Connect with us

Penularan Covid-19 dalam negara terus merekodkan angka tertinggi dengan 691 kes hari ini.

Menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 13,504 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 2,936 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 691 kes baharu dilaporkan itu, penularan tempatan merekodkan 688 kes, selebihnya kes import.

“Lebih separuh jumlah kes iaitu 394 kes dari Kluster Tembok, Kedah yang mana kesemua mereka terasing dari orang awam.

“Justeru, risiko penularan jangkitan amat rendah dan terkawal.

Di Sabah pula, 219 kes dari zon merah iaitu kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara pentadbiran,” katanya pada sidang media di kediaman beliau hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ada 87 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 10,427 kes.

“Sehingga kini, 31 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lapandaripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, empat kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan.

Dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian bertambah 141 kes.

Persoalan Sekolah Akan Ditutup Akhirnya Terjawab, Perdana Menteri Memaklumkan Sesuatu yg Mengejutkan

Bayi Mangsa Termuda Meninggal

Bayi perempuan berusia setahun menjadi mangsa termuda dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi itu mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna, 1 Oktober lalu.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober dan bayi disahkan meninggal dunia 4.25 petang hari sama,” katanya.

Katanya, bagi tiga lagi kematian dilaporkan hari ini membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun.

“Kes dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 25 September lalu dan saringan Covid-19 didapati positif pada 26 September.

“Keadaan mangsa didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 jam 6.50 pagi.

“Bagi kematian ke-139 (iaitu kes ke-12431) adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 September lalu,” katanya.

Menurutnya, saringan Covid-19 didapati positif pada 30 September dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober jam 5.05 pagi,” katanya.

Menurutnya, kes kematian ke-141 (iaitu kes ke-13067) adalah lelaki

warganegara Malaysia berumur 85 tahun.

“Mangsa mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kesihatan mental.

“Mangsa ditemui tidak sedar diri pada 5 Oktober 2020, jam 7 pagi dan terus dibawa ke Hospital Pulau Pinang. Kes didapati tidak bernafas di Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia 5 September 2020 jam 7.50 pagi. Saringan Covid-19 dikesan positif,” katanya.

Semua Berpunca Daripada PRN Sabah

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi antara punca peningkatan kes koronavirus Covid-19 di negara ini.

Menurut beliau, PRN terpaksa diadakan apabila Yang di-Pertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lalu.

Katanya, PRN tidak dapat dielakkan kerana tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan dan perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh DUN dibubarkan.

Beliau berkata demikian dalam siaran langsung perutusan khas situasi semasa Covid-19 di akaun Facebook rasminya hari ini.

Persoalan langkah penutupan sekolah akhirnya terjawab

Perdana Menteri beri bayangan, semua sekolah akan ditutuo sekiranya terdapat keperluan ke arah itu.

Perkara itu katanya, akan dibincangkan diperingkat tertinggi Majlis Keselamatan Negara dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah pernah memaklumkan bahawa langkah penutupan sekolah belum disyorkan buat masa ini.

“Jadi kita lihat sekarang ini kalau sekolah tersebut ada jangkitan, contohnya dulu Kluster Tawar ada seorang guru yang terlibat positif.

Guru tersebut kembali ke sekolah dan jangkitan berlaku, barulah kita akan tutup sekolah.

“Tapi setakat ini kita tidak syorkan penutupan sekolah.

Aktiviti boleh berjalan tapi kena berhati-hati (dan) patuh kepada prosedur operasi standard (SOP),”

Dia berkata dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.Sumber: KKM

COVID-19: Semua Tabika, Taska Kemas Di Zon Merah Ditutup

Semua taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang berada dalam zon merah COVID-19 di seluruh negara kini ditutup.

Kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Yasid Bidin.Beliau berkata tindakan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini bagi membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan murid dan petugas.

“Setakat ini, sebanyak 281 tabika dan sembilan taska di Kedah, Terengganu dan Sabah membabitkan 6,699 murid telah ditutup…

Namun kami jangkakan mungkin akan ada lagi (tabika dan taska) di zon merah di negeri lain yang akan ditutup,”

katanya kepada pemberita selepas Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku, di sini hari ini.

Menurutnya penutupan itu adalah sehingga mendapat kebenaran untuk beroperasi daripada KKM.

Program anjuran Kemas itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Shabudin Yahaya yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Mengulas lanjut, Mohamad Yazid berkata sejak beroperasi semula, tabika dan taska Kemas mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard

Yang ditetapkan pihak berkuasa termasuk membenarkan hanya 30 hingga 50 peratus kehadiran pada setiap hari bergantung pada keluasan kelas.

“Mereka datang ke kelas secara bergilir contohnya jika A datang hari ini esok dia tidak hadir kerana bagi memberi peluang murid b pula hadir.

“Kelas kami juga memang mematuhi SOP ditetapkan malah disanitasi setiap hari oleh petugas Kemas,” katanya.

Beliau berkata ketika ini terdapat 11,900 kelas membabitkan 220,000 murid tabika dan taska Kemas di seluruh negara.

Sekolah Berisiko Telah Ditutup

Dua buah sekolah di daerah Kuala Nerus diarahkan tutup sementara bermula hari ini sehingga 11 Oktober ini.

Difahamkan, arahan itu dibuat susulan beberapa orang murid sekolah terbabit dilaporkan mempunyai kontak rapat dengan seorang kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Dia disahkan positif koronavirus (Covid-19) pada Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Salim Ab Ghani berkata, penutupan Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir itu adalah berdasarkan cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Saya difahamkan hanya guru dan murid sekolah yang mempunyai kontak rapat diarahkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 hari ni.

“Selain dua sekolah terlibat, sebuah sekolah lagi iaitu SK Padang Kemunting, Kuala Nerus ditutup sejak Jumaat lalu sehingga Khamis ini,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di kedua-dua sekolah terlibat mendapati, sebilangan pelajar diiringi ibu bapa masing-masing hadir bagi menjalani saringan Covid-19.

Kelihatan petugas kesihatan hadir di SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.

Beberapa buah kenderaan milik Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu juga dilihat memasuki pekarangan sekolah.

Dan petugas kesihatan yang lengkap berpakaian PPE melakukan kerja saringan.

Pada Jumaat lalu, SK Padang Kemunting ditutup sementara bagi menjalani proses sanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ini setelah murid darjah satu dan dua sekolah berkenaan dipercayai mempunyai kontak rapat dengan seorang guru yang disahkan positif Covid-19.

Sehingga kini, seramai 20 orang termasuk murid sekolah sedang dirawat setelah disahkan positif.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Masih Ingat Nor Edura yg Pernah Ada Kaitan dgn Zizan Razak dahulu, Lihat Wajah Dia Sekarang

Kata2 Zizan dulu bila ditanya pasal jodoh

Terdahulu, Setelah dihimpit dengan pelbagai d4kwaan dan juga baru-baru ini dikatakan turut terpalit isu pelawak yang dikatakan kaki perempuan

Zizan Razak melalui BH Plus mengakui bahawa dia akan menikah dengan gadis piihan hatinya berusia 24 tahun, juga berasal dari Kuala Terengganu.

Tidak menyifatkan perkara tersebut sebagai tindakan drastik ataupun terburu-buru

Zizan memberitahu bahawa keputusan berkenaan dibuat setelah memikirkan usianya yang kini bakal mencecah 31 tahun pada 15 April ini.

Koleksi Gambar ada Di Bawah

“Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu.

Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.”

“Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun.

Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak.

Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontr0versi yang timbul

Tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.”

“Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu,”

Katanya yang bakal pulang ke kampung tidak lama lagi untuk menyelesaikan urusan merisik dan meminang.

Masih Ingat Nor Edura yg Pernah Ada Kaitan dgn Zizan Razak dahulu, Lihat Wajah Dia Sekarang

Bagaikan satu kejutan, Zizan dalam masa turut mendedahkan bahawa dia juga mende3rita dan hati kecil pelawak

Dan pelakon ini turut sama menangis sehingga keadaan menolak dia untuk mencari ruang dan masa sendiri untuk bernafas.

Sementara itu, Zizan sempat memberitahu bahawa bakal isterinya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal

Ini untuk kelhatan cantik ditambah lagi, gadis berkenaan turut menghormati kedua ibu bapanya

Sehingga membuatkan hati Zizan yang sedang terluk4a tertambat terus. Sumber Rotikaya

Koleksi Gambar ada Di Bawah

Nama : Nor Edura Diyana Binti Hisham

Umur : 24 Tahun

Agama : Islam

Asal : Kuala Terengganu

Pendidikan : Management and Science University (Pendidikan Awal Kanak-kanak) & UiTM Terengganu (Perakaunan)

Pekerjaan ; Pegawai khidmat sambilan di sebuah agensi kerajaan

Saksikan lagi beberapa keping foto terbaru Nor Edura di bawah:

Masih Ingat Nor Edura yg Pernah Ada Kaitan dgn Zizan Razak dahulu, Lihat Wajah Dia Sekarang

Masih Ingat Nor Edura yg Pernah Ada Kaitan dgn Zizan Razak dahulu, Lihat Wajah Dia Sekarang

Masih Ingat Nor Edura yg Pernah Ada Kaitan dgn Zizan Razak dahulu, Lihat Wajah Dia Sekarang

Masih Ingat Nor Edura yg Pernah Ada Kaitan dgn Zizan Razak dahulu, Lihat Wajah Dia Sekarang

Masih Ingat Nor Edura yg Pernah Ada Kaitan dgn Zizan Razak dahulu, Lihat Wajah Dia Sekarang

Sumber: My Serivs Isv / berita viral

Continue Reading

Trending

Lepas Nikah SUAMl Ajak lstri Tinggal Dengan Mertua, Satu Hari lstri Tergamam Bila Terdengar Sesuatu Semasa SUAMl dan Mak Dia Dlm Bilik

Gambar sekadar hiasan

Selama perkahwinan aku. Aku banyak makan hati.

Entah la mungkin aku hanya menantu. Yaa memang mertua itu seperti ibu dan ayah kandung.

Tapi sebaik baik mertua itu ada juga ketidakpuasan hati mereka. Tambahan ipar duai yang hanya melepaskan tangan mereka.

Ini kisah aku. Realiti yang aku kena hadap. Orang cakap, diawal perkahwinan memang banyak dugaan.

Selepas saja kahwin, suami ajak tinggal bersama mertua. Dirumah tu ada ipar yang masih bujang.

Aku pun setuju. Sebabnya suami dah janji nak tinggal dengan keluarga dia sementara sahaja.

So, banyak la kisah. Bercabang kisah aku ni. Selama 8 bulan sahaja aku mampu bertahan.

Yala, menantu ni hanya orang luar. Rutin harian aku sebagai surirumah dan menantu yang jaga mertua uzur.

Bangun subuh, terus buatkan sarapan, kemas rumah, basuh baju, basuh pinggan mangkuk, mop lantai, buang tahi ayam dalam rumah.

Kadang tahi kambing pun ada (biasa la kediaman kampung). Setiap hari mesti mop lantai.

Sebab najis haiwan bersepah. Selepas selesai mengemas, sambung pula masak untuk tengah hari.

Tanpa rehat buat kerja dari pagi hingga tengah hari.

Pukul 2 baru boleh letak badan kejap. Pukul 3 bangun pula. Masak untuk minum petang dan makan malam.

Bab memasak ni, hmmm yala selera lain lain kan. Pernah aku masak paprik ayam.

Disebabkan aku tahu, mertua tak makan makanan yang pedas, jadi aku letak cili merah sahaja.

Tak letak cili padi. Tapi belum lagi dia makan. Dah dia cakap pedas.

Sebulan dia tak makan apa yang aku masak. Semua benda jadi membazir sebab dia tak makan.

Walaupun aku masak makanan favourite dia. So, aku decide masak sikit ja.

Tapi bila masak sikit, dia cakap pula mana makanan. Dan satu hari tu, aku kemas dapur. Jadi kain buruk semua aku basuh.

Aku terdengar dia cakap, ‘pandai pandai ubah susun atur barang’ , dapur aku jangan nak busy body buat itu ini ‘, sudah la masak guna barang aku’ .

Ya Allah, terus tersentap hati aku. Bila luah dekat suami, suami cuma cakap, ‘biarla orang tua kadang memang cakap tanpa sedar’.

Nak dijadikan cerita, satu hari suami tak kerja. Maka suami rehat la dalam bilik.

Tiba tiba dengar ibu dia berbual dengan ayah. Ibu dia cakap, ‘tengok la budak dua orang tu. Tak boleh diharap. Aku ni dah la sakit.

Tak boleh ka nak tolong tolong aku. Ikut sangat cakap isteri tu. Keluar rumah tahu nak shooping ja.’

Hari tu masuk bilik diorang, ada macam macam dalam bilik tu, diorang simpan barang dapur dalam bilik dan suami terkejut.

Sebab kami tak keluar pun berjalan jalan hari tu. Sebab suami nak rehat di rumah. Simpan barang dapur dalam bilik pun bersebab.

Suami kerja gaji hari. Jadi kami buat simpanan barang dapur. Bila habis guna baru keluarkan yang baru.

Nak harapkan ipar duai belikan barang untuk ibu ayah. Lagi diorang minta barang ada la.

Yang bestnya, diorang adik beradik dah janji nak berkongsi bil. Tapi last last, suami aku sahaja yang tanggung semuanya.

Bila ipar duai datang, mesti ada gosip. Tak bukan kalau mengata dekat aku. Selama kami kahwin, boleh dia cakap aku mengandung.

Aku mengandung pun bila aku dah pindah keluar dari rumah mertua. Itu pun 9 bulan pernantian. Mulut clka.

Nak runtuhkan rumah tangga orang. Maka aku menjauhkan diri dari orang negatif macam tu.

Suami pun dah pesan jangan rapat dengan diorang.

Yang lagi sedih. Bila ibu dah pergi menghadap illahi, ayah merayu dekat aku. Sampai nangis nangis, suruh stay dirumah mertua.

Bila bincang dengan suami, aku cakap kita stay sampai nak beranak saja. Bila anak dah dua orang, mustahil nak stay dirumah mertua dan ipar.

Sebab bil bil rumah suami yang tanggung. Makan minum aku yang buat.

Kadang tu bila masak. Tak sempat pun aku makan, makanan dah habis. Dari aku yang dah sedia letih.

Bertambah letih dengan suasana dirumah tu. Yala aku dijadikan orang gaji yang tak berbayar.

Sekarang aku berpantang dirumah ibu ayah aku. Itu pun ipar aku bising. Suami aku tak balik jenguk ayah.

Halluu, setiap minggu suami aku balik. Kadang tak sempat, suami aku akan call ayah untuk tanya khabar.

Dibicara pula soal tanggungjawab. Dibicara pula soal aku berpantang, tak buat kerja ka, tak jaga anak sulung ka.

MashaAllah aku masih berpantang, blding dan baru sihat dari jangkitan kuman.

Pada siapa aku nak minta pertolongan kalau bukan suami sendiri.

Dikatakan pula, hutang tak bayar. MashaAllah. Hutangnya kena langsai segera. Tapi bila dia berhutang, dia buat buat lupa pula.

(Sampai sekarang tak bayar, hutang kami dah langsai) dikatakan kami ni orang senang. (Aku anggap itu doa, aamiin).

Padahal ikat perut, nak beli keperluan anak. Berapa sangat la gaji suami aku.

Bila suami cakap duit banyak keluar untuk keperluan anak, nak beli barangan dapur dekat ibu ayah aku (sepanjang berpantang dirumah ayah ibu).

Dipertikaikan kenapa tak stay dengan ayah saja. MashaAllah, engkau dah dewasa, dah sepatutnya boleh berfikir.

Ohh aku lupa kau tu bujang, belum kenal suasana dan tanggungjawab rumah tangga.

Entah la bakal isteri kau tu nanti, cukup makan apa tidak. Barangan dapur untuk ayah pun kau sengkek nak keluarkan belanja.

Bil bil rumah pun, ayah yang bayarkan. Itu pun ayah masih lagi bagi duit belanja dekat kau. Dikatakan pula.

Jangan menyesal sebab tak stay dengan ayah, seronok sangat stay dengan mentua. Padahal sementara ni saja kami stay rumah ibu ayah aku.

Selepas ni kami stay rumah kami. Aku cuma mohon, diikhlaskan hati aku ni. Selama aku berbakti dengan keluarga mertuaku.

– Lyna (Bukan nama sebenar)

Continue Reading

Trending

Dah Terjah lstri Mlm Pertama, SUAMl Rasa JlJlK, Lps tu Taknak Dah Bersama, Sampai lstri Terpaksa Merayu, Rupanya ini Puncanya

Assalam Admin.

Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang.

Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya.

Saya baru berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya.

Selepas malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah.

Bila saya tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan saya.

Katanya dia jijik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya.

Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan! Saya sedih sangat.

Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat?

Bila saya jumpa doktor, doktor cakap saya takde masalah.

Saya cuma ada sikit hormon imbalance yang mana hormon testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa.

Tapi doc kata tak lah sampai tahap teruk atau bahaya sebab dia kata kalau kes teruk perempuan tu memang dah macam lelaki dah – suara agak garau etc etc.

Doc kata ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima.

Kalau hirsutism teruk ada yang sampai boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak. Masih normal dan memang tak ada apa masalah.

Saya terangkan pada suami. Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa jijik tu.

Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator semua.

Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave sentiasa.

Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni pengorbanan untuk suami.

Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana? Belakang badan saya pun berbulu.

Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebab tu suami jijik.

Saya pernah tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu.

Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent.

Mereka kata kalau bulu banyak sebab hormon, cuma boleh buang je lah.

Sebab selagi hormon tak balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi buang selalu entah berapa lagi lah kosnya.

Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde duit sebanyak tu.

Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja sebab suami tak bagi kerja.

Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila saya cakap dengan dia tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke apa.

Saya tak faham perangai dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek dan nampak bulu roma lebat di tangan saya.

Tapi dia tak kata apa. Di muka dan leher saya pun kalau duduk sebelah saya boleh nampak bulu roma halus.

Dia nampak je selama ni tapi tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya.

Kalau jijik kenapa tak dari dulu jijik? Kenapa tiba2 nak jijik?

Bila saya persoalkan dia diam je. Tak kata apa.

Maaf kalau terlalu open tapi orang yang dah pernah merasai hubungan intim mesti faham apa rasanya bila disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat.

Dan dengan hormon imbalance saya ni memang saya akui nafsu drive saya lebih tinggi dari perempuan biasa. Sungguh saya terseksa bila jadi macam ni.

Saya cuba tutup kekurangan yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik.

Masak untuk suami, sediakan makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah sepenuh masa supaya boleh kejar syurga dengan melayan suami. Akhirnya hampa.

Suami makan pun tak pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi dan balik kerja takde pun dia nak cium saya.

Jijik sangat agaknya.

Saya geram macam mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia.

Bila saya marah atau sedih dengan kata2 dia yang menghina fizikal saya ni saya sabarkan hati.

Berendam air mata sorang2. Takpelah asalkan saya tak berdosa marah atau tengking dia bila saya terasa hati.

Sampai satu tahap saya terfikir, kalau suami nak tinggalkan saya, saya redha.

Tapi ada ke lelaki lain yang sudi nak terima orang macam saya ni? Jijik sangat ke bila berbulu sedangkan Allah yang cipta saya macamni.

Sudahlah selama ni memang rendah diri dengan keadaan fizikal saya ni.

Bila dah kahwin suami menjauh atas sebab kekurangan yang satu ni, memang buat keyakinan diri saya ni hilang. Rasa terhina sangat.

Dulu saya ada terfikir masalah macamni akan muncul kalau saya kahwin sampai saya takut nak kahwin.

Tapi bila suami tunjukkan kesungguhan nak kahwin dengan saya, saya ingat dia tak kisah dengan kekurangan saya ni.

Walhal bukannya bulu roma saya ni panjang kasar bergulung macam beruk. Cuma kuantiti lebih banyak dari perempuan lain.

Salah saya ke? Tak sangka kerisauan saya jadi realiti. Sedih sungguh rasanya.

Saya ingatkan dia sayang saya kerana diri saya.

Tapi nampaknya dia lagi kisahkan fizikal saya dari hati saya dan segala apa yang saya telah buat dan korbankan untuk dia.

Saya tak pernah ambil kisah pun tentang betapa tak sempurnanya dia tu. Dia pun muka biasa2 saje.

Kalau saya nak kutuk fizikal dia, macam2 saya boleh kutuk. Tapi pd saya semua tu tak perlu sebab saya memang sayangkan dia. Ikhlas cintakan dia.

Dalam kebanyakan perkara dia memang calon suami terbaik. Maknanya bila hubungan jadi macamni memang salah saya lah agaknya.

Memang berpunca dari kekurangan saya lah.

Dia tak ‘dapat’ dari saya mungkin dia boleh kahwin lain. Dapatkan dari perempuan lain.

Tapi nasib saya ni macam mana? Adake lelaki yang boleh terima perempuan tanpa kisahkan fizikal dia?

Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung dan lahirkan anak sendiri.

Tapi kalau dia tak sentuh saya macam mana?

Sampaikan saya pernah cakap dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi sentuh lah saya sampai dapat anak.

Lepastu nak tinggalkan saya ke apa silakan. Kalau saya ni berduit memang saya buat ivf je. Senang.

Biar dia tak perlu sentuh saya yang jijik ni.

Yang paling saya risau adalah kalau parents saya tahu tentang ni. Mesti kecewa mereka.

Serahkan anak pada lelaki yang mereka sangka dapat sayangi saya dan jaga saya sebaik mana mereka jaga.

Tapi rupanya anak mereka ni menderita. Saya tak nak parents saya tahu saya tak bahagia.

Tak sanggup nak tengok mereka tempuhi hari tua dlm keadaan yang risaukan saya.

Entahlah. Serabut kepala jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu lain. Sedih sangat rasanya.

Agaknya kalau bulu ni adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak shave setiap 3 hari?

Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali?

Proses buang bulu ni makan masa, kadang2 sakit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa lagi nak buat.

SOALAN: Saya inginkan penjelasan hukum seorang perempuan mencukur bulu kakinya.

Adakah itu haram kerana saya pernah terbaca di internet mengatakan mencukur bulu kaki bagi seorang perempuan adalah wajib bagi yang menyerupai bulu kaki lelaki.

Seorang kawan saya yang telah mencukur bulu kakinya menggunakan sejenis krim.

Jawapan: Tidak ada larangan syarak terhadap mencukur bulu kaki, yang ada larangan hanyalah mencukur atau menipiskan bulu kening kerana ia dilaknat oleh Allah SWT seperti ditegaskan Nabi SAW dalam hadisnya:

“Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya,

perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan yang merubah ciptaan Allah SWT.”

(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar)

Apabila tidak ada larangan, maka ia kekal di atas hukum asalnya iaitu harus.

Secara amnya, hukum mencabut bulu di badan seperti bulu ketiak dan ari-ari, hukumnya sunat.

Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak ialah mencabutnya, namun boleh digunakan cara lain.

Mencabut bulu kaki dan bulu lengan atau betis bagi wanita, harus kerana tidak ada dalil syarak melarangnya.

Menghilangkan bulu kening; haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah SAW dalam hadis baginda.

Mengenai bahan, ubat atau sabun yang digunakan itu, harus jika tidak mendatangkan mudarat kepada badan.

Selain itu, hendaklah dipastikan ia suci (tidak mengandungi bahan najis).

Jika ada bahan najis, hendaklah dibasuh sebelum mengerjakan solat.

Tulisan ini dikongsikan oleh seorang wanita yang sedih dengan keadaan rumahtangganya yang baru dibina hanya kerana keadaan fizikal semulajadinya dipandang jijik oleh suami

“Kenapa lelaki nak isteri berhenti kerja bila berkawin?? Nak suruh hadap muka suami 24 jam ke??

Baru kawin, terus tt berhenti kerja sebab suami suruh.. suami pun, agak2lah.. Saya memang tak setuju isteri2 yg bekerja berhenti kerja alasan suami suruh..

Pendapat saya, para isteri, berkerjalah cari pendapatan & buat simpanan sendiri utk masa hadapan.

Alam perkawinan ini banyak liku2nya.. Bayangkan baru kawin 6 bulan dah nampak yg buruk..terlebih bulu sikit pun dah masalah besar.

Belum lagi tt mengandung, bawa perut memboyot 9 bulan..kalau ceazer ada kesan operate lagi..

Lepas ni tt, sound pulak kt suami tu kalau perut dia gendut, sound je gemok boroi..

Bau dia kepam ke tengok dia boleh terima tak bila org komen tentang dia pulak..”

“Maaf puan sy fikir lebih baik puan buat solat2 sunat taubat dan hajat spya di beri petunjuk dariNya.

Sy x rsa suami puan ‘jujur’ dlm jwpnnya. Klau dari awl dia x suka puan mustahil dia berkahwin dgn puan

Kecuali dia memilih puan disbb hal2 tertentu cthnya puan dh mempunyai kereta, rumah atau dari keluarga yg berada?

Tolong lah puan jgn merasa rendah diri dan ‘down’ disbbkn kata2 dari seorg suami yg toksik.

Percyalah puan ketika suami puan sdh x mahu puan.

Pasti ada lagi lelaki yg benar2 ikhlas menerima puan seadanya.”

“Pendapat sy awk kerja la balik.bina kerjaya tu blk.jgn bergantung harap pd suami dah.mmg dia suruh awk berhenti kerja.

Tp ape yg awk dpt?awk da cuba mcm2 utk bahagiakn dia.berkahwin ni kte kne terima baik buruk pasangan.ni bru dr segi rupa mcm tu dah x bole terima.

Bru 6 bln pon.mcm mana awk nk bertahan smpi bertahun2 mcm ni.pndpt sye awk just persiapkn je dri dgn sumber pendapatan.

Awk pon da cuba yg terbaik.rajin2 la buat solat hajat.mntk petunjuk.andai smpi 1 tahap mmg tiada perubahan.

In sha Allah akn ada insan lain yg mampu terima awk.sy pon ade kwn yg mslh mcm ni.siap berjanggut lagi..ok je bahagia.”

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.