Connect with us

Foto sekadar hiasan.

Ibu,Angah harap ibu sihat selalu hendaknya. Dilimpahkan kesihatan yang memudahkan ibu untuk beribadah dan meneruskan kehidupan seharian dengan bahagia.

Angah menulis surat ini, bukanlah untuk menagih simpati ibu, mahupun sesiapa.

Angah tahu, jika Angah mengirimkan surat ini secara peribadi kepada ibu, ibu akan terus-terusan mencebik-cebik dan mngejek-ejek setiap inci isi surat Angah ini.

Entahlah. Angah pun kadang-kadang tak faham dengan ibu. Apa salah Angah ye, ibu?

Angah bukan tak cuba tau nak jadi anak ibu yang baik, yang solehah. Angah dah cuba. 33 tahun Angah cuba untuk menjadi anak yang baik.

Walaupun seringkali Angah kalah dengan rasa marah dan perasaan tidak adil menyerbu-nyerbu dalam hati.

Tapi, Angah tetap cuba ibu. Angah cuba. Tapi, entahlah. Kejadian baru-baru ini, buat Angah rasa, sungguh Angah ini tiada nilai.

Tiada apa pun untuk ibu banggakan dari Angah, kan? Angah seringkali dibandingkan dengan anak-anak orang lain.

Anak orang tu kerja elok, anak orang tu dah kahwin, anak 3, anak orang itu begini, anak orang itu begini.

Ye, Angah tahu. Sepanjang 8 tahun Angah bekerja, hidup berdikari, Angah tak delah kerja bagus macam anak orang lain.

Kalau orang tanya, Angah bagitahu Angah kerja admin. Tapi, kalau Bahasa orang kampong, admin tu samalah macam kerani kan?

Ibu malu ye, dengan Angah? Dari dulu Angah nak tanya. Ibu malu ke ada anak macam Angah?

Ibu malu ke ada anak yang tak pandai, gemok, tak cantik dan tak kerja bagus macam Angah?

Malah kalau dibandingkan dengan adik-adik pun, layanan ibu pada Angah berbeza sangat.

Bukan Angah tak cuba nak bersangka baik, banyak kali dah ma. Mungkin ibu tak pernah bezakan kasih sayang tu.

Mungkin tu semua perasaan Angah semata-mata.Tapi, siapalah yang sanggup untuk terus bersangka baik, kalau balik-balik perkara yang sama diulang-ulang.

Contohnya, Angah bukan tak pernah masakkan untuk ibu. Tapi, balik-balik, ibu cakap, masakan Angah k0tor, jijiik untuk dimakan, masin, itu ini.

Tapi, masakan menantu ibu yang belum tentu kena selera tu, ibu puji bukan main.Sampai Angah pelik, apa yang kurangnya masakan Angah di tekak ibu.

Sedangkan, bilamana Angah memasak untuk kawan-kawan mereka tidaklah mengatakan makanan Angah itu selayaknya dibagi anjiing makan atau apa pun seperti yang ibu pernah katakan pada Angah.

Jadi, mana kurangnya ye, Angah ni di mata ibu?

Sama juga macam baru-baru ni. Cuti Raya C1na tu 3 hari tau, ibu. Kalau pun Angah belum gaji, Angah memang mahu balik je ke kampong yang mungkin selepas ini agak sukar juga nak mencari cuti yang sederet 3 hari begitu.

Tapi, apa yang ibu katakan pada Angah? “Tak payah balik!”

Alasan pelbagai yang Angah iyakan sahaja tanpa bertanya lebih. Balik kampong nak kemaskan semak samun laaa, nak buat itu ini.

Tup tup, ibu bercuti bersama anak, menantu dan cucu-cucu kesayangan? Apalah salahnya kalau berterus terang.

Bukan Angah ni tidak faham Bahasa atau pekak atau keras kepala.

Beritahu perkara yang sebetulnya, kan mudah?

Tapi, ibu pilih untuk berdalih.Hmmmm. Siapa Angah ye di mata ibu? Ibu katakan Angah ini anak dara tua, Angah pendamkan.

Ibu ejek-ejek fizikal Angah, Angah diamkan. Ibu perlekehkan kerja yang Angah ada sedangkan ia kerja yang halal, Angah senyapkan.

Apa lagi ma? Angah rasa, Angah jenuh dah mencari apa salah Angah pada ibu ni sebenarnya.

Dari kecil, alasan ibu, Angah anak jhat, anak drhaka.

Hinggakan ibu tak sanggup menjaga Angah sampai kena hantar duduk dengan nenek setiap kali cuti sekolah atas alasan “Kau jhat, aku penat nak mengajar kau, biar orang pulak mengajar kau!”

Jhat sangat ke Angah ni?

Adakah Angah ni menjual diri di lorong sampai h1na sangat Angah di mata ibu?

Adakah masa kecil-kecil dulu, Angah mencuri tabung masjid atau mencurri anak ayam jiran sebelah sampai Angah digelar jhat dan tak boleh diajar?

Pelik laaa, ma… Angah pelik!

Angah bukan orang yang vocal. By now, ibu patut tahu, Angah sejenis yang meluahkan perasaan melalui tulisan jauh lebih baik dari bersuara.

Tapi, kerana itulah, Angah sering diejekk-ejekk. Diejekk-ejekk setiap surat yang Angah berikan kepada ibu. Sejak bersekolah asrama.

Ada saja ejekan dan kata-kata sinis ibu mengecam tulisan Angah yang Angah berikan seikhlas hati buat tatapan ibu. Hingga Angah berhenti menulis. Hingga Angah travma menulis.

Cita-cita Angah diperlekehkan dari kecil. Mahu jadi veterinar, diejekk-ejekk fizikal gemok Angah dengan gajah. Diejekk-ejekk bakal dimakan singa dan harimau.

Mahu jadi wartawan, diejekk-ejekk yang Angah bakal dibuang kerja awal kerana lembik dan tak tahan lasak.

Sudahnya, Angah membesar dengan perasaan takut untuk berimpian, untuk bercita-cita.

Disogok kata-kata bahawa Angah sudah menempah tempat khusus di nerraka kerana Angah anak drhaka sejak berusia belasan tahun.

Ibu tahu tak semua itu satu perkara yang mendera jiwa?

Malah, Angah tak pernah ingat pon ibu ada puji atau mengangkat motivasi Angah.

Apa yang tertanam dalam kepala adalah kata-kata yang sering menghujam perasaan jauh ke lembah gelap.

Tiada motivasi dan perasaan kebas terus menyerang.Sebab, Angah tak boleh ceritakan dekat orang lain, apa yang dah jadi dengan Angah, sebab nanti mengaibkan ibu.

Angah tak boleh nak ceritakan dekat ibu juga, sebab ibu kata Angah bising, menyesakkan kepala.

Jadi, sebenarnya, apa fungsi Angah sebagai anak ibu, ya? Punching bag?

Tempat pelepas nafsu amarah? Atau, sebagai tempat melampias nfsu makki hmun dan svmpah serannah?

Hinggakan di usia 33 tahun ini, Angah hilang rasa untuk menyentuh realiti. Angah tak berani nak bercita-cita dan menanam harapan yang bukan-bukan.

Malah, untuk memulakan tali persahabatan dengan orang pun Angah takut.

Sebab dalam kepala Angah, Angah ni jahat, Angah ni tak guna dan Angah bukanlah orang baik-baik, sebab tempat Angah dah tentu-tentu di n3raka sebab Angah anak durhaka!

Dan, mereka yang ada sebagai kawan, rakan, dan sahabat pun, hanya ada beberapa sahaja.

Sebab ketakutan yang Angah bakal merosakkan masa hadapan orang itu lebih tinggi dari rasa mahu memberi kualiti yang Angah ada.

Angah tak pasti apa yang ibu dah hadap satu ketika dulu, sebelum Angah ada di pangkuan ibu.Atau mungkin, kerana Angah anak perempuan?

Sebab, ibu melayan anak-anak lelaki ibu semanjanya. Anak perempuan ibu yang cantik juga mendapat layanan yang agak istimewa.

Tapi, itulah. Angah boleh je tuliskan ini dan berikan pada ibu secara peribadi. Tapi, Angah tahu, ibu bakal mengejekk-ejekk Angah untuk 20 tahun mendatang. Sebab bagi ibu, ini suatu a1b dan menjatuhkan mruah ibu sebagai mak kan?

Entah siapalah yang menjunjung ego sebenarnya….

Yang Benar,

– Angah (Bukan nama sebenar).

Surat Angah mendapat perhatian dan komen rakan2 kepada beliau seperti di bawah :-

Kau Angah kan?Aku tak nak sebut nama dia. Sebab aku yakin, dia pon tak nak orang tahu dia siapa.

Tapi, aku rasa, setelah sekian lama dia memendam rasa, dengan hanya orang-orang terdekat dan rapat je tahu betapa seksa jiwa dia, akhirnya dia bersuara.

Dan, aku tahu dia membaca setiap komen korang.

Aku jugak baca setiap komen korang. Angah, kau tengok. Ramai sayang kau!

Ye, aku terharu bila baca tiap satu komen korang.Cuma, aku rasa, mungkin Angah rasa sedikit terluka bila mana dia baca komen yang macam mngecam ibu dia.

Sebab, Angah ni walaupun dia dah luka berkali-kali dengan ibu dia, orang paling dia sayang adalah ibu dia, abah dia.

Walaupun, kadang-kadang hilang akal dia dibuatnya melayan kerenah ibu dan tingkah abah dia.

Aku nampak komen ajak dia pergi gym. For your information, Angah ni last aku update pasal dia, dia memang on diet.

Dan recently, bila aku view FB dia, she look radiant and a bit slimmer than before.

Tapi, aku jugak nampak mata dia yang makin sedih dan kelam. Aku tak sure macam mana nak bagi korang faham.

Tapi, jujurnya, Angah ni bukanlah perempuan terperuk menyepi di sudut dinding dan sejenis meratap menangis menagih simpati.Dia bukan orang begitu.

Korang kalau kenal dia, dia seorang yang sangat matang, independent, manis dan bagi aku dia cantik in her own ways.

Bukan sorang dua aku kenal memuji interpersonal skills dan presentation skills dia.Dia intelligent. Sangat berpengetahuan.

Kau bukak je isu dunia depan muka dia, dan kau akan rasa macam aku rasa. Kekaguman! Dia ulas isu tu mudah je.

Sebab pandangan dia berbeza dan as she always said herself, “I am twisted in so many ways kan?” sambil ketawa-ketawa.

Tapi, satu je dia takkan sentuh. Hal ibu bapa.Berapa kali entah dia dah handle program motivasi, tapi, dia memang takkan sentuh bab ibu bapa ni.

She even blank. Muka dia kosong tak beriak.

Yelah, everytime buat program motivasi budak-budak kan, mesti ada pasal mak ayah etc ni kan?

Tapi, kau akan tengok dia duduk je dengan muka kosong, tak mengulas sedikit pun, walau diminta oleh kawan-kawan lain untuk menyumbang poin.

Dia diam, dan aku tahu dia tengah tahan sesak dalam dada dia.Paling teruk pun dia akan menguap dan pura-pura mengantuk sebab dia dah tak tahan sangat nak menangis.

Itu Angah.Dia introvert, bermuka tenang, dan bagi aku dia wanita elegant.

Dia pandai bergaya, dia tahu macam mana nak adapt dengan situasi dan memang boleh jadi pekerja cemerlang dekat mana je dia tercampak.

Tapi, jiwa dia tu.

Kalau korang nak dia dekatkan diri dengan Allah?

Heh! Salah besar! Dah berapa orang tak bertudung, jadi bertudung berkawan dengan dia.

Dah berapa orang hilang arah tujuan hidup, jadi kenal Tuhan, bertaubat sejak kenal dia.Dan ada 2 orang yang aku kenal, dari tak kenal huruf Al-Quran, jadi lancar mengaji sebab tunjuk ajar dia.

Dia wanita yang terdidik dengan agama dan adab.

Dan kalau pun ibu dia melabelkan dia sebagai produk yang gagal, aku rasa ibu dia dah salah besar.

Kalau dibandingkan dengan anak-anak kesayangan ibu dia, Angah adalah produk yang cemerlang dan sangat berkualiti.

Mungkin kecemerlangan itu tidak tertulis atas sekeping ijazah Angah yang tidak bertulis dekan.

Tapi, Angah je anak ibu abah dia yang ada ijazah!Adik perempuan dia yang cantik tu pun sekadar dekan diploma saja, kemudian berkahwin dan beranak!

Jadi, Angah bukan produk yang gagal.Tapi, aku tahu. Walau sesakit mana orang lain buat dia, fiitnah dia, t1kam dia dalam diam, dan bunoh dia berkali-kali pun, dia tetap bangkit.

Tapi, kesakitan terbuang dek ibu abah sendiri tak sama dengan terbuang dek masyarakat.Aku sekali lagi, mengucapkan terima kasih atas komen murni kalian.

Angah memang perempuan baik, wanita paling kuat pernah aku kenal. Aku tak pernah jumpa orang yang sebaik dan sekuat dia ni dalam usia 33 tahun.

Bagi aku yang kenal Angah, korang takkan terjangkau akal macam mana dia survive sepanjang 33 tahun ini dengan mental torture begitu.

Hinggakan definisi family dia twisted gila! “Family is a group of people who lived together but hate each other”.Itu definisi family pada Angah.

Dan dari situ, kau boleh bayangkan dia punya simpan sakit dalam hati dan jiwa dia tu sorang-sorang.

Malah, kalau kau kata kau hidup berantakan sebab family kau broken, mak ayah kau bercerrai, cuba kau cerita dekat Angah.

Mesti dia senyum. Dan komen dia akan didahului ayat, “Sekurang-kurangnya, mak ayah korang tak membesarkan korang dengan benci pada satu sama lain.

Sekurang-kurang, korang masih ada kasih sayang mak ayah, adik beradik, korang je yang kufur nikmat tu!” She as savage as that.

Dan aku yakin, orang yang dihadap dengan pnderraan mental selama 33 tahun macam Angah, barely survive macam Angah.

Angah, aku nak cakap satu je. You doing great! Aku dah banyak kali cakap kan, kau dah buat yang terbaik. Kau anak yang baik, aku yakin syurga tempat kau.

Kau dah berbakti dah dengan ibu abah kau. Sehabis daya kau jadi selfless.

Masa ayah kau str0ke tahun lepas, aku tahu kau struggle financially untuk meets your end sebab nak cukupkan apa-apa yang ibu kau tak cukup, sementelah adik kau yang kaya, sangat berkira itu ini sampai nak meminta-minta bantuan itu ini.

Tapi, prinsip kau yang tak suka mengemis perasaan dan perhatian tu, kau bawa sampai tak nak mengemis duit.

Kau sanggup susah sorang-sorang semata nak bagi ibu abah kau selesa.

Ye, dan aku tahu kau terluka dengan kejadian baru-baru ni, sebab ibu kau buat kau macam sampah lepas dekat 2 tahun kau korbankan banyak perkara untuk memudahkan dia menguruskan abah kau.

Tindakan kau menjarakkan diri dengan bekerja di KL/Selangor sejak 4 tahun lepas, aku memang puji.

Fikirkan hidup kau. Kau cantik, kau bijak, kau independent. Lelaki yang dapat kau, kalau dia siakan kau, memang patut kena r3jam!

Kau buat je apa yang buat kau rasa hidup. Kau dah berjaya setakat 33 tahun ini. Teruskan lagi untuk 20 atau mungkin 30 tahun mendatang ni.Hidup m4ti, aj@l m4ut tu semua atas tangan tuhan. Atas kuasa Allah.

Kau jangan takut bila orang datang menghulur salam perkenalan. Aku tahu, bukan sorang dua kau endahkan sebab kau takut orang pandang kau lain bila kenal family kau dan letak duduk kau dalam family kau yang serba twisted tu.

Believed me, Angah. Kau dah buat yang terbaik. Moga Allah balas segalanya dengan baik-baik.Dan komen-komen di confession kau yang lalu, terbukti ramai orang sayang kau.

Siapa je yang bagi kasih sayang tu semua kalau bukan Allah yang campakkan?

Dan Allah tak mudah-mudah nak campakkan sayang dalam hati stranger kalau kau bukan orang yang baik, Angah!

Teruskan dengan kualiti kau. Aku tahu kau hebat!

– Orang Bumi (Bukan nama sebenar) via iium confession.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Susah Laa Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM

Kanak-kanak merupakan aset penting sesebuah negara.

Oleh yang demikian, pendidikan kanak-kanak menjadi sangat penting dan perlu diberikan perhatian.

Pendidikan prasekolah dalam bentuk tadika sudah mula dikenali sejak tahun 1950.

Pada peringkat awal, pendidikan ini disediakan untuk kanak-kanak daripada golongan pertengahan dan atasan.

Bermula pada tahun 1960, beberapa agensi seperti FELDA dan KEMAS mula menubuhkan pusat-pusat pendidikan kanak-kanak.

Terdapat banyak pusat pendidikan bagi kanak-kanak termasuk Prasekolah, Tadika, Tabika,  Pasti dan Pusat Perkembangan.

Mari kita lihat perbezaan pusat-pusat ini…

Nak Cakap Apa Lagi Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM
Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992.

Prasekolah merupakan program pendidikan kanak-kanak yang dilaksanakan di sekolah rendah awam.

Kebanyakan sekolah membuka pendaftaran untuk kanak-kanak prasekolah berumur 6 tahun.

Tadika merupakan singkatan kepada TAman DIdikan KAnak-kanak.

Terdapat tadika yang dimiliki oleh kerajaan dan ada juga tadika yang ditubuhkan oleh pihak swasta.

Tadika boleh ditakrifkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah.

Ada tadika swasta yang bernaung di bawah jenama tertentu dan ada juga yang beroperasi secara individu.

Antara jenama tadika yang dikenali ialah seperti Tadika KRISTA, Tadika Little Chaliph, Tadika ABS Aktif Bijak Santun dan Tadika Maria.

Nak Cakap Apa Lagi Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memberi penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat.

Tabika pula adalah singkatan kepada Taman Bimbingan Kanak-kanak.

Tabika merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang diselia oleh KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Walaupun begitu kurikulum yang digunapakai oleh Tabika adalah Kurikulum Bersepadu Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program Tabika ditawarkan untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.

Nak Cakap Apa Lagi Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM
PASTI – pembelajaran akademik dan rohaniah

PASTI adalah singkatan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam. PASTI  juga merupakan salah satu insitusi yang menawarkan program pendidikan untuk kanak-kanak.

Program PASTI memberi penekanan kepada pendidikan Islami. Visi PASTI cukup jelas menyatakan hal ini iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh.

Kenyataan Media Pemuda Amanah Nasional Nasional

KALAU PASTI LAYAK, TADIKA LAIN JUGA LAYAK

1. Pemuda AMANAH sudah pun menjangkakan respon positif daripada YB Menteri Agama dalam pemberian sumbangan kepada sekolah PASTI yang dimiliki penuh oleh PAS.

2. Sekiranya PASTI layak mendapat bantuan tersebut, seharusnya sumbangan itu turut disalurkan kepada mana-mana tadika milik swasta yang lain.

Tempoh perintah kawalan pergerakan selama lebih 3 bulan amat memberikan kesan yang mendalam kepada semua tadika swasta di Malaysia.

3. Ada tadika yang langsung tidak menerima sebarang yuran bulanan sedangkan mereka harus menanggung kos operasi seperti biasa.

Gaji guru perlu terus dibayar dan bayaran sewa harus diselesaikan tepat pada waktunya juga.

4. PN bolehlah berhujah dengan alasan pengusaha tadika swasta mendapat pelbagai insentif daripada kerajaan seperti Program Subsidi Upah (PSU).

Program Pengekalan Pekerjaan (ERP), Geran Khas Prihatin (GPK), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau kemudahan pinjaman perniagaan tanpa faedah.

Tetapi mengapa PASTI mendapat ‘keistimewaan’ ini?

5. Kami percaya ianya bukan dipilih berdasarkan kepada kelayakan semata-mata.

Tetapi agensi atau pihak manakah yang mempunyai kepentingan dan akses terus dengan pejabat menteri.

Justeru, tidaklah menghairankan kerana Timbalan Menteri Agama sendiri adalah Ahli Parlimen PAS.

6. Wang cukai yang dibayar oleh rakyat, namun digunakan untuk kepentingan parti sendiri.

Tindakan ini tidak jauh beza dengan cara UMNO membina kekayaan pemimpin dan parti menggunakan wang negara.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Apa pula kata anda?

“Tak boleh nak marah dia.. apa yg dia cakap tu ada betul jugak..

Tapi smpai yg no4 tu nampak mcm dia ni bodoh skit.. bila masuk no5 rasa mcm dia mmg bodoh..

Tapi bila masuk no6 tu mmg confirm dh dia ni bodoh taik politik..”

“Pasal pendidikan anak2 kecil pon nak dipolitikkan beliau…

Hmmm ni pasti masa kecik xmasuk tadika pra sekolah pasti tapi terus masuk darjah satu sebb tu jadi camni”

Continue Reading

Trending

Aku Buka Fb Suami, Terjumpa Chatnya Dgn Ex Dia Pada Tahun 2012. Perbuatan Dia Sblm Ni Buat Aku Tersentak

Asalamualaikum admin. Saya ada suami yang hensem. Solat 5 waktu, nafkah zahir batin semua cukup.

Suami saya cukup sempurna. Sekarang saya hamil nak masuk 8 bulan.

Suami sangat teruja dengan kehamilanku dan suami siap2 sediakan semua keperluan untuk anak kami lahir nanti.

Dan bila di tempat kerja suami sering call atau wasap setiap jam untuk bertanya keaadaan aku dengan kandunganku.

Bukan itu sahaja, bila aku mengidam apa2 semuanya suamu tunaikan..

Pernah sekali aku mengidam buah tarap, masa tu kandungan aku baru 4 minggu, suami sanggup bawa aku ke sabah untuk beli buah tu. Nasib je ada jumpa min.

Baru2 ni. Aku buka fb suami. Aku terjumpa chatnya dah ex dia pada tahun 2012 dan mereka putus hubungan sebab perempuan tu kawin lain.

Aku nampak mereka chat cinta rindu segala bagai, siap nak kiss nak mandi sama2.

Yang paling menyedihkan mereka pernah terlanjur Bila aku try mesej betine tu. Rupanya betine tu dah block suami aku. Aku add dia pakai fbku. Dia approve.

Rupanya dia dah bahagia dengan suaminya. Aku benci tengok muka bekas kekasih suami ku min. Aku rasa nak tampar2 muka dia.

Aku ada pm dia. Aku bagi tau kalau aku isteri suamiku.. dia balas “ohhhh” je. Lepas tu dia block aku. Kurang ajar punya betine .

Aku tak puas hati, aku jumpa suami aku. Aku bagi tau kat dia. Kalau dia ada perempuan lain sebelum aku?

Sebab sebelum ni suami pernah cakap kalau dia tak pernah ada perempuan lain selain aku. Aku marah min. Aku ambil Al quran.

Aku suruh suamiku ceritakan apa yang terjadi. Suamiku cerita semua nya. Dia suka perempuan tu kenal di facebook. Suamiku nak melamar dia.

Tapi tak sangka dia kawin dengan orang lain. Aku tanya suami. Adakah mereka pernah terlanjur?

Suami cakap. Mereka pernah terlanjur sebanyak 3 kali.

Ya Allah. Hancur luluh hati aku min. Selama ni aku jaga maruah aku. Sebab nak beri pada yang halal.

Tak sangka suamiku buat begini. Lepas anak lahir. Aku mahu bercerai..

Aap Kata Anda?

“Pikir baik2 mem..manusia mna yg x buat silap ..kn Blum kahwin ngn mem.suaminya..

Dlm berumah tangga jngn d ungkit pkra yg lpas2…suami pn dh jujur dan berterus terang..lengkap smuanya..bg lh peluang utk bertaubat..

Bkn menghukum…lg mem dh halal kn..bernikah..ksian amk yg lahir tu .Klau bercerai..msti tnya bapaknya mna..lg pn

Klau crai lom tentu jmpa yg lg baik..takut lg teruk perangai laki barunya nti..kta lakinya hensem .rajin solat plak tu..tu urusan dia ngn Allah ..

Org hensem ni cerai kejap je dh ada pngnti..melopong nti. nti..jd yg udah tu udah Lee..

Nasihat yg baik2..insyaallah smua baik2 je..pmpuan ni smua benda sama Jee..cuma sikap je yg mbezaknya..

Baik jahat .cool ngn baran…sekian.”

“Semua orang Ada kisah Silam Samada baik atau burok. Kenapa Nak ungkit..

Saya radar saudari ni tebawa bawa perasaan cemburu smpai X boleh kawal emosi..

Jgan fikir ego kamu ajer pikir anak kat dlam perut Skali. Kamu muda dan mentah jgan sebab kebodohan kamu..

Kamu mrnyesal kemudian hari.”

“Semua org dan kebanyakan pernah lalui sejarah hitamnya. Apa yg penting “move forward” tanpa pikul kisah dibelakang.

Cuma ambil tauladan utk memperbaiki ke arah lebih baik.”

Continue Reading

Trending

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Memasak adalah satu perkara yang sangat sinonim dengan perempuan.

Bahkan, orang perempuan dalam masyarakat dituntut untuk memahir memasak sekurang-kurangnya untuk keluarga mereka kelak.

Namun, disebabkan beberapa perkara dan detik hitam yang berlaku semasa percubaan diri untuk mahir memasak.

Membuatkan segelintir wanita serik masuk ke ruangan dapur.

Masak pizza, pinggan plastik cair dalam ketuhar!

Di Twitter, seorang gadis berkongsikan kisah lucu disebalik percubaann untuk membuat pizza untuk menjamu bersama keluarga.

Agak malang apabila pinggan yang digunakan untuk mengalas kepingan pizza tersebut telah cair kerana haba yang tinggi.

Lebih ‘menakutkan’, pinggan yang cair itu merupakan pinggan plastik berjenama Tupperware milik ibunya.

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Habis lebur pinggan mak dia!

Terlampau teruja! Ingatkan keju…
Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Maafkan saya mak…

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Mak dah tahu! Dia tak marah pun…

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Ramai yang menasihati agar gadis ini bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku gara-gara merosakkan pinggan kesayangan milik ibunya itu.

Bahkan, ramai juga yang turut menasihati dan memberitahu bahawa pinggan plastik sememangnya tidak digalakkan untuk dimasukkan dalam ketuhar.

Sumber: Twitter.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.