Connect with us

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 13 April.

Ini adalah PKPD kedua selepas arahan sama dikeluarkan untuk dua kawasan di Simpang Renggam, Johor, kelmarin.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata arahan PKPD dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ada 71 kes positif jangkitan COVID-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz AnNabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di sekolah itu, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di kawasan itu.

PKPD di kawasan itu membabitkan 3,918 penduduk merangkumi 700 rumah. Ini termasuk tujuh kampung iaitu dua perkampungan Orang Asli dan lima perkampungan Melayu.

Ismail Sabri berkata, tujuan PKPD dilaksanakan untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan itu. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Dengan pelaksanaan perintah ini:

· Semua penduduk dan pelawat yang telah berada di kawasan itu tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

· Bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

· Semua aktiviti perniagaan dihentikan.

· Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

· Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.

· Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

· Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 03-89254809 / 03-89114200.

Semasa

Benjol Terhantuk Kerusi , Adik Iman Akhlrnya Pergi Temvi Ilahi

Selepas sembilan bulan menderita, Muhammad Iman Al-Khausar Ismail yang terhantuk kepala di kerusi sehingga mengalami benjolan disahkan meninggal dunia semalam.

Berita sedih tersebut dikongsi ibunya, Nursasabila Kamarulzaman di laman Facebooknya.

Dia memberitahu kanak-kanak berusia tiga tahun itu telah pergi menemui Ilahi setelah lama menanggung kesakitan.

Al-Fatihah!

Posting berkenaan menerima ratusan komen netizen yang rata-ratanya mengucapkan takziah serta berharap dia dan seluruh keluarga tabah menghadapi kehilangan tersebut.

Terdahulu, Muhammad Iman terjatuh sebelum kepalanya terhantuk ketika bermain di rumah pada 17 September tahun lalu sebelum menghadapi beberapa komplikasi termasuk jangkitan kuman pada darah.

Kisah kanak-kanak yang dilahirkan secara normal itu sering dikongsi oleh pengguna media sosial yang prihatin dengan nasibnya selain memberi kata-kata semangat buat keluarga Allahyarham.

Kisahnya telah menjadi viral selepas tersebar posting ini

18.08.2017 – 19.06.2020 anak syurga pulang pd penciptanya..alfatihah#muhammadimanalkhausar

Posted by Nursasabila Kamarulzaman on Friday, June 19, 2020

Assalammualaikum semua..salam syg dr iman utk semua yg tak putus2 mendoakn iman..

Dalam terketar2 mama iman gagahkan jugak utk menaip setiap baris kata2 yg nk disampaikan..

Bukan senang bukan mudah tapi harus diterima dan redho dgn ketentuan yg maha esa…hari ini iman dapat pulang ke rumah selepas 7hri di wad..

Iman bukan dibenarkan pulang ats alasan dia sudah sihat dan demam sudah baik…tapi iman dibenarkan pulang bila doktor memutuskan tiada lagi rawatan utk iman..

Posted by Nursasabila Kamarulzaman on Wednesday, June 10, 2020

Tubuh badan iman sudah tidak dapat menerima ubat2 yg dktor bg..tindas balas positif dr ubat2 yg diberi juga sudah tidak ada…

Demam masih tidak kebah dan kuman di dalam darah juga tidak mnunjukkan smkin mnurun..malah makin bertmbah…

Iman balik dibekalkan dgn ubt tahan sakit dan ubt antibiotik yg perlu dihbiskn dirumah..skrg iman jugak selalu mengadu sakit2 di bhgian kaki dan tgn nya..

Mgkin sel2 yg merebak prlahan2 myerang di setiap saraf2 utama nya…Dikesempatan di bulan syawal ini…

Mama dan semua keluarga iman memohon maaf zahir dan batin,dan berterima kasih kepada semua yg bermurah hati berkongsi rezeki dgn iman..

Dan tak lupa kepada semua yg selalu mendoakn iman tak kira ahli keluarga,sahabat2 mama dan semua yg pernah mendoakn iman..

Terima kasih banyak2..semoga allah memblas sgala kebaikan kalian pada iman dengan 1001 kali kebaikan lagi pada kalian dan keluarga…aamiin3..

Kepada sesiapa yg bertanya bgaimana keadaan iman skrg..keadaan iman agak lemah,tapi iman sgt3 kuat..

Dye masih mmpu nk bermain di rumah…semoga hari2 iman sentiasa indah dan gembira..segala ketentuan di tgn Allah..

Kami ahli keluarga akn cuba mncari jln lain utk mrawat iman slagi ad masa dan waktu kami akn iktiarkan utk iman..inshaa allah…

Terima kasih sudi doakan #muhammadimanalkhausar.
Moga Allah perkenankan doa kita..

Assalammualaikum semua..salam syg dr iman utk semua yg tak putus2 mendoakn iman..Dalam terketar2 mama iman gagahkan…

Posted by Nursasabila Kamarulzaman on Wednesday, June 10, 2020

Semoga keluarga tabah hadapi dugaan yang datang. Al Fatihah

Continue Reading

Semasa

Tiga Pelajar Yang Menang Anugerah Akedemik di USA ini Rupanya Bukan Sebarangan Orang

Kejayaan dan kesenangan tidak datang bergolek!

Setiap perkara dilakukan perlu usaha yang gigih, selain doa dan tawakal mengiringi perjalanan dalam kehidupan seperti diraih tiga pelajar Malaysia tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini.

Para penuntut Pengajian Ijazah Sarjana Muda Microbiologi di Michigan State University, Amerika Syarikat itu telah merangkul kejayaan Class of 2020 Deparmental Award daripada Department of Microbiology and Molecular Genetics, College of Natural Science.

Nurul Izzati Mohamed, Nurul ‘Iffa Nazirah Taini Achim, masing-masing menerima anugerah Dietrich C. Bauer Scholarship Award (High Honor Distinction).

Manakala Nuur Aqilah Izzati Othman pula Russel Duvall Endowed Scholarship Award (Research).

PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN PELAJAR-PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DI MICHIGAN STATE UNIVERSITY, AMERIKA…

Posted by PPL JPA Washington DC on Saturday, May 16, 2020

PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN PELAJAR-PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DI MICHIGAN STATE UNIVERSITY, AMERIKA SYARIKAT 🇺🇸🇲🇾

Sukacita dimaklumkan bahawa tiga (3) orang pelajar Ijazah Sarjana Muda tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Michigan State University, Amerika Syarikat dalam bidang Mikrobiologi telah menerima Class of 2020 Departmental Award dari Department of Microbiology and Molecular Genetics, College of Natural Science.

Penganugerahan ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik sepanjang tempoh pengajian dan kualiti serta potensi kajian yang dijalankan.

Lebih membanggakan apabila dari keseluruhan lapan (8) orang penerima anugerah, tiga (3) orang darinya adalah pelajar Malaysia dan tajaan JPA. Mereka adalah:

a) Nurul Izzati binti Mohamed Zamani – Dietrich C. Bauer Scholarship Award (High Honor Distinction)

b) Nur ‘Iffa Nazirah binti Taini Achim – Dietrich C. Bauer Scholarship Award (High Honor Distinction)

c) Nuur Aqilah Izzati binti Othman – Russell Duvall Endowed Scholarship Award (Research)

JPA secara amnya dan Pejabat PPL JPA Washington DC secara khususnya ingin mengucapkan tahniah kepada para pelajar ini atas anugerah-anugerah yang diterima dan pencapaian yang sangat membanggakan.

Terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia dan JPA di peringkat antarabangsa.

Menerusi kenyataan rasmi JPA di Facebook, sebanyak lapan anugerah dipertandingkan dan tiga anugerah itu dibolot oleh mereka.

Inu selepas penilaian berdasarkan kepada kecemerlangan akademik sepanjang tempoh pengajian dan kualiti serta potensi kajian yang dijalankan.

Nurl Aqilah Izzati, 23, adalah penerima tunggal Anugerah Russel Duvall Endowed Scholarship dan penganugerahan itu berdasarkan penilaian panel terhadap pembentangan kajian Wheat Allergy: Do Wheat Genotypes Differ in Allergenicity.

Lebih membanggakan apabila kejayaan ketiga-tiga pelajar tersebut disiarkan dalam laman web rasmi Department of Microbiology and Molecular Genetics, College of Natural Science, Michigan State University.

Posting berkenaan dihujani ucapan tahniah netizen yang turut berbangga serta tumpang gembira melihat anak Malaysia meraih kecemerlangan di luar negara sekaligus dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan tanah air.

Sumber : Bernama , JPA

Kredit BorakDaily

Continue Reading

Semasa

Polis Akan Datang ‘Beraya’ Rumah Individu yg ‘Terlepas’ Balik Kampung Rentas Negeri

Jangan seronok sangat kepada yang dah berjaya balik kampung.

Pihak berkuasa mungkin akan mengunjungi kediaman individu yang lolos larangan rentas negeri pada Hari Raya nanti.

ANGGOTA polis bersama tentera membuat pemeriksaan setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya di Beranang, Semenyih. FOTO Aizuddin Saad.

Seperti dilaporkan portal berita Harian Metro jumlah kenderaan yang ditahan polis kerana cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung, meningkat sekali ganda berbanding kelmarin.

Menteri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 1,248 kenderaan ditahan semalam, berbanding 508 kenderaan kelmarin dan masing-masing diarahkan berpatah balik.

“Maknanya lebih ramai rakyat yang cuba curi-curi pulang ke kampung dengan pelbagai alasan.

“Ada yang bersiap-siap lepas sahur bawa anak isteri tapi bila sampai sekatan jalan raya diarah patah balik.

Polis Akan Datang ‘Beraya’ Rumah Individu yg 'Terlepas' Balik Kampung Rentas Negeri

“Alhamdulillah polis arah patah balik, kalau dikenakan dikompaun RM1,000 jadi yang rugi adalah kita.

“Saya harap tidak perlulah cuba balik kampung terutama rentas negeri,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau memahami perasaan orang ramai yang amat merindui kampung halaman masing-masing.

Polis Akan Datang ‘Beraya’

Namun jika masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kes jangkitan Covid-19 berkurangan, pastinya PKP berakhir segera.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihak berkuasa memandang berat larangan pergerakan antara negeri, khususnya perjalanan tanpa kebenaran polis semata-mata untuk menyambut Aidilfitri.

Katanya, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan pergerakan rentas negeri tanpa permit.

Selain daripada melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, polis akan menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan dan kampung.

Ini untuk mengesan mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan bergerak melampaui perbatasan negeri untuk balik berhari raya.

Bagi tujuan ini pasukan pemantau PDRM dan ATM akan meninjau rumah di taman perumahan dan kampung di seluruh negara.

Polis ada rekod butiran individu serta kenderaan

Polis Akan Datang ‘Beraya’ Rumah Individu yg 'Terlepas' Balik Kampung Rentas Negeri

Beliau berkata, polis akan memeriksa bagi mengesan kenderaan yang tidak mempunyai permit pergerakan.

Polis memiliki rekod butiran individu serta kenderaan mereka yang diberikan permit atau kebenaran untuk melakukan pergerakan antara negeri

Sebarang kesalahan pergerakan rentas negeri boleh disiasat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967.

Sebelum ini Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berulang-kali menegaskan supaya masyarakat tidak melakukan sebarang pergerakan rentas negeri semasa musim perayaan ini.

Beliau turut memberi peringatan bahawa mereka yang sebelum ini sudah ‘terlepas’ pulang ke kampung halaman tidak semestinya akan ‘terlepas’ apabila hendak kembali semula ke rumah.

Jangan menyusahkan diri sendiri, kata Ismail Sabri

Polis Akan Datang ‘Beraya’ Rumah Individu yg 'Terlepas' Balik Kampung Rentas Negeri

Sementara itu sebanyak 1,175 kenderaan dikesan cuba merentas negeri diarah berpatah balik semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk melupakan hasrat merentas negeri untuk balik kampung kerana ia sudah tentu menyusahkan diri sendiri apabila diarahkan untuk berpatah balik.

” Ini menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia berdegil untuk balik kampung.

Semalam juga sebanyak 1,175 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oleh PDRM.

” Walaupun pelbagai nasihat dikeluarkan dan pihak polis mengarahkan untuk patah balik dan memberi nasihat,” katanya dalam sidang media harian mengenai perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) hari ini.

Dua hari lepas, sebanyak 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri telah diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, ditanya mengenai dapatan soal selidik oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), beliau berkata lebih 70 peratus daripada 215,712 responden bersetuju meraikan Hari Raya Pertama bersama ahli keluarga di rumah yang sama sahaja.

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.