah Individu Lain Sebelum Ditemui Ma4ti Dalam Tren

Pengurusan kereta api berkenaan menyatakan bahawa mereka telah pun menyerahkan senarai 15 penumpang yang berada bersama gerabak yang dinaiki lelaki tersebut kepada pegawai kesihatan awam.

Sebelas yang lain telah dikuarantin, termasuk dua kakitangan kereta api dari stesen Bang Sue, seorang pengawal keselamatan, tujuh pekerja kereta api dan seorang pegawai polis kereta api berkenaan.

Tidak dapat dijelaskan berkenaan kemasukan lelaki itu ke Thailand. Dia membawa bersama sijil kesihatan yang dikeluarkan oleh seorang doktor di Pakistan pada 26 Mac.

Pengisytiharan darurat yang dilaksanakan pada Rabu lalu telah menghalang sebarang kemasukan ke negara Thailand kecuali ahli diplomat dan rakyat Thailand sahaja.

Sesiapa yang tiba di negara itu perlu melampirkan sijil kesihatan dan dikuarantinkan selama 14 hari terlebih dahulu.

Jumlah jangkitan di Thailand dilaporkan melonjak melebihi 1,700 iaitu lebih daripada 60 peratus berbanding minggu lalu. Jumlah kematian pula telah melebihi tiga kali ganda.

sumber: Daily Mail

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

Tiada Maaf bagi Pengkhian4t, Pakatan Harapan tekad Rampas Kerajaan Semula

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya dalam urusan pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan.

Titah Seri Paduka, sejurus selepas peletakkan jawatan Dr Mahathir Mohamad, baginda telah mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen pada 25 dan 26 Februari.

Memperjelas rentetan kemelut politik negara itu, Al-Sultan Abdullah bertitah pelantikan perdana menteri kelapan dibuat selepas parti-parti politik diberi masa yang mencukupi untuk membuat perhitungan secara demokrasi bagi menamakan calon masing-masing.

Sidang Parlimen ini adalah kali pertama di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas pertukaran kerajaan.

Naratif landskap politik negara telah digegarkan dengan peletakan jawatan perdana menteri ketujuh, Dr Mahathir Mohamad.

Ia susulan tindakan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) yang menyaksikan kejatuhan kerajaan PH selepas tidak sampai dua tahun mentadbir Putrajaya.

Pada titahnya, hari ini, Al-Sultan Abdullah turut menasihati kerajaan di bawah kepimpinan Muhyiddin agar melaksanakan amanah yang diberi dengan jujur dan penuh tanggungjawab serta jangan sesekali mengabaikan kesejahteraan rakyat.

“Kepada kerajaan beta di bawah kepimpinan memanda perdana menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Haji Yassin, Beta menaruh keyakinan bahawa usaha-usaha membawa negara untuk terus mendaki persada kejayaan yang lebih tinggi akan menjadi kenyataan.

“Nasihat beta, laksanakan lah amanah ini dengan jujur dan penuh tanggungjawab, serta jangan sekali-kali mengabaikan kesejahteraan rakyat jelata,” titah Seri Paduka.

Mahathir duduk blok pembangkang

Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan seramai 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan.

Ini sekali gus memberi gambaran bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Istiadat Pembukaan Penggal ke-3 Majlis Parlimen Malaysia yang ke-14.

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Sunday, May 17, 2020

Mengikut cadangan tempat duduk Dewan Rakyat yang dikeluarkan hari ini menunjukkan bahawa seramai 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan.

Seramai 107 ahli parlimen termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad duduk di blok pembangkang.

Bekas Menteri Kerja Raya Baru Bian juga duduk di blok pembangkang sebagai ahli parlimen Bebas.

Sidang Dewan Rakyat hanya diadakan untuk satu hari akan menyaksikan majlis pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga parlimen ke-14 itu hanya berlangsung seketika.

Daripada sehari, ia dipendekkan untuk mendengar titah diraja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah sahaja.

Sidang hari ini menarik perhatian ramai kerana ini merupakan yang pertama sejak Langkah Sheraton berlangsung.

Ini menyaksikan kemunculan Perikatan Nasional – sebuah gabungan tidak berdaftar – menggantikan Pakatan Harapan sebagai kerajaan.

Sidang pertama ini sepatutnya diadakan antara 9 Mac hingga 16 April lalu tetapi ditangguhkan kerana negara berdepan ancaman wabak Covid-19.

Sementara itu, Mahathir yang juga ahli parlimen Langkawi dilihat berada dalam blok pembangkang.

Difahamkam sebanyak lima ahli parlimen Bersatu termasuk Mahathir memilih untuk berada di blok pembangkang walaupun Bersatu menjadi tulang belakang kerajaan Perikatan Nasional.

Di blok pembangkang, ahli parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim dipilih sebagai ketua pembangkang.

Beliau duduk di barisan depan, diikuti ahli parlimen Kota Raja Mohamad Sabu, ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng, Dr Wan Azizah Wan Ismail dari parlimen Pandan, Lim Kit Siang, wakil rakyat Gelang Patah, Muhamad Yusof Rawa dari Parit Buntar dan Mahathir.

Pakatan Harapan Ingin Rampas kembali Putrajaya

Pakatan Harapan yang hilang mandat selepas 2 tahun memerintah, kini mereka mengatakan bahawa mereka akan kembali berusaha untuk mendapatkan mandat rakyat dengan keutamaan mengambil alih semula kerajaan.

Dalam satu mesyuarat yang telah diadakan, mereka telah bersepakat untuk meneruskan perikatan yang dibina dan meningkatkan usaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat.

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membincangkan reaksi blok pembangkang terhadap persidangan Parlimen yang akan diadakan pada hari Isnin nanti.

Mereka turut menzahirkan rasa tidak senang dengan tindakan meraih sokongan dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen melalui pemberian jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta duta-duta bertaraf Menteri.

Menurut Pakatan Harapan, apa yang sedang dilakukan oleh Perikatan Nasional adalah perkara yang tidak baik.

Ini boleh merosakkan perjalanan reformasi institusi, yang telah dibina sejak 22 bulan yang lalu.

Rampas Semula Kerajaan Kedah

Semalam merupakan hari terakhir buat Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar negeri Kedah.

Beliau dijatuhkan selepas 2 ahli PKR telah mengatakan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional.

Namun beliau dalam satu kenyataan mengatakan bahawa beliau redha dengan apa yang berlaku.

Beliau juga tidak kisah dan nekad untuk menjadi pembangkang sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bulan Mei 2023 nanti.

Mukhriz juga memberi amaran kepada mereka yang khianat, tiada tempat untuk mereka di dalam Pakatan Harapan pada masa hadapan.

Beliau juga mengelar mereka yang lompat parti atau tidak berpegang kepada perikatan yang dibina sebagai pengkhianat amanah rakyat.

Continue Reading

Berita

PKP Mungkin Akan Dilaksanakan dan Dikuatkuasakan Semula – Penasihat PM

Kerajaan perlu mengenakan larangan untuk umat Islam di negara ini pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri hujung bulan depan, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Pakar epidemiologi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, berpandangan larangan menerusi sekatan perjalanan rentas negeri seperti ketika ini.

Ia perlu dikekalkan ketika Hari Raya, sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih diteruskan atau sudah ditamatkan ketika itu.

Jelasnya, ia berikutan tindakan membenarkan perjalanan rentas negeri secara besar-besaran dalam tempoh terdekat.

Ia akan memberi risiko tinggi untuk mencetuskan ledakan penularan semula pandemik itu di negara ini.

“Adalah sangat berisiko tinggi kalau dibenarkan perjalanan rentas negeri sewaktu Aidilfitri yang hanya kira-kira empat minggu dari sekarang, iaitu satu tempoh yang sangat dekat.

“Risikonya adalah penduduk di kawasan bandar yang banyak kes positif COVID-19 seperti Kuala Lumpur dan Selangor.

Berkemungkinan membawa jangkitan itu pulang ke kampung, yang kebanyakannya memiliki jumlah kes sedikit atau kosong ketika ini.

“Perkara lebih membimbangkan ialah jika ibu bapa di kampung terkena jangkitan dan mereka berisiko serta sukar untuk pulih kerana faktor usia.

“Walaupun memang menjadi budaya rakyat Malaysia untuk kunjung-mengunjung dan mengadakan rumah terbuka ketika Aidilfitri.

Saya berpandangan kita perlu berkorban dan tidak amalkannya tahun ini,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan wajar membenarkan perjalanan rentas negeri sekiranya PKP dilonggar atau ditamatkan ketika Aidilfitri, bulan depan.

Selasa lalu, Kerajaan Indonesia melarang rakyatnya pulang ke kampung beramai-ramai menyambut Aidilfitri bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 dari Jakarta dan daerah berisiko yang lain.

Dr Awang Bulgiba berkata, antara kekhuatiran ketika ini ialah individu yang dijangkiti COVID-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala, pulang ke kampung dan menziarahi sanak saudara, hingga mencetuskan kluster jangkitan baharu.

“Perkara seperti ini terbukti apabila ia berlaku di China dan Singapura, apabila individu yang dijangkiti dan tidak bergejala, mencetuskan jangkitan di kawasan lain.

“Selagi tiada vaksin dan ubat, selagi itulah risiko penularan pandemik ini kekal tinggi. Jadi, kita perlu berkorban tahun ini,” katanya.

PKP Mungkin Akan Dilaksanakan dan Dikuatkuasakan Semula – Penasihat PM

KERAJAAN diminta menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Hari Raya Aidilfitri sebagai langkah pencegahan peningkatan Covid-19 di negara ini.

Mencadangkan perkara itu, Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, ia berikutan terdapat peningkatan kes Covid-19 di Korea Selatan dan Jerman.

PKP Akan Dilaksanakan dan Dikuatkuasakan Semula - Penasihat PM

Katanya perkembangan di kedua-dua negara itu begitu membimbangkan dan langkah berjaga-jaga perlu diambil ketika Aidilfitri.

“Sangat bimbang melihat peningkatan kes di Korea Selatan dan Jerman dan bagaimana perjumpaan berbuka puasa boleh menyebabkan maut.

“Jika kita tidak mengambil langkah untuk mencegah penyebaran (Covid-19), kita mungkin kalah daripada semua yang dibuat.

Tuhan melarang. Mari berjaga-jaga.

PKP Akan Dilaksanakan dan Dikuatkuasakan Semula - Penasihat PM

“Mungkin lockdown semasa hari raya adalah langkah pencegahan yang baik.

Mari kita laksanakannya dengan progresif, “katanya di laman Twitter hari ini.

Ciapan itu turut mengundang sokongan netizen yang rata-rata mahu kerajaan lebih tegas dalam isu itu.

Dalam ciapan itu Jemilah turut menanda akaun Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan membenarkan ziarah Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan pesta Kaamatan pada hari pertama.

Namun ianya hanya terhad dalam kalangan ahli keluarga dengan jumlah tetamu seramai 20 orang, manakala rumah terbuka perayaan tidak dibenarkan.

Pada 10 Mei lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan sehingga 9 Jun.

Beliau berkata perjalanan rentas negeri pada Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tidak dibenarkan.

Bagaimanapun orang ramai masih boleh meraikannya di kalangan ahli keluarga dan jiran terdekat yang tinggal di negeri yang sama.

Sumber: Mkini

Continue Reading

Berita

Melayu Gagal Sebab pilih penyangak jadi pemimpin, Bukan Sebab DAP

Oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad

1. Saya amat malu apabila ramai orang Melayu percaya DAP akan hncurkan kita orang Melayu jika ia berada dalam Kerajaan Malaysia.

2. Ya. Saya mengaku orang Melayu mempunyai banyak kelemahan. Mereka tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Kita dapati ramai juga orang Melayu yang miskin, yang terlibat dengan d4dah, jenayah-jenayah tertentu dan r4suah. Dalam penjara pun terdapat ramai b4nduan Melayu.

3. Tetapi benarkah orang Melayu begitu lemah sehingga sebuah parti politik boleh hancur mereka?

4. Ya. Dahulu kita dijajah oleh British. Tetapi negara sebesar India pun dijajah oleh British juga. Kita (negeri-negeri Melayu) tidak ditawan oleh British, walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis dan kemudian Belanda.

5. Kita jemput British untuk nasihat kita dalam bidang pentadbiran. Tetapi seperti di lain-lain tempat. British ambil alih pentadbiran seolah-olah kita sudah jadi jajahan takluk mereka.

6. Lepas Perang Dunia II, British kembali ke Malaya dan merancang untuk benar-benar menjadikan negeri-negeri Melayu milik mereka.

Mereka mencadang menubuh Malayan Union yang ditadbir secara langsung dari Whitehall London. Raja-raja Melayu akan hanya menjadi pentadbir agama Islam dan adat istiadat Melayu.

MacMichael paksa Raja-Raja Melayu serah negeri-negeri mereka kepada British.

7. Tidak ada rundingan dengan orang Melayu sama sekali. Tetapi kita tahu, orang Melayu bangun dan menentang Malayan Union.

Ringkasnya British, suatu kuasa dunia yang baru menang perang terpaksa tunduk kepada orang Melayu, terpaksa batal Malayan Union hanya dua tahun selepas diisytihar.

8. British ingat mudah untuk rmpas negeri Melayu seperti mereka rmpas Palestin untuk diberi kepada Yahudi.

Percubaan untuk rampas negeri Melayu, untuk sebenarnya hncurkan bangsa Melayu gagal. Gagal kerana orang Melayu menentang.

9. Mungkin sekarang ada Melayu bacul. Tetapi Melayu dahulu berani. Susulan kepada penolakan Malayan Union, Melayu tuntut kemerdekaan.

Pemuda Melayu tuntut kemerdekaan pada 1957. British bersetuju kemerdekaan diberi pada 1959.

10. Melayu tolak dan tetapkan kemerdekaan pada 1957. Dan 1957 menjadi tarikh kemerdekaan. Banyak syarat yang cuba dikenakan tetapi Melayu tolak.

11. Apabila British terbang pesawat Concorde tanpa izin dari Malaysia, Kerajaan pimpinan Melayu perkenal dasar “Buy British Last”.

Kita beli Syarikat Guthrie milik British dalam satu “Dawn Raid” yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia. Semua syarikat penjajah dibeli oleh Malaysia kerana diarah oleh pemimpin Melayu.

12. Demikian juga dengan kuasa besar yang lain. Biasanya tiap pemimpin baru negara-negara kecil di dunia, apabila dilantik akan minta untuk pergi mengadap Presiden Amerika. Kita tidak.

Perdana Menteri Malaysia yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, hanya pergi Amerika Syarikat (US) tiga tahun selepas dilantik walaupun duta Amerika Syarikat cuba mendapat temujanji sesudah sahaja Perdana Menteri baru Malaysia mengambil alih.

13. Pemimpin Melayu Malaysia sering menegur kuasa-kuasa besar apabila mereka melaku kezaliman ke atas negara yang lemah. Suara pemimpin Melayulah yang lantang menegur selewengan kuasa besar kepada Israel.

14. Percubaan dibuat oleh penyangak matawang untuk Kerajaan pimpinan Melayu Malaysia mengemis bantuan International Monetary Fund (IMF) dan World Bank.

Badan-badan ini menawar pinjaman jika Malaysia letak ekonomi Malaysia dibawah mereka.

15. Kita tolak. Kita cipta cara kita sendiri untuk mengatasi masalah keturunan nilai Ringgit. Maka pakar-pakar kewangan dunia pun berkata kita akan mufl1s – bnkrap.

Tetapi tidak. Kita pulih semula dengan cepat walaupun pemimpin Malaysia ini orang Melayu, jentera pentadbiran Melayu.

16. Dan banyak lagilah peristiwa yang menunjuk orang Melayu tidak mudah dihncurkan.

17. Tetapi orang Melayu boleh h4ncur. Mereka akan hancur apabila membenar penyangak jadi pemimpin. Pemimpin seperti ini walaupun Melayu akan hancurkan orang Melayu.

18. Kita tubuh sebuah Parti Melayu untuk memperjuang nasib orang Melayu. Parti ini berjaya; berjaya kalahkan British, capai kemerdekaan, bangun negara sehingga menjadi Harimau Asia.

19. Parti ini tidak pernah kalah. Tetapi pada 9 May 2018, parti ini kalah.

20. Kenapa? Kerana parti bertuah ini mendapat penyamun sebagai pemimpin. Saya tak payah ulang apa yang pemimpin penyangak ini buat.

Dari sebuah negara yang dihormati, negara ini menjadi kleptokrasi – negara yang diperintah oleh pencuri.

21. Maka hancurlah parti ini kerana ahlinya sedia disogok dan tidak lagi utama perjuangan orang Melayu.

22. Maka dimomok orang Melayu sehingga ada yang begitu takut kepada DAP.

Orang Melayu dan pemerintahan Melayu yang berani melawan British, kuasa-kuasa besar IMF dan Bank Dunia sekarang takut kepada DAP, takut dihancur oleh DAP.

Takut kepada Guan Eng. Orang Melayu takut kepada Guan Eng.

23. Dari mana datang bacul ini. Nak dapat perlindungan dari siapa? Dari Najib? Dari Kerajaan Melayu Islam pimpinan penyangak?

24. Ada yang kata, walaupun penjenayah, dia Melayu. Semasa dia memimpin dia lindung Melayukah? Dia kalah kerana melindung Melayukah?

25. Tepuk dada, tanya selera. Boleh main golf dengan Trump adalah bukti kekuatan untuk lindung Melayukah?

26. Pemuda Melayu dahulu lawan dengan British. Tak takut. Pemuda yang sokong Najib ini mencari perlindungan dari Najib. Sudah jadi baculkah?

27. Saya malu. Amat malu.

28. Rupa-rupanya ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhinati rakyat yang beri mandat kepada mereka.

29. DAP tidak mungkin hancur Melayu tetapi mereka akan hancur kerana orang Melayu memilih penyngak sebagai pemimpin.

Sumber : ttkm

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.