Connect with us

MALAYSIA: Hari ini kes baru cov-19 kembali meningkat 2 angka.

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi, terdapat 14 kes baru positif cov-19 di Malaysia.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, terdapat 14 kes baru disahkan positif cov-19.

Jumlah ini sekaligus menambah jumlah kumulatif sebanyak 8999 kes positif direkodkan di Malaysia setakat hari ini”

Berikut merupakan perincian Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai jumlah baru kes positif di Malaysia itu.

Menurutnya satu kes import membabitkan warga Filipina yang telah mendapat jangkitan di luar negara.

Manakala 13 kes penularan tempatan semuanya membabitkan warganegara.

Jika tadi kami ada berkongsikan artikel mengenai satu keluarga dijangkiti cov-19 disebabkan kluster Sivagangga.

Hari ini, rasmi 11 lagi kes daripada kluster PUI Sivagangga di Kedah dan 2 kes saringan di pintu masuk Antarabangsa laut Labuan telah dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Untuk makluman semua, kes pertama adalah melibatkan pelajar tiba dari Sandakan, Sabah yang akan memulakan pengajian di Wilayah Persekutuan Labuan.

Manakala kes ke-2 pula ialah dari Penampang, Sabah yang datang ke Labuan bagi bercuti bersama keluarganya.

Oleh itu, setakat hari ini, sebanyak 210 kes lagi masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan cov-19. Mereka telah diasingkan dan akan diberi rawatan.

Untuk pengetahuan semua, terdapat satu kes positif yang sedang di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan seorang memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala pada hari ini, 17 orang telah pulih dan dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Kluster Sivagangga: Satu keluarga dijangkiti Covid-19

SATU keluarga di Kedah dilaporkan positif Covid-19 dipercayai berkaitan dengan penularan kluster Sivagangga.

Berdasarkan mesej yang tular di media sosial mendakwa lelaki berkenaan seorang pemandu lori dan tinggal di Padang Sanai, Padang Terap.

Manakala dua anaknya masing-masing bersekolah di Kubang Palas dan Padang Terap dijangkiti Covid-19.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika dihubungi memberitahu satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung perkara itu hari ini.

Kluster Sivagangga menular akibat jangkitan import selepas seorang individu yang juga pemastautin tetap pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu (kes ke-8,937).

Dia yang juga pemilik kedai nasi kandar di Napoh itu dilaporkan melanggar SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana mereka yang dikuarantin tidak dibenarkan keluar daripada rumah.

Pemilik kedai makan itu bagaimanapun dilaporkan pergi ke premis berkenaan sebelum penularan jangkitan di kawasan itu berlaku.

Dua pelajar sekolah rendah dikesan positif COVID-19

Dua pelajar sekolah rendah berusia tujuh dan 10 tahun disahkan positif COVID-19 pada Ahad.

Ini selepas mendapat jangkitan daripada pesakit ke-8,975 dan pesakit ke-8,976 daripada Kluster Sivagangga di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tersebut juga merekodkan 11 kes pada Ahad dan semuanya melibatkan warganegara Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham memaklumkan setakat ini sebanyak 313 orang telah disaring dan 20 daripada dikesan positif, 280 negatif dan 13 kes masih menunggu keputusan ujian.

Menurutnya, daripada 20 kes yang dikesan positif, semua kes adalah aktif, tiada kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.

“Daripada 20 kes positif yang dilaporkan, sebanyak 15 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan lima kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

“Semua pesakit telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan.

“Aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif giat dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan aktiviti pembersihan serta nyahkuman dilaksanakan di semua premis.

Ini termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah kes yang dikesan positif,” katanya.

KKM pada 28 Julai lepas mengesahkan dua lagi kluster baharu COVID-19 dikenal pasti di Kedah dan Sarawak membabitkan sembilan individu dikesan positif.

Kluster Sivagangga, Balik dari India keluar Rumah Tak Kuarantin sebarkan cov-19

Mengikut sumber Harian Metro pada hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bakal membuat kenyataan media berhubung dengan kluster sivagangga.

Ini selepas dikatakan ada satu keluarga di Negeri Kedah dilaporkan positif cov-19 dipercayai disebabkan oleh penularan kluster Sivagangga.

Berdasarkan kepada mesej yang tular di media sosial mendakwa lelaki itu merupakan seorang pemandu lori dan tinggal di Padang Sanai, Padang Terap.

Manakala 2 anaknya yang masing-masing bersekolah di Kubang Palas dan Padang Terap telah dijangkiti oleh cov-19.

Untuk pengetahuan semua, Kluster Sivagangga merupakan jangkitan import yang dibawa oleh seorang individu yang merupakan pemastautin tetap pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai yang lalu.

Dia merupakan pemilik nasi kandar di Napoh, dia telah melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana dia diwajibkan untuk kuarantin di rumah namun telah keluar daripada rumah.

Pemilik kedai makan itu telah pergi ke kedainya sebelum penularan jangkitan di kawasan tersebut berlaku.

Ini antara kluster yang masih aktif lagi di Malaysia. Menurut laporan setakat ini sudah 8 orang positif di bawah kluster ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Kepak Ayam Diuji P0SlTlF C0VlD, Akhirnya Pihak Berkuasa Dedahkan Dari Mana Makanan Itu Terkena

Haiwan peliharaan milik individu yang disahkan positif COVID-19 perlu diasingkan dan dikuarantin selama 14 hari, bagi tujuan pemantauan kesihatan.

Continue Reading

Trending

Kepak Ayam Diuji P0sitif C0vid, Akhirnya Pihak Berkuasa Dedahkan Dari Mana Makanan Itu Terkena

Haiwan peliharaan milik individu yang disahkan positif COVID-19 perlu diasingkan dan dikuarantin selama 14 hari, bagi tujuan pemantauan kesihatan.

Pensyarah Kanan (Imunologi Veterinar), Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, Dr Farina Mustaffa Kamal, berkata sekiranya haiwan itu menunjukkan sebarang masalah kesihatan dalam tempoh berkenaan, penjaga perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah, untuk tindakan susulan.

Katanya, biarpun tiada bukti haiwan peliharaan boleh menyebarkan jangkitan COVID-19, namun ia boleh dijangkiti penyakit itu, seperti dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE).

“Dua kes jangkitan COVID-19 membabitkan haiwan peliharaan, iaitu kucing dan anjing sudah dilaporkan di Belgium dan Hong Kong yang berpunca daripada pemiliknya positif wabak itu.

“Jadi, haiwan peliharaan ini disyaki terjangkit daripada kontak rapat individu positif COVID-19, melalui ciuman, pelukan atau pengendalian haiwan, tanpa membasuh tangan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun Dr Farina berkata, setakat ini kes jangkitan ke atas haiwan peliharaan adalah amat terpencil.

Lagipun, tiada maklumat jelas mengenai simptom haiwan dijangkiti COVID-19, malah kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang tanda.

“Hanya kes seekor kucing di Belgium yang menunjukkan simptom masalah pernafasan, cirit-birit dan muntah.

Namun perlu diingatkan, terdapat agen virus atau bakteria lain yang boleh menyebabkan simptom yang sama pada haiwan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan lebih baik jika langkah kuarantin dan pengasingan diri daripada haiwan peliharaan dilakukan lebih awal, sebaik pemilik menyedari diri mereka mempunyai simptom dijangkiti COVID-19.

“Jika waktu itu tiada orang lain yang boleh mengendalikan haiwan milik anda.

Pakailah penutup muka serta sarung tangan ketika memberi makan dan minum, membersihkan sangkar dan najis haiwan peliharaan itu,” katanya.

Tambah Dr Farina, tiada bukti jelas ada spesis haiwan tertentu yang lebih mudah dijangkiti secara semula jadi.

Namun beliau menegaskan dalam situasi negara dilanda pandemik COVID-19 ini, pemilik amat digalakkan mengurung haiwan peliharaan di dalam rumah.

“Setakat ini, kajian menunjukkan virus ini (COVID-19) boleh menjangkiti kucing, feret dan monyet.

“Namun begitu, feret dan monyet merupakan haiwan makmal yang digunakan dalam kajian berkaitan coronavirus,” jelasnya.

Mengulas mengenai nasib haiwan jalanan pula, Dr Farina berkata kebanyakan kucing jalanan selalunya lebih sukar didekati, kerana ia tidak biasa berinteraksi dengan manusia.

“Jadi secara logiknya, kurang kontak rapat seperti ciuman, pelukan antara manusia dan kucing jalanan.

Namun saranan daripada OIE dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) perlu diguna pakai, jika mengendalikan haiwan peliharaan, mahupun jalanan,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai coronavirus, jangkitan kuman dan virus terhadap haiwan, Dr Farina berkata secara amnya, coronavirus adalah kumpulan keluarga virus yang besar dan menjangkiti spesis haiwan yang berlainan.

Katanya, kebanyakan virus terbabit bukan zoonotik, atau bermaksud jangkitan itu terhad di dalam haiwan sahaja.

“Contoh virus yang boleh menjangkiti haiwan domestik ialah seperti anjing (canine coronavirus), kucing (feline coronavirus), ayam (infectious bronchitis virus), babi (porcine epidemic diarrhea virus dan transmissible gastroenteritis virus).

“Hanya SARS-CoV, MERS-CoV yang dikenal pasti berpunca daripada haiwan, iaitu kelawar dan boleh menjangkiti manusia,” katanya.

Sementara itu, katanya bagi SARS-CoV2 iaitu virus penyebab COVID-19, analisa jujukan virus mendapati terdapat 96 peratus persamaan dengan virus yang dijumpai di dalam kelawar.

Namun kajian lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar.

Kepak Ayam Diuji P0sitif C0vid, Akhirnya Pihak Berkuasa Dedahkan Dari Mana Makanan Itu Terkena

Satu sampeI kepak ayam sejuk beku yang dibawa masuk ke Shenzhen,Shanghai dari BraziI didapati p0sitif C0vld-19.

Susulan itu, pihak berku4sa kesihatan segera menjejakl dan melakukan ujlan sarlngan kepada individu-individu yang mungkin ters3ntuh dengan makanan yang terc3mar itu.

Namun, setakat ini tiada yang p0sitif C0vld-19.Semalam, Chlna meIap0rkan vlrus tersebut ditemui pada bungkusan makanan laut yang diimp0rt dari Ecuador.

Kepak Ayam Diuji P0sitif C0vid, Akhirnya Pihak Berkuasa Dedahkan Dari Mana Makanan Itu Terkena

Sejak Julai lalu, beberapa bandar Chlna lain termasuk peIabuhan Xiamen dan Dalian melap0rkan beberapa k3s kor0navlrus.

Ini mendorong China menghentlkan import dari tiga pengeIuar udang Ecuador.

Chlna memulakan pemerlksaan intenslf daging dan makanan laut di pelabuhan utama pada bulan Jun.

NoveI kor0navlrus, yang menyebabkan C0vid-19, dipercayai muncul di pasar makanan laut dan hidupan Iiar di bandar Wuh4n di Chlna tahun lalu.

W4bak itu juga dikaitkan dengan Xinfadi, sebuah pasar makanan borong di Beijing, dengan banyak k3s melibatkan pekerja mlgran berpendapatan rendah dan di restoran berdekatan.

Kepak Ayam Diuji P0sitif C0vid, Akhirnya Pihak Berkuasa Dedahkan Dari Mana Makanan Itu Terkena

Sumber : MalaysiaGazette

Continue Reading

Trending

Peguam ini Menerangkan Mengapa Pencentus Kluster Sivagangga Dipenjara Lebih Lama dari Pesalah Lain

HUKUMAN penjara terhadap pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh yangdidapati bersalah tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian, tidak dapat berjalan lagi.

Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, yang dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara lima bulan masih dalam proses pemantauan di Hospital Alor Setar.

Tertuduh membuat pengakuan bersalah selepas empat pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun di Alor Setar, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa meninggalkan premis ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian.

Ini apabila berada di Bank Rakyat Jitra pada 4.40 petang dan berada di Agro Bank Jitra pada 3.58 petang, 14 Julai 2020.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didapati berada di Pusat Khidmat Hasil Kubang Pasu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 3.35 petang dan berada di Public Bank Jitra pada jam 3 petang, tarikh sama.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Yang msna jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Zabidah Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam dalam proses pertuduhan yang dilakukan di Wad I, Hospital Alor Setar.

Mohd Hadi kemudian mendapati tertuduh bersalah atas semua pertuduhan dan didenda RM3,000 dan penjara lima bulan bagi setiap kesalahan dilakukan dengan hukuman penjara berjalan serentak.

TIMBALAN Pendakwa Raya, Zabidah Ahmad yang mengendalikan pertuduhan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah 2.

Media sebelum ini, melaporkan pengusaha kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, Jitra, ditahan polis pada 23 Julai lalu, kerana ingkat arahan kuarantin di rumah selepas pulang dari India pada 13 Julai lalu.

Lelaki terbabit yang berstatus penduduk tetap dikesan orang ramai memakai gelang merah jambu berada di kedainya ketika diwajibkan menjalani perintah kuarantin 14 hari.

Akibat daripada perbuatannya itu, sekurang-kurangnya 45 individu didapati positif Covid-19 membabitkan kes di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di bawah Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga.

Peguam ini Terangkan Mengapa Pembawa Sivagangga Dikenakan Hukuman Lebih Berat

Semoga hukuman denda RM12,000 dan penjara 5 bulan kerana mengingkari kuarantin ini jadi pengajaran kepada yang…

Posted by Nor Zabetha on Thursday, August 13, 2020

Peguam Nor Zabetha menerangkan Semoga hukuman denda RM12,000 dan penjara 5 bulan kerana mengingkari kuarantin ini jadi pengajaran kepada yang lain-lain.

Kalau ada kita lihat mereka yang bergelang pink ini berjalan ke sana sini. Kita buat laporan.

Hari ini dilaporkan pemilik Kedai Nasi Kandar di Napoh ini dikenakan 4 pertuduhan di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 yang memperuntukkan berkenaan pemerhatian atau pengawasan kontak.

“Kontak” berdasarkan tafsiran di bawah Seksyen 2 membawa maksud mana-mana orang yang telah terdedah atau mungkin telah terdedah kepada risiko dihinggapi sesuatu penyakit berjangkit.

Ini termasuk mana-mana orang yang baru tiba dari sesuatu kawasan jangkitan.

Bawah Seksyen 15 ini memperuntukkan bahawa seorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat.

Dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

Kenapa ada 4 pertuduhan

Ini sebab dia dengan selambanya dalam tempoh kuarantin pergi ke 3 bank pada masa yang berbeza, pergi ke LHDN. Jadi 4 kali didapati dia ke tempat awam.

Haih! Macam tak ada apa-apa ini.

Kasihan saya memikirkan pekerja-pekerja dan orang awam yang ke bank dan LHDN berkenaan, pada hari dia di sana.

Tak pasal-pasal terpalit dan perlu lalui proses saringan dan kuarantin kerana ada kontak rapat. Kasihan juga ahli keluarga mereka.

Maka eloklah ada juga tindakan pemenjaraan dan denda yang tinggi supaya jadi contoh dan tauladan kepada golongan yang tidak faham bahasa dan menyusahkan orang lain yang tidak bersalah.

Hukuman keras dan tegas selalunya akan bagi pengajaran supaya ramai tidak ikut.

Kami ada keluarga, kami ada anak-anak untuk dilindungi. Tidak adil bagi kami terpalit kerana sikap pentingkan diri orang lain.

Kalau jumpa jangan lupa report mereka yang ingkar kuarantin. Kita banteras Covid-19. Kita banteras kaki ingkar kuarantin.

Apa Kata Anda?

“Xcukup setakat penjara 5 bulan..sedangkan kerajaan dan masyarakat kat situ menanggung beban sebab kesalahan dia..

Kesian yang lari dari kg naik motor semata xde duit nak isi borang bantuan..lucut pr la”

“sebaik nya denda yg di kena kan dia kena tanggung semua kos yg melibat kan kuarintin.

Ganti rugi kpd org yg di jangkiti,keluarga & kwsan yg terjejas mengikut kadar munasabah”

“Bukan nak menghina mahkamah tp rasanya xberbaloi denda yg dikenakan dgn apa yg dia lakukan sampai seluruh utara terpalit.

Elok tarik balik pr biaq dia berembus balik india, disana bebas dia nak apa pun.”

“Lucut status pr sebab kes ni bukan 1 kesalahan yg kecil. Hantar pulang ke negara asal.

Sita kedai & segala aset yg ada. Sangat tidak adil pada rakyat & kerajaan yg menanggung akibat perbuatannya.”

“Semoga jadi pengajaran, jangan ambil mudah hal c19 ni .

Kesian kat kami di malaysia gigih ber PKP malah hampir putuskan jangkitan dah.. sekali hat import bawak balik penyakit”

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.