Semasa

‘Rider’ yg Mengamux dan Menendang Semua Barang Pelanggan Gara² Salah Pin Lokasi Akhirnya Meminta Maaf

Gara-gara tersalah meletakkan pin lokasi di aplikasi pesanan, seorang wanita terkejut apabila penghantar makanan atau rider itu hilang sabar sebelum mengamuk setibanya di pejabat milik pelanggan.

Seorang pempengaruh aplikasi TikTok, Uci Luna memuat naik video kejadian dipercayai berlaku semalam dan mengakui kesilapannya yang beberapa kali terlepas panggilan telefon daripada rider tersebut.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Tindakkan rider berkenaan akhirnya mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen. Rata-rata mereka ada yang menyokong, ada yang terkejut.

“Ramai customer perangai macam ni..”

“Boleh bawak bincang kan..”

Dah Minta Maaf

“Tak sangka jadi kejadian gaduh macam ni, punca Uci salah pin tempat,” tulis lelaki yang memiliki lebih setengah juta pengikut itu.

Bercerita lanjut, dia sudah memohon maaf dan mahu menghulurkan lebihan tip atau upah kepada rider berkenaan namun lelaki itu dikatakan terus ‘naik angin’ dan tidak mahu memberikan kerjasama.

“Mula-mula rider mengamuk dengan Ema (kenalan), memang betul Uci salah sebab salah pin lokasi. Terlepas banyak panggilan dia.

“Uci dah minta maaf dan nak beri tip lebih tapi dia tak nak beri kerjasama dan tip diberi dia kata tak cukup,” katanya.

Menerusi rakaman berdurasi 41 saat itu, selain menendang pintu, rider terbabit turut dilihat bertindak menyepak barang yang berada di luar pejabat ketika mahu beredar keluar dari lokasi tersebut.

“Dia mengamuk tak tentu pasal, sepak apa kat luar pejabat,” luah Uci lagi.

Video kejadian itu meraih 2.8 juta tontonan dan hampir 16,000 komen netizen dimana rata-rata berpihak kepada rider kerana setiap masa disifatkan berharga bagi mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan.

Netizen berkata, rider sudah letih berkejaran ke sana sini meredah panas serta hujan, jadi pelanggan perlu mempunyai ‘common sense’ dan sentiasa ‘alert’ ketika melakukan pesanan.

Sumber: TikTok @uciluna_

Leave a Reply