Connect with us

Ekoran dari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang telah pun bermula sejak semalam.

Pengangkutan-pengangkutan awam kini boleh beroperasi kapasiti penuh.

Dalam sidang media sebentar tadi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan yang beberapa pengangkutan awam kini dibenarkan beropesasi kapasiti penuh.

Pun begitu, menurut DS Ismail Sabri peraturan penjarakan sosial dan SOP masih perlu diamalkan.

Syarikat-syarikat ini perlu mendaftar nama penumpang serta pemandu dan penumpang perlu memakai topeng muka setiap masa.

Pemandu bas juga perlu mengambil bacaaan suhu badan setiap penumpang dan menyahkumankan bas setiap kali perjalanan.”

Antara pengangkutan yang diluluskan untuk beroperasi 100% seperti biasa adalah:

  • Bas Ekspress
  • Bas Awam
  • LRT, MRT, KTM dan lain-lain
  • Kapal Terbang

 

Sempadan negara mungkin dibuka jika kes tempatan terkawal

KERAJAAN akan meneliti pembukaan semula sempadan jika negara ini berterusan mencatatkan kes rendah sehingga 31 Ogos 2020.

PINTU kawalan sempadan negara hanya dapat dibuka sekiranya fasa pemulihan Covid-19 selepas pembukaan beberapa sektor dalam negara berada dalam keadaan terkawal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mempunyai tempoh sehingga 31 Ogos.

Ini melalui Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk melakukan pemantauan dan kawalan selepas pembukaan beberapa sektor dalam negara.

“Melalui PKPP, kita buka sektor ekonomi, sosial, pelajaran terlebih dulu, jika penularan boleh dikawal dalam negara maka kita akan pertimbangkan kelonggaran sempadan antarabangsa.

“Kita kena lihat konsep green bubble iaitu jika negara terbabit mempunyai rekod baik dan berada dalam keadaan zon hijau kita akan pertimbangkan.

Bagaimanapun kita perlu lihat prosedur operasi standard (SOP) antara dua negara terlebih dulu,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, jika sesetengah negara asing bersetuju dengan SOP berkenaan contohnya ujian saringan perlu diambil di negara asal atau sebaliknya, mungkin pintu kawalan sempadan boleh dibuka sepenuhnya.

“Kita kena lihat dan duduk bersama terlebih dulu untuk mengetengahkan konsep green bubble ini contohnya macam merentas negeri.

Ia juga sama dengan merentas negara tetapi membabitkan dua negara terpilih saja.

“Kalau ada kriteria pelaksanaan SOP melalui persetujuan dua negara boleh dicapai mungkin kita boleh laksanakan (membuka kawalan sempadan), tetapi bergantung kepada perbincangan,” katanya.

Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai tempoh bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depan.

Ini untuk melakukan pengawalan dan pemerhatian bagi mengelak risiko gelombang baru terutama selepas kebenaran merentas negeri.

“Kita sedia maklum banyak sektor akan dibuka secara berperingkat dan akan membuat pemantauan berdasarkan lokaliti dan kumpulan sasar terbabit.

“Contoh pekerja warga asing yang sudah diambil tindakan dan saringan bagi membendung penularan dalam kalangan mereka.

“Jika di peringkat awal pada Januari lalu kita hanya dapat melakukan ujian saringan 1,000 kes saja, sekarang ini kemampuan kita mencapai 35,000 ujian sehari,” katanya.

Terdahulu, Pintu sempadan Wang Kelian, Padang Besar – Wang Prachan, Thailand hanya akan dibuka selama empat jam sehari khusus kepada 50 warga Thailand untuk kembali ke negara mereka bermula hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Besar, Deputi Superintendan Shahrim Azhar, berkata pintu sempadan akan dibuka bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari bermula hari ini sehingga dimaklumkan kelak.

Katanya, pihaknya bersama agensi penguatkuasaan yang lain hanya membenarkan warga Thailand yang menetap di Perlis dan Pulau Langkawi bagi melalui pintu sempadan berkenaan.

“Sekiranya nama mereka (warga Thailand) tiada didaftarkan dalam rekod kedutaan Thailand, mereka tidak dibenarkan masuk ke negara itu.

Jadi sebaiknya warga Thailand yang ingin pulang sila rujuk terlebih dahulu dengan pihak kedutaan,” katanya ketika ditemui di Wang Kelian, hari ini.

Mengulas lanjut, Shahrim berkata pihaknya tidak dimaklumkan tempoh masa pelaksanaan proses penghantaran pulang rakyat negara itu akan dijalankan antara kedua-dua buah negara.

“Malah mereka akan disaring terlebih dahulu di Thailand selain dibenarkan masuk selepas memiliki kesemua dokumen yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di Thailand,” katanya.

Mulai hari ini, empat pintu sempadan Thailand-Malaysia dibuka semula dan dijangka lebih 8,000 warga Thailand yang terkandas di Malaysia akan pulang secara berperingkat ke kampung halaman masing-masing.

Antara yang terkandas sejak 23 Mac lalu, berikutan kesemua sembilan pintu sempadan Thailand-Malaysia ditutup.

Ini termasuk pekerja kedai makan, nelayan, penoreh getah, pekerja ladang sawit, pelajar dan mereka yang melawat saudara-mara di Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

3 Beradik Did3nda RM11,500 Kerana Jual ‘Minyak Cap Kapak’ Jenis Ni

Tiga beradik mengaku bersalah menjual 362 botol minyak angin t!ruan pelbagai saiz menggunakan cap dagang berdaftar iaitu cap kap4k.

Sinar Harian melap0rkan, Teo Fang Chin, 27, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan di Mahkmah S3syen di Melaka Tengah.

Manakala Teo Fang Hao, 25, dan adiknya Teo Wei Chiang, 23, membuat pengakuan sama di hadapan Hakim Norma Ismail di mahkmah berasingan.

Mereka didkwa meIakukan kesaIahan itu antara jam 12.28 sehingga 12.47 tengah hari di tiga buah kedai ubat di lokasi berasingan di Melaka Tengah pada 11 Ogos lalU

3 Beradik Did3nda RM11,500 Kerana Jual ‘Minyak Cap Kapak’ Jenis Ni

Lap0ran menganggarkan kesemua barang t!ruan itu bernilai RM2,123.90.

Difahamkan, tertud0h didkwa di bawah Sksyen 102(1)(c) @kta Cap Dagangan 2019 dan boleh dihuk0m di bawah Sksyen 102(1)(ii) @kta sama.

Bagi kesaIahan itu, mereka boleh did3nda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau penj4ra maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sab!t kesaIahan.

Pendkwaan dikendalikan Timbalan Pendkwa Raya, Tan Chiew King dan Pegawai Pendkwa Sallim Wahid memohon barang bvkti dikembalikan untuk dilup0skan.

Manakala, Peguam Nahdan Rengganathan Abdullah yang mewakili tiga beradik itu mer@yu huk0man d3nda rendah.

Dengan alasan tertud0h perlu menyara ibu bapa dan seorang bapa saudara orang kurang upaya (0KU) selain ia kesaIahan pertama mereka.

3 Beradik Did3nda RM11,500 Kerana Jual ‘Minyak Cap Kapak’ Jenis Ni

Elesabet kemudian memutuskan Feng Chin perlu membayar d3nda RM3,000 atau tiga bulan penj4ra jika gagaI membayar.

Manakala, Fang Hao diperintahkan Norma membayar d3nda RM7,000 atau enam bulan penj4ra dan RM1,500 atau dua bulan penj4ra terhadap Wei Chiang.

Terdahulu, Sebanyak 3,641 kilogram minyak masak disita penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Taiping hasil serbuan terhadap sebuah rumah di Simpang, di sini, semalam selepas disyaki menjual barangan itu tanpa lesen.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDNHEP Perak, V Ravichandran, berkata serbuan jam 11 pagi semalam dijalankan lima pegawai penguat kuasa KPDNHEP Taiping berasaskan aduan orang ramai.

Siasatan awal mendapati premis berkenaan menjual minyak masak yang juga barangan kawalan berjadual tanpa lesen sah kepada peruncit dan pengusaha kantin sekolah sekitar kawasan Bukit Gantang dan Taiping.

“Kita menyita semua minyak masak dalam premis terbabit bersama dokumen dan transaksi jualan, membabitkan nilai sitaan sebanyak RM13,176.

“Peniaga itu melakukan kesalahan mengikut Perkara 21 Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana melanggar Perkara 3(1) peraturan sama iaitu berurus niaga barang kawalan berjadual tanpa lesen sah yang dikeluarkan KPDNHEP.

“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta.

Atau penjara tidak melebihi 3 tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber CARI.

Continue Reading

Trending

[VIDEO] ‘Eee Tak Malu, Nangis’ Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku

Berbaki dua episod sahaja lagi, drama ‘berhantu’ 7 Hari Mencintaiku kini telah membuatkan ramai penonton setianya bermain dengan emosi.

Namun, tidak dapat disangkal lagi para pelakonnya telah memberikan lakonan yang mantap dan penuh jiwa dalam setiap babak yang dipaparkan.

Drama 7 Hari mencintaimu bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Drama yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu dan telah memenangi beberapa anugerah.

Sambungan drama ini juga tidak kurang hebatnya bahkan makin hebat dari sebelumnya.

7 Hari Mencintaimu 2 juga turut mendapat tempat di hati penonton bahkan setiap hari tular tentang watak watak di dalam drama tersebut.

Turut mencetuskan fenomena, ramai yang tidak sabar menantikan drama ini setiap hari dan kesudahan pergolakan rumahtanggan antara Mia Adriana dan Khuzairi.

Mia yang berkorban cintanya demi Khuzairi pasti membuatkan ramai menangis di saat saat akhir ini kan.

Khuzairi yang masih tidak tahu niat sebenar Mia mengangapkan yang isterinya sudah tidak menyayanginya dan ingin dia mengahwini Nurul.

[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku

Agak agak apakah kesudahan drama ini melalai sudutan drama ini Khuzairi sudah lengkap berbaju pengantin.

Pasti ramai tertanya tanya dan tidak sabar untuk menantikan episod akhir ini.

Tetapi ada individu yang tidak bertangungjawab berkongsi episod penuh untuk episod akhir di twitter.

Individu tersebut di katakan mengambil kesempatan untuk mendapatkan publisiti.

[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku

Menerusi perkongsian daripada instagram penulis asal drama ini Siti Rosmizah dia berkongsi gambar laporan polis yang dia sudah buat pagi tadi. Individu itu memuat naik episod akhir di twitter.

Menurut penulis drama tersebut dia kesal dengan sikap sesetengah individu yang mengambil kesempatan dan tidak hormat karya orang.

Dia juga sempat memberi amaran kepada yang ada simpanan episod akhir drama tersebut untuk tidak siarkan di umum jika tidak akan di kenakan tindakan sewajarnya.

Perkongsiannya kemudian di padam setelah 2 jam. Mungkin tidak ingin mencetuskan lagi kontr0versi.

Siapakah gerangan individu yang tidak bertangungjawab itu kan.

Sanggup berkongsi dan mer0sakkan karya orang dan juga drama tv3 semata mata ingin publisiti.

[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku

Ramai yang menyokong hasil karya dari Siti Rosmizah dan mengharapkan agar tv3 terus siarkan drama adaptasi novel daripada karya Siti Rosmizah.

Jika betul sudah ramai yang menonton episod akhir drama 7 Hari Mencintaimu 2, tidak menjadi kejutan lah kan episod akhir.

Sudah pasti majoriti daripada peminat drama ini menantikan ending drama ini. Adakah endingnya sedih ataupun happening.

Apakah kesudahan perkahwinan antara Khuzairi dan Nurul.

[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku

Semoga semua team drama 7 Hari mencintaimu 2 terutamanya penulis asal drama ini juga terus kuat dengan ujian ini.

Biasalah kan drama ini terlalu trending di laman sosial pasti akan ada yang ingin mengambil kesempatan.

Apa apa pun drama 7Hari mencintaimu 2 sangat best dan semua watak memberi pengajaran yg sangat mendalam kepada penonton.

Syabas kepada penulis asal drama ini.

Mengalir air mata Pak Samad

Antara yang layak mendapat pujian, adalah babak antara Mak Leha dan Pak Samad lakonan Kazar dan Liza Abdullah yang telah berjaya meruntun jiwa penonton.

View this post on Instagram

Mak Leha terdiam langsung dengar kata-kata Pak Samad😢 hajat Mak Leha dah tertunai dah sekarang😭 . #7HARIMENCINTAIKU2 Mulai 2 Julai 2020 Setiap Isnin hingga Jumaat 7 Malam hanya di Akasia @tv3malaysia . Adaptasi Novel 7 Hari Mencintaiku 2 karya @sitirosmizahsemail Arahan : @khanmancung Terbitan : @sronesdnbhd Dibintangi oleh @sallywho @shukriyahaya @lala.wansharmila @syazwanzulkifly @lizza_abdullah @kazar35 @jajailiyes_ @bilazali @jasminhamidjh @seanlje @dhia_ly_official @puterirafasya1 @shaharuddinthamby @wafarienaroslan @_anneabdullah08 @razzuanrosli @syaffiqsahli Dan ramai lagi . OST Aku Bidadari Syurgamu – @ctdk . #7harimencintaiku2 #akasiatv3 #tv3malaysia #sitisaleha #shukriyahaya #wansharmila #sofi #syazwanzulkifly #khuzairi #miaadriana #ctdk #7harimencintaiku #dramasangat #Malaysia #kitabaikramaisayang #sitinurhaliza #seanlee #kitajagakita #buntat #paksamad #makleha #fightcovid19 #kitamestimenang #sitirosmizah #dramaadaptasinovel #akubidadarisyurgamu

A post shared by 7 Hari Mencintaiku 2 (@_7harimencintaiku2) on

Runtunya jiwa seorang ayah

Dalam babak itu, runtunnya jiwa seorang suami dan ayah melihat kebahagiaan keluarga mula musnah, yang dilakonkan Kazar begitu menyentuh hati.

Lakonan semua menjadi!

Kualiti lakonan dua pelakon  legend ini telah membuat para penonton mengalir air mata, malah rata-rata penonton tidak sabar lagi menanti apakah pengakhiran drama ini.

[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku[VIDEO] 'Eee Tak Malu, Nangis' Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku

Syabas diucapkan buat para pelakon dan produksi yang menjayakan drama 7 Hari Mencintaiku ini, telah menyuntik satu kualiti baru dalam drama Melayu.

Budak Laki Kena Gelak Dengan Ahli Keluarga Bila Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku

Drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 hampir sampai ke penghujungnya. Drama arahan Jamal Khan ini telah mendapat sambutan luar biasa.

Ini dari penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Menerusi perkongsian video daripada pengguna Facebook Farah Aien menyaksikan reaksi anak saudaranya kelihatan mudah tersentuh dengan babak sedih yang dipaparkan dalam drama tersebut.

anak buah aq yg sorg ni kalau cerite part sedih mcm nilah jadinye😂😂hati tisu betul😂😂

Posted by Farah Aien on Thursday, August 13, 2020

Jatuh air mata jantan tu!

Perkongsian video ini di laman Facebook Farah Aien telah mendapat lebih 4.7ribu tanda kongsi dan 106ribu tontonan umum.

Petikan video ini menyaksikan tindakan dan reaksi mer4ung seorang kanak-kanak lelaki yang mudah tersentuh dengan babak sedih dalam drama itu.

Drama pada episod 31 itu menceritakan konflik perkahwinan watak Khuzairi yang tetap degil untuk berkahwin dengan Nurul meskipun telah dirayu oleh ibunya, Mak Leha.

Sebelum ini, Mak Leha bertegas untuk mengahwini Khuzairi bersama Nurul atas niat untuk membalas dend4m kepada Yati iaitu ibu Mia Adriana. Sehinggakan dia benc1kan Mia, menantunya sendiri.

Babak pada episod 31 itu menjadi semakin beremosi dan sedih apabila keputusan pernikahan yang diaturkan itu terletak pada tangan Khuzairi.

Isterinya, Mia juga nekad untuk berjauhan setelah majlis bernikahan Khuzairi dan Nurul selesai nanti.

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini akan berakhir menemui penonton pada episod 33.

Apakah kesudahan hubungan antara Khuzairi dan Mia Adriana?

Nantikan episod terakhir dengan menonton secara atas talian secara live di Tonton atau iQiYi.

Continue Reading

Trending

Pengampunan Anwar Tidak SAH, dan Dia Harus Kembali ke Penjara

DS Anwar telah dipermainkan sekali lagi oleh Tun Mahathir.

Saya rasa ada kemungkinan besar bahawa Nuar telah dimain sekali lagi oleh PM7.

Nuar diampunkan dan dibebaskan dari penjara pada 16 Mei 2018.

Iaitu kira-kira seminggu selepas PRU14 setelah Lembaga Pengampunan memberi nasihat kepada YDP Agong masa itu.

Tapi masalahnya ialah di bawah Perlembagaan Persekutuan, sebuah Lembaga Pengampunan yang sah hendaklah terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri itu.

Tapi dalam kes Anuar ianya Menteri Wilayah Persekutuan kerana Nuar dipenjarakan di Kuala Lumpur dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh YDP Agong.

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara42-Ma.Html

Apabila Nuar diampunkan dan dibebaskan pada 16 Mei 2018:

“Anwar bebas”

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/426377/anwar-bebas

1. Peguam Negara lama Tan Sri Apandi Ali telah diarahkan rehat.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/425815/apandi-diarah-bercuti-serta-merta

2. Tommy Thomas hanya angkat sumpah jadi Peguam Negara hanya pada 5 Jun 2018.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/agong-perkenan-pelantikan-tommy-thomas-sebagai-peguam-negara-177343

3. Jawatan Menteri Wilayah Persekutuan belum lagi diisi setelah BN kalah PRU14 dan Khalid Samad hanya angkat sumpah pada 2 July 2018 dan hanya mula kerja hari kemudian.

https://www.facebook.com/KemWP/posts/2003146426376434

Maka persoalannya ialah: siapakah dalam Lembaga Pengampunan yang memberi nasihat kepada YDP Agong untuk mengampunkan Nuar pada 16 Mei 2018.

Sedangkan tiada Peguam Negara dan tiada Menteri WP masa itu

Sebab itu peguam Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu mahkamah hari ini bahawa lembaga pengampunan telah memberi nasihat pengampunan tidak sah kepada YDP Agong.

Dan dengan itu, pengampunan Nuar pun tidak sah dan dia perlu masuk balik ke dalam.

Namun persoalan yang lagi besar ialah: Takkan seorang PM7 dengan pengalaman 22 tahun pada masa itu dengan segala barisan penasihat serta loyar-loyar dia.

Ini termasuk loyar yang memberitahu mahkamah hari ini bahawa pengampunan Nuar tak sah) dengan tidak sengaja melanggar perlembagaan Malaysia.

Kemudian dngan membenarkan sebuag Lembaga Pengampunan yang tidak sah untuk memberi nasihat pengampunan yang tidak sah bagi Nuar?

Kenapa dulu peguam Mahathir tak nasihat dia?

Kenapa hanya sekarang baru peguam Mahathir sebut proses itu salah dan tak sah?

Saya rasa ada kemungkinan besar bahawa Nuar telah dimain sekali lagi oleh PM7.Nuar diampunkan dan dibebaskan dari…

Posted by Najib Razak on Friday, August 14, 2020

Untuk Rekod, Anwar menjadi Ahli Politik pertama yang menerima pengampunan Agong.

Berita Ulang Siar Sumber Berita Harian

Datuk Seri Anwar Ibrahim  mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, menurut Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, dalam satu kenyataan, berkata Anwar diberikan pembebasan serta merta.

“Rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, telah dibentangkan dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 pada 16 Mei 2018.

“Selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan oleh Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Kemudian telah menitah perkenan bahawa rayuan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan dan diberikan pembebasan serta merta…,” katanya.

Pengampunan Anwar Tidak SAH, dan Dia Harus Kembali ke Penjara

DATUK Seri Anwar Ibrahim bersalam dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. – Foto Twitter BERNAMA

Pengampunan Anwar Tidak SAH, dan Dia Harus Kembali ke Penjara

DATUK Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V kira-kira pada jam 11.55 pagi. – Foto Twitter BERNAMA

Pengampunan Anwar Tidak SAH, dan Dia Harus Kembali ke Penjara

Continue Reading

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.