Semasa

Tiba² Nama Terkait Sama, AbuSyafiq Dakwa Difittnah Teruk Oleh Pasukan UEL Gara² Status Ini

Isu melibatkan aktivis Gaza, Nadir Al Nuri dan Caprice masih belum reda tetapi sekarang muncul pula isu melibatkan pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq.

Ustaz Abu Syafiq dalam satu kenyataan mendakwa dia telah difittnah oleh beberapa ahli pasukan UEL dan tidak mempunyai masalah dengan UEL itu sendiri.

Dalam satu video yang dikongsikan di Instagram miliknya, Abu Syafiq turut menyatakan akan membuat laporan polis selepas telah difitnah teruk dengan pasukan UEL.

“Saya telah difitnah teruk dengan fitnah yang tidak benar oleh beberapa orang daripada team UEL sendiri, tetapi bukan UEL.

Saya tidak mahu menyebut nama, tetapi saya akan buat report polis dan tindakan undang-undang sekiranya hal ini tidak dapat diselesaikan dengan cara baik.” – Katanya.

Jelasnya lagi, antara fitnah yang diterimanya adalah mendakwa Abu Syafiq telah menghina semua kerja amal dan mengkafirkan UEL.

Tuduhan dan fittnah seperti itu dirasakan telah merosakkan namanya sebagai pendakwah. Sedangkan dia sendiri menyokong semua kerja amal UEL.

“Saya sokong semua kerja amal UEL. Saya mengkaji dan melihat, rupa-rupanya dalam team ustaz UEL itu ada beberapa orang yang telah menyebarkan fiitnah itu terhadap saya, bukan UEL.

Kerja amalnya saya sokong dan kerja-kerja dakwahnya saya tidak ada masalah kerana beliau tidak membawa mana-mana ajaran yang menyimpang serta memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.” – Katanya.

Dalam hantaran di atas, Abu Syafiq meminta agar UEL menjawab segala persoalan untuk ahli pasukannya yang telah melakukan kesalahan memfitnah ini.

Dalam pada itu, Abu Syafiq juga menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mengaitkan dirinya dengan UEL dan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menerusi sekeping surat akuan berkanun, Abu menyatakan dia tidak pernah menghukum sesat atau menghukum kaafir ke atas Zulkifli.

Malah tegas Abu, dia tidak menghina kerja amal baik yang dilakukan oleh UEL.

“Saya lakukan Akuan Bersumpah ini kerana terdapat beberapa pihak yang menggunakan akaun palsu serta pihak yang tidak bertanggung jawab terus memfitnah saya.

“Pemfiitnah telah memfiitnah saya kononnya saya menghina kerja amal UEL dan kafirkan beliau serta Bekas Menteri Agama. Wallahi demi Allah itu adalah fittnah yang berat.

“Saya tidak pernah hina kerja amal UEL dan tidak pernah kafirkan beliau dan Bekas Menteri Agama. Itu fiitnah jahat ke atas saya,” dedahnya.

Tambah Abu, laporan polis serta aduan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah dibuat ke atas individu yang cuba menjatuhkan reputasi dirinya.

“Saya sudah buat laporan polis, aduan ke SKMM, tindakan saman mahkamah ke atas beberapa pihak yang saya kenali.

Namun akaun yang palsu serta laman yang tidak dikenali saya belum dapat membuat tindakan dalam kadar segera sedangkan fitnah ini berluas-luasan.

“Semoga Allah membalas para penfitnah dengan balasan segera dan setimpal,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq)

Untuk penjelasan lanjut dari Abu Syafiq boleh tonton video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq)

Kredit: Instagram Usyaz Abu Syafiq

Leave a Reply