Semasa

Tidak Mahu Terus Berdiam Diri, Abu Syafiq Akan Failkan Saman Gara² Mulut CeIupar Team Ebit Lew

Masih belum reda kontroversi yang membabitkan tiga figura terkenal Malaysia iaitu pendakwah terkenal Ebit Lew, aktivis Gaza, Nadir Al Nuri dan penyanyi rap Caprice.

Kini timbul pula isu hangat melibatkan pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq.

Baru-baru ini, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary mendakwa bahawa dirinya telah difitnah oleh beberapa ahli pasukan Ustaz Ebit Lew.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik, dia membuat pendedahan dan menegaskan akan membuat laporan polis.

Serta mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap isu tersebut.

Abu join sekali

Telah Diftnah Dengan Teruk

“Saya telah diftnah teruk dengan ftnah yang tidak benar oleh beberapa orang daripada team ustaz Ebit Lew sendiri, tetapi bukan Ustaz Ebit Lew.

“Saya tidak mahu menyebut nama, tetapi saya akan buat report polis dan tindakan undang-undang sekiranya hal ini tidak dapat diselesaikan dengan cara baik,” jelasnya.

Menurutnya lagi, antara ftnah yang dilontarkan kepadanya adalah dia dikatakan telah menghina kerja amal dan mengkafirkan Ebit Lew.

Baginya, tuduhan berkenaan sangat berat sehingga mencalarkan imejnya sebagai seorang pendakwah.

“Saya mengkaji dan melihat, rupa-rupanya dalam team ustaz Ebit Lew itu ada beberapa orang yang telah menyebarkan ftnah itu terhadap saya, bukan Ustaz Ebit Lew.

Abu join sekali

“Kerja amalnya saya sokong dan kerja-kerja dakwahnya saya tidak ada masalah.

Ini kerana beliau tidak membawa mana-mana ajaran yang menyimpang serta memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” ujarnya lagi.

Dedahnya lagi, dia telah pun menegur ahli pasukan Ebit Lew yang memfitnah dirinya namun individu tersebut tidak mahu memohon maaf.

“Salah seorang daripada teamnya akui telah memfitnah saya. Tetapi dia tidak mahu memohon maaf.

“Apabila dia memfiitnah dan melaga-lagakan saya tanpa saya berjumpa dengan Ustaz Ebit Lew, tiba-tiba melagakan saya. 

Bagaimana setelah dia memfiitnah saya, dia tidak mahu memohon maaf,” luahnya.

Abu join sekali

Dalam hantaran lain, Abu Syafiq turut meminta agar Ebit Lew menjawab segala persoalan yang diajukan berkenaan ahli pasukan yang memfiitnah dirinya.

Dan meluahkan rasa sedih kerana isu tersebut tidak dipedulikan langsung.

Selain itu, Abu Syafiq turut menegaskan bahawa tujuannya membuat pendedahan itu bukan kerana publisiti tetapi hanya mahukan kemaafan daripada individu yang terlibat.

Malah, dia turut mendakwa individu tersebut cuba melaga-lagakan dirinya dengan Ebit Lew dan memburukkan lagi suasana.

Pada masa yang sama, Abu Syafiq turut memaklumkan hasratnya ingin membuat laporan polis juga mahu pihak PDRM untuk melakukan siasatan terhadap salah seorang daripada anggota kumpulan yang dikatakan cukup rapat dengan Ebit Lew.

Sumber: Instagram Ustaz Abu Syafiq

Leave a Reply