Connect with us

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum admin dan semua yang membaca.

Saya harap perkongsian saya dapat memberi manfaat pada semua. Ini full story macamana nak detect behavior suami curang dan sihir rumah tangga.

Agak Panjang. Tapi inshAllah membantu. Demi Allah, Allah saksi saya, cerita dibawah 100% cerita saya dan bukan rekaan imaginasi atau petikan novel.

Saya berkahwin usia muda, 22 tahun. Kenal setahun, bertunang setahun. Umur 24 tahun dapat anak pertama.

Anak kedua, dua tahun selepasnya. Keduanya lelaki, selective czer. Dia suami yang baik.

Semua access social media, account bank, handphone semua saya ada.

Dan sepanjang bercinta sampai tunang, sampai kahwin anak dua, memang tak pernah saya tangkap apa apa walaupun sekecil SMS sekalipun.

Jadi saya percayakan dia. Cuma kami ada masalah dia ni memang pemalas. Saya kena serve dia macam raja.

Contoh: Baju kat mana dia buka baju, kat situ dia campak. Tak pernah tolong buat kerja rumah sekalipun dalam pantang.

Dan masalah sampingan, ibu mertuaku nauzubillah (anak tunggal) faham faham.

Kisah ibu mertuaku ni, kalau kalian nak saya hurai, saya kena buka post lain. Kalau ada perminatan saya buat.

Okay sambung..

Perkahwinan saya bahagia. Saya datang dari keluarag sederhana, adik beradik ramai.

Dia pula dari keluarga senang, anak tunggal. Kami bahagia, walaupun anak tunggal tapi dia diajar untuk cari duit sendiri.

Kami sama sama berkerja. Tiap bulan gaji saya sepenuhnya saya serahkan pada dia sebab gaji dia tak cukup.

Waktu tu tak rasa apa apa sebab kami bahagia. Kami tinggal di condo hadiah perkahwinan kami dari parents dia.

Cuma kami masih perlu bayar sewa RM1000 sebulan kepada parents dia. Harga rumah 1.2 Million jadi saya rasa dah cukup bersyukur dengan apa kami bayar.

Lepas lahirkan anak pertama, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja. Fully susukan anak.

Sampai 1 masa, dia cakap dia nak berhenti kerja, nak buka kedai retail. Waktu tu saya mengandungkan anak kedua 5 bulan.

Mula mula saya tak setuju. Tapi dia pegang tangan saya, dia menangis, dia cakap dia perlukan sokongan saya.

Sebab dia tahu parents dia takkan sokong. Saya memang ada background business dan marketing. Kami suami isteri bangunkan kedai.

Permulaan setup deco semua, saya yang uruskan. Marketing. Kedai buka jam 10am sampai 4am. Saya la cleaner, cashier, saya lah marketeer, sayalah accountant.

Sebab waktu tu tak mampu nak ada staff. Kadang kadang sampai tertidur anak beranak dalam stor kedai sebab penat sangat.

Susah.. tapi kami bahagia. Saya tak dibayar gaji selama 4 tahun. 60% kedai saya uruskan. Tapi asal lepas makan pakai, kereta, komitmen, saya dah happy.

Business semakin maju. Saya jadi tulang belakang. Lepas tu kami decide untuk buat product sendiri.

Saya yang keluarkan duit ASB sepenuhnya untuk modal. Staff dari seorang jadi ramai. Business tu mengubah hidup kami.. Sepenuhnya..

Tahun 2016. Titik hitam dalam perkahwinan saya. Dia mula berubah.

Saya nak listkan dibawah supaya yang membaca jangan ulang kesilapan saya untuk alert dengan petanda petanda Allah seawal bulan pertama.

Petanda 1: Dia dah jarang Jemaah. Suruh solat pun liat.

Petanda 2: Lepas solat subuh biasanya saya akan baca 1 helai Alquran. Sejadah biasanya di sebelah katil kami.

1 pagi, saya tengah baca alquran, dia bangun dan cakap “You ni nak baca, baca kat luar boleh?. Bising tahu tak?”

Petanda 3: Saya selalu mimpi dia curang.

Petanda 4: 1 malam dia kejut saya untuk bersama. Tapi “cara ajakan” tu lain. Saya terdetik nak tanya dia “Whats my name?”

Dia jawab, “Nadlopha” bukan nama saya. Nama someone yang saya tak kenal.

Petanda 5: Time mandi, dia akan bawa handphone masuk toilet. Dia pasang lagu lagu cinta. Dan nyanyi.

Saya abaikan semua petanda tu. Bagi saya, suami saya baik. Tak baik buruk sangka. Walaupun hati saya kuat rasa macam ada tak kena.

Lama kelamaan makin teruk, susah nak diajak berjalan bawa anak. Asyik nak marah marah. Hubungan bersama dah tak ada.

Macam mti nfsu. Dia pernah ke negara seberang dua hari. Off telephone (Petanda ke 6).

Sampai Malaysia, dia cakap charger dia rosak. Dia peluk saya sangat sangat kuat dia cakap dia rindu (Petanda ke 7).

Baju dalam luggage, semua dia masukkan dalam wash machine. Immediately lepas masuk rumah dari airport letak sabun dan spin – Petanda ke 8.

Suami saya sejenis tak boleh tidur tanpa saya disebelah. Tapi dia hilang 2 hari ke negera seberang tanpa 1 pun call.(Petanda 9)

Makin hari makin teruk. Sampai 1 malam, dia cerita pada saya dia selalu macam kena gangguan. Macam selalu nampak kelibat. Sampai 1 masa dia stress, dia jerit,

“Apa kau nak?”. Dia dengar suara jawab,

“Aku nak kau mvrtad”. Waktu tu dia dalam kereta seorang.

Saya usahakan jumpa Ustaz A. Datang rumah. Baldi kosong. Dia muntah susu ada tompok tompok merah. Sebelum ustaz tu balik, ustaz tu cakap,

“Sebab awak ni banyak buat perbuatan mungkar”. Pendek je ayat dia, saya terlepas petanda ke 10 Allah bagi…

Lama lama, saya dah tak tahan. Dia dah pandai balik lewat. Kedai tutup 12am, jam 4 pagi dia baru sampai rumah.

Saya sendiri urus anak. Hantar preschool, lepas tu sambung pergi kedai. Petang balik, ambil anak, sambung kemas rumah pulak. Begitulah hari hari.

1 malam, saya solat sunat hajat. Saya menangis semahu mahu dekat sejadah. Saya doa,

“Ya Allah, Kau bantu aku Ya Allah, Kau berikan aku petunjuk. Mana suami aku yang dulu?”

Saya tertidur dalam telekung. Dalam jam 2 pagi saya terbangun. Sebab saya dengar pintu rumah tertutup. Bila saya jenguk, dia dah keluar.

Bila dia balik pun saya tak tahu. Waktu yang sama juga, saya terdetik nak check email. Saya nampak bill telefon kami.

Saya terdetik nak check satu satu. 4 tahun kahwin, saya tak pernah check. Haritu terdetik.

Saya nampak ruangan international call, ada 1 number dari negara seberang. Saya call. Perempuan tu macam kenal saya.

“Hai Atikah (contoh nama bukan sebenar), your brother is looking for you”.

Saya confused. Saya tanya dia “Who’s my brother?”.

Dia sebut nama suami saya. Saya lagi confuse.

Saya jawab, “Hes my husband. Not my brother”

Perempuan tu terkejut. Dia hung up..

Saya call suami.. Engage. Saya call perempuan tu.. Engage.

Saya terdetik nak save no perempuan tu. Saya search dia di Whatsapp, tak jumpa. Saya search dia di LINE apps, jumpa!

Display photo, suami saya siap berpakaian uniform pilot, tengah kiss pipi dia.

Seluruh badan saya menggigil. Saya meraung sampai parents dia terbangun.

Saya tunjuk gambar tu kat mak. Mak mengucap panjang. Saya call dia, saya cakap balik sekarang, kalau tak, saya cari dia dekat luar.

Dia pun balik. Dia ketawa tengok gambar tu. Dia jawab “Oh.. Ini gambar annual dinner haritu..”

(Ini petanda suami kita dah kena something. Dia jawab sesuatu yang serious tu macam dia dalam keadaan bingung)

Saya belasah dia cukup cukup min. Depan mak ayah dia. Mak dia pun join belasah dia. Koyak baju dia semua. Dia lari keluar rumah. Naik tangga. Tak tunggu lift.

Sebelum tu dia sempat pecahkan pintu bilik. Sebab saya rampas handphone dia, saya masuk bilik dan kunci.

Lepas dia dah rampas handphone tu, dia call police. Lucu kalau ingat ingat balik.

“Encik, encik, datang rumah saya. Ada orang cederakan saya”. Waktu tu kami tengah masih belasah dia.

“Encik dimana dan siapa yang cederakan encik”.

“Di rumah, mak dan isteri saya”. Nampak tak dia sendiri bingung dari cara dia cakap dengan polis?

Polis jawab, “Hal rumah tangga kami tak boleh campur encik”.

Keesokkannya, ayah dia pujuk balik rumah. Waktu tu saya masih percaya suami saya baik. Tapi dia kena guna guna.

Mak buat amalam solat hajat malam tu. Baca Yassin tiga kali. Pada bahagian “Kun fa ya kun…” Niat apa kita nak.

Tutup je quran, mak nampak lembaga menyerupai anak dia. Dari pusat ke atas rambut mengerbang. Muka hitam macam kesan minyak..

Ayah bawa dia ke Paya Jaras. Ustaz B. Berubat pakai pokok nona. Korang boleh google, “rawatan pokok nona ustaz paya jaras”

Balik berubat, 1 badan dia penuh dengan kesan lebam. Sebijik macam orang baru lepas xccident. Waktu tu, saya masih percaya. Dia kena buatan orang.

Mak tak sampai hati nak continue rawatan tu 7 hari. Dahan nona ni kalau kena badan pesakit yang ada gangguan, akan naik lebam lebam biru.

Kami jumpa Ustaz C. Di Negeri Sembilan. Ustaz tu cakap, “Orangnya gempal gempal janda anak 1”.

Suami isteri kena mandi limau 3 hari. Saya confuse. Janda anak 1? Perempuan tu yang saya tahu belum pernah kahwin.

Part ni korang akan jumpa jawapan di akhir cerita nanti.

Selesai mandi 3 hari, dia memang cakap dia dah putus dengan perempuan tu dan dia kena siihir.

Dia cakap, boleh tak nak time break. Dia minta saya balik kampung saya.

Saya drive balik kampung dengan anak kecil 2 orang. Sebelum balik, saya sempat iron semua baju dia. Saya beli makanan banyak banyak masukkan dalam fridge.

Saya siapkan fresh towel banyak banyak sebab saya tahu dia tak biasa buat sendiri. 3 minggu di kampung

Boleh dikira dengan jari berapa kali dia call saya. Siang malam saya tak boleh tidur. Tak boleh makan. Saya susut 10kg bayangkan. Malam malam saya tahjud.

Sampai 1 hari, terdetik saya nak upah Private Investigator (PI). Saya google. Saya jumpa seorang. Saya bayar dia RM2000.

Masuk minggu keempat, PI saya bagi info. Passport perempuan tu ada masuk Malaysia tarikh yang sama saya balik kampung 3 minggu lepas. Sakit jantung saya, saya pack semua barang.

Malam tu juga saya drive ke KL dengan anak dua orang. Mak saya temankan.

Tapi saya balik rumah kedua saya. Bukan rumah yang dia duduk. Juga, saya tak bagitahu dia saya di KL.

Malam yang sama, PI tu cakap suami dan perempuan ada di Bangi. Tengah makan.

Saya dah siap pakai tudung. Anak merengek nak susu. Tengah menyusukan baby, saya tertidur. End up saya tak dapat tangkap dia.

Esoknya saya ke kedai bawa anak. Dia terkejut. Saya minta dia balik rumah kedua. Dia balik.

Siang malam mana dia pergi saya ikut. Korang mesti tertanya tanya mana dia letak perempuan tu dan macamana dia boleh tak jumpa perempuan tu dalam seminggu ni?

Hujung cerita korang akan tahu.

1 hari, dia cakap dia nak pergi hantar stock di Shah Alam. Saya tak leh ikut dia cakap. Nanti kereta penuh.

Saya berkeras nak ikut. Saya pegang je tangan dia. Dia turun kedai, saya ikut.

Tapi dia tak pergi kat kereta. Dia jalan kaki (dalam keadaan saya pegang tangan dia) ke row belakang kedai, dia bawa saya pergi balai polis.

“Encik, tangkap dia ni, menganggu privacy saya”.

“Puan ni siapa ya?”

“Encik saya minta maaf. Saya isteri dia, dia dalam proses perubatan encik. Dia kena minyak dengan perempuan seberang”.

Polis gelak. Dia terus lari tinggal saya. Saya kejar dia. Waktu turun tangga, saya terjatuh. Ada seorang adik naik motor. Dia tanya.

“Akak, akak okay ke?”

“Akak okay dik. Tapi boleh tak tumpang akak sampai kereta? Kaki akak seliuh rasanya”.

Waktu tu tak fikir apa dah. Fikir nak kejar suami je. Rendahnya maruah saya, saya letakkan. Saya tak dapat fikir apa apa. Air mata je jadi peneman.

Saya sampai kereta lebih awal dari dia. Saya kan naik motor adik tu. Dia jalan kaki.

Kereta dia park depan kedai kami. Tah macamana terdetik. Saya check poket seluar, ada kunci pendua kereta.

Tak fikir panjang, saya masuk kereta. Saya sorok kat lantai seat belakang. Saya tunduk dan tunggu dia sampai.

Dia masuk kereta. Dia cepat cepat start enjin kereta. Sampai 1 tempat, dia berhenti. Dia keluarkan handphone. Saya intai dari seat belakang.

Dia reply message siapa tah, “Ill be there baby”.

Lepas tu dia sambung drive. Dia tertoleh kat belakang sebab berhenti isi minyak, dia nampak saya kat situ. Ini perbualan kami.

“Eh kau siapa? Eh kau hantu!”

“Tak baba.. Ni I ni.. I menyorok belakang tadi. I ada kunci kereta”

Saya sujud kaki dia (Waktu ni saya memang bdoh. Sebab saya tahu suami saya baik. Suami saya cuma kena siihir). Saya sujud sambil cakap,

“Baba, baba jadikan perempuan tu isteri kedua, I sanggup baba.. Asalkan anak anak I tak membesar tanpa bapa” (anak pertama sangat rapat dengan dia).

“Kau ni giila ke? Perempuan apa? Kan aku dah putus!”

Dia masuk kereta sambung drive. Dia drive laju. Saya takut. Saya peluk dia dari belakang. Saya baca ayat kursi kuat kuat. Nak tahu ape dia buat?

Dia keluarkan handphone. Letak kat holder, lepas tu dia record video from front camera..

Dia cakap, “Ini bukti ye. Nampak tu dia cekik saya? Dia cuba bnuh saya!” (Padahal saya tengah baca ayat kursi sambil peluk dari belakang)

Habis record, dia drive sampai Balai Polis lain pulak. Dia suruh saya keluar. Dia masuk balai.

Kat kaunter aduan dia tunjuk video dia record tu pada polis dan suruh polis tangkap saya.

Polis “Eh encik, dia baca ayat kursi ni encik. Tak cekik pun”.

Saya terpaksa tebalkan muka “Minta maaf encik. Suami saya dalam proses perubatan. Dia tak betul sikit”.

Saya cakap pada dia. “Jom balik. I rasa baby nak susu sebab I punya breast berdenyut denyut ni”.

Dia pun drive saya balik. Sampai rumah, saya nampak mak ayah dia. Masuk ke rumah.

Ayah dia padlock kan grill. Saya tak perasan. Yang saya tahu tengah susukan anak saya dengar dia jerit.

“Ey orang tua, kau buka padlock ni”. Dia tendang tendang grill.

Saya keluar bilik, angkat baby. Anak no 1 dah bingung kat situ. Umur baru 3 tahun tak faham apa. Saya tengok dia dah pegang kayu golf. Nak pukul mak sambil cakap,

“Kau bukak pintu ni atau aku terjun dari tingkat 2 ni”.

Takda pilihan, mak buka pintu. Dia pergi kat saya, dia pegang tangan saya, dia cakap, “Aku cerraikan kau dengan talak 1”.

Saya tergamam. Saya kejar dia. Dua dua lari turun tangga. Tapi dia sampai kereta dulu.

Dia lock pintu. Saya cuma sempat pegang handle pintu. Saya kejar kereta sambil pegang handle pintu.

Sampai saya terjatuh terseret kat jalan tar sebab dia tekan minyak. 300 metre jugak saya lari. Ayah dia datang angkat saya.

Malam tu jugak, abang saya, kakak ipar saya turun dari Melaka. Dengan Ustaz D. Saya dah kepenatan. Saya tertidur.

Abang saya keluar rumah cari dia 1 KL. Sepanjang malam tu Ustaz D buat perubatan dari jauh. Saya taktahu apa dia buat.

Esoknya, saya terbangun sebab saya rasa kaki saya macam kena hempap. Saya ingat anak saya tertidur kat kaki. Saya mamai mamai bangun, dia kat kaki saya.

Menangis nangis mintak ampun. Dia cakap dia banyak buat dosa. Saya Cuma tanya, “You lapar? You dah makan? Pergi mandi dulu, I siapkan makanan”.

Lepas tu hubungan kami bahagia. Macam mula mula kahwin. Ramadhan sampai. Lepas tu raya. Berlarutan 6 bulan.. Saya minta 3 syarat.

1. Solat sunat taubat nasuha.

2. Junjung alquran takkan berziina lagi.

3. Saya nak tahu full story

Dia cakap, sepanjang 3 minggu perempuan tu di KL, dia sewakan studio condo untuk perempuan tu. Dia mintak tolong saya pergi pulang kunci.

Owner rumah cakap okay. Tapi kena bersihkan rumah dan deposit 2 bulan burn. Saya pergi rumah tu. Sendiri. Saya kuatkan semangat untuk masuk.

Barang baju baju suami, fresh towel, makanan (yang dulu sebelum saya balik kampung saya siapkan untuk dia), ada kat rumah tu.

Ada banyak baju, make up, barang perempuan tu juga. Yang paling sedih, cadar hitam penuh tompokan, putih putih.

Korang tahu apa… Panties terpakai terselit bawah sofa.

Saya kemas barang barang suami saya dengan penuh air mata. Sampai maid tu pun confuse.

Apa masalah saya. Tapi dia tak tanya.. Saya cuma nampak dia pun menangis…

Part 2 akan menyusul

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Rebah Metika Beertugas, Akhirnya Punca Permergiannya Didedahkan

Pandemik C0vid-19 yang melanda negara ketika ini sememangnya amat membimbangkan.

Lebih-lebih lagi dengan kehadiran gelombang ketiga yang lebih ‘menggla’.

Ini sehingga kes positif harian mencecah empat angka.

Sudah pasti petugas barisan hadapan mengalami kepenatan yang berganda memandangkan perlu kembali mengawal penularan ini daripada terus merebak.

Namun, siapa sangka, dalam kekalutan mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Ada di antara mereka ‘gugur’ ketika sedang bertugas.

Menerusi satu perkongsian tular di media sosial pagi tadi, seorang petugas kesihatan yang juga pemandu ambulans telah reb4h dan meninggl dunia.

Rebah Metika Beertugas, Akhirnya Punca Permergiannya Didedahkan

Rebah Metika Beertugas, Akhirnya Punca Permergiannya Didedahkan

Rebah Metika Beertugas, Akhirnya Punca Permergiannya Didedahkan

Mangsa, Ahmad Zamri Sulaiman, 54 meninggl dunia dipercayai kerana terlampau penat.

Ini selepas menghantar pesakit C0vid-19 ke hospital.

Rebah Metika Beertugas, Akhirnya Punca Permergiannya Didedahkan

Namun begitu, belum ada sebarang kesahihan berkenaan berita tersebut dan hanya tular di media sosial.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut pastinya mendukacitakan.

Ini kerana seorang pentugas barisan hadapan telah tumbang ketika khidmatnya masih diperlukan.

Salam takziah buat keluarga

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Facebook sumber dengan menitipkan salam takziah buat ahli keluarga mangsa.

Dan mendoakan roh frontliners tersebut ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Murni tugas yang disempurnakan sebelum ‘pergi’

Sumber: Viral Perak via mediabawang

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Continue Reading

Trending

Kecoh tentang Siti Nurhaliza hamiI, Tapi Ini Sebenarnya yg warganet Nampak dlm Video tu Sampai ada yang teruja

Sejak September lalu, spekulasi kehamilan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi kecoh di media sosial.

Sehingga menjadi tanda tanya orang ramai terutama peminatnya.

Terbaru, perkara tersebut kembali meraih perhatian apabila terdapat seorang pengguna laman Twitter memuat naik semula dua video Instastory milik penyanyi berusia 41 tahun itu.

Tokti bagi ‘teaser’ ke tu?

Kecoh tentang Siti Nurhaliza hamil. Kali ni video Tokti seakan bagi hint macam tengah hamil. Ini yang warganet nampak dalam video tu sampai ada yang teruja
Kecoh tentang Siti Nurhaliza hamil. Kali ni video Tokti seakan bagi hint macam tengah hamil. Ini yang warganet nampak dalam video tu sampai ada yang teruja

Satu video tersebut memaparkan penyanyi yang mesra dipanggil Tokti itu sedang merakam nasi ayam.

Dimana kelihatan sedikit pada bahagian perutnya sekali gus menimbulkan spekulasi berkenaan.

Satu lagi video pula turut

kelihatan bayang-bayang bentuk badan penyanyi nombor satu itu ketika melalui peti pasar raya seolah-olah sedang hamil.

Posting itu dihujani pelbagai komen yang rata-rata mengakui ternampak seperti ‘baby bump’.

Selain meluahkan rasa teruja walaupun belum ada pengesahan daripada Tokti mengenai perkara tersebut.

“Katanya dah hamil 4 bulan..”

Kecoh tentang Siti Nurhaliza hamil. Kali ni video Tokti seakan bagi hint macam tengah hamil. Ini yang warganet nampak dalam video tu sampai ada yang teruja

“Aafiyah jadi kakak nanti..”

Kecoh tentang Siti Nurhaliza hamil. Kali ni video Tokti seakan bagi hint macam tengah hamil. Ini yang warganet nampak dalam video tu sampai ada yang teruja

Terdahulu, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu menjalani pembedahan kecil.

Ini sebagai persediaan untuk cahaya mata kedua selepas dikurniakan Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Datuk Siti Nurhaliza Tampil Bersuara Buat Satu Pengakuan Bila Ditanya Tentang Hamil Ank Kedua.

Siapa tidak kenal dengan figura hebat ini yang sememangnya cukup sederhana orangnya.

Tidak pernah sekali dirinya melatah apatah lagi memberi jawapan slnis tatkala ditanya soalan pnas.

Dia seolah kebrl namun tidak lok3k manis senyuman.

Pastinya di tangga usia lebih dua dekad bergelar nakhoda bahtera seninya, bergentayangan pengalaman menjadi peta panduan.

Pelbagai kontr0versl, pahlt difitnh dan bermacam lagi ujian sudah ditempvh memat4ngkannya.

Diaju soal rezeki anak, mungkin bagi figura seni lain, itu cukup pahit untuk diteln hidup.

Namun, Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap membalas dengan lirik mata mengvkir senyumannya.

Sementelah, ramai yang mula berspekvlasi tentang keh4milannya.

Ada yang sudah seperti duduk serumah menglyakan desas desus itu.

Siti Aafiyah civm perut jer, kec0h satu Malaysia dikatakan h4miI

Ada juga mula menjadi Detektif Conan, mervngkai satu persatu bayangan yang ada.

Mana tidaknya, hanya kerana puteri sulungnya, Siti Aafiyah mencivm pervtnya berulang kali.

Tatakala bersama dalam sesi live penyanyi bersuara emas ini, kec0h terus media soslal.

Rata-rata seperti meraikan berita kemenangan yang ditunggu lama.

Namun suri hati Malaysia ini mahu peminat terus mendoakan usahanya untuk mendapatkan cahaya mata keduanya.

Malah dia sendiri tidak pernah berselindung berhubung s0al rezeki anak.

” Mengenai prosedur lVF juga saya kongsikan sebelum berehat dahulu. ”

Sesiapa yang mengetahui bagaimana proses dan perjalanannya, mereka akan memahami kenapa saya pinta untuk berehat.

” Semuanya ada prosedur dan saya menjalaninya dan berusaha apa yang terbaik. Saya kira diri perlu diberikan masa.

” Saya sendiri sudah memberitahu media dan peminat bahawa perlu berehat sebelum ini,”

Kata penyanyi yang sudah memiliki 19 album ini.

Tidak terslnggung apatah lagi berkecil hati tatkala soalan tentang kehamilan diulang tanya, jelas penyanyi lagu berh4ntu Cindai ini, apa yang dia dambakan kini adalah doa ikhlas daripada peminat tersayang.

” Saya tidak pernah berselindung tentang saya mahu berehat dan berusaha untuk mendapatkan zurlat. ”

Tentunya saya meminta masa untuk semua ini.

Justeru, saya hanya mohon para peminat mendoakan apa yang terbaik,” kata isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini.

Bukan mudah bergelar seorang Siti Nurhaliza.

Setiap gerak geri, tindak tanduk diperhatikan segenap manusia. Bvruk baik sentiasa diperkatakan. Itu bayaran setimpal seorang anak seni.

Populariti itu bukan hadir bersama suka. Disulami duka, itu pastinya ada dalam setiap diari hidup anak seni berjaya.

Begitu juga Siti Nurhaliza. Ada sahaja yang tidak suka, tidak berpuas hati.

Sering kali dikrltlk soal penampilannya, menerusi muzik video lagu baharu,

Siapa Tak Mahu, Siti Nurhaliza seperti ‘membalas dndam’.

Menutup mulut-mulut nakal yang sering kali melabelnya sebagai sasaran fesyen.

Mana tidaknya, gaya penampilannya dipuji ramai.

Malah, peminat sangat suka dengan kesegaran dan fesyen yang ditampilkan dalam muzik video tersebut.

Tidak hairan, hanya dalam seminggu, video itu sudah mendapat lebih 2.1 juta tontonan!

Akhirnya Terbongkarkar Identiti Sebenar Gadis Cantik Yang Selalu Ada Dengan Tokti Ni

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan wanita cantik yang membahasakan dirinya sebagai kakak kepada anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah.

Kalau nak tahu, pemilik nama Dayah Zubit ini merupakan pengasuh kesayangan Aafiyah.

Menerusi perkongsian di portal InTrend, Dayah membuka cerita mengenai kisahnya bersama dengan keluarga Datuk Siti Nurhaliza.

Ini merupakan fakta-fakta dan perkongsian Dayah mengenai pengalamannya diterima sebagai pengasuh Aafiyah.

1.Dayah berusia 24 tahun dan berasal dari Padang Serai, Kedah.

2.Mempunyai diploma dalam bidang Kejururawatan. Dayah mencuba nasib menjadi pengasuh selepas mendapat tahu mengenai Datuk Siti sedang mencari jururawat peribadi.

Namun pada ketika itu dia tidak mengetahui tugasan untuk menjaga Aafiyah.

3.Dayah menghubungi pengurus Datuk Siti, Kak Rozi dan Kak Rozi menyuruh Dayah datang terus ke rumah Mak Iti (panggilan mesra Datuk Siti) untuk sesi temuduga.

4.Nervous! Itu perasaan yang digambarkan Dayah sebaik tiba di rumah Siti. Dayah kemudiannya ditemuduga oleh Mak Iti dan Datuk K.

5.“Dayah diberi pilihan sama ada mahu duduk sekali atau balik hari tapi kalau ikut daripada butir bicara Mak Iti

Dia lebih mahukan Dayah tinggal bersama kerana Dayah perlu sentiada ada bersama Aafiyah walau ke mana Aafiyah pergi.

Jadi, Dayah pun fahamlah,” ujarnya.

6.21 Mei 2018 bermulalah kerja baharu Dayah sebagai pengasuh kepada Aafiyah.

7. “Tidak dinafikan, perasaan bercampur-baur.

Bukan apa, risaulahkan ini bukan tugasan mudah, kita diamanahkan menjaga anak orang, apatah lagi anak kepada orang terkenal.

Risau kalau apa yang akan kita beri tidak menepati ‘standard’ yang dimahukan.

Namun, perlahan-lahan, Dayah cuba membiasakan diri dengan tugasan baru itu.

Dan semua orang di rumah itu memberi kerjasama yang baik dan memudahkan urusan Dayah,” jelasnya.

8.Pada awalnya dia berasa kekok namun dia bersyukur kerana diberikan majikan yang baik seperti Siti dan Datuk K.

Kata Dayah, Siti memainkan peranan penting dalam memastikan dirinya sentiasa berasa selesa seperti keluarga sendiri dan tidak terasing.

9.Menurut Dayah, Siti merupakan seorang ibu yang lembut, seperti mana yang kita tengok di Instagram, begitulah cara dia melayani Aafiyah.

10.Dayah menerima tawaran dari KKM untuk jawatan tetap di Hospital Pulau Pinang

Namun hatinya berbelah bahagi dan akhirnya menolak tawaran tersebut kerana kasih sayangnya terhadap Aafiyah.

Terdahulu Dayah juga pernah merakamkan video pendek gelagat Aafiyah melakukan #patiencechallenge (ujian kesabaran) yang tular sekitar Mei lalu.

Sumber: InTrend

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : GEMPAK

Continue Reading

Trending

Rakaman Detik Pakcik lni Tmbak ANJlNg Buat Pencinta HAlWAN Sanggup Beri Gnjaran Sebanyak Ini

Kuala Lumpur: Persatvan Halwan Malaysia (Animal Malaysia) menwarkan 2,000 kepada sesiapa yang dapat menyalvrkan maklvmat sahih.

Ini berkaltan lelaki dpercayai menmbak anjlng dengan snapang seperti yang tular di media sosial.

Presildennya, Arie Dwi Andika berkata, kerjasama orang ramai amat diharapkan bagi membolehkan tlndakan susvlan dlambil terhadap pelakv terbablt.

“Buat masa ini, kita belum menerlma maklvmat terperlnci mengenal kejadlan itu kecuali video yang tular.

“Kami mengalu-alukan orang ramai khvsusnya prakam tidak kira keluarga, rakan atau jiran terdekat lelaki di dalam video berkenaan.

Ini untuk menyalvrkan maklvmat dengan menghantar kirlman Whtsap H0tline Anlmal Malaysia dengan segera.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Rakaman Detik Detik Pakcik Ini Tmbak Anjlng Buatkan Penclnta Halwan Sanggup Beri Gnjaran Sebanyak Ini

“Maklvmat itu juga boleh disalvrkan kepada plhak berkvasa supaya pelakv diambll tlndakan jika benar dia melakvkannya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sementara itu, Presiden Persatvan Halwan Terblar Malaysia (SAFM) R Kalaivanan ketika dihubungi berkata, plhaknya menerima banyak kirlman video berkenaan hari ini.

Menurutnya, belum ada saksl atau mana-mana indivldu yang tampil memberi maklvmat terperlnci.

“Sehingga kini, tiada maklvmat lanjut diterlma berhubung pelakv dan l0kasi juga masih dislasat.

“Tlndakan menmbak anjing dengan senapang adalah kjam dan tak berprikemanuslaan, jika ia benar-benar berlaku .

“Mana-mana individu yang mempunyai maklvmat atau mengenall pelakv diharap menghvbungi SAFM dan identlti pengadv akan dirahslakan,” katanya.

Menurut Kalaivanan, hukvman berat menantl pelakv menglkut Aktaa Kebajlkan Halwan 2015 Sksyen 30 iaitu dnda makslma 100,000.

Atau hvkuman pnjara tidak meleblhi 3 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabltkan keslahan.

Rakaman Detik Detik Pakcik Ini Tmbak Anjlng Buatkan Penclnta Halwan Sanggup Beri Gnjaran Sebanyak Ini

Terdahulu, tular di media sosial mengenai rakaman video berdurasi 24 saat yang menunjukkan seorang lelaki berdiri di depan rumahnya.

Sambil memegang snapang sebelum menmbak halwan dipercayai anjlng.

Bagaimanapun, wajah pelaku terbablt tidak kelihatan di dalam rakaman video itu dan identltinya belum dapat dipastlkan sehingga kini.

Kalau tgk komen2 dlm ni Ya Rabbi, aku terfikir, dunia ni utk manusia saja ka hldup? Anjlng tu bkn makhlk Allah?

Kalau betul tmbak kerana memperthankan diri, silakan bg bvkti, negara kita ada vndang2 dan kita pun ada Aktaa Kebajlkan Halwan!

So, plhak2 yg berkaitan sila tampil dengan bvkti. Biar DVS slasat.

Sekiranya berlaku srangan anjlng llar kepada budak2, persatvan halwan malaysia la yg paling snyap.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Nie byk anjing llar tak bertuan kat area Bukit Beruntung mai tolong kutlp.. G jogging n naik basikal pun asik kene srgah…

Mai laa sini kalau Clnta kan sangat tol0ng kutlp n bawak balik.

Tang ni bkan maln lg persatan ntang2 malaysia ni…yg dtg kn merbhaya..gggit org sana sni..

Menyel0ngkar smpah..xda plak engko nk ke depan semua menymar jadi labi2..acah2 btul penclnta blnatang ni.

Tonton Video KLIK DI SINI

Sumber : HMetro

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.