Connect with us

SETIAP kali dilihat rapat dengan mana-mana gadis, pelakon dan pelawak Zizan Razak tidak terlepas daripada telahan nakal kononnya sedang hangat bercinta.

Terbaharu Zizan dikaitkan pula dengan penyampai berita dan pengacara Wanita Hari Ini iaitu Hawa Rizwana Redzuan.

Walaupun mengakui Hawa, 25, seorang gadis yang baik, Zizan berkata dia tidak pernah menyimpan perasaan terhadap personaliti televisyen itu.

“Saya pun tak tahu kenapa digosipkan dengan Hawa. Saya menganggap dia sebagai adik sahaja, tidak lebih daripada itu.

“Saya juga tak pernah ada perasaan kepada dia dan pada saya Hawa seorang anak yang sangat baik, adik yang sangat konsisten dengan kerja.

Cara mengayuh pun menunjukkan dia seorang yang fokus dengan apa yang dia buat,” katanya kepada mStar.

Hawa bukan ‘taste’ Zizan Razak - “Saya tak pernah pun ada perasaan pada dia”

Spekulasi hubungan cinta Zizan dan Hawa bermula selepas mereka berkongsi foto mengayuh basikal bersama.

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, dia tidak mahu gosip seperti ini menjejaskan nama baik mereka berdua dalam kerjaya masing-masing.

Pelakon filem Hantu Bonceng ini turut berkata mereka tidak berhubung melainkan berkaitan aktiviti beriadah.

Di samping itu, Zizan mengakui risau spekulasi mengenai mereka berdua akan mendatangkan perkara tidak baik pada masa akan datang.

“Saya sokong dia… dan pada masa sama apabila orang gosip pasal kami, saya risaukan kerjaya dia… saya pun risau dengan kerjaya saya.

Hawa bukan ‘taste’ Zizan Razak - “Saya tak pernah pun ada perasaan pada dia”

Zizan tidak mahu kerjayanya dan Hawa terganggu disebabkan gosip tidak berasas.

“Saya pun tak nak orang bercerita begini sampai jadi gosip dan orang mula percaya yang kami ada apa-apa.

Kalau tak fasal mengayuh, kami tak berhubung pun.

“Saya risau ia menjadi spekulasi yang boleh mendatangkan benda tidak baik.

Saya cerita benda ni supaya orang faham yang kami hanyalah seperti abang dan adik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zizan menyifatkan cubaan orang sekeliling untuk satukan dia Hawa adalah tidak masuk akal.

Ini kerana gadis itu terlalu muda dan kerjayanya dalam industri media baharu sahaja bermula.

Tambahnya, dia tidak mahu nama baik mereka berdua tercemar dengan gosip yang tidak berasas.

Saya rasa kelakar sebab dia terlalu muda

“Apabila orang cuba nak padankan dengan dia, saya rasa kelakar sebab dia terlalu muda.

“Saya nak dia berkerja dengan baik. Saya tak nak dia naik dengan gosip.

Saya pun tak nak apabila orang sebut nama saya… orang akan ingat sebab perempuan,” ujarnya.

“Saya nak lelaki matang, penyayang… paling penting kena kenal bapa dulu”

Meskipun khabar angin itu telah berlalu, Hawa berkata dia sentiasa berfikiran terbuka dan tenang berdepan sebarang gosip.

Ini kerana menganggap ia hanyalah salah faham dan berlaku secara kebetulan.

“Saya ingat lagi sebelum ini ada yang kaitkan saya dengan Sufian Shuhaimi dan Fizo Omar…

Sebenarnya itu semua salah faham sahaja.

Ceritanya kedua-dua mereka kenal ayah saya yang juga merupakan pensyarah di kampus pengajian mereka dahulu.

“Tiada istilah bercinta, kami hanya kawan biasa.

Semua yang berlaku itu hanya kebetulan dan saya sudah jelaskan situasi sebenar.

“Gosip dengan Zizan pula timbul selepas viral video terbitan mStar pada September lalu dan ia mula menjadi perbualan ramai…

Memandangkan saya juga merupakan seorang wartawan jadi kami pernah kenal di lokasi tugasan, itu sahaja,” katanya kepada mStar.

Nama Sufian, Zizan dan Fizo pernah dikaitkan dengan Hawa.

Mengakui masih belum berpunya, gadis berusia 24 tahun ini berkata dia mencari seorang lelaki yang matang dan penyayang untuk dijadikan kekasih.

Namun yang menjadi keutamaan ialah lelaki itu haruslah mengenali bapanya, Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman dan menerima restu keluarga terlebih dahulu.

“Saya tak pernah meletakkan ciri-ciri khas untuk bakal kekasih, kalau rasa serasi okay sahaja…

Cumanya kalau boleh dia seorang lelaki yang bertanggungjawab, matang, setia dan penyayang.

“Yang paling penting kena dapatkan kebenaran dan kenal ayah saya dulu, tapi buat masa ini saya belum terfikir lagi tentang hubungan cinta.

Ini kerana fokus saya adalah kerjaya dan ingin menamatkan pengajian master terlebih dahulu,” ujarnya.

Hawa bukan ‘taste’ Zizan Razak - “Saya tak pernah pun ada perasaan pada dia”

Hawa dapatkan nasihat bapa terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu.

Bercakap mengenai karier pengacaraan, Hawa berharap orang ramai memandang pada bakatnya dan tidak terus dibayangi sebagai gadis berwajah Neelofa.

“Saya mengagumi Neelofa sebagai seorang ikon wanita berjaya dan berharap satu hari nanti akan mengikut jejak langkahnya.

“Dikatakan wajah seiras itu tiada masalah cumanya kalau boleh saya nak dikenali kerana bakat yang ada.

“Semoga tahun 2020 membawa lebih banyak perkara baik dalam hidup saya dan dalam masa sama saya mahu memperbaiki kemahiran serta ilmu dalam bidang ini,” katanya yang kini sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana di sebuah universiti awam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Kepak Ayam Diuji P0sitif C0vid, Akhirnya Pihak Berkuasa Dedahkan Dari Mana Makanan Itu Terkena

Haiwan peliharaan milik individu yang disahkan positif COVID-19 perlu diasingkan dan dikuarantin selama 14 hari, bagi tujuan pemantauan kesihatan.

Pensyarah Kanan (Imunologi Veterinar), Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, Dr Farina Mustaffa Kamal, berkata sekiranya haiwan itu menunjukkan sebarang masalah kesihatan dalam tempoh berkenaan, penjaga perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah, untuk tindakan susulan.

Katanya, biarpun tiada bukti haiwan peliharaan boleh menyebarkan jangkitan COVID-19, namun ia boleh dijangkiti penyakit itu, seperti dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE).

“Dua kes jangkitan COVID-19 membabitkan haiwan peliharaan, iaitu kucing dan anjing sudah dilaporkan di Belgium dan Hong Kong yang berpunca daripada pemiliknya positif wabak itu.

“Jadi, haiwan peliharaan ini disyaki terjangkit daripada kontak rapat individu positif COVID-19, melalui ciuman, pelukan atau pengendalian haiwan, tanpa membasuh tangan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun Dr Farina berkata, setakat ini kes jangkitan ke atas haiwan peliharaan adalah amat terpencil.

Lagipun, tiada maklumat jelas mengenai simptom haiwan dijangkiti COVID-19, malah kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang tanda.

“Hanya kes seekor kucing di Belgium yang menunjukkan simptom masalah pernafasan, cirit-birit dan muntah.

Namun perlu diingatkan, terdapat agen virus atau bakteria lain yang boleh menyebabkan simptom yang sama pada haiwan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan lebih baik jika langkah kuarantin dan pengasingan diri daripada haiwan peliharaan dilakukan lebih awal, sebaik pemilik menyedari diri mereka mempunyai simptom dijangkiti COVID-19.

“Jika waktu itu tiada orang lain yang boleh mengendalikan haiwan milik anda.

Pakailah penutup muka serta sarung tangan ketika memberi makan dan minum, membersihkan sangkar dan najis haiwan peliharaan itu,” katanya.

Tambah Dr Farina, tiada bukti jelas ada spesis haiwan tertentu yang lebih mudah dijangkiti secara semula jadi.

Namun beliau menegaskan dalam situasi negara dilanda pandemik COVID-19 ini, pemilik amat digalakkan mengurung haiwan peliharaan di dalam rumah.

“Setakat ini, kajian menunjukkan virus ini (COVID-19) boleh menjangkiti kucing, feret dan monyet.

“Namun begitu, feret dan monyet merupakan haiwan makmal yang digunakan dalam kajian berkaitan coronavirus,” jelasnya.

Mengulas mengenai nasib haiwan jalanan pula, Dr Farina berkata kebanyakan kucing jalanan selalunya lebih sukar didekati, kerana ia tidak biasa berinteraksi dengan manusia.

“Jadi secara logiknya, kurang kontak rapat seperti ciuman, pelukan antara manusia dan kucing jalanan.

Namun saranan daripada OIE dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) perlu diguna pakai, jika mengendalikan haiwan peliharaan, mahupun jalanan,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai coronavirus, jangkitan kuman dan virus terhadap haiwan, Dr Farina berkata secara amnya, coronavirus adalah kumpulan keluarga virus yang besar dan menjangkiti spesis haiwan yang berlainan.

Katanya, kebanyakan virus terbabit bukan zoonotik, atau bermaksud jangkitan itu terhad di dalam haiwan sahaja.

“Contoh virus yang boleh menjangkiti haiwan domestik ialah seperti anjing (canine coronavirus), kucing (feline coronavirus), ayam (infectious bronchitis virus), babi (porcine epidemic diarrhea virus dan transmissible gastroenteritis virus).

“Hanya SARS-CoV, MERS-CoV yang dikenal pasti berpunca daripada haiwan, iaitu kelawar dan boleh menjangkiti manusia,” katanya.

Sementara itu, katanya bagi SARS-CoV2 iaitu virus penyebab COVID-19, analisa jujukan virus mendapati terdapat 96 peratus persamaan dengan virus yang dijumpai di dalam kelawar.

Namun kajian lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar.

Kepak Ayam Diuji P0sitif C0vid, Akhirnya Pihak Berkuasa Dedahkan Dari Mana Makanan Itu Terkena

Satu sampeI kepak ayam sejuk beku yang dibawa masuk ke Shenzhen,Shanghai dari BraziI didapati p0sitif C0vld-19.

Susulan itu, pihak berku4sa kesihatan segera menjejakl dan melakukan ujlan sarlngan kepada individu-individu yang mungkin ters3ntuh dengan makanan yang terc3mar itu.

Namun, setakat ini tiada yang p0sitif C0vld-19.Semalam, Chlna meIap0rkan vlrus tersebut ditemui pada bungkusan makanan laut yang diimp0rt dari Ecuador.

Kepak Ayam Diuji P0sitif C0vid, Akhirnya Pihak Berkuasa Dedahkan Dari Mana Makanan Itu Terkena

Sejak Julai lalu, beberapa bandar Chlna lain termasuk peIabuhan Xiamen dan Dalian melap0rkan beberapa k3s kor0navlrus.

Ini mendorong China menghentlkan import dari tiga pengeIuar udang Ecuador.

Chlna memulakan pemerlksaan intenslf daging dan makanan laut di pelabuhan utama pada bulan Jun.

NoveI kor0navlrus, yang menyebabkan C0vid-19, dipercayai muncul di pasar makanan laut dan hidupan Iiar di bandar Wuh4n di Chlna tahun lalu.

W4bak itu juga dikaitkan dengan Xinfadi, sebuah pasar makanan borong di Beijing, dengan banyak k3s melibatkan pekerja mlgran berpendapatan rendah dan di restoran berdekatan.

Kepak Ayam Diuji P0sitif C0vid, Akhirnya Pihak Berkuasa Dedahkan Dari Mana Makanan Itu Terkena

Sumber : MalaysiaGazette

Continue Reading

Trending

Peguam ini Menerangkan Mengapa Pencentus Kluster Sivagangga Dipenjara Lebih Lama dari Pesalah Lain

HUKUMAN penjara terhadap pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh yangdidapati bersalah tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian, tidak dapat berjalan lagi.

Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, yang dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara lima bulan masih dalam proses pemantauan di Hospital Alor Setar.

Tertuduh membuat pengakuan bersalah selepas empat pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun di Alor Setar, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa meninggalkan premis ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian.

Ini apabila berada di Bank Rakyat Jitra pada 4.40 petang dan berada di Agro Bank Jitra pada 3.58 petang, 14 Julai 2020.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didapati berada di Pusat Khidmat Hasil Kubang Pasu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 3.35 petang dan berada di Public Bank Jitra pada jam 3 petang, tarikh sama.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Yang msna jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Zabidah Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam dalam proses pertuduhan yang dilakukan di Wad I, Hospital Alor Setar.

Mohd Hadi kemudian mendapati tertuduh bersalah atas semua pertuduhan dan didenda RM3,000 dan penjara lima bulan bagi setiap kesalahan dilakukan dengan hukuman penjara berjalan serentak.

TIMBALAN Pendakwa Raya, Zabidah Ahmad yang mengendalikan pertuduhan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah 2.

Media sebelum ini, melaporkan pengusaha kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, Jitra, ditahan polis pada 23 Julai lalu, kerana ingkat arahan kuarantin di rumah selepas pulang dari India pada 13 Julai lalu.

Lelaki terbabit yang berstatus penduduk tetap dikesan orang ramai memakai gelang merah jambu berada di kedainya ketika diwajibkan menjalani perintah kuarantin 14 hari.

Akibat daripada perbuatannya itu, sekurang-kurangnya 45 individu didapati positif Covid-19 membabitkan kes di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di bawah Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga.

Peguam ini Terangkan Mengapa Pembawa Sivagangga Dikenakan Hukuman Lebih Berat

Semoga hukuman denda RM12,000 dan penjara 5 bulan kerana mengingkari kuarantin ini jadi pengajaran kepada yang…

Posted by Nor Zabetha on Thursday, August 13, 2020

Peguam Nor Zabetha menerangkan Semoga hukuman denda RM12,000 dan penjara 5 bulan kerana mengingkari kuarantin ini jadi pengajaran kepada yang lain-lain.

Kalau ada kita lihat mereka yang bergelang pink ini berjalan ke sana sini. Kita buat laporan.

Hari ini dilaporkan pemilik Kedai Nasi Kandar di Napoh ini dikenakan 4 pertuduhan di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 yang memperuntukkan berkenaan pemerhatian atau pengawasan kontak.

“Kontak” berdasarkan tafsiran di bawah Seksyen 2 membawa maksud mana-mana orang yang telah terdedah atau mungkin telah terdedah kepada risiko dihinggapi sesuatu penyakit berjangkit.

Ini termasuk mana-mana orang yang baru tiba dari sesuatu kawasan jangkitan.

Bawah Seksyen 15 ini memperuntukkan bahawa seorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat.

Dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

Kenapa ada 4 pertuduhan

Ini sebab dia dengan selambanya dalam tempoh kuarantin pergi ke 3 bank pada masa yang berbeza, pergi ke LHDN. Jadi 4 kali didapati dia ke tempat awam.

Haih! Macam tak ada apa-apa ini.

Kasihan saya memikirkan pekerja-pekerja dan orang awam yang ke bank dan LHDN berkenaan, pada hari dia di sana.

Tak pasal-pasal terpalit dan perlu lalui proses saringan dan kuarantin kerana ada kontak rapat. Kasihan juga ahli keluarga mereka.

Maka eloklah ada juga tindakan pemenjaraan dan denda yang tinggi supaya jadi contoh dan tauladan kepada golongan yang tidak faham bahasa dan menyusahkan orang lain yang tidak bersalah.

Hukuman keras dan tegas selalunya akan bagi pengajaran supaya ramai tidak ikut.

Kami ada keluarga, kami ada anak-anak untuk dilindungi. Tidak adil bagi kami terpalit kerana sikap pentingkan diri orang lain.

Kalau jumpa jangan lupa report mereka yang ingkar kuarantin. Kita banteras Covid-19. Kita banteras kaki ingkar kuarantin.

Apa Kata Anda?

“Xcukup setakat penjara 5 bulan..sedangkan kerajaan dan masyarakat kat situ menanggung beban sebab kesalahan dia..

Kesian yang lari dari kg naik motor semata xde duit nak isi borang bantuan..lucut pr la”

“sebaik nya denda yg di kena kan dia kena tanggung semua kos yg melibat kan kuarintin.

Ganti rugi kpd org yg di jangkiti,keluarga & kwsan yg terjejas mengikut kadar munasabah”

“Bukan nak menghina mahkamah tp rasanya xberbaloi denda yg dikenakan dgn apa yg dia lakukan sampai seluruh utara terpalit.

Elok tarik balik pr biaq dia berembus balik india, disana bebas dia nak apa pun.”

“Lucut status pr sebab kes ni bukan 1 kesalahan yg kecil. Hantar pulang ke negara asal.

Sita kedai & segala aset yg ada. Sangat tidak adil pada rakyat & kerajaan yg menanggung akibat perbuatannya.”

“Semoga jadi pengajaran, jangan ambil mudah hal c19 ni .

Kesian kat kami di malaysia gigih ber PKP malah hampir putuskan jangkitan dah.. sekali hat import bawak balik penyakit”

Continue Reading

Trending

KANT0l ! SPRM Jumpa W4NG Tunai yg Banyak Dalam Pejabat Ketua Balai, Pegawai P0LlS Antara yg DlT4HAN

Gambar Sekadar Hiasan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima maklumat mengenai segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi premis judi haram di sekitar Sungai Buloh, dekat sini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu pejabat polis Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata ketika ini pihaknya sedang meneliti maklumat yang diterima termasuklah premis-premis judi yang ada di sekitar Sungai Buloh.

Tindakan tegas akan diambil

Beliau berkata perkara yang diteliti antaranya termasuklah serbuan dan rampasan perjudian yang telah dijalankan serta beberapa isu berkaitan.

“Jika terbukti ada pegawai dan anggota polis terlibat dalam penyelewengan tugas.

Mereka juga melindungi sindiket berkenaan maka tindakan tatatertib keras akan dikenakan kepada mereka…”

“Sekiranya ada pegawai dan anggota polis menerima rasuah ia akan dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya…”

Kantoi ! SPRM Jumpa Wang Tunai yg Banyak Dalam Pejabat Ketua Balai, Pegawai Polis Antara yg Ditahan

Ada yang cuba lindungi premis judi?

Bernama hari ini melaporkan SPRM akan menyiasat dakwaan terhadap pihak berkuasa yang cuba melindungi premis haram, perjudian haram dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh.

Kantoi ! SPRM Jumpa Wang Tunai yg Banyak Dalam Pejabat Ketua Balai, Pegawai Polis Antara yg Ditahan

Sebelum ini, tular satu video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42.

Dia yg dikenali sebagai Asri Janggut juga mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Kantoi ! SPRM Jumpa Wang Tunai yg Banyak Dalam Pejabat Ketua Balai, Pegawai Polis Antara yg Ditahan

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan itu dan menyatakan polis telah membuka kertas siasatan serta akan memanggil pengguna laman sosial berkenaan untuk memberikan keterangan.

3 Penguatkuasa MBSA Didakwa Terima Rasuah Secara Bulanan di Sg Buloh Telah Ditahan SPRM

Terbaru Tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam, Cawangan Sg Buloh dit4han Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM).

Ini berikutan isu viral premis jvdi tanpa lesen baru-baru ini, lapor Sinar Harian.

Ketiga-tiga pegawai itu dipercaya mengutip dan menerima rasvah secara bulanan untuk melindungi premis-premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Sg Buloh.

Difahamkan, sumber memaklumkan tiga pegawai tersebut berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun dan telah dit4han dalam operasi yang dijalankan bermula jam 9 pagi tadi.

Mereka telah dit4han di ibu pejabat SPRM Putrajaya, ketika dipanggil memberi keterangan.

Dua daripadanya adalah penguatkuasa dari Cawangan Sg. Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam.

Mereka dipercayai menerima rasvah antara RM300 ke RM3,500 sebulan bagi setiap sebuah premis perniagaan termasuklah premis kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok serta gerai-gerai yang dibuka di kawasan yang tidak dibenarkan dan premis perjvdian.

Selain itu pihak SPRM turut men4han peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang diceritakan di dalam video viral tersebut.

Ini kerana langsung tidak mempunyai dokumen perjalanan dan bakal diserahkan kepada pihak Imigresen untuk tindakan lanjut.

Peniaga Aceh itu telah beroperasi sejak tahun lepas dan dilaporkan telah membayar wang rasvah sebanyak RM300 sebulan kepada penguatkuasa bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang tindakan.

Ada yang turut berperanan sebagai pengkhi4nat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi yang akan dilaksanakan.

Hal ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan telah diketahui awal oleh peniaga-peniaga haram tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan tersebut.

Dia juga tidak menolak ianya kutipan rasvah secara bersindiket dalam kalangan anggota penguatkuasa.

Kantoi ! SPRM Jumpa Wang Tunai yg Banyak Dalam Pejabat Ketua Balai, Pegawai Polis Antara yg Ditahan

Terbaru Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) Melaka men4han 3 pegawai p0lis termasuk seorang ketua balai kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah.

Menerusi sumber, 3 pegawai p0lis itu dipercayai telah meminta rasvah untuk tidak mengenakan sebarang tindakan kepada seorang ahli perniagaan yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lapor FMT.

Ketika serbuan, rasvah berjumlah RM6,000 ditemui di pejabat ketua balai p0lis itu,”

Malah difahamkan svspek turut meminta ahli perniagaan tersebut untuk membayar wang perlindungan sebanyak RM1,000 setiap bulan.

Jika tidak, perniagaannya akan sentiasa diganggu atau diambil tindakan, lapor Awani.

Gambar sekadar hiasan

Svspek termasuk ketua balai berusia 57 tahun itu ditahn dalam serbuan pada malam tadi.

Ketua SPRM Melaka, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan perkara tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu itu.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka untuk perintah reman dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Goodjob SP RM!

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.