Connect with us

SUDAH menjadi lumrah dalam rumah tangga, pasti ada pasang surutnya.

Namun pasangan suami isteri harus bertolak-ansur antara satu sama lain dan duduk menyelesaikan masalah dihadapi dari hati ke hati.

Jika masing-masing ego, nescaya kemelut itu akan berlarutan sehingga membawa kepada perpisahan dan keretakan rumah tangga.

Menerusi perkongsian seorang peguam, dia mendedahkan realiti sebenar yang dihadapi pasangan suami isteri sehingga membawa kepada perpisahan.

Menurut Sheikh Muadz, perkahwinan memang sesuatu yang indah tetapi pelbagai perkara perlu diambil kira jika mahu rumah tangga kekal hingga hujung nyawa.

Kantoi! Suami mengorat nurse di wad saat isteri nak bersalin - “Call suruh masuk tengok, hanya reply OK selamat berjaya”

Pelbagai perkara perlu difikirkan sebelum mendirikan rumah tangga bagi mengelakkan hubungan terputus di tengah jalan.

“Berkahwin memang indah. Tapi perlu difikirkan banyak perkara.

Aku ni yang pernah bekerja di firma guaman tahu sangat kes perceraian di Malaysia ni. Pasal ubat gigi pun boleh cerai,” katanya dalam satu posting di Instagram.

Namun Sheikh Muadz terpanggil untuk berkongsi pengalaman seorang jururawat ketika bertugas mengenai gelagat lelaki bergelar suami yang pastinya amat mengejutkan.

Berdasarkan postingnya itu, dia menceritakan bagaimana ada suami yang tergamak mengorat jururawat ketika isterinya bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

“Di wad, isteri koma, sempat mengorat staf yang bertugas.

Kat labour room isteri nak bersalin, call suami suruh masuk tengok… suami reply ‘OK selamat berjaya’,” katanya.

Ceritanya lagi, lebih menyedihkan ada isteri dijatuhkan talak oleh suami gara-gara mengalami kecacatan.

Kantoi! Suami mengorat nurse di wad saat isteri nak bersalin - “Call suruh masuk tengok, hanya reply OK selamat berjaya”

Wanita dan anak-anak yang bakal dilahirkan adalah amanah Allah yang perlu dijaga sebaiknya oleh suami.

Malah lelaki tersebut juga enggan menguruskan persalinan isterinya yang kini terlantar lemah di katil kerana alasan menyusahkan.

“Kat wad suami geli dengan najis isteri, tak nak tukar pampers atau tolong staf tukarkan pun.

“Di wad, jatuh talak sebab isteri dah cacat,” katanya.

Tujuan post ini bukan untuk menakutkan cuma untuk membuka mata masyarakat bahawa perkahwinan itu bukan hanya terhad pada malam pertama sahaja.

Jelas Sheikh Muadz lagi, terdapat suami yang membiarkan isteri mereka berpantang seorang diri dalam keadaan bayi diserang jaundis.

“Kat rumah pesakit (melawat rumah ke rumah postnatal) suami biar isteri sorang-sorang berpantang dengan anak jaundice.

“Dia relax tengok TV. Alasan anak ketiga so pandai-pandailah si isteri,” katanya.

Menerusi pendedahan jururawat tersebut, Sheikh Muadz turut kecewa apabila ada suami yang sanggup memaksa isteri melayan nafsu mereka selepas bersalin.

Kantoi! Suami mengorat nurse di wad saat isteri nak bersalin - “Call suruh masuk tengok, hanya reply OK selamat berjaya”

Ada sesetengah lelaki memaksa isteri melayan nafsu mereka semasa masih dalam pantang. Gambar sekadar hiasan.

“Kat klinik ibu dan anak, episiotomy (jahitan di alat sulit selepas melahirkan) terbuka sebab… suami… hmmm tak tahan,” ceritanya.

Tegas Sheikh Muadz, perkongsian tersebut bukan untuk menakut-nakutkan mereka yang bakal mendirikan rumah tangga tetapi membuka mata orang ramai mengenai realiti yang berlaku hari ini.

“Tujuan post ini bukan untuk menakutkan cuma untuk membuka mata masyarakat bahawa perkahwinan itu bukan hanya terhad pada malam pertama sahaja.

“Kepada yang belum ada calon, usah terburu. Kenal hati budi dahulu.

Jangan hanya kerana konon mahu terlalu ikut Islam, pasangan dipilih secara membuta tuli.

“Islam juga suruh kita siasat latar belakang mereka melalui orang tengah.

Bukan kenal satu dua hari terus nikah atas alasan jaga ikhtilat. Itu Islam ikut pemahaman kamu sendiri. Fikir-fikirkan,” katanya.

Kantoi! Suami mengorat nurse di wad saat isteri nak bersalin - “Call suruh masuk tengok, hanya reply OK selamat berjaya”

Posting Sheikh Muadz menjadi tular di media sosial.

Perkongsian tersebut yang turut tular di Twitter mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen.

“Kesian kan. Perempuan bila dah kahwin umpama hidup dia dijadikan taruhan. Tengoklah kalau nasib baik Alhamdulillah, kalau tak?

Dianiaya… dapat lelaki baran tak ada sifat kesian semua benda nak kena hadap nanti,” kata Sha.

“Jenis masa bujang pinggan makan mak basuhkan, baju kotor campak, lepak hari-hari tak ada tanggungjawab, si ibu cakap laki kahwin takut bini nak beli PS5.

Kalau kahwin, main game anak nangis berak nak makan buat pekak. Marriage come with responsibility, ada duit rupa tak ke mana. Emo pulak sis,” kata Atia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Susah Laa Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM

Kanak-kanak merupakan aset penting sesebuah negara.

Oleh yang demikian, pendidikan kanak-kanak menjadi sangat penting dan perlu diberikan perhatian.

Pendidikan prasekolah dalam bentuk tadika sudah mula dikenali sejak tahun 1950.

Pada peringkat awal, pendidikan ini disediakan untuk kanak-kanak daripada golongan pertengahan dan atasan.

Bermula pada tahun 1960, beberapa agensi seperti FELDA dan KEMAS mula menubuhkan pusat-pusat pendidikan kanak-kanak.

Terdapat banyak pusat pendidikan bagi kanak-kanak termasuk Prasekolah, Tadika, Tabika,  Pasti dan Pusat Perkembangan.

Mari kita lihat perbezaan pusat-pusat ini…

Nak Cakap Apa Lagi Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM
Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992.

Prasekolah merupakan program pendidikan kanak-kanak yang dilaksanakan di sekolah rendah awam.

Kebanyakan sekolah membuka pendaftaran untuk kanak-kanak prasekolah berumur 6 tahun.

Tadika merupakan singkatan kepada TAman DIdikan KAnak-kanak.

Terdapat tadika yang dimiliki oleh kerajaan dan ada juga tadika yang ditubuhkan oleh pihak swasta.

Tadika boleh ditakrifkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah.

Ada tadika swasta yang bernaung di bawah jenama tertentu dan ada juga yang beroperasi secara individu.

Antara jenama tadika yang dikenali ialah seperti Tadika KRISTA, Tadika Little Chaliph, Tadika ABS Aktif Bijak Santun dan Tadika Maria.

Nak Cakap Apa Lagi Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memberi penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat.

Tabika pula adalah singkatan kepada Taman Bimbingan Kanak-kanak.

Tabika merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang diselia oleh KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Walaupun begitu kurikulum yang digunapakai oleh Tabika adalah Kurikulum Bersepadu Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program Tabika ditawarkan untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.

Nak Cakap Apa Lagi Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM
PASTI – pembelajaran akademik dan rohaniah

PASTI adalah singkatan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam. PASTI  juga merupakan salah satu insitusi yang menawarkan program pendidikan untuk kanak-kanak.

Program PASTI memberi penekanan kepada pendidikan Islami. Visi PASTI cukup jelas menyatakan hal ini iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh.

Kenyataan Media Pemuda Amanah Nasional Nasional

KALAU PASTI LAYAK, TADIKA LAIN JUGA LAYAK

1. Pemuda AMANAH sudah pun menjangkakan respon positif daripada YB Menteri Agama dalam pemberian sumbangan kepada sekolah PASTI yang dimiliki penuh oleh PAS.

2. Sekiranya PASTI layak mendapat bantuan tersebut, seharusnya sumbangan itu turut disalurkan kepada mana-mana tadika milik swasta yang lain.

Tempoh perintah kawalan pergerakan selama lebih 3 bulan amat memberikan kesan yang mendalam kepada semua tadika swasta di Malaysia.

3. Ada tadika yang langsung tidak menerima sebarang yuran bulanan sedangkan mereka harus menanggung kos operasi seperti biasa.

Gaji guru perlu terus dibayar dan bayaran sewa harus diselesaikan tepat pada waktunya juga.

4. PN bolehlah berhujah dengan alasan pengusaha tadika swasta mendapat pelbagai insentif daripada kerajaan seperti Program Subsidi Upah (PSU).

Program Pengekalan Pekerjaan (ERP), Geran Khas Prihatin (GPK), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau kemudahan pinjaman perniagaan tanpa faedah.

Tetapi mengapa PASTI mendapat ‘keistimewaan’ ini?

5. Kami percaya ianya bukan dipilih berdasarkan kepada kelayakan semata-mata.

Tetapi agensi atau pihak manakah yang mempunyai kepentingan dan akses terus dengan pejabat menteri.

Justeru, tidaklah menghairankan kerana Timbalan Menteri Agama sendiri adalah Ahli Parlimen PAS.

6. Wang cukai yang dibayar oleh rakyat, namun digunakan untuk kepentingan parti sendiri.

Tindakan ini tidak jauh beza dengan cara UMNO membina kekayaan pemimpin dan parti menggunakan wang negara.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Apa pula kata anda?

“Tak boleh nak marah dia.. apa yg dia cakap tu ada betul jugak..

Tapi smpai yg no4 tu nampak mcm dia ni bodoh skit.. bila masuk no5 rasa mcm dia mmg bodoh..

Tapi bila masuk no6 tu mmg confirm dh dia ni bodoh taik politik..”

“Pasal pendidikan anak2 kecil pon nak dipolitikkan beliau…

Hmmm ni pasti masa kecik xmasuk tadika pra sekolah pasti tapi terus masuk darjah satu sebb tu jadi camni”

Continue Reading

Trending

Aku Buka Fb Suami, Terjumpa Chatnya Dgn Ex Dia Pada Tahun 2012. Perbuatan Dia Sblm Ni Buat Aku Tersentak

Asalamualaikum admin. Saya ada suami yang hensem. Solat 5 waktu, nafkah zahir batin semua cukup.

Suami saya cukup sempurna. Sekarang saya hamil nak masuk 8 bulan.

Suami sangat teruja dengan kehamilanku dan suami siap2 sediakan semua keperluan untuk anak kami lahir nanti.

Dan bila di tempat kerja suami sering call atau wasap setiap jam untuk bertanya keaadaan aku dengan kandunganku.

Bukan itu sahaja, bila aku mengidam apa2 semuanya suamu tunaikan..

Pernah sekali aku mengidam buah tarap, masa tu kandungan aku baru 4 minggu, suami sanggup bawa aku ke sabah untuk beli buah tu. Nasib je ada jumpa min.

Baru2 ni. Aku buka fb suami. Aku terjumpa chatnya dah ex dia pada tahun 2012 dan mereka putus hubungan sebab perempuan tu kawin lain.

Aku nampak mereka chat cinta rindu segala bagai, siap nak kiss nak mandi sama2.

Yang paling menyedihkan mereka pernah terlanjur Bila aku try mesej betine tu. Rupanya betine tu dah block suami aku. Aku add dia pakai fbku. Dia approve.

Rupanya dia dah bahagia dengan suaminya. Aku benci tengok muka bekas kekasih suami ku min. Aku rasa nak tampar2 muka dia.

Aku ada pm dia. Aku bagi tau kalau aku isteri suamiku.. dia balas “ohhhh” je. Lepas tu dia block aku. Kurang ajar punya betine .

Aku tak puas hati, aku jumpa suami aku. Aku bagi tau kat dia. Kalau dia ada perempuan lain sebelum aku?

Sebab sebelum ni suami pernah cakap kalau dia tak pernah ada perempuan lain selain aku. Aku marah min. Aku ambil Al quran.

Aku suruh suamiku ceritakan apa yang terjadi. Suamiku cerita semua nya. Dia suka perempuan tu kenal di facebook. Suamiku nak melamar dia.

Tapi tak sangka dia kawin dengan orang lain. Aku tanya suami. Adakah mereka pernah terlanjur?

Suami cakap. Mereka pernah terlanjur sebanyak 3 kali.

Ya Allah. Hancur luluh hati aku min. Selama ni aku jaga maruah aku. Sebab nak beri pada yang halal.

Tak sangka suamiku buat begini. Lepas anak lahir. Aku mahu bercerai..

Aap Kata Anda?

“Pikir baik2 mem..manusia mna yg x buat silap ..kn Blum kahwin ngn mem.suaminya..

Dlm berumah tangga jngn d ungkit pkra yg lpas2…suami pn dh jujur dan berterus terang..lengkap smuanya..bg lh peluang utk bertaubat..

Bkn menghukum…lg mem dh halal kn..bernikah..ksian amk yg lahir tu .Klau bercerai..msti tnya bapaknya mna..lg pn

Klau crai lom tentu jmpa yg lg baik..takut lg teruk perangai laki barunya nti..kta lakinya hensem .rajin solat plak tu..tu urusan dia ngn Allah ..

Org hensem ni cerai kejap je dh ada pngnti..melopong nti. nti..jd yg udah tu udah Lee..

Nasihat yg baik2..insyaallah smua baik2 je..pmpuan ni smua benda sama Jee..cuma sikap je yg mbezaknya..

Baik jahat .cool ngn baran…sekian.”

“Semua orang Ada kisah Silam Samada baik atau burok. Kenapa Nak ungkit..

Saya radar saudari ni tebawa bawa perasaan cemburu smpai X boleh kawal emosi..

Jgan fikir ego kamu ajer pikir anak kat dlam perut Skali. Kamu muda dan mentah jgan sebab kebodohan kamu..

Kamu mrnyesal kemudian hari.”

“Semua org dan kebanyakan pernah lalui sejarah hitamnya. Apa yg penting “move forward” tanpa pikul kisah dibelakang.

Cuma ambil tauladan utk memperbaiki ke arah lebih baik.”

Continue Reading

Trending

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Memasak adalah satu perkara yang sangat sinonim dengan perempuan.

Bahkan, orang perempuan dalam masyarakat dituntut untuk memahir memasak sekurang-kurangnya untuk keluarga mereka kelak.

Namun, disebabkan beberapa perkara dan detik hitam yang berlaku semasa percubaan diri untuk mahir memasak.

Membuatkan segelintir wanita serik masuk ke ruangan dapur.

Masak pizza, pinggan plastik cair dalam ketuhar!

Di Twitter, seorang gadis berkongsikan kisah lucu disebalik percubaann untuk membuat pizza untuk menjamu bersama keluarga.

Agak malang apabila pinggan yang digunakan untuk mengalas kepingan pizza tersebut telah cair kerana haba yang tinggi.

Lebih ‘menakutkan’, pinggan yang cair itu merupakan pinggan plastik berjenama Tupperware milik ibunya.

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Habis lebur pinggan mak dia!

Terlampau teruja! Ingatkan keju…
Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Maafkan saya mak…

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Mak dah tahu! Dia tak marah pun…

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Ramai yang menasihati agar gadis ini bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku gara-gara merosakkan pinggan kesayangan milik ibunya itu.

Bahkan, ramai juga yang turut menasihati dan memberitahu bahawa pinggan plastik sememangnya tidak digalakkan untuk dimasukkan dalam ketuhar.

Sumber: Twitter.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.