Connect with us

Pelik Gadis ini tertidur di RNR tetapi terbangun selepas 3bulan. Pengalaman hitam apabila pengsan di dalam kereta.

San akhirnya tidak sedarkan diri selama 3 bulan yang bermula pada pertengahan 2014 nyata telah mengubah kehidupan seorang gadis baru berusia 24 tahun…

Ummu Diyana Ibrahim yang kini mampu menyambung pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

Pelajar itu mengakui apa yang berlaku benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikalnya dan peluang kedua yang diberikan Allah itu akan dimanfaatkan demi diri, keluarga dan masa depannya…

Katanya, menceritakan pengalaman hitam itu, ia bermula ketika beliau dalam perjalanan pulang ke kampungnya di sini dari Behrang, Perak.

“Dalam perjalanan, saya rasa macam nak muntah, tak sedap badan.

Jadi, ambil keputusan untuk berhenti berehat sekejap di Rawat dan Rehat (RNR) Bukit Gantang.

“Benda yang terakhir saya ingat, saya biarkan enjin dan penghawa dingin terbuka kerana mahu terlelap sekejap,” katanya.

Bekas pelajar Politeknik Behrang itu langsung tidak menyangka hanya akan “terbangun” semula selepas lebih 3 bulan.

Pada saat itu juga, bermulalah perjuangannya untuk kembali sedar sepanjang terlantar di Hospital Taiping.

Sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas disahkan mengalami kekurangan oksigen dan lebih karbon monoksida.

“Sepanjang saya tidak sedarkan diri, saya memang dengar dan nampak apa saja yang berlaku.

Cuma saya tidak dapat memberi tindak balas. Seluruh tubuh saya terkunci,” kata anak bongsu 6 beradik itu.

Doktor kemudiannya mengambil keputusan mahu melakukan intubasi di lehernya namun pihak keluarga meminta menangguhkan prosedur tersebut kerana memikirkan implikasi yang bakal dihadapi pelajar itu.

Ummu Diyana hanya kembali sedar pada hari terakhir tarikh penangguhan yang diberikan doktor.

“Sehingga hari terakhir yang diberikan doktor, saya masih belum memberi tindak balas yang sepatutnya.

Ibu bapa saya tidak berputus asa dengan tidak henti-henti bercakap dengan saya, minta saya kelipkan mata, menangis atau menggenggam tangan mereka kalau saya sedar.

“Entah macam mana, saya kuatkan semangat dan lawan `kunci’ yang mengikat diri saya dan akhirnya saya kembali sedar,” katanya.

Ummu Diyana berkata doktor memang terkejut memandangkan selama tempoh dirinya koma.

Pakar perubatan tidak meletakkan harapan usia dirinya akan panjang terutama selepas melakukan proses imbasan.

“Apa tidaknya, ketika saya dijumpai sewaktu pengsan, kadar oksigen dalam tubuh saya hanya 20%.

Doktor sendiri mengatakan kes saya sangat ajaib kerana tiada kerosakan kekal pada otak kecuali keadaan saraf saya sedikit terjejas terutama di bahagian kaki.

Suara saya juga hilang buat seketika,” katanya.

Katanya, sehingga kini doktor tidak dapat mengenal pasti punca sebenar apa yang berlaku kepada saraf kakinya.

Ada yang berpendapat terdapat saraf yang gagal berhubung dengan otak.

“Jadi, ia memerlukan masa untuk rangsangan saraf itu kembali normal.

Mungkin sebulan, mungkin setahun, mungkin lebih,” katanya.

Biarpun sekarang terpaksa bertongkat dan sesekali dilanda kesakitan, ia tidak menghalang Ummu Diyana menjalani kehidupan normal sebagai pelajar tahun pertama di UUM dalam bidang keusahawanan bersama 515 pelajar yang lain bermula pada 6 Februari lepas.

Malah, beliau mengakui tidak mengalami trauma untuk kembali memandu kereta dan menjelaskan,

sudah pun kembali memandu tanpa masalah selepas disahkan sihat oleh doktor.

“Pengalaman ini, nyata mengubah perspektif saya mengenai kehidupan. Ketika koma, kehidupan saya seolah-olah diimbas kembali.

“Jadi, saya akan gunakan peluang ini untuk melakukan yang terbaik. Saya mahu berjaya dalam pelajaran dan mahu mengubah kehidupan,” katanya.

Bahaya Tidur Dalam Kereta, Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Disangka tidur, dua remaja ditemui telah pergi buat selamanya dalam kereta.

Kisah menyayat hati apabila dua remaja berusia 19 tahun, Mohd Fitri Haimim dan Mohd Helmi Muhammad yang disangkakan tidur rupanya telah pergi buat selamanya.

Dalam kejadian jam 11.46 pagi semalam, mereka ditemui telah pergi buat selamanya di tempat duduk hadapan sebuah kereta Myvi yang diparkir di tepi jalan raya.

Dua remaja ditemui telha pergi buat selamanya semasa tidur di dalam kereta.

Berlaku di Kampung Jaya Baru, Kinabatangan, Sabah, pihak bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu membuka pintu kenderaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Susah Laa Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM

Kanak-kanak merupakan aset penting sesebuah negara.

Oleh yang demikian, pendidikan kanak-kanak menjadi sangat penting dan perlu diberikan perhatian.

Pendidikan prasekolah dalam bentuk tadika sudah mula dikenali sejak tahun 1950.

Pada peringkat awal, pendidikan ini disediakan untuk kanak-kanak daripada golongan pertengahan dan atasan.

Bermula pada tahun 1960, beberapa agensi seperti FELDA dan KEMAS mula menubuhkan pusat-pusat pendidikan kanak-kanak.

Terdapat banyak pusat pendidikan bagi kanak-kanak termasuk Prasekolah, Tadika, Tabika,  Pasti dan Pusat Perkembangan.

Mari kita lihat perbezaan pusat-pusat ini…

Nak Cakap Apa Lagi Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM
Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992.

Prasekolah merupakan program pendidikan kanak-kanak yang dilaksanakan di sekolah rendah awam.

Kebanyakan sekolah membuka pendaftaran untuk kanak-kanak prasekolah berumur 6 tahun.

Tadika merupakan singkatan kepada TAman DIdikan KAnak-kanak.

Terdapat tadika yang dimiliki oleh kerajaan dan ada juga tadika yang ditubuhkan oleh pihak swasta.

Tadika boleh ditakrifkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah.

Ada tadika swasta yang bernaung di bawah jenama tertentu dan ada juga yang beroperasi secara individu.

Antara jenama tadika yang dikenali ialah seperti Tadika KRISTA, Tadika Little Chaliph, Tadika ABS Aktif Bijak Santun dan Tadika Maria.

Nak Cakap Apa Lagi Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memberi penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat.

Tabika pula adalah singkatan kepada Taman Bimbingan Kanak-kanak.

Tabika merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang diselia oleh KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Walaupun begitu kurikulum yang digunapakai oleh Tabika adalah Kurikulum Bersepadu Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program Tabika ditawarkan untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.

Nak Cakap Apa Lagi Apabila Org Islam Sendiri Tak Suka Bantuan Dana Diberikan Ke Tadika MUSLIM
PASTI – pembelajaran akademik dan rohaniah

PASTI adalah singkatan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam. PASTI  juga merupakan salah satu insitusi yang menawarkan program pendidikan untuk kanak-kanak.

Program PASTI memberi penekanan kepada pendidikan Islami. Visi PASTI cukup jelas menyatakan hal ini iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh.

Kenyataan Media Pemuda Amanah Nasional Nasional

KALAU PASTI LAYAK, TADIKA LAIN JUGA LAYAK

1. Pemuda AMANAH sudah pun menjangkakan respon positif daripada YB Menteri Agama dalam pemberian sumbangan kepada sekolah PASTI yang dimiliki penuh oleh PAS.

2. Sekiranya PASTI layak mendapat bantuan tersebut, seharusnya sumbangan itu turut disalurkan kepada mana-mana tadika milik swasta yang lain.

Tempoh perintah kawalan pergerakan selama lebih 3 bulan amat memberikan kesan yang mendalam kepada semua tadika swasta di Malaysia.

3. Ada tadika yang langsung tidak menerima sebarang yuran bulanan sedangkan mereka harus menanggung kos operasi seperti biasa.

Gaji guru perlu terus dibayar dan bayaran sewa harus diselesaikan tepat pada waktunya juga.

4. PN bolehlah berhujah dengan alasan pengusaha tadika swasta mendapat pelbagai insentif daripada kerajaan seperti Program Subsidi Upah (PSU).

Program Pengekalan Pekerjaan (ERP), Geran Khas Prihatin (GPK), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau kemudahan pinjaman perniagaan tanpa faedah.

Tetapi mengapa PASTI mendapat ‘keistimewaan’ ini?

5. Kami percaya ianya bukan dipilih berdasarkan kepada kelayakan semata-mata.

Tetapi agensi atau pihak manakah yang mempunyai kepentingan dan akses terus dengan pejabat menteri.

Justeru, tidaklah menghairankan kerana Timbalan Menteri Agama sendiri adalah Ahli Parlimen PAS.

6. Wang cukai yang dibayar oleh rakyat, namun digunakan untuk kepentingan parti sendiri.

Tindakan ini tidak jauh beza dengan cara UMNO membina kekayaan pemimpin dan parti menggunakan wang negara.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Apa pula kata anda?

“Tak boleh nak marah dia.. apa yg dia cakap tu ada betul jugak..

Tapi smpai yg no4 tu nampak mcm dia ni bodoh skit.. bila masuk no5 rasa mcm dia mmg bodoh..

Tapi bila masuk no6 tu mmg confirm dh dia ni bodoh taik politik..”

“Pasal pendidikan anak2 kecil pon nak dipolitikkan beliau…

Hmmm ni pasti masa kecik xmasuk tadika pra sekolah pasti tapi terus masuk darjah satu sebb tu jadi camni”

Continue Reading

Trending

Aku Buka Fb Suami, Terjumpa Chatnya Dgn Ex Dia Pada Tahun 2012. Perbuatan Dia Sblm Ni Buat Aku Tersentak

Asalamualaikum admin. Saya ada suami yang hensem. Solat 5 waktu, nafkah zahir batin semua cukup.

Suami saya cukup sempurna. Sekarang saya hamil nak masuk 8 bulan.

Suami sangat teruja dengan kehamilanku dan suami siap2 sediakan semua keperluan untuk anak kami lahir nanti.

Dan bila di tempat kerja suami sering call atau wasap setiap jam untuk bertanya keaadaan aku dengan kandunganku.

Bukan itu sahaja, bila aku mengidam apa2 semuanya suamu tunaikan..

Pernah sekali aku mengidam buah tarap, masa tu kandungan aku baru 4 minggu, suami sanggup bawa aku ke sabah untuk beli buah tu. Nasib je ada jumpa min.

Baru2 ni. Aku buka fb suami. Aku terjumpa chatnya dah ex dia pada tahun 2012 dan mereka putus hubungan sebab perempuan tu kawin lain.

Aku nampak mereka chat cinta rindu segala bagai, siap nak kiss nak mandi sama2.

Yang paling menyedihkan mereka pernah terlanjur Bila aku try mesej betine tu. Rupanya betine tu dah block suami aku. Aku add dia pakai fbku. Dia approve.

Rupanya dia dah bahagia dengan suaminya. Aku benci tengok muka bekas kekasih suami ku min. Aku rasa nak tampar2 muka dia.

Aku ada pm dia. Aku bagi tau kalau aku isteri suamiku.. dia balas “ohhhh” je. Lepas tu dia block aku. Kurang ajar punya betine .

Aku tak puas hati, aku jumpa suami aku. Aku bagi tau kat dia. Kalau dia ada perempuan lain sebelum aku?

Sebab sebelum ni suami pernah cakap kalau dia tak pernah ada perempuan lain selain aku. Aku marah min. Aku ambil Al quran.

Aku suruh suamiku ceritakan apa yang terjadi. Suamiku cerita semua nya. Dia suka perempuan tu kenal di facebook. Suamiku nak melamar dia.

Tapi tak sangka dia kawin dengan orang lain. Aku tanya suami. Adakah mereka pernah terlanjur?

Suami cakap. Mereka pernah terlanjur sebanyak 3 kali.

Ya Allah. Hancur luluh hati aku min. Selama ni aku jaga maruah aku. Sebab nak beri pada yang halal.

Tak sangka suamiku buat begini. Lepas anak lahir. Aku mahu bercerai..

Aap Kata Anda?

“Pikir baik2 mem..manusia mna yg x buat silap ..kn Blum kahwin ngn mem.suaminya..

Dlm berumah tangga jngn d ungkit pkra yg lpas2…suami pn dh jujur dan berterus terang..lengkap smuanya..bg lh peluang utk bertaubat..

Bkn menghukum…lg mem dh halal kn..bernikah..ksian amk yg lahir tu .Klau bercerai..msti tnya bapaknya mna..lg pn

Klau crai lom tentu jmpa yg lg baik..takut lg teruk perangai laki barunya nti..kta lakinya hensem .rajin solat plak tu..tu urusan dia ngn Allah ..

Org hensem ni cerai kejap je dh ada pngnti..melopong nti. nti..jd yg udah tu udah Lee..

Nasihat yg baik2..insyaallah smua baik2 je..pmpuan ni smua benda sama Jee..cuma sikap je yg mbezaknya..

Baik jahat .cool ngn baran…sekian.”

“Semua orang Ada kisah Silam Samada baik atau burok. Kenapa Nak ungkit..

Saya radar saudari ni tebawa bawa perasaan cemburu smpai X boleh kawal emosi..

Jgan fikir ego kamu ajer pikir anak kat dlam perut Skali. Kamu muda dan mentah jgan sebab kebodohan kamu..

Kamu mrnyesal kemudian hari.”

“Semua org dan kebanyakan pernah lalui sejarah hitamnya. Apa yg penting “move forward” tanpa pikul kisah dibelakang.

Cuma ambil tauladan utk memperbaiki ke arah lebih baik.”

Continue Reading

Trending

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Memasak adalah satu perkara yang sangat sinonim dengan perempuan.

Bahkan, orang perempuan dalam masyarakat dituntut untuk memahir memasak sekurang-kurangnya untuk keluarga mereka kelak.

Namun, disebabkan beberapa perkara dan detik hitam yang berlaku semasa percubaan diri untuk mahir memasak.

Membuatkan segelintir wanita serik masuk ke ruangan dapur.

Masak pizza, pinggan plastik cair dalam ketuhar!

Di Twitter, seorang gadis berkongsikan kisah lucu disebalik percubaann untuk membuat pizza untuk menjamu bersama keluarga.

Agak malang apabila pinggan yang digunakan untuk mengalas kepingan pizza tersebut telah cair kerana haba yang tinggi.

Lebih ‘menakutkan’, pinggan yang cair itu merupakan pinggan plastik berjenama Tupperware milik ibunya.

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Habis lebur pinggan mak dia!

Terlampau teruja! Ingatkan keju…
Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Maafkan saya mak…

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Mak dah tahu! Dia tak marah pun…

Ingatkan Lelehan ‘Cheese’ Pizza! Rupanya Pinggan Tupperware Mak Dia Yang Mencair

Ramai yang menasihati agar gadis ini bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku gara-gara merosakkan pinggan kesayangan milik ibunya itu.

Bahkan, ramai juga yang turut menasihati dan memberitahu bahawa pinggan plastik sememangnya tidak digalakkan untuk dimasukkan dalam ketuhar.

Sumber: Twitter.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.