Connect with us

Assalamualaikums hai..

saya Linda… saya berasal dari kelantan… saya sedih dengan Takdir hidup saya… apa salah saya saya dibesarkan disebuah keluarga miskin.

saya berkahwin kerana terpaksa… mak saya pergi buat selamanya kerana sakit sewaktu saya berusia 16 tahun..

saya anak tunggal..1 Tahun saya meratapi pemergian mak… ayah yang jaga saya.

Saya tak ada sapa2, makcik pakcik belah mak dan ayah saya tak suka kami… diusia saya 17 tahun ayah pula tinggalkan saya…

ayah pergi kerana sakit jantung.. masa tu gelap dunia saya … saya hampir jadi tak waras..

tapi saya kuat kann semangat walaupun berkali2 saya rebah… saya hilang arah… saya down. saya tak semangat kesekolah tanpa mak dan ayah..

tapi kehidupan harus diteruskan.. perbelanjaan harian saya dibantu oleh guru2 sekolah ,biasiswa dan jiran2…

saya mendapat keputusan cemerlang dalam spm 7A 3B.. saya mendapat tawaran asasi matrik dan diploma…

namun saya sedih kerana tiada duit untuk saya pergi belajar… lagi pun jiwa saya terseksa kerana hilangnya tempat mengadu, hidup saya penuh dengan trauma.

Tiba2 pada suatu hari Allah kenalkan kepada saya seorang lelaki berusia 29 tahun bekerja seorang guru…

dia ingin menikahi saya namun alasan saya belum bersedia dan dia terus melamar saya, saya berfikir panjang akhirnya saya menerima dia sebagai suami saya…

saya menerima dia kerana saya dah tiada ada sapa2 dah.

Kalau ikutkan hati saya, Saya memang nak belajar kerana saya adalah murid cemerlang disekolah,

pelajaran amat penting pada saya namun setelah mak dan ayah pergi menghadap illahi..semuanya berubah sekelip mata.

Akhirnya saya menjadi isteri dia yang sah diusia saya umur 18 tahun..sebulan kami bernikah suami saya tiba2 membenci saya..

saya pelik dan terus tertekan, dia menghina saya seawal sebulan bernikah.. saya tanya dia, dia tak jawab malah dia mengamuk..

saya sedar saya insan yang hina hadir dalam hidup dia.. hari demi hari perangai suami saya terus berubah, dia mudah panas dengan saya

dia selalu berkasar dengan saya sekiranya ada kesilapan yang saya lakukan seperti lambat bukak pintu bila dia pulang dari kerja.

5 bln kemudian kami nikah.. suami saya jarang pulang kerumah.. bila ditanya dia tampar saya..

Ya Allah Azabnya hidup saya…. apa yang Allah nak tunjukkan pada saya .. suami saya pulang lewat malam dan dia terus masuk tidur dalam bilik tamu bukan dalam saya…

dia berseorangan… saya cuba kemas2 beg dia… dan terjumpa sebiji handphone…hati saya rasa nervous tapi saya buka juga.

Dan saya melihat dalam handphone tu rakaman suami saya meniduri perempuan luar.. dan ada perbualan tak seonoh dengan perempuan tu …

luluh hati saya ….namun saya terus memujuk hati saya bahawa saya hanyalah menumpang sahaja dlm hidup dia..

apa yang saya lihat malam tu saya tak bertanya pun kat suami saya, cukuplah biar saya yang mengenali siapa dia sebenar.

saya terus mejalani rutin2 yg memeritkan dan kesedihan …walaupun muka saya terus senyum di depan dia..

tapi hati saya hancur sehancurnya Allah yang tahu…apa yang lagi memeritkan pada suatu malam… suami saya bawa perempuan lain masuk kedalam rumah saya..

dan wajah perempuan itu adalah perempuan yang ada dalam rakaman video yang saya lihat pada malam itu.

Sekali lagi saya down tapi saya buat 2 tak tahu apa2 dan saya cuba tanya suami saya dengan nada yang lemah siapa perempuan ni..

dan suami kata perempuan tu adalah bakal isteri dia.. saya hanya mengalir airmata dan saya menjerit sekuat hati.

Kenapa buat mcm ni pada saya..saya menjerit hingga hampir nak pitam …

suami terus menolak saya hingga jatuh dihadapan perempuan tu.. dan pada malam itu juga.

Suami meluahkan kepada saya sebenarnya dia tidak bernafsu melihat saya pada malam pertama lagi kerana fizikal saya masih lagi seperti budak2 bawah umur…

dan dia bagitau saya juga dia tak akan berbuat baik kepada saya kerana bimbang sekiranya saya ingin mengikis hartanya..

mugkin dia berfikira saya orang miskin.

Akhirnya suami saya bgtau saya untuk menfailkan perpisahan.. selepas suami saya membuat permohonan perpisahan dimakhamah saya disahkan berpisah talak 2…

dan diusia 20 tahun saya bergelar janda… saya kembali semula ke kampung saya… saya redha degan takdir hidup saya….

1 bulan dari tarikh berpisah… saya mengalami keletihan, muntah2…saya tak ada sapa2 untuk minta tolong, hidup saya sebatang kara dah.

Hari demi hari saya terus muntah dan saya ke h0spital..

Doktor mengesahkan saya mengandung dan kandungan saya berusia 7minggu.. saya bersyukur dengan penuh dengan linangan air mata…

dan masuk kandungan saya 6 bulan.. Doktor mengesahkan saya sakit otak tahap 2…

sampai sekarang bekas suami tidak tahu bahawasanya saya sedang hamil anak dia.. dan saya juga janji selepas bersalin saya akan serahkan anak ini pada bapanya.

Nanti saya dah tak ada kudrat lagi nak jaga anak ini… saya tak nak bagi anak ini susah sama2 dengan saya..

orang kampung yang banyak bantu saya.. Doakan saya sahabat2 semua semoga Allah kuatkan saya..amin.

– Insan Kecewa

“Jgn beri anak tu pd ex suami yg jahat nanti teranaya lg teruk bb tu.dtg r tinggal kat rmh makwan.

selagi hayat ade kite besarkan anak tu.Bykan Doa.Allah ubah nasib kite Doa yg yg teranaya tiada Hijab.

“Allahu akbar, betapa besarnya ujian yg adik hadapi, banyakkan bersabar dan dktkan diri banyak2 kpd Allah, inshaa Allah,

ganjaran pahala yg besar Allah sediakan utk adik. Semoga dpermudahkan Allah dlm urusan.

“Allahuakbar…bertimpa2 masalah kau dik. Semoga Allah ringankn beban adik.

Tp ank tu…jgnlh beri pd ayahnya…takut diapa2kan pulak ank tu nt. Cma beritahu die sj….ank yg adik kandungkn tu.

Serahkan ank tu pd keluarga angkat…tp beritahu jglh pd keluarga angkat tu nt.siapa ayah kandungnya. Itu penting sbb nk mnjaga nasab.

Takut bila bby tu bertemu jodoh dgn ank yg lain dr zuriat ayah kandungnya…takut terkahwin adik beradik pulak nt…walaupn berlainan ibu.”

Selagi hidup kita tak akan terlepas daripada berdepan dengan ujian, sama ada diuji secara peribadi melalui pasangan mahupun anak-anak dan keluarga.

Hakikatnya Allah uji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsianya yang tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Susah Laa Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM

Kanak-kanak merupakan aset penting sesebuah negara.

Oleh yang demikian, pendidikan kanak-kanak menjadi sangat penting dan perlu diberikan perhatian.

Pendidikan prasekolah dalam bentuk tadika sudah mula dikenali sejak tahun 1950.

Pada peringkat awal, pendidikan ini disediakan untuk kanak-kanak daripada golongan pertengahan dan atasan.

Bermula pada tahun 1960, beberapa agensi seperti FELDA dan KEMAS mula menubuhkan pusat-pusat pendidikan kanak-kanak.

Terdapat banyak pusat pendidikan bagi kanak-kanak termasuk Prasekolah, Tadika, Tabika,  Pasti dan Pusat Perkembangan.

Mari kita lihat perbezaan pusat-pusat ini…

Nak Cakap Apa Lagi Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM
Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992.

Prasekolah merupakan program pendidikan kanak-kanak yang dilaksanakan di sekolah rendah awam.

Kebanyakan sekolah membuka pendaftaran untuk kanak-kanak prasekolah berumur 6 tahun.

Tadika merupakan singkatan kepada TAman DIdikan KAnak-kanak.

Terdapat tadika yang dimiliki oleh kerajaan dan ada juga tadika yang ditubuhkan oleh pihak swasta.

Tadika boleh ditakrifkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah.

Ada tadika swasta yang bernaung di bawah jenama tertentu dan ada juga yang beroperasi secara individu.

Antara jenama tadika yang dikenali ialah seperti Tadika KRISTA, Tadika Little Chaliph, Tadika ABS Aktif Bijak Santun dan Tadika Maria.

Nak Cakap Apa Lagi Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memberi penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat.

Tabika pula adalah singkatan kepada Taman Bimbingan Kanak-kanak.

Tabika merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang diselia oleh KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Walaupun begitu kurikulum yang digunapakai oleh Tabika adalah Kurikulum Bersepadu Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program Tabika ditawarkan untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.

Nak Cakap Apa Lagi Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM
PASTI – pembelajaran akademik dan rohaniah

PASTI adalah singkatan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam. PASTI  juga merupakan salah satu insitusi yang menawarkan program pendidikan untuk kanak-kanak.

Program PASTI memberi penekanan kepada pendidikan Islami. Visi PASTI cukup jelas menyatakan hal ini iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh.

Kenyataan Media Pemuda Amanah Nasional Nasional

KALAU PASTI LAYAK, TADIKA LAIN JUGA LAYAK

1. Pemuda AMANAH sudah pun menjangkakan respon positif daripada YB Menteri Agama dalam pemberian sumbangan kepada sekolah PASTI yang dimiliki penuh oleh PAS.

2. Sekiranya PASTI layak mendapat bantuan tersebut, seharusnya sumbangan itu turut disalurkan kepada mana-mana tadika milik swasta yang lain.

Tempoh perintah kawalan pergerakan selama lebih 3 bulan amat memberikan kesan yang mendalam kepada semua tadika swasta di Malaysia.

3. Ada tadika yang langsung tidak menerima sebarang yuran bulanan sedangkan mereka harus menanggung kos operasi seperti biasa.

Gaji guru perlu terus dibayar dan bayaran sewa harus diselesaikan tepat pada waktunya juga.

4. PN bolehlah berhujah dengan alasan pengusaha tadika swasta mendapat pelbagai insentif daripada kerajaan seperti Program Subsidi Upah (PSU).

Program Pengekalan Pekerjaan (ERP), Geran Khas Prihatin (GPK), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau kemudahan pinjaman perniagaan tanpa faedah.

Tetapi mengapa PASTI mendapat ‘keistimewaan’ ini?

5. Kami percaya ianya bukan dipilih berdasarkan kepada kelayakan semata-mata.

Tetapi agensi atau pihak manakah yang mempunyai kepentingan dan akses terus dengan pejabat menteri.

Justeru, tidaklah menghairankan kerana Timbalan Menteri Agama sendiri adalah Ahli Parlimen PAS.

6. Wang cukai yang dibayar oleh rakyat, namun digunakan untuk kepentingan parti sendiri.

Tindakan ini tidak jauh beza dengan cara UMNO membina kekayaan pemimpin dan parti menggunakan wang negara.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Apa pula kata anda?

“Tak boleh nak marah dia.. apa yg dia cakap tu ada betul jugak..

Tapi smpai yg no4 tu nampak mcm dia ni bodoh skit.. bila masuk no5 rasa mcm dia mmg bodoh..

Tapi bila masuk no6 tu mmg confirm dh dia ni bodoh taik politik..”

“Pasal pendidikan anak2 kecil pon nak dipolitikkan beliau…

Hmmm ni pasti masa kecik xmasuk tadika pra sekolah pasti tapi terus masuk darjah satu sebb tu jadi camni”

Continue Reading

Trending

Aku Buka Fb Suami, Terjumpa Chatnya Dgn Ex Dia Pada Tahun 2012. Perbuatan Dia Sblm Ni Buat Aku Tersentak

Asalamualaikum admin. Saya ada suami yang hensem. Solat 5 waktu, nafkah zahir batin semua cukup.

Suami saya cukup sempurna. Sekarang saya hamil nak masuk 8 bulan.

Suami sangat teruja dengan kehamilanku dan suami siap2 sediakan semua keperluan untuk anak kami lahir nanti.

Dan bila di tempat kerja suami sering call atau wasap setiap jam untuk bertanya keaadaan aku dengan kandunganku.

Bukan itu sahaja, bila aku mengidam apa2 semuanya suamu tunaikan..

Pernah sekali aku mengidam buah tarap, masa tu kandungan aku baru 4 minggu, suami sanggup bawa aku ke sabah untuk beli buah tu. Nasib je ada jumpa min.

Baru2 ni. Aku buka fb suami. Aku terjumpa chatnya dah ex dia pada tahun 2012 dan mereka putus hubungan sebab perempuan tu kawin lain.

Aku nampak mereka chat cinta rindu segala bagai, siap nak kiss nak mandi sama2.

Yang paling menyedihkan mereka pernah terlanjur Bila aku try mesej betine tu. Rupanya betine tu dah block suami aku. Aku add dia pakai fbku. Dia approve.

Rupanya dia dah bahagia dengan suaminya. Aku benci tengok muka bekas kekasih suami ku min. Aku rasa nak tampar2 muka dia.

Aku ada pm dia. Aku bagi tau kalau aku isteri suamiku.. dia balas “ohhhh” je. Lepas tu dia block aku. Kurang ajar punya betine .

Aku tak puas hati, aku jumpa suami aku. Aku bagi tau kat dia. Kalau dia ada perempuan lain sebelum aku?

Sebab sebelum ni suami pernah cakap kalau dia tak pernah ada perempuan lain selain aku. Aku marah min. Aku ambil Al quran.

Aku suruh suamiku ceritakan apa yang terjadi. Suamiku cerita semua nya. Dia suka perempuan tu kenal di facebook. Suamiku nak melamar dia.

Tapi tak sangka dia kawin dengan orang lain. Aku tanya suami. Adakah mereka pernah terlanjur?

Suami cakap. Mereka pernah terlanjur sebanyak 3 kali.

Ya Allah. Hancur luluh hati aku min. Selama ni aku jaga maruah aku. Sebab nak beri pada yang halal.

Tak sangka suamiku buat begini. Lepas anak lahir. Aku mahu bercerai..

Aap Kata Anda?

“Pikir baik2 mem..manusia mna yg x buat silap ..kn Blum kahwin ngn mem.suaminya..

Dlm berumah tangga jngn d ungkit pkra yg lpas2…suami pn dh jujur dan berterus terang..lengkap smuanya..bg lh peluang utk bertaubat..

Bkn menghukum…lg mem dh halal kn..bernikah..ksian amk yg lahir tu .Klau bercerai..msti tnya bapaknya mna..lg pn

Klau crai lom tentu jmpa yg lg baik..takut lg teruk perangai laki barunya nti..kta lakinya hensem .rajin solat plak tu..tu urusan dia ngn Allah ..

Org hensem ni cerai kejap je dh ada pngnti..melopong nti. nti..jd yg udah tu udah Lee..

Nasihat yg baik2..insyaallah smua baik2 je..pmpuan ni smua benda sama Jee..cuma sikap je yg mbezaknya..

Baik jahat .cool ngn baran…sekian.”

“Semua orang Ada kisah Silam Samada baik atau burok. Kenapa Nak ungkit..

Saya radar saudari ni tebawa bawa perasaan cemburu smpai X boleh kawal emosi..

Jgan fikir ego kamu ajer pikir anak kat dlam perut Skali. Kamu muda dan mentah jgan sebab kebodohan kamu..

Kamu mrnyesal kemudian hari.”

“Semua org dan kebanyakan pernah lalui sejarah hitamnya. Apa yg penting “move forward” tanpa pikul kisah dibelakang.

Cuma ambil tauladan utk memperbaiki ke arah lebih baik.”

Continue Reading

Trending

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Memasak adalah satu perkara yang sangat sinonim dengan perempuan.

Bahkan, orang perempuan dalam masyarakat dituntut untuk memahir memasak sekurang-kurangnya untuk keluarga mereka kelak.

Namun, disebabkan beberapa perkara dan detik hitam yang berlaku semasa percubaan diri untuk mahir memasak.

Membuatkan segelintir wanita serik masuk ke ruangan dapur.

Masak pizza, pinggan plastik cair dalam ketuhar!

Di Twitter, seorang gadis berkongsikan kisah lucu disebalik percubaann untuk membuat pizza untuk menjamu bersama keluarga.

Agak malang apabila pinggan yang digunakan untuk mengalas kepingan pizza tersebut telah cair kerana haba yang tinggi.

Lebih ‘menakutkan’, pinggan yang cair itu merupakan pinggan plastik berjenama Tupperware milik ibunya.

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Habis lebur pinggan mak dia!

Terlampau teruja! Ingatkan keju…
Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Maafkan saya mak…

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Mak dah tahu! Dia tak marah pun…

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Ramai yang menasihati agar gadis ini bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku gara-gara merosakkan pinggan kesayangan milik ibunya itu.

Bahkan, ramai juga yang turut menasihati dan memberitahu bahawa pinggan plastik sememangnya tidak digalakkan untuk dimasukkan dalam ketuhar.

Sumber: Twitter.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.