Connect with us

Foto sekadar hiasan.

Nama aku Aina (bukan nama sebenar), berusia 30 tahun dan membuka sebuah company Accounting Firm bersama 2 orang partners.

Nora (bukan nama sebenar) 28 tahun dan Aisyah (bukan nama sebenar) 29 tahun di selangor.

2 bulan lepas, Budak practical terjumpa baby lelaki kat pejabat.

Pejabat aku ni tingkat 2, bawah pejabat aku tu Watson dan tangga nak naik pejabat aku tu agak tersorok sikit.

Tapi bangunan pejabat aku ni berhadapan dengan pusat beli belah Tesco.

Jadi kalau bunyi bising orang ke lori kereta lalu lalang dah biasa.

Tak pernah terfikir yang ada manusia berani buang baby sebab kawasan orang ramai dan petang dalam pukul 4.

Kami sedar bila staff aku ni nak turun bawah beli minuman petang dan dia menjerit masuk pejabat bagitahu ada baby.

Kami yang panik dan tak tahu nak buat apa sebab baby ni masih bertali pusat lagi dan tak dibalut apa-apa.

Kami ada letakkan kotak besi berkunci depan rak kasut sebab kadang-kadang pos hantar dokumen atau klien hantar dokumen.

Tapi staff tak ada kat pejabat boleh letak kat kotak tu dulu. Sekali orang tu letak baby dalam kotak tu.

Buat report polis, bawak baby pergi hospital untuk checkup dan semua staff pun kene checkup.

Maybe pihak hospital risau kalau kami buat-buat cerita ke jumpa sebenarnya baby kami tak tahulah.

Polis datang check cctv pejabat dan cctv Watson. Akhirnya pihak polis tahan seorang remaja lelaki berusia 23 tahun yang berkerja di Tesco.

Lepas soal siasat lelaki tu mengaku itu anak dia dan teman wanitanya berusia 19 tahun.

Pasangan ini kata mereka belum bersedia dan masih ingin berseronok.

Katanya lagi hubungan mereka sudah 2 tahun terjalin dan ini first time teman wanitanya mengandung.

Aku marah, bengang semua ada aku tak tahu balasan pasangan tersebut kena tapi aku decide untuk ambil baby Aqif sebagai anak angkat.

Dipendekkan cerita, akhirnya baby Aqif menjadi anak angkat aku yang sah. Kini, aku dalam proses untuk menyusukan baby Aqif.

Doakan aku berjaya mendidik baby Aqif menjadi lelaki yang bertanggungjawab.

Dan jika ditakdirkan satu hari nanti aku berkahwin, doakan juga pasangan aku mampu menerima Aqif dalam hidup dia.

Dan semoga kasih sayang aku pada Aqif akan kekal walaupun aku dikurniakan anak aku sendiri nanti.

Alhamdullillah aku berjaya menjadikan Aqif anak susuanku.

Aqif sudah menjangkau usia 8 bulan dan Alhamdullilah Allah mempermudahkan urusan menjaga Aqif.

Aku mengambil keputusan menjaga Aqif sendiri dengan bantuan adik dan emak.

Aku sekarang berkerja dirumah (Freelance Tax Accountant) dan hanya ke office sehari seminggu.

Aku merupakan anak ke 4 dari 6 adik beradik. Ayah sudah 4 tahun pergi buat selamanya.

Aku dan adik bongsu lelaki tinggal bersama emak memandangkan hanya kami yang masih bujang dan bekerja sendiri (adik membuka bakery).

Kehadiran Aqif dalam keluarga kami disambut baik oleh seluruh ahli keluarga terutama emak yang nampak gembira

(sebab ini first time ada cucu tinggal sekali sejak dia dah bersara ni).

Malahan adik aku dengan rela hati bergilir-gilir berjaga malam untuk menjaga Aqif dan berulang-alik membawa Aqif ke klini.

Ini setiap kali checkup serta menyediakan menu yang sesuai untuk bayi seusia Aqif (gigih dia google resepi, tq dik).

Kakak-kakak ipar juga tidak putus memberi nasihat dan tunjuk ajar untuk menguruskan Aqif

(aku sebelum ni takut nak pegang baby yang baru lahir.hehe)

Terus terang aku bahagia dan bersyukur dengan kehidupan aku sekarang.

Tapi bila mana kita belum berkahwin dan memiliki anak pasti ada yang bertanya anak sapa?

Siapa ibu bapanya? Anak tak sah taraf ke? dan lebih menyedihkan jika ianya datang dari mulut saudara-mara terdekat.

Pada 2 3 minggu yang lepas keluarga belah ayah ada membuat hari keluarga, salah seorang dari pak cik aku (Adik ipar Ayah) ada bertanyakan bila aku nak kahwin.

Dia terus terang kata tidak setuju aku mengambil anak angkat sebab boleh merosakkan keturunan dan kedua menyukarkan aku mencari suami lagi-lagi lepas dia tahu aku berhenti kerja.

Pada pendapat dia dahlah aku ni jarang keluar rumah, dah berhenti kerja macam mana aku tak jumpa orang luar.

Dia turut memperkenalkan seseorang. Katanya anak kenalan team usrah dia.

Pertemuan pertama diaturkan di rumahku. Lelaki tersebut aku gelarkan nya Shah datang bersama ibu bapa dan adik perempuannya untuk berkenalan dengan keluargaku.

Ayah Shah mutawwif dan ibunya ustazah. Shah merupakan seorang Ustaz sekolah Tahfiz.

Ayahnya agak pendiam, ibunya yang banyak bertanya tentang keluarga kami dan sekali sekala memuji anak-anaknya.

Disebabkan waktu mereka datang rumah aku penuh dengan anak-anak saudara jadi mereka tidak tahu kewujudan Aqif.

Pertemuan kedua, Aku, mak dan adik datang kerumah Shah selepas berpuluh kali ibu Shah menjemput kami singgah kerumah.

Disitu barulah keluarganya tahu aku ada mengambil anak angkat. Ayahnya tidak begitu kisah, ibu Shah jelas berubah mukanya.

Dia mula bertanya anak sapa? Bila aku berterus terang tentang Aqif, ayat yang keluar dari mulut ibu Shah, “Budak tu memanglah suci.

Tapi tak pelik kalau satu hari nanti dia pun buat benda yang sama sebab itu daging dia”.

Aku terus tersentap. Serius time tu aku dah tak da mood, rasa nak balik rumah je.

Selepas pertemuan tersebut, aku terus maklumkan pada emak dan adik-beradik yang aku tak nak teruskan perkenalan tersebut sebab aku rasa keluarga Shah mungkin tidak dapat menerima Aqif.

Melalui whatsapp aku maklumkan pada Shah penolakan tersebut dan memohon maaf.

Sempat aku ucapkan agar dia bertemu jodoh dengan yang lebih baik.

Esoknya, Pak cik aku datang kerumah. Dia bising kononnya aku telah memalukan dia.

Siap mengeluarkan hadis tentang aku menolak lamaran lelaki soleh. Tidak cukup dengan itu, Ibu Shah turut menelifonku bertanya soalan yang sama.

Aku hanya memohon maaf dan menjawab tidak sependapat. Ibunya siap cakap aku berat jodoh sebab menolak lamaran lelaki sebaik anaknya.

Salah ke jika aku menolak lamaran Shah sebab aku tak nak Aqif terus dikata hanya sebab dia anak tak sah taraf.

Ya, aku tahu dalam Islam keturunan penting, salah Aqif ke jika dia datang dari keturunan yang kurang baik?

Adakah jika kelak Aqif menjadi anak soleh dia masih dipandang hina disebabkan keturunannya.

Bukankah agama yang menjadi ukuran keimanan sesorang.

Kepada anakku Aqif, ketahuilah kehadiranmu dalam hidup mommy merupakan satu hadiah yang sangat bernilai.

Malah mommy merasanya satu ketenangan bilamana dapat meluangkan banyak masa bersama Aqif dan emak.

Terima kasih mak sebab sentiasa mendengar masalah dan menerima setiap keputusan yang Aina buat.

Throwback

Aqif ditinggalkan di pejabat aku oleh bapanya.

Sebagai majikan aku bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak polis, hantar baby ke hospital (ni aku yang willing sendiri) dan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk mencari ibubapa kandung Aqif.

Waktu kes tersebut, Aqif berusia 2 hari dan Alhamdulillah bapa Aqif dijumpai keesokkannya.

Antara faktor kenapa aku nak ambil Aqif sebab bapa Aqif seorang warga asing yang bukan beragama islam sedangkan ibu Aqif beragama islam.

So penting bagi aku untuk menyelamatkan agama Aqif.

Jadi untuk kes aku, aku mengambil anak angkat terus dari ibubapa kandung Aqif cuma aku perlu mengikut prosedur mengesahkan pengambilan anak tersebut melalui pemohonan mahkamah untuk mendapatkan Notis pengangkatan.

Antara syarat mendapatkan Notis Pengangkutan bagi yang bujang mestilah warganegara dan berusia 25 tahun keatas atau sekurang-kurangnya 18tahun lebih tua dari anak angkat tersebut.

Selain itu perlu mendapatkan pengesahan pengangkatan dari ibubapa kandung bayi (Aku ada buat surat Akuan Berkanun antara aku dan ibu Aqif), Sijil kelahiran Aqif (ini aku geram sebab parents Aqif tak nak bagi kerjasama, jenuh aku turun naik JPN.

Penting untuk masa depan Aqif, sekolah semua).

Waktu kat mahkamah , pegawai ada tanya pekerjaan, pendapatan, latar belakang pendidikan dan tahap kesihatan serta gaya hidup aku.

Sebenarnya untuk yang bujang mereka hanya dibenarkan untuk mengambil anak angkat yang sejantina.

Tapi mungkin kes aku ni pegawai tu luluskan sebab latarbelakang keluarga dan adik beradik aku agaknya, sebab dia tanya semua kot.

Aku anak tunggal perempuan dalam keluarga.

Mak aku pesara guru, 3 abang aku doktor, adik lelaki aku sorang peguam sharie sorang buka bakery.

Sebab pegawai tu kata mungkin keluarga kami mampu memberikan kehidupan yang positif dan terjamin kepada Aqif.

Lepas dah lulus simpan Notis Pengangkatan tersebut sebab selepas 2 tahun aku perlu memohon Sijil Pengangkatan dari JPN.

Dalam 2 bulan lebih juga aku uruskan semua ni. Rujuk Mahkamah Seksyen berhampiran anda.

Kedua, Proses menjadikan Aqif anak susuan aku.

Seminggu lepas kes di Balai polis tu aku terus berjumpa Pakar Skit Puan untuk berbincang rawatan yang sesuai untuk membolehkan aku menghaslkan susu atau dipanggil “Induce Lactation”

Serta menghadiri kaunseling penyusuan bersama kaunselor laktasi untuk persediaan mental dan fizikal.

Ada 2 kaedah untuk menghasilkan susu iaitu pertama melalui ubat atau suntikan dan keduanya rangsangan.

Aku tak ambik suntikan aku hanya ambil ubt D0mperidone dan satu lagi pil warna putih (tak ingat nama) untuk tempoh 3 bulan.

Pil ni menyebabkan perubahan bentuk badan. Macam aku dulu berat 45kg sekarang berat aku 53kg. Bertabah la mommy nanti kita workout kemudian.

Ada yang ambil ubat je tapi tak berhasil, tak apa usaha dengan kaedah ransangan pula.

Untuk kaedah ransangan aku ada apply 4 cara. Pertama, hisapan baby. Baby secara semulajadi tahu cara untuk mencari payudra.

Jadi, beri peluang kepada dia. Bertenang dan yakinkan diri walaupun tahu susu belum ada.

Mommy jangan memaksa diri sendiri dan biarkan bayi menghisap atau melekap sahaja pada payudra.

Kedua,Alat Bantuan Menyusu (ABM). Aku guna “Supplementary Nursing System jenama Medela.

Boleh beli di farmasi atau kat Lazada, shoppee ada jual. Cara guna ABM ni, 1 tiub dilekatkan pada payudara dan satu lagi tiub dalam botol susu.

So baby akan menghisap payudara untuk mendapatkan susu formula tersebut.

Mula-mula memang tiada susu ibu yang keluar tapi lama kelamaan susu ibu terhasil sedikit demi sedikit.

Banyakkan bersabar. Lakukan proses ini 10-12 kali dalam tempoh 24jam terutama bila baby ada tunjuk hint2 nak menyusu.

Ketiga breast pump, lepas 2 minggu aku ambil pil, doctor cadangkan mula guna breast pump, even tiada susu pun ko pump je. 3kali sehari dan 20 minit untuk setiap sesi.

Lepas 2 minggu baru keluar susu dalam 1 sudu setiap kali pump, simpan. So sikit-sikit aku tukarkan susu formula ganti susu badan dalam botol ABM. Tak apa banyakkan bersabar.

Walaupun sedikit maksudnya proses penghasilan susu berhasil. Last, berurut. Mak aku kata berurut dapat meransang susu keluar.

So aku try berurut. Ok la juga. Tapi kene pandai cari tukang urut. Selain ubat-ubatan dan ransangan, tolong jaga makan dan bersenam.

Kalau ko tahu makanan tu boleh menyekat pengeluaran susu, takyah la ambil.

Pantang sekejap. Banyakkan bersabar dan beri peluang kepada badan dan baby anda.

Selagi anak angkat anda belum berusia 2 tahun anda masih berpeluang menjadikan anak itu anak susuan.

Aku mengambil masa 2 bulan untuk menhasilkan titisan susu yang pertama.

Memang rasa nak giveup. Banyakkan berdoa.

Aku masih mengunakan semua kaedah kecuali ubat aku dah stop ambil. Tolong rujuk doctor.

Kalau boleh tak payah la ambil produk2 supplement yang pelik-pelik. Tanya doctor terus.

Fighting!! Wassalam – Mommy Aqif

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

40 Hari Tido Berteman air mata, Akhirnya lbu Syukur Sandra Dianne Muncul Dlm Mimpi

Terdahulu, Sandra atau nama sebenar Alessandra Dianne Ampuria meninggal dunia pada 11 September lalu.

Ini selepas enam hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Pada 5 September lalu, Allahyarham Sandra terbabit dalam kemalangan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya

Ini ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Sabah.

IBU kepada Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdullah mengakui perasaan rindu terhadap arwah masih menebal meskipun sudah genap sebulan pemergian anak kesayangannya itu.

Menurut Nur Syakinah, dia masih belum dapat menerima kehilangan anak perempuannya itu

Dan hanya mampu mengubat kerinduan menerusi rakaman video kenangan bersama arwah.

“Rindu suara kakak bercakap, setiap hari mama rindu, tiada sehari pun mama tak rindu kakak.

Mama benar-benar kehilangan nak… tak tahu nak cakap macam mana lagi.

“Tak ada kata-kata yang mampu memujuk mama untuk berhenti menangisi kakak.

Tiada pelukan yang mampu meredakan kedukaan hati mama, kakak dah bawa pergi hampir seluruh jiwa mama bersama

Tak akan mama dengar lagi kata-kata yang membahagiakan mama,” katanya menerusi laman Facebook.

40 Hari Tido Berteman air mata, Akhirnya lbu Syukur Sandra Dianne Muncul Dlm Mimpi

Ibu luah kerinduan terhadap anak di laman Facebook.

Bagi mengubat kerinduan itu, Nur Syakinah menghasilkan video istimewa kenangan bersama arwah dan memuat naik di laman YouTube pada Sabtu.

Dalam muat naik status yang lain pula, Nur Syakinah turut berharap dapat bertemu dengan anaknya itu di dalam mimpi.

40 Hari Tido Berteman air mata, Akhirnya lbu Syukur Sandra Dianne Muncul Dlm Mimpi

KEINGINAN ibu kepada penyanyi Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdullah untuk bertemu arwah anaknya dalam mimpi akhirnya tercapai.

Menurut Syakinah, itu merupakan kali pertama dia didatangi mimpi tentang anaknya

Ini selepas lebih sebulan pemergian Allahyarham Sandra.

“Tepat 44 hari, akhirnya kakak (panggilan untuk Sandra) datang juga dalam mimpi mama…

Terima kasih nak, mama tak akan lupa ciuman yang mama berikan pada kakak

Dan pelukan tangan kakak memeluk erat badan mama.

“Ia seperti tanda daripada kamu memberitahu kamu baik-baik..

Dan inilah masa untuk mama bergerak ke depan dan berhenti meratapi pemergianmu.

“Mama akan merindui kamu sepanjang hidup. Bersemadilah dengan tenang. Al-Fatihah,” katanya.

40 Hari Tido Berteman air mata, Akhirnya lbu Syukur Sandra Dianne Muncul Dlm Mimpi

Ibu Sandra kongsi luahan di Facebook.

Syakinah berkongsi perasaan rindunya terhadap arwah menerusi laman Facebook, baru-baru ini.

Sementara itu, Syakinah berkata dia enggan lagi menulis luahan di media sosial

Ini kerana bimbang tindakannya itu akan menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Berat mama pun semakin hari semakin turun daripada 52 kilogram mendadak turun ke 46 kilogram!

“Mama tak mahu menulis panjang menumpahkan segala perasaan.

Bimbang ada yang akan meluat dan menyampah menuduh mama tak habis-habis meraih simpati.

Cukuplah mama katakan rindu mama pada kakak masih belum hilang.

“Mama seolah-olah merasakan kakak ada job menyanyi di tempat yang jauh dan lambat lagi akan balik ke rumah.

Kadang-kadang mama melihat telefon menunggu Whatsapp kakak masuk…

Scroll chat kita yang lama, dengar voice note kakak pada mama,” ujarnya.

Gara-gara rindu yang terlalu mendalam, Syakinah berkata dia tidak mampu tidur lena sehingga berat badannya turun mendadak.

40 Hari Tido Berteman air mata, Akhirnya lbu Syukur Sandra Dianne Muncul Dlm Mimpi

Sandra terbabit kemalangan jalan raya pada September lalu.

“Orang takkan mengerti apa perasaan yang mama lalui saat ini, susah untuk mama bangkit semula dari kesedihan ini kakak.

Berat mama pun semakin hari semakin turun daripada 52 kilogram mendadak turun ke 46 kilogram.

“Setiap malam selama 40 hari juga mama tidur bertemankan air mata.

Mama tak pernah lupa doakan kesejahteraan kakak di sana dan tak lupa juga sedekah Al-Fatihah untuk kakak.

“Group Telegram peminat kakak mengadakan tahlil online melalui Google Meet.

Bahagialah kakak di sana ya. Bisik pada Allah, semoga Allah kumpulkan kita sekeluarga bersama semula di syurga kelak… insyaAllah,” katanya.

“Maafkan mama nak belum dapat terima kenyataan ini, terlalu sakit untuk mama hadam…

Hanya doa setiap waktu untuk kakak yang mampu mama kirim setiap hari dan detik mama menangis teringatkan kakak.

“Maafkan mama kerana mama belum kuat untuk kakak…

Tolonglah datang dalam mimpi mama nak, mama rindu… kakak belum jenguk mama lagi, hadirlah nak mama terlalu rindu!

“Semoga kakak damai dalam pelukan kasih sayang Allah. Al-Fatihah!,” ujarnya.

40 Hari Tido Berteman air mata, Akhirnya lbu Syukur Sandra Dianne Muncul Dlm Mimpi

Continue Reading

Trending

Video: BlNl ‘Asyik’ Berzumba, SUAMl Bengang Balik Rumah Tiada Makanan

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Sudah menjadi adat dalam kehidupan berumah tangga

Kadang kala pastinya ada isu yang membuat pertelingkahan.

Namun begitu, sikap amarah seharusnya dikawal agar tidak menyesal di kemudian hari.

Seperti apa yang dilalui pasangan suami isteri ini, menerusi satu perkongsian di laman Facebook

Seorang lelaki dirakam sedang naik angin dengan merosakkan peralatan memasak di rumahnya.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

BlNl ‘Asyik’ Berzumba, SUAMl Bengang Balik Rumah Tiada Makanan

Insiden itu difahamkan terjadi apabila lelaki berkenaan yang baru pulang dari kerja kecewa isterinya tidak menyediakan makanan.

Malah lebih membuatkannya bengang bila mendapat tahu isterinya sedang sibuk berzumba bersama rakan-rakannya.

BlNl ‘Asyik’ Berzumba, SUAMl Bengang Balik Rumah Tiada Makanan

“Saat suami pulang kerja di rumah tidak ada makanan, ternyata istrinya sedang senam.

Akhirnya dia marahdan merusaksemua peralatan masak yang ada di dapur.”

Malah lebih membuatkannya bengang bila mendapat tahu isterinya sedang sibuk berzumba bersama rakan-rakannya.

“Saat suami pulang kerja di rumah tidak ada makanan, ternyata istrinya sedang senam.

Akhirnya dia marah dan merusaksemua peralatan masak yang ada di dapur.”

Rata-rata netizen geli hati dengan video tersebut dan meninggalkan komen agar si suami bersabar.

Rata-rata netizen geli hati dengan video tersebut dan meninggalkan komen agar si suami bersabar.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

“Beruntung isteri yg Hanya dduk di rumah suami keluar cri rzki. Kkdg llki x mtk byk..

Jg mkn Minum pn jdik la. Rumah berselepah tu dorg ttp mata aje.

“Sy sndiri pn klu penat2 blk kje.. Blk anak2 x tgl apa pun utk di mkn @ mkn x ingt kita pn blh angin.

Mklm aje kdg kita kat luar sehari suntuk kje pn ikat perut utk org di rumah..

Org di rumah pndai2 la hargai pengorbanan kita yg keluar mencari rzki ni.”

“Kalau xmasak bgtaulah suami. Xdela penat2 balik keje lapar xde mknn.

Lagi2 yg suri rumah kalau penat urus rumah xpe bgtau je dulu kalau xmasak.

“Sekurangnya suami tau. Klau isteri dah masak cuma tak hidangkan tu melampau lah kalau marah mcm tu.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

“Angkat pinggan sendiri amik nasi n lauk xsusah pun xlumpuh pun tangan tu.

Isteri pun klau nk keluar rumah berzumba ke jogging minta izin or bgtau lah suami dulu.

Pape pun mengaibkan pasangan depan orang lain tetap salah.”

‘Aku pun berzumba jugak… X der lah sampai perut suami aku berlapar… Dari breakfast… Lunch… Hi tea… Dinner…suffer…

Alhamdulillah lengkap semuanya… Bila perut suami kenyang… Hati kita pun senang..’

“Klau ye pon kau nk berzumba msak la dlu,kesian jgk baru blk kerja lapar pgi dapur nk makan nasi lauk xde

Kadang lelaki nie ada jenis xsuka mkn kt luar,msak bkn susahxsuka satu peel laki nie kau jahanam kn barang dapur tu ibarat kau buang duit,nnti kau jgk yg kena beli baru”

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

BlNl ‘Asyik’ Berzumba, SUAMl Bengang Balik Rumah Tiada Makanan

Malah ada juga yang mengingatkan para suami di mana isterinya bersenam untuk menjadi cantik khas buat suaminya.

Link VIDEO: SILA KLIK SINI

Sumber : yoy

Continue Reading

Trending

Fahmi Reza Aibkan DG Hisyam, Peguam ini Tampil Dedahkan Kesannya yg Menakutkan

Biad4p! Itu yang disifatkan netizen terhadap pereka grafik, Fahmi Reza

Ini selepas dia bertindak berkongsi satu lukisan mirip Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di dalam mangkuk tandas.

Karikatur wajah mirip Ketua Pengarah Kesihatan itu berada di dalam mangkuk tandas dengan kapsyen

‘please use the toilet’ yang mengundang rasa kurang senang netizen.

Fahmi Reza Aibkan DG Hisyam, Peguam ini Tampil Dedahkan Kesannya yg Menakutkan

Menerusi media sosial, ramai beranggapan tindakan tersebut adalah sangat biad4p

Serta tidak menghormati petugas barisan hadapan yang sedang berjuang melawan Covid-19 termasuk Dr Noor Hisham.

Difahamkan, karikatur itu adalah diinspirasi daripada balasan ciapan Dr Noor Hisham di laman Twitter

Ini berikutan pertanyaan seorang individu mengenai segelintir ahli politik yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Individu tersebut kemudian mengingatkan kepada peribahasa ‘kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari’ sebelum dibalas Dr Noor Hisham ‘please use the toilet’.

Tak kelakar weh

Justeru, lelaki berusia 43 tahun itu dihentam teruk dimana rata-rata netizen menyifatkan karikatur yang dihasilkan adalah tidak menghargai jasa dan pengorbanan figura hebat di negara ini.

Fahmi Reza Aibkan DG Hisyam, Peguam ini Tampil Dedahkan Kesannya yg Menakutkan Fahmi Reza Aibkan DG Hisyam, Peguam ini Tampil Dedahkan Kesannya yg Menakutkan Fahmi Reza Aibkan DG Hisyam, Peguam ini Tampil Dedahkan Kesannya yg Menakutkan

Ini dah melampau!

Fahmi Reza Aibkan DG Hisyam, Peguam ini Tampil Dedahkan Kesannya yg Menakutkan Fahmi Reza Aibkan DG Hisyam, Peguam ini Tampil Dedahkan Kesannya yg Menakutkan Fahmi Reza Aibkan DG Hisyam, Peguam ini Tampil Dedahkan Kesannya yg Menakutkan

Hormat sikit DG Hisham

Fahmi Reza Aibkan DG Hisyam, Peguam ini Tampil Dedahkan Kesannya yg Menakutkan

DG Hisham dah penat handle Covid-19

Fahmi Reza Aibkan DG Hisyam, Peguam ini Tampil Dedahkan Kesannya yg Menakutkan

Tidak semua faham apa yang kita cuba sampaikan

Nmun kita perlu ada sedikit rasa sensitif terhadap setiap tindakan yang kita lakukan agar tidak mengundang salah faham.

Peguam ini Tampil Dedahkan Kesan Dari Perbuatan Fahmi Reza

Dalam satu lontaran oleh peguam terkemuka Nor Zabetha, dia menyifatkan perbuatan Fahmi Reza sesuatu yang tidak boleh di maafkan.

Fahmi Reza Aibkan DG Hisyam, Peguam ini Tampil Dedahkan Kesannya yg Menakutkan

Gambar ini memang tidak patut. Saya tidak setuju dan keterlaluan. Begitu jugalah pendapat-pendapat rakyat Malaysia di ruang komen.

“This is too much”. “Kalau nak attack politikus, kami faham tetapi kenapa serangan pada DG”.

Ada yang juga dalam komen yang menyokong, ini adalah ekspresi seni katanya untuk mengambarkan bahawa DG yang dikawal oleh politikus.

Ekspresi seni ini pelbagai caranya dan banyak gambarannya.

Jadi mungkin ada hujah yang akan kata “Come onlah chill! Ini ekspresi seni”.

Pandangan saya ekspresi seni ini, biar kena pada agama, tempat, sensitiviti dan budaya.

Ekspresi seni ada juga dalam bentuk nudity (bgel) tetapi tidak diterima di negara kita kerana agama, budaya, sensitiviti dan fahaman.

Kalau kita ke luar negara, banyak patung-patung seni yang di tengah-tengah bandar dan juga di muzium-muzium.

Ini memang bersesuaian dengan fahaman dan budaya mereka.

Saya teringat sewaktu pergi ke Italy dahulu, di setiap muzium ini kebanyakan ada patung-patung yang separuh bgel Berbgel penuh

Dan setiap yang ke muzium yang cintakan akan kesenian ukiran patung meneliti ianya sebagai satu hasil seni agung.

Waktu saya ke Muzium Galleria D’ Accademia Florence, di Italy. Ada satu hasil seni agung iaitu patung David of Michelangelo di dalam muzium tersebut.

Saban tahun ribuan manusia datang melihat hasil seni agung oleh Michelangelo ini.

Patung ini seorang lelaki berbogel dan ini adalah satu ekpresi seni oleh Michelangelo.

Patung ini dianggarkan dihasilkan pada sekitar 1501-1504.

Kenapa patung David? Apa ekspresinya? Kalian boleh baca sendiri, ada banyak interpretasinya.

Masa kecil-kecil dahulu, saya selalu menonton filem dari Hollywood yang turut mempamerkan banyak babak-babak di luar negara.

Dalam hati, indahnya negara mereka. Ada patung-patung, ada ukiran-ukiran berbentuk dewa-dewi.

Kenapa Malaysia tidak ada? Waktu itu, masih kecil tidak faham tentang isu sensiviti agama, budaya dan fahaman.

Apabila besar baru saya faham tentang pelbagai isu dan tidak semua negara boleh mempraktikkan apa yang diamalkan oleh negara lain hanya kerana tujuan rasa cantik dan suka-suka.

Semua perlu teliti latar belakang agama, budaya dan fahaman sebuah negara.

Saya rasa gambar yang meletakkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di dalam lubang tandas atau lubang najis itu amat keterlaluan kerana itu adalah perbuatan yang menghina.

Sehinggakan berita portal di Singapura iaitu The Independent dan sebuah stesen televisyen China telah menamakan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia kerana strategi menangani Covid-19.

Sehingga hari ini saya berterima kasih dan akan terus berterima kasih kepada frontliners, Kementerian Kesihatan, PDRM, ATM, MKN dan lain-lain yang banyak berusaha untuk memastikan penularan Covid-19 di Malaysia terkawal.

Kalau saya sendiri memang tak sekuat itu untuk berkhidmat, siang malam dan meninggalkan urusan peribadi

Dan keluarga dan berkorban untuk negara. Show some respect, please. Oleh Nor Zabetha

Posting tersebut ternyata menimbulkan pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata mereka menge-cam hebat tindakannya yang dilihat terlalu bi-adap dan mel4mpau.

Malah ramai yang turut memintanya menghormati Dr Noor Hisham yang telah bertungkus lumus dan tanpa henti bekerja dalam menangani penularan w4bak Covid-19.

Kata mereka;

Muhamad Na’im Ab Razak – Ko ni dah terlampau free sangat ni Fahmi. Duk bajet rebel tak habis-habis.

Mari datang Semporna ni. Aku serap kau masuk pasukan disin-fection.

Boleh cuci tandas awam juga kalau kau dah suka sangat dengan tandas.

Megat Ishak – Not funny. Just disrespectful and in poor taste.

You have no sense of humour and should stop thinking that you have. This is sh4meful.

Shah Redza Rosli – This is too much. Fahmi, politikus mungkin boleh disatira, tetapi tidak Dr Norhisham.

Dia dan semua barisan hadapan telah berpenat lelah untuk mengawal pandemik ini.

Sewajarnya kau menghormati beliau. Rakyat Malaysia menyayangi Dr Norhisham. Kau silap Fahmi, kau silap.

Radin Muhammad Hilman – Freedom of speech is everything but with consequences.

You are liable to what you portrayed or said. It should be called responsible speech.

Thomas Thomas Fahmi – Just advise. U can poke and troll politician. But DG is hardworking to curb the pandemic. At least to show some respect to him.

Arif Atan – Kalau letak muka orang politik orang tak kisah. Letak DG silap besarlah.

Kebebasan bersuara bukan lesen untuk b-iadab tak kena tempat.

Aminah Hamzah – Jika awak tidak dapat bantu negara dengan hasil seni awak dan kelebihan yang Allah berikan

Hormatilah orang yang berusaha untuk kita, jika tidak mampu berterima kasih cukuplah dengan diam.

Kesihanilah diri awak sebab awak tidak dapat menolong diri sendiri jauh sekali untuk menolong negara.

Semoga awak dan kita semua diberi hidayah oleh Allah dan tahu berterima kasih kepada orang banyak berbakti.

Di harapkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada Fahmi Reza seperti kes yang berlaku sebelum ini oleh akaun FB MGAG

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.