Semasa

Rapat dgn Zizi Sejak 7 Tahun Lalu, Alif Hadi Akui Cemburu Bila Ada Lelaki..

Pelakon dan pengacara Alif Hadi akui terkejut sebaik sahaja mendapat tahu berita pernikahan penyanyi rap, Zizi Kirana pada Ahad lalu.

Pernah menjalin hubungan rapat dan sudah tujuh tahun berkawan rapat, Alif berkata dia tidak dapat menghidu hubungan cinta Zizi dan suaminya, Yusuf Bahrin.

“Apabila dapat tahu berita perkahwinan dia memang rasa terkejut juga. Kali terakhir berhubung dengan dia lebih kurang dua bulan lepas.

“Tapi saya tidak tahu tentang dia akan berkahwin pada ketika itu. Mungkin itu yang terbaik untuk dia dan mesti dia juga sudah fikir masak-masak,” katanya.

Menjalin hubungan rapat dengan Zizi, Alif mengakui cemburu apabila ada lelaki terutama golongan artis meminta nombor telefon penyanyi itu.

Namun, Alif tidak kecewa dan reda kerana menyedari tiada jodoh antara mereka.

“Kami tidak bercinta tapi berkawan rapat dari dulu lagi dan sebelum ini pun saya hanya kata tak akan menolak kalau ada jodoh antara kami.

“Tapi sekarang sudah tahu jodoh memang tidak ada sebab masing-masing pun sibuk.

Jangan risau, sekarang saya lebih bahagia dari dulu. InsyaAllah bila tepat waktunya semua akan tahu juga,” katanya.

Dalam pada itu, Alif berkata dia tetap mendoakan dan menyokong perubahan Zizi ke arah yang lebih baik serta rumah tangga penyanyi itu kekal bahagia.

Sementara itu, setelah tiga hari bergelar isterinya, Zizi mengakui masih malu-malu dan cuba menyesuaikan diri menerima kehadiran Yusuf sebagai suami.

“Mula-mula memang terkejut, sebelum tidur ada orang di sebelah… bangun tidur pun ada Yusuf di sebelah. Sampaikan nak solat pun tiba-tiba ada imam!” katanya.

Dalam pada itu, Yusuf berkata dia juga seakan tidak percaya sudah bergelar suami namun seronok apabila berumah tangga.

“Saya rasa terkejut, dapat rasa kemanisan apabila berkahwin. Selalu orang cakap kahwin best, inilah yang seronoknya.

Dalam perkahwinan ada ujian, dugaan dan salah faham, tapi kita cuba atasi dengan baik,” katanya.

Ditanya mengenai panggilan manja kepada Zizi, Yusuf berkata dia memanggil isterinya dengan panggilan Nur dan sayang, manakala Zizi memanggil Yusuf dengan panggilan Habibi.

“Banyak, saya selalu panggil dia Nur sebab nama depan dia Nur tapi asalnya saya panggil dia sayang. Tapi masa mula-mula kenal panggil habibti,” katanya.

RK

Leave a Reply