Connect with us

Bintang filem Ada Apa Dengan Dosa, Fasha Sandha mengakui tidak sempat untuk membeli barangan persiapan untuk menyambut cahaya matanya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Jelas Fasha, dia bakal memakaikan semua anak perempuannya itu nanti dengan baju Putri Raysha Jemyma ketika masih bayi lima tahun lalu.

“Untuk persiapan baby sebenarnya tiada persiapan pun lagi dan tak sempat beli baru sebab tak boleh keluar rumah.

“Memandangkan baju Jemyma dulu-dulu masih boleh pakai lagi, saya pakaikan balik nanti,” katanya yang masih menyimpan baju-baju anak perempuannya itu sebagai tanda kenangan.

Ujar Fasha lagi, suaminya, Aidil Aziz lebih teruja untuk menyambut cahaya mata pertama mereka.

“Sudah tentu Aidil lebih teruja kerana ini anak pertamanya tetapi kami berdua gembira menantikan kelahiran cahaya mata ini,” tambahnya.

Selepas mendirikan perkahwinan bersama Aidil sekitar Mac tahun lalu, Fasha mengalami dua kali keguguran sebelum disahkan hamil semula.

Sementara itu, Fasha turut berkongsi rasa gembiranya atas sambutan luar biasa penonton Ada Apa Dengan Dosa.

“Dalam filem itu saya melakonkan watak Siti Zaharah yang dihantui dosa-dosa silamnya dan menjadi karakter penggerak kepada filem ini.

“Watak itu banyak memberikan pengajaran terutama impak kehidupan kita sekarang akan tindakan ketika zaman remaja tanpa berfikir panjang,” tambah Fasha ketika ditemubual di Sinar FM.

Fasha Sanda Terkejut Bila Sugu Pavhitra Tiber Call, dan Luahkan Perkara ini

PERKONGSIAN YouTuber sensasi S. Pavithra di sebuah portal lifestyle Pepatung yang meluahkan rasa teruja dapat berborak menerusi panggilan video dengan selebriti kegemarannya iaitu pelakon Fasha Sandha menarik perhatian umum.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, berkata dia berasa terkejut apabila penulis portal tersebut menghubungi dan memberitahu Pavithra sangat meminati serta sering mengikuti drama lakonannya.

Malah apa yang membuatkan Fasha lebih terkejut apabila melihat wajah Pavithra yang cukup berbeza selepas mendapat sentuhan magis oleh jurusolek selebriti iaitu Razzi Musa.

Foto Pavithra yang mendapat solekan Razzi Musa menjadi tular.

“Sejujurnya saya terkejut apabila penulis menghubungi dan beritahu bahawa Sugu Pavithra yang terkenal di YouTube amat meminati saya serta mengikuti drama lakonan saya. Malah dia turut menangis apabila menonton babak saya menangis.

“Saya amat terkejut kerana jarang ada penonton berbangsa India yang mengikuti semua drama saya.

Masa mula-mula Pavithra hubungi saya agak terkejut sebab muka dia tak sama macam saya tengok dalam berita, rupa-rupanya dah disolek dengan begitu cantik sekali.

“Pavithra ada beritahu bahawa dia dan keluarga meminati saya dan saya berterima kasih serta turut memberitahu bahawa saya sentiasa doakan dia terus berjaya di saluran YouTube,” kata Fasha kepada mStar.

Menerusi artikel di portal tersebut, Pavithra mendedahkan dia meminati subjek bahasa Melayu di sekolah dan banyak mengasah kemahiran bahasa kebangsaan itu dengan menonton drama-drama Melayu.

Saya amat terkejut kerana jarang ada penonton berbangsa India yang mengikuti semua drama saya.

Ketika ditanya selebriti berbangsa Melayu yang paling diminati, Pavithra terus menyebut nama pelakon Fasha Sandha dan mereka dapat bersua menerusi panggilan video.

Pavithra dan suaminya mula menambat hati rakyat Malaysia di saluran YouTube mereka, Sugu Pavithra menerusi video memasak menggunakan bahasa Melayu.

Sehingga kini, saluran YouTube pasangan itu sudah mencecah 716,000 pengikut.

Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi perkembangan terkini yang sedang menanti hari untuk melahirkan cahaya mata pertamanya dengan pelakon Aidil Aziz.

Ada Apa Dengan Dosa mengisahkan kehidupan seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga freethinker bernama Aurora (Wanna Ali) yang mendapat tahu identiti sebenarnya dari keluarga beragama Islam.

Lebih mengejutkan apabila Aurora adalah seorang anak luar nikah hasil daripada keterlanjuran perbuatan seorang pendakwah dan ibu kandungnya.

Kesannya, Aurora hampir membunuh diri namun kehidupannya berubah selepas bertemu dengan Khalik (PU Riz).

Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Wanita ini Ingin Meminjam Duit Dari Suami, Tapi Kena Bebel Berjela

Perkahwinan yang tidak didasarkan kepada perasaan kasih terhadap satu sama lain, tidak disulami dengan kemesraan adalah satu perkahwinan yang tidak bahagia dan tidak bermakna.

Lantaran, Allah SWT menjadikan perasaan kasih mesra antara suami isteri sebagai satu sunah yang ada padanya tanda kekuasaan dan keagungan.

Kunci kebahagiaan rumahtangga bukan hanya pada hadiah cincin berlian dan kereta mewah seperti yang dipaparkan golongan elite atau artis.

Bukan juga pada kepuasan di bilik tidur seperti yang diiklankan perniagaan ubat kuat.

Rumah tangga yang bahagia boleh dikekalkan dengan memberi perhatian pada beberapa perkara kecil yang sebenarnya penting dalam menjaga perhubungan sesama pasangan.

Hentikan berharap pasangan anda berubah menjadi seperti yang anda harapkan.

Mulakan perubahan tersebut dengan diri anda sendiri, hari ini.

Ini seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya

Bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri daripada diri kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya

Dan dijadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.” (Surah ar-Rum, ayat 21)

Wanita ini Ingin Meminjam Duit Dari Suami, Tapi Kena Bebel Berjela

Seorang isteri ingin meminjam duit dari suaminya, namun apa yang dihajatinya tidak kesampaian.

Ini apabila dia berterusan dibebel dan dileteri tanpa henti oleh suaminya, yang ternyata tidak berpuas hati dengan cara kewangan si isteri.

Sebelum ini, si isteri telah banyak kali meminjam daripada si suami.

Namun, si suami bertanya kemana pergi duit yang pernah dipinjamnya sebelum ini.

Si isteri menjelaskan duit itu adalah untuk membantu ibu dan ayahnya di kampung.

Namun jawapan tersebut ternyata mengundang kemarahan suami.

Ini kerana dia tau, duit itu telah digunakan untuk si abang isteri yang selalu ketagih benda jarum.

Betul juga cakap si suami tu. Gaji besar RM2500 sebulan, tapi tak sampai dua seminggu lesap, habis dipakai.

Sedangkan barang dapur keperluan apa semua telah disediakan oleh si suami.

Suami Haramkan Bagi Pada Ayah dan Ibu Tanpa Izin

Pada asalnya, masej ini telah disebarkan oleh si isteri kepada sebuah page, namun rata² netizen semua menyalahkan si isteri.

“Maaflah bila sy baca sy rasa suami puan tu bg nasihat yg masuk akal.. cuma cara dia agak kasar..

Betul la ukur baju di badan sendiri kecuali kalau keperluan sgt mendesak.. suami nk tolong bayar crdt card tu kira bersyukur la..

Sesetengah org kena bayar crdt card sendiri.. cuba nasihatkan abg suruh bekerja tggungjawab dia utk tolong mak lebih”

“Aku setuju sgt Ngan laki Hg kak Melah oiii .. nak tlg mak ayah tu mulia . Jgn bg duit .

Beli ja brg letak . Duit Hg nak bayaq hutang kedai bhgn mak , Hg bg Kat laki Hg , Suh dia p uruskan .

Nti dia tau hutang apa kat kedai . Senang Elakkan Cash .. pls la xpayah selagi ada penagih dlm umah . Antaq Serenti ja sng. Aman semua .”

“Tujuan suami dia nasihat baikk cuma cara agak kasar. Mungkin terlalu geramm.

Ada betul apa suami dia cakap. Berpada2 tolong orang, tengok lah kemampuan diri sendiri.

Jangan sebab nak tolong, akhirnya beban melekat dkt bahu.”

“Tujuan suami tu baik dan cakap dia betul cuma penyampaian kasar mungkin tekanan kerja dan perangai istri yg tak pandai memikirkan yg perlu dan tidak.

Kiralah duit gaji lumayan tapi tak simpan utk masa depan sedang suami dah cukupkan sampai bayarkan loan istri.”

“Kira suami dah cukup baik. Dengarlah nasihat suami dia skg pelindung dan syurga istri.

Nak tolong ibubapa yu bagus tapi berpadalah jgn dipergunakan utk menumpuk abang yg dadah.”

“Niat suami menjaga isterinya betul dan baik .. Yang salah si isteri sbb tahu duit tu disalahguna makin diberi .. Senang je

Gi call AADK tangkap si Penagih tak kira adik beradik ke apa sbb satu hari nanti kalau jadi bangkai ?

Berdosa satu family .. Sbb biarkan adik beradik hanyut”

“Patut. Sebab dia mungkin dah byk kali sah nasihatkn hang. Ckp leklok hang tk dgq.

Hang ketegaq. Kira dia baguihla tak tinggai hang, cerai kan hang.

Dia bukan tk sayang kat mak hang, tp dia sakit hati dok bela bangkai hidup tu. Bagi aku hang kena BERSYUKUR dpt suami mcm ni.”

 

Sumber : KRT

Continue Reading

Trending

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Hangat diperkatakan mengenai kenyataan seorang warga asing, M Rayhan Kabir dalam satu laporan Al-Jazeera.

Dia yang didakwa memberikan maklumat yang salah berkaitan pengurusan warga asing ketika wabak COVID-19 di Malaysia.

Segala kenyataan dikeluarkan individu terbabit, yang konon mendakwa Malaysia memberi layanan buruk kepada warga asing telah memburukkan imej negara ini.

Penipu rupanya!

Berdasarkan maklumat diri yang tertera di Facebook, Rayhan Kabir yang mengaku dirinya bertugas di syarikat Malik Streams Production & Distribution sebagai Ketua Pemasaran, ternyata palsu.

Nama : M RAYHAN KABIRPerangai : khianat kepada Malaysia dan YDP Agung kerana menyebarkan info salah kepada Al Jazeera…

Posted by Encik Khairul on Sunday, July 5, 2020

Bukan pekerja kami

Berdasarkan satu kenyataan rasmi Malik Streams Production & Distribution, menafikan bahawa Rayhan Kabir merupakan kakitangan mereka.

Sebaliknya, lelaki terbabit hanyalah berkhidmat sebagai kontraktor tetapi sekarang sudah tidak lagi.

Dan tidak pernah memegang jawatan sebagai ketua pemasaran.

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Kena tempias jugak

Pihak Malik Streams turut terkejut dengan dakwaan itu, mengakui turut terkena tempias juga.

Ini apabila laman Facebook mereka didatangi pelbagai komen bertanyakan mengenai isu tersebut.

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Difahamkan, Malik Streams tidak teragak-agak mahu mengambil tindakan undang-undang, kerana isu tersebut telah menjejaskan reputasi dan imej syarikat.

Buat laporan polis

Berdasarkan komen netizen, rata-ratanya meminta Malik Streams membuat laporan polis terhadap lelaki terbabit, jika kenyataan yang dikeluarkan adalah benar.

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Selamba jer dia letak ketua pemasaran

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Tunjuk laporan polis sebagai bukti

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan KabirTunggu tindakan Malik Streams
“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Berdasarkan carian di Facebook, individu yang bernama Rayhan Kabir itu telah menghilang diri, malah akaunnya juga dinyahaktifkan.

Dakwa warga asing dilayan teruk, DG Hisham minta wakil NGO semak dulu fakta

Dalam salah satu muat naik seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun Fifa Rahman yang juga merupakan wakil NGO, dia telah meminta agar rakyat Malaysia menerima setiap kritikan tersebut dengan hati terbuka.

Muat naik itu dibuat bagi memberi respon daripada video dokumentari mengenai dakwaan layanan buruk Malaysia kepada PATI semasa pendemik.

Susulan daripada hal tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah membalas muat naik itu dengan meminta agar Fifa Rahman menyemak kembali fakta sebelum membuat komen seperti itu.

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Bawa duduk dengan awak jelaa sis

Komen balas daripada Dr Noor Hisham juga telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet.

Rata-rata menyokong kenyataan beliau yang meminta agar wanita tersebut menyemak dahulu fakta sebelum berkata sesuka hati.

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Cubalah untuk nampak bijak sikit

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Tolong betulkan kenyataan tu

“Bukan pekerja kami…” – Malik Streams digesa buat laporan polis terhadap Rayhan Kabir

Continue Reading

Trending

Imigresen Keluar Memo Buru Bangla yg muncul dalam dokumentari Al Jazeera

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi amaran keras akan membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan kepada warga asing.

Ini sekiranya mereka mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan tujuan memburukkan imej negara.

Justeru, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, meminta pemegang pas jangka panjang seperti pas penggajian.

Lawatan kerja sementara dan pas residen juga supaya berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Mereka berdepan risiko pembatalan pas dan akan diminta meninggalkan negara ini serta-merta.

Jika kenyataan berkenaan tidak tepat dan bertujuan memburuk-burukkan imej Malaysia,” katanya kepada Bernama semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang diterbitkan oleh agensi berita Al Jazeera.

Khairul Dzaimee berkata laporan mengenai operasi JIM semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disifatkan agensi berita antarabangsa itu sebagai rasis dan tidak berperikemanusiaan adalah tidak benar kerana tidak mengambil kira fakta sebenar.

“Operasi imigresen di sekitar Jalan Masjid India, di sini, pada 1 Mei lepas telah memeriksa seramai 3,352 warga asing.

Namun jumlah yang ditahan untuk siasatan lanjut hanya 586 orang.

“Kerajaan Malaysia juga telah memberi rawatan secara percuma kepada 773 warga asing yang didapati positif COVID-19 di Depot Tahanan Imigresen (DTI).

Dan terdapat kedutaan asing yang memuji tindakan ini serta mengucapkan terima kasih,” katanya

Imigresen Keluar Memo Buru Bangla yg muncul dalam dokumentari Al Jazeera

Lelaki warganegara Bangladesh, Rayhan Kabir yang muncul dalam dokumentari agensi berita antarabangsa Al Jazeera kini diburu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menerusi satu kenyataan, pihak JIM memohon orang ramai bagi menyalurkan maklumat mengenai pemuda berusia 25 tahun itu.

Ini bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir.

Nombor pasport BW0974403 berumur 25 tahun.

“Alamat terakhir beliau adalah Sirhan Legacy Sdn Bhd, B-7-9 Menara Uncang Emas, No 85 Jalan Loke Yew, 55200, Kuala Lumpur.

Memo ini bertujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Bin Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya…

“…di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat atau Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” tulis kenyataan tersebut menerusi posting di Bernama TV.

Terdahulu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat.

Ini kerana video itu mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani COVID-19.

KENYATAAN MEDIAJABATAN IMIGRESEN MALAYSIA16 ZULKAEDAH 1441H / 07 JULAI 2020ORANG DIKEHENDAKI JABATAN IMIGRESEN…

Posted by Jabatan Imigresen Malaysia on Monday, July 6, 2020

Rata² netizen menyambut baik saranan Imegresen

“YG hairannya mcm mana Ada Syarikat Sendirian Berhad?

Cari rakyat Msia yg pajak Nama & lesen pd warga asing ni! Bnyk sgt Syarikat Di Msia diAlibabakn utk mendpt untung atas angin!

Ini seolah 2 menjual maruah negara Kita!!!!”

“saya sokong ,100 peratus ….warga asing yg tinggal kt malaysia nie kurang ajar….

Tangkap..bicara..masuk lokap lepas tuu hantar pulang kenegara mana asal dia baru dia tahu langit tinggi rendsh dasar tak sedar dik untung…….”

“Sentiasa menyokong penuh usaha penguatkuasaan JIM terhadap pendatang asing..

Sama2 la kita beringat jangan diberi muka dengan warga asing kelak nanti dipijak je kita”

“Alhamdulillah hrap sgt semua jab bganding bahu banteras pati ni…klu biar smkin mnjadi puak2 ni..ingat ank cucu kita nnti..

Skrg pn kita dh celaru dgn puak2 ni”

“Tu la org malaysia layan elok2. Siap boleh bekerja kat sini. Pastu pegi buruk2 kan dekat org luar.

Jenis x reti bersyukur.hantar balik je la. Xpun pergi la qatar based aljazeera tu.

Tgk diorang layan immigrant macam mana.”

“Beza betul ye. Gambar mula2 masuk Malaysia macam tak cukup makan.

Lepas dah berapa lama sihat walafiat, tembun. Ni dia kata Malaysia buat kerja tak betui.

Otak dia yang tak betui barangkali.”

Sumber : Jabatan Imegresen Malaysia

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.